CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87874|Reply: 2484

ADAM & HAWA [MAHLIGAI 6][ISNIN-KHAMIS 6PM/11.30PM]

 Close [Copy link]
Post time 6-4-2013 01:19 AM | Show all posts |Read mode
ADAM & HAWA
MAHLIGAI 6


dan Kunci Rumah KITA -- ADAM & HAWA ..





chami posted on 19-2-2013 08:35 AM
pandai betul am jaga 'pewut'..tak muncit..kecuali masa ain muncit..heols pun sibuk kot memuncitkan p ...

khen... nmpk ketara......'kemuncitan pewut am' .... sng hati + dlm AH asyik makan jer........

  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2013 01:22 AM | Show all posts
Sinopsis Adam Dan Hawa

    Ain Hawani berkerja sebagai guru gantian di sekolah tadika milik kakak Adam Mukhriz seorang pilot yang lagaknya seperti playboy...
    Oleh kerana sakit hati dengan Adam Mukhriz tidak mengendahkannya, kekasih Adam  ingin menjerat lelaki itu.Namun tersalah perhitungan apabila Ain Hawani menjadi mangsa korban.
    AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Ain ditangkap khalwat bersama Adam

    Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

    Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

    Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.



Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 02:55 AM | Show all posts
Eh dh ada rumah baru..
Asalamualaikum...tq momod lisa
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 03:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Hellooooo.. eh ada lagi eh umah ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 06:39 AM | Show all posts
Assalmualaikum... fuhhh rumah baru dah di bina... rumah ke  43 setengah  buah sepatutnya..
Check in...
Tqtqtq momod lisa
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 06:45 AM | Show all posts
Agak2 kalu omey masuk n check in sini tepek gmbar dari ep pertama ke sambungan? Ceteka semua org? Hahahah.. cam ada org aje..padahal memasing lalok lagi....
Senah mangun..... nak masuk subuh gajah dah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2013 06:48 AM | Show all posts
jingga007 posted on 6-4-2013 03:16 AM
Hellooooo.. eh ada lagi eh umah ni

ada lagi dik jing selagi senah ni setia menyenah kat rumah kita..selagi ah di hati...cuma gerakannya saja lambatz..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 10:29 AM | Show all posts
check in umah baru....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2013 10:31 AM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 6-4-2013 01:22 AM
Sinopsis Adam Dan Hawa

tqvm..... momod lisa yg sudi bertukang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 10:31 AM | Show all posts
eyrA622 posted on 6-4-2013 02:55 AM
Eh dh ada rumah baru..
Asalamualaikum...tq momod lisa

wa'alaikumussalam eyra.... awal check in...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 10:32 AM | Show all posts
jingga007 posted on 6-4-2013 03:16 AM
Hellooooo.. eh ada lagi eh umah ni

umah ni tetap ada selagi ada penyenah tegar..........
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 10:33 AM | Show all posts
gusimerah posted on 6-4-2013 06:39 AM
Assalmualaikum... fuhhh rumah baru dah di bina... rumah ke  43 setengah  buah sepatutnya..
Check in ...

wa'alaikumussala kakgus....
bestkan dah ada umah baru....

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 10:34 AM | Show all posts
gusimerah posted on 6-4-2013 06:45 AM
Agak2 kalu omey masuk n check in sini tepek gmbar dari ep pertama ke sambungan? Ceteka semua org? Ha ...

kakgus... rasanya nak tepek dari ep1...... ada org marah tak??

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 10:37 AM | Show all posts
Adam & Hawa...
Sinopsis - Episod 1

Pertemuan tak sengaja antara Ain dan Adam dipersimpangan jalan bersama teman wanitanya Dee membuatkan Ain memandang sinis pada Adam yang tanpa segan silu bermanja-manja di dalam kereta. Perbuatan over dan mengada Dee yang Adam suka layan…hinggakan Adam diberi gelaran 'playboy'.

Ain yang menuju ke Tadika Bintang Kecil terkejut sekali lagi bila kereta yang sama dipersimpangan jalan berhenti di Tadika tersebut. Mulanya tak kisah namun bila Adam mula mengusik Ain membuatkan Ain rasa semacam. Hakikatnya Ain suka melihat ketampanan Adam..dan begitu juga Adam yang suka mengusik perempuan.

Gelagat cikgu-cikgu di Tadika juga cuba tarik perhatian Adam. Terutamanya Cikgu Zauyah yang cuba sedaya upaya nak tackle Adam. Kenakalan Adam terserlah bila Ain diusik ketika waktu temuduga yang sepatutnya dilakukan oleh Kak Zah.

Kenakalannya jelas membuatkan Ain makin rasa kurang selesa. Tapi terpaksa berdepan dengan Adam. Kehadiran Kak Zah akhirnya menjelaskan siapa Adam sebenarnya.

Ain diterima bekerja di Tadika Bintang kecil akhirnya sebagai cikgu sementara. Sepupu Ain Sharina terkejut bila Ain bekerja…perasaan cemburu pada Ain kerana risaukan Ain akan terpikat pada Adam…Sharina tuntut penjelasan dari Ain..!

Kdt: FB Adam dan Hawa

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 10:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 10:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2013 10:39 AM | Show all posts
Sinopsis - Episod 2

Mama Adam, Maria mula sibuk bertanya tentang pilihan hati Adam untuk berkahwin awal. Adam sentiasa mengelak dan berbagai alas an diberi. Tetapi yang pasti Dee bukan pilihan mama Adam.

Ain rasa seronok bila mula bekerja. Adam akan cari peluang untuk berjumpa dengan Ain di Tadika. Mula rasa seronok melihat dan mengusik Ain. Ain tetap dengan gaya bersahaja yang masih keanak-anakan. Ain risau bila Adam menganggu dan tak mahu cikgu-cikgu dan terutamanya Kak Zah anggap lain padanya.

Dee yang cuba menghubungi Adam geram bila tiada jawapan dari Adam. Dee terus ke tadika dan terkejut melihat Adam bukan main mesra lagi dengan Ain.

Sebenarnya Ain rasa 'sesuatu' bila Adam ada di depan nya…aura Adam membuat Ain mula rasa suka pada Adam tapi tetap jual mahal.

Cikgu Zauyah geram bila Adam melayan Ain dan Ain juga kelihatan seolah respon pada Adam. Cikgu Zauyah cari menganggu perbualan mereka. Cikgu Zauyah juga mencucuk tentang keburukan Adam pada Ain.

Dee rancang sesuatu untuk terus Adam bersama...dan dalam masa yang sama Dee terus melayan Adam seperti biasa. Dee cuba nak 'hapuskan' Ain dari terus menganggu Adam.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 10:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 10:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 10:41 AM | Show all posts
Sinopsis - Episod 3

Dee rancang untuk berkahwin dengan Adam secepat mungkin. Dee paksa mummy nya untuk meminang Adam. Marah sungguh Mummy Dee seolah macam terdesak aje. Dee tak peduli yang penting dia tetap nakkan Adam dengan cara apa sekalipun.

Ain mula rasa seronok dengan adanya Adam yang selalu mengusiknya..hanya perasaan suka kerana dia tahu Adam ada kekasih hati. Ain makin terkejut bila Sharina sepupunya turut kenal Adam. Bermakna Adam ni adalah dikalangan yang agak popular.

Kak Zah mula risau bila Adam mula sibuk bertanya hal-hal tentang Ain. Kerana tahu perangai Adam yang suka berpoya-poya dan kesian Ain masih mentah tentang soalhati dan cinta.

Ketika Ain balik bercuti di kampungnya Sharina sedaya upaya untuk terus rapat dan tackle Adam. Sharina lega bila Ain tak nampak langsung sukakan Adam. Ain bukan begitu kerana dia notis Sharina sukakan Adam. Dan Adam tetap dengan caranya...selesa dengan mana-mana perempuan yang sudi padanya…

Ain mula gila bayang dengan Adam...(hanya mimpi).

Kdt : FB Adam & Hawa

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.069532 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list