|
Assalamualaikum.
Mencari kekuatan untuk menulis di sini. Bukan untukmengaibkan kaluarga sendiri tambahan datuk masih sihat walafiat, cuma ingin dijadikan pengajaran supaya tidak menduakan Dia yang Maha Besar. Tidak semua akudapat cerita, sebab aku sendiri pun tak berani. Yang berani aku ceritakansahaja akan aku cerita pada kalian.
Intro:
Datuk merupakan bekas tentera dari zaman jepun-komunis. Aku pernah melihat surat penyertaan tentera datuk iaitu pada8 Dis 1941. Masa tu kan Jepun baru mendarat di Tanah Melayu. Dan datukdipercayai memiliki ‘kawan’ yang tidak dapat dilihat. Datuk pernah menjadi ‘bomoh’,merawat orang. Sejak 3 tahun yang lepasdatuk cuba untuk buang ‘benda’ tu tapi tak ada yang mampu membuang, bahkanbaru-baru ni orang yang ingin membuang ‘benda’ tu dah tak nak tolong lagi dah. Datukada ramai anak, cucu, dan cicit. Keluarga besar. Jadi akan aku ceritakan kisah-kisah yang pernah keluargabesar aku alami.
Last edited by nescafe_ice on 23-2-2013 01:46 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Benda' yang atuk ada:
(yang di dengar dari mak sedara)
Hantu tinggi.
Hantu 3 beranak (ganas ni pernah tampar atuk masa sebab atuk ada niat nak buang, taknak bg makan)
Hantu rimba.
yang lain tak ingat. Ada enam semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
sila sambung ye tt...x sabar nak baca |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 1 : Siapa orang tua tu?
(Lela, Mira bukan nama sebenar)
Masa ni atuk buat kenduri menyambut Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi.
Aku sendiri ada di rumah atuk masa tu, cuti hujung minggu.
Malam tu orang-orang masjid sedang bertahlil di rumah atuk.
Sepupu aku, Lela memulas perutnya.
Tandas pulak di luar rumah.
Jadi Lela mengajak Mira (adiknya) meneman ke tandas.
Tandas di belakang rumah, dan agak gelap kawasannya.
Baru saja Lela masuk ke tandas, Mira sudah bertanya.
“Lela, dah ke belum? Cepatlahhhhh”
Lela ni macam dah tahu dah, mesti Mira nampak ‘benda’ ni.
“Kau nampak eh?” tanya Lela.
(berani betul dia tanya mcm tu)
“Haa, cepatlah sikit”
Terus hilang sakit perut Lela, keluar dari tandas dan masing-masing bergegas masuk rumah.
Aku di ruang makan masa tu.
Makcik-makcik aku pun bertanya,
“cepat masuk? Nampak ‘benda’ ke?”
Menurut Mira, memang sebelum Lela masuk tandas lagi dia dah nampak.
Tapi dia abaikan sebab kakak dia sakit perut sangat.
Tapi bila kakak dia masuk tandas, rasa takut pulak duduk dalam gelap.
Apa yang dia nampak?
“Rupa dia macam atuk, tapi dah bongkok tiga. Tua sangat-sangat rupa dia”
Siapa orang tua tu?
Last edited by nescafe_ice on 25-2-2013 12:55 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
shaz78 posted on 23-2-2013 01:50 PM
sila sambung ye tt...x sabar nak baca
In syaa Allah.
Line tengah lembab sangat. Tq sudi menjenguk sini
|
|
|
|
|
|
|
|
erkkkk....uik...lmbp lg ker x sbo nak bca ni..hihihih |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 2 : Atuk, buanglah semua tu! Part I.
3 tahun yang lepas atuk terdetik nak buang 'benda' ni semua.
Kami ahli keluarga panggil 'benda' tu 'orang atuk'.
Jadi kalau aku sebut 'orang atuk' tu, faham jela ye.
Masa tu aku belajar kat UiTM Jengka, nak final exam.
Atuk berubat dgn seorang pakcik ni.
Aku gelarkan pakcik Man jela.
Syarat dia, anak-anak atuk mesti balik juga.
Supaya orang atuk tak pergi kepada anak-anak atuk,
sambil nak cek kot-kot org atuk dah pergi pd salah sorang anak.
Masa tu atuk dirawat kat rumah pakcik.
Untuk mulakan rawatan,
Hari pertama aku tak pasti mcm mana.
Tiga malam rawatan tu, anak-anak atuk akan dirawat.
Anak-anak atuk dimandikan dengan air bunga (tujuh jenis) bercampur limau.
Lepas siap mandi bagi minum air limau.
Kata pakcik Man, kalau minum air limau tak rasa masam (ada rasa lain),
makna nya mungkin dah ada lah tu yg dapat.
Hari pertama dan kedua ok lagi, tapi hari terakhir...
Rumah pakcik Man lebih kurang 45 minit dari rumah atuk.
Tapi malam tu lebat sangat-sangat hujan.
Sampaikan tak nampak jalan.
Entah apa ujian kami malam tu.
Masa tu kami beramai-ramai konvoi 4-5 kereta.
Atuk naik dengan anak bongsu dia.
Bila sampai rumah pakcik Man, masing-masing bukak cerita.
Mak lang aku kata kereta dia berat sangat.
Kebetulan rumah pakcik Man atas bukit.
Tapi tahap kecerunan rendah je.
Tayar kereta dia berpusing laju tapi tak tergerak naik bukit tu.
Gear rendah. Tapi lembab sangat-sangat.
Kata mak cik aku yang lain (kereta di belakang Mak Lang),
Dia nampak ada benda bertenggek atas tu.
Kereta yang atuk naik pulak.
Tiba-tiba diketuk tingkap dari luar di tempat pemandu,
masa tu baru nak gerak dari rumah atuk.
Menantu atuk buka lah tingkap nak tengok siapa, tapi takde siapa.
Bila sampai rumah pakcik Man, bonet belakang tetiba terbuka sendiri.
Atuk kata,
"orang atuk tumpang, dia nak ikut"
Nanti aku sambung yaaaa. Apa jadi pada hari terakhir rawatan untuk anak-anak atuk. Last edited by nescafe_ice on 25-2-2013 12:57 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
QziraH posted on 23-2-2013 02:09 PM
erkkkk....uik...lmbp lg ker x sbo nak bca ni..hihihih
lembab sangat-sangat rumah I line dia kejap-kejap timbul kejap-kejap hilang. duduk kampung, pakai broadband pulak tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
sama tt..teruskan penceritaan tt ye..l |
|
|
|
|
|
|
|
nescafe_ice posted on 23-2-2013 02:20 PM
lembab sangat-sangat rumah I line dia kejap-kejap timbul kejap-kejap hilang. duduk kampung, pakai ...
ala...cian....x pe...teruskan...menaip..
|
|
|
|
|
|
|
|
cepat sambung, cepat cepat... |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 2 : Atuk, buanglah semua tu! Part II.
Hari ketiga rawatan, hari terakhir mandi bunga.
Bila dah sampai rumah atuk dengan macam-macam halangan,
(walau halangannya sedikit)
Masa mula-mula sampai makcik-makcik terus bercerita pasal kesusahan dorg nak sampai rumah pakcik Man.
Padahal dah dua malam ulang alik, mesti lah pro dengan jalan dah, ye dak?
Masa tgah sedap bukak cerita, tiba-tiba letrik terputus.
Anak si perawat cek main box, katanya tak tertendang pun.
Yelah, hujan. Tak ada kilat tak ada guruh tiba-tiba terputus letrik.
Yg lagi pelik rumah keliling rumah pakcik Man elok je terpasang lampu.
Mujur lampu jalan rumah pakcik Man ok.
Mandi bunga kat tengah-tengah lama rumah pakcik Man.
Mula-mula anak-anak lelaki.
Kemudian baru anak-anak perempuan.
Masa giliran mandikan anak-anak perempuan,
pak-pak sedara aku ni tolong lah pakcik Man pegang baldi etc.
Tiba tiba sebatang pokok depan pakcik Man bergoyang kuat.
(depan pak sedara, pakcik Man - membelakangkan mak-mak sedara yg dimandikan)
Pakcik Man nampak ada benda duduk atas pokok tu dengan mata merah,
Marah. Digegar pokok. Pak-pak sedara pun nampak. Benda tu hitam je, mata je merah.
Pakcik Man terus baling limau sambil membaca surah-surah yg patut.
Hilang.
Dan selepas ketiga tiga malam tu, malam berikutnya pakcik Man datang ke rumah atuk.
Katanya nak memagar rumah. Sebab memang benda tu ada kat rumah atuk.
Semestinya lah kan.
Benda tu paling suka duduk belakang bilik air rumah atuk.
Mujur bilik air dalam rumah, cuma tandas diluar rumah.
Malam berikutnya pakcik Man suruh pak-pak sedara yang paling berani (4 org)
berdiri di setiap penjuru luar rumah, dan laungkan azan bila pakcik Man suruh.
Dorang ikutkan aja.
(masa ni masing-masing kena duduk sorg-sorg lah dalam gelap sambil azan)
Selepas azan, pakcik Man pergi kpd setiap pak sedara yg azan sambil membaca ayat-ayat suci.
Bila sampai kpd pak sedara di penjuru terakhir
(kalau tak silap)
Pakcik Man cuma kata,
"apa-apa jadi, jangan lari. jangan pandang belakang"
Heee. Walau seberani mana pak sedara aku tu, dia tetap tak berani pandang belakang.
Bila dah selesai upacara tu, pakcik Man cuma kata,
"macam pontianak, duduk belakang kamu td"
Selepas tu rumah atuk tenang selama setahun dua sebelum semuanya kembali seperti dulu tahun lepas.
Sbnrnya orang atuk masih belum habis dibuang, dan atuk asyik melengah.
Mak kata atuk sayang orang-orang dia. Entahlah.
Pakcik Man pun dah mengalah skrg, tak mahu buatkan dah.
Dia kata orang atuk asyik mengacau.
Tak larat.
Nanti aku cerita macam mana kami sekeluarga tahu orang atuk datang semula ke rumah tu. Last edited by nescafe_ice on 25-2-2013 12:57 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada sepupu sepapat aku baca forum ni, mesti aku kantoi. Keh keh.
Harap-harap takdelah. |
|
|
|
|
|
|
|
QziraH posted on 23-2-2013 02:25 PM
ala...cian....x pe...teruskan...menaip..
sudah siap ditaip, silakan baca
|
|
|
|
|
|
|
|
kizuna80 posted on 23-2-2013 02:34 PM
cepat sambung, cepat cepat...
sudah sambung. sedang refresh memori cerita lain
|
|
|
|
|
|
|
|
best, best... tunggu TT sambung cerita lagi nih... |
|
|
|
|
|
|
|
nescafe_ice posted on 23-2-2013 02:40 PM
Kisah 2 : Atuk, buanglah semua tu! Part II.
Hari ketiga rawatan, hari terakhir mandi bunga.
jd...benda tu x leh masuk kat tmpat kmu dah ke?????? ttp dgn atuk kmu lg??
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 3 : Kisah Mak Andak.
Masa SUKMA Pahang tahun lepas.
Mak Andak jd volunteer untuk SUKMA.
Jadi malam-malam tidur rumah atuk.
Yg ada di rumah atuk cuma atuk, wan, mak andak.
Mak andak tidur di ruang tengah, depan TV.
Mak andak ni memang dah selalu nampak orang atuk ni.
Dan dia tak takut sangat, cuma kalau boleh nak ngelak lah dari ternampak.
Siapa nak tengok benda-benda mcm ni kan?
Ruang tengah ni di antara bilik atuk dan bilik anak atuk.
(ada pak sedara muda, belum kawen)
Memang luas ruang ni, boleh 2 3 keluarga tidur kalau balik rumah atuk.
Malam tu mak andak terjaga.
Depan bilik pak sedara ni, mak andak ternampak satu makhluk.
Makhluk tu mengadap bilik atuk.
Mencangkung, rambut panjang. Kedua-dua kepalanya berada di celah paha nya sendiri.
(cuba korang buat untuk faham mcm mana)
Hehe.
Mak Andak dah biasa kan?
'baik aku sambung tidur sebelum dia angkat kepala.'
Masa ni lah kami tahu orang atuk dah datang semula. Last edited by nescafe_ice on 25-2-2013 12:59 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
QziraH posted on 23-2-2013 02:51 PM
jd...benda tu x leh masuk kat tmpat kmu dah ke?????? ttp dgn atuk kmu lg??
Atuk dah ambik semula, makna nya sekarang ni masih ada dengan atuk. Tu yg takut nak cerita, takut dia marah. Fuh harap-harap tak mimpi buruk lah malam ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|