CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3705|Reply: 21

[Dunia] Lubuk cari makan warga Filipina

[Copy link]
Post time 12-6-2013 09:32 AM | Show all posts |Read mode

Sesetengah peniaga dipercayai menjalankan perniagaan secara haram mempunyai
bekalan pelbagai barang niaga yang agak banyak sehingga timbul persoalan dari
mana mereka mendapat bekalan


Selain buah-buahan serta sayuran, ubatan termasuk ‘ubat kuat’ dan rokok tanpa
cukai turut menjadi barangan pilihan peniaga warga asing.



LAHAD DATU  –  Masalah kebanjiran warga asing di sekitar kawasan Lahad Datu bukan sesuatu perkara yang baru.

Bagi penduduk di daerah itu, kisah warga asing yang menjadi  ‘raja’  tepi jalan dan kaki lima  adalah fenomena biasa yang dapat dilihat sejak sekian lama.

Tinjauan di sekitar kawasan Pekan Lahad Datu  semalam mendapati  tidak kurang 200 penjaja tanpa lesen mendominasi kawasan kaki lima sekitar Pasar Rakyat Lahad Datu.

Kebanyakan mereka menjual sayur-sayuran, barangan kering malah  ada juga yang   menjual rokok dan  barangan keperluan harian yang lain.

Hasil pemerhatian selama lebih sejam di kawasan berkenaan mendapati mereka sebahagian besarnya tidak fasih berbahasa melayu menguatkan bukti bahawa mereka ini bukanlah rakyat Malaysia .

Kami mendekati seorang wanita berusia awal 50an yang menjual barangan   keperluan termasuk ubat-ubatan antaranya ubat perangsang seks.

Wanita itu pada mulanya enggan ditembual akhirnya mengaku berniaga  tanpa lesen di kaki lima hadapan pasar sejak tiga tahun yang lalu.

Dia ada menjual  rokok tanpa cukai  dan ubat seks yang diimport dari Indonesia tanpa ada sebarang pelekat ataupun tertera kebenaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Malah ketika ditembual, dia berasa tidak rasa senang meskipun kami sudah  membeli barangan yang dijual.

Akhirnya wanita separuh abad itu mengaku tidak mempunyai sebarang dokumen untuk berniaga di kawasan berkenaan dan meminta maaf kerana terpaksa  berbohong demi menutup kesalahan kerana merasakan seolah-olah kami adalah pihak berkuasa.

Kami berjalan  dan mendekati seorang lagi  pemuda berusia awal 20an yang menjual barangan wanita antaranya sepit  dan pengikat rambut dan barangan keperluan diri berhampiran pasar ikan.

Sebaik tersedar kamera kami merakamkan gerak-gerinya, lelaki itu tiba-tiba bercakap dalam bahasa yang kami tidak fahami. Rupa-rupanya setelah diselidiki  dia berbahasa Sulu!

Pemandu kami yang merupakan anak tempatan Sabah  memberitahu bahawa lelaki itu berkemungkinan memberi isyarat kepada rakan-rakannya lain supaya berjaga-jaga.

Bukan setakat itu,kami juga disorak sepanjang tinjauan ini dilakukan seolah mereka tidak senang gambar mereka dirakamkan.

Peniaga tempatan  tidak senang

Kami memasuki kawasan bangunan pasar ikan berusia 50 tahun. Di situ kami melihat  ramai peniaga menjual pelbagai jenis ikan. Perniagaan masih  rancak meskipun hari sudah petang,ini kerana jika di bandar besar seperti Kuala Lumpur ,pasar  basah seperti itu kebiasaan sudah lenggang kerana lazimnya orang suka ke pasar pada waktu pagi.

Ketika sedang leka melihat beraneka jenis ikan yang dijual, seorang peniaga menawarkan untuk gambarnya diambil.

Peniaga itu memperkenalkan diri sebagai Am berusia 30 tahun, anak jati Lahad Datu. Kami sempat bertanya tentang situasi penjaja tanpa lesen diluar.

“Abang,mereka sudah lama di sini,memang tidak boleh buat apa-apa,kami terpaksa terima hakikat mereka (penjaja haram) berniaga diluar dan kami berniaga di dalam.

“Kalau operasi dibuat sekalipun jika ditangkap, tidak lama kemudian mereka akan kembali berniaga di sini,bukan kami boleh buat apapun,”katanya dalam nada yang agak marah.

Tambahnya ,penjaja kaki lima juga turut mewujudkan persaingan apabila menjual barangan jauh lebih murah dari harga pasaran dan tindakan itu sekaligus menutup periuk nasi warga tempatan.

An mengakui memang sukar untuk pihak berkuasa mengambil tindakan kerana penjaja-penjaja bijak menghidu kehadiran pihak berkuasa. Kami kemudiannya keluar dari kawasan itu selepas beropu

Orang ramai bimbang

Penduduk yang ditemui menyifatkan kebanjiran warga asing dari Flipina  terutama di kawasan felda juga membimbangkan.

Japrun Jaafar,49, berkata, penjaja kaki lima ini memang budaya mereka.

“Kami penduduk felda sudah lali dengan kehadiran mereka, Hendak cakap macam mana lagi.Kalau ditegur kita pula yang dimarahinya,”katanya

Menurutnya   hubungan kekeluargaan juga diakui menjadi punca mereka membanjiri kawasan pecan di felda dan pekan Lahad Datu.

Namun bagi Joani Abdul Samat,49, berharap hanya tindakan tegas dari pihak berkuasa mampu membanteras kehadiran warga asing yang ramai di Sabah khususnya.

“Kami hampir dengan negara jiran,mereka bebas masuk dan keluar tanpa dokumen  ,harap selepas krisis pencerobohan yang berlaku di daerah ini boleh mengubah cara pihak berkuasa keselamatan bertindak,”katanya.

Difahamkan selain berbangsa Sulu,pendatang asing tanpa izin berketurunan Bugis,Bajau Pilau,dan Bajau Sibutu.

Polis sentiasa pantau

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsuddin Mat ketika ditemui memberitahu peratusan jenayah melibatkan warga asing tidak membimbangkan.

Walau bagaimanapun pihaknya sentiasa memantau keadaan itu lebih-lebih selepas krisis pencerobohan pengganas berlaku sebelum ini.

“Polis melalui gabungan  Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Eszon) sentiasa bekerjasama dengan pasukan keselamatan yang lain memastikan kehadiran mereka dikawal.

“Lazimnya jika mereka terlibat dengan jenayah kita akan kenal pasti dan tangkap dam untuk yang tiada dokumen ketika akan dikenakan tindakan dibawah Akta Imigresen,”katanya

Jelasnya,kebanyakan warga asing tanpa dokumen ini dikesan terlibat dengan kegiatan  curi motorsikal dan pecah kenderaan .

Malah katanya  Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing Sabah (RCI) juga masih berjalan dan mana-mana yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2013 09:52 AM | Show all posts
philipino dan Sabah tak dapat di pisahkan..aku kalau org sebut je Sabah pasti ingat pinoy.kesian org local .bukan je kat Sabah.kat Labuan pun ramai
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:02 AM | Show all posts
simple.... fail execution from the enforcer.. itu jer....

singapore tu sepelaung je dari JB.... dekat jgk ngan indon... nape xde hal2 mcm nih?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 02:58 PM | Show all posts
MengkuduMasam posted on 12-6-2013 10:02 AM
simple.... fail execution from the enforcer.. itu jer....

singapore tu sepelaung je dari JB.... d ...

sokong
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 07:08 PM | Show all posts
alasannya... "peratusan jenayah melibatkan warga asing tidak membimbangkan."

pala bana ko la... kebanyakan jenayah kat sabah semua pun warga asing yang buat.
kalau tak bimbang pun, kepala otak ko tak semak ke tengok pendatang haram ni melilau merata2 macam dah takde pape? macam diorang pulak rakyat negara ni?

benda ni dah berpuluh tahun jadi takkan polis stil nak tnggu jenayah baru nak take action?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 07:12 PM | Show all posts
aku rasa depa nie dia dah ada IC..... taraf bumiputra tu...... ntah2 kad keahlian UMNO pun ada.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2013 07:15 PM | Show all posts
Kan senang kalo diorg tu ada cop pinoy...senang aku nk pulaukan
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 07:18 PM | Show all posts
ini kg aku
aku ingat lepas ke sulu tu dorang makin bekurang
tapi nampaknyer takde perubahan
escom ka easzone ka..smua tipuk belaka

family aku penjaja kat dalam (berlesen)..skang dah tamau menjaja..sbb kalo pagi petang,smua dah sulu2 nih kontrol..
dalam kol 10-2 cam tu..ok le sket..
majlis daerah pun amek duit singgit kat dorang neh kalo tak silap


hidup sabah...!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2013 07:19 PM | Show all posts
Acong posted on 12-6-2013 07:12 PM
aku rasa depa nie dia dah ada IC..... taraf bumiputra tu...... ntah2 kad keahlian UMNO pun ada...... ...

anak2 dorang sllnya dapat kot
kan dah lama menetap kat sabah,boleh berbahasa mulayu,mengikut ada mulayu..leh la masok umno karang..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 07:35 PM | Show all posts
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsuddin Mat ketika ditemui memberitahu peratusan jenayah melibatkan warga asing tidak membimbangkan[/b
]


Another stupid statement from another stupid axehole..

dgn mentality dn pemikiran polis sebegini, tahap keselamatan kita semakin menuju ke longkang
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:01 PM | Show all posts
MengkuduMasam posted on 12-6-2013 10:02 AM
simple.... fail execution from the enforcer.. itu jer....

singapore tu sepelaung je dari JB.... d ...

sebab singapora tu kaya raya, nk meniaga mcm tu kat JB singapora jeling pun idakkk..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:10 PM | Show all posts
iya lah tidak membimbangkan...
espk lusa ada yang cuba ceroboh negara sampai mati lagi anggota keselamatan kita berani ko kasi alasan yang ni kat balu2 dan anak2 mangsa yang terkorban...?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:20 PM | Show all posts
mereka bertambah ka berkurang ni?kan sejak kes lahad datu sempadan diperketatkan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:26 PM | Show all posts
Acong posted on 12-6-2013 07:12 PM
aku rasa depa nie dia dah ada IC..... taraf bumiputra tu...... ntah2 kad keahlian UMNO pun ada...... ...

takda ic pun no hal.

di Sabah ini ada status bumiputera bukan warganegara. benda ini aku nampak masa isi data murid. dan ada juga status bumiputera lain. entah apakah kebabian ini aku pun tidak faham.

aku teringin mahu tahu apa keistimewaan pemegang status ini. apakah meka akan dapat keistimewaan sebagai bumiputera seperti beli rumah lot dengan harga murah or dapat hantar anak masuk UiTM untuk belajar? tapi mereka bukan warganegara, so layak ka? kalau bukan warganegara, apa kejadah diberi status bumiputera? kalau sudah bumiputera, bukan ka otomatik warganegara? tapi mereka bukan warganegara jadi bagaimana menjadi bumiputera? apakah kerana mereka tiada IC? siapakah mereka? orang2 kampung yang lambat mendaftar di jabatan pendaftaran negara, atau orang2 filipina indonesia yang baru mendarat di tanah Sabah semalam?

Mengikut Banci 2010, daripada Jumlah 3,271,921 penduduk Sabah, hanya 2,435,295 sahaja ‘Warganegara’ manakala 836,626 lagi bukan Warganegara. Daripada Jumlah Warganegara tersebut, 1,975,699 ialah bumiputera berdasarkan komposisi 375,935 Melayu dan 1,600,764 bumiputera lain.

Kehadiran ‘Melayu’ dan ‘Bumiputera Lain’ di Sabah menimbulkan tandatanya kerana dalam sejarah Sabah tidak ada ‘Melayu’ melainkan ‘Orang Malaya’ dan kini semua Warga Asing India dan Pakistan yang mendapat MyKad Malaysia dikategorikan sebagai ‘Melayu’.

ARTIKEL ASAL

seriusli, Sabah is the new BolehLand.


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:29 PM | Show all posts
JohnDeSouza posted on 12-6-2013 10:20 PM
mereka bertambah ka berkurang ni?kan sejak kes lahad datu sempadan diperketatkan?

tidak berkurang pun. camtu gak. oleh kerana memang sudah ramai mereka itu di sini, maka tiada pula aku perasan mereka makin bertambah atau tidak. cuma tukang bikin kasut di area BSN daerah aku tiba2 lesap lepas kes LD. menurut gossip dia mungkin sudah mati semasa berperang untuk Kiram di LD dan kemungkinan besar mayat dia la tu salah sorang daripada tiga yang dikuburkan di daerah aku.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:35 PM | Show all posts
chazey posted on 12-6-2013 10:29 PM
tidak berkurang pun. camtu gak. oleh kerana memang sudah ramai mereka itu di sini, maka tiada pula ...

hahahha... lantak pi la tukang kasut tu.jd apa ka aku xpeduli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2013 10:36 PM | Show all posts
MengkuduMasam posted on 12-6-2013 10:02 AM
simple.... fail execution from the enforcer.. itu jer....

singapore tu sepelaung je dari JB.... d ...

de best statement today..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:42 PM | Show all posts
Menyampah aku, isu sama tapi masi cakap kadar jenayah warga asing x membimbangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai cari makan
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum penubuhan malaysia pn..mmg mrk dah wujud.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.061691 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list