View: 4663|Reply: 67
|
[Tempatan]
{6}CAP Gesa Kerajaan Haramkan 'e-Cigarette' !
[Copy link]
|
|
Published: Isnin Jun 24, 2013 MYT 6:08:00 PM
GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Isnin menggesa Kementerian Kesihatan supaya segera mengenakan larangan terhadap penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau e-rokok kerana mendakwa semakin ramai anak muda tertarik untuk menggunakannya yang secara langsung memberi kesan negatif alat itu sebagai kaedah menghentikan tabiat merokok.
Presiden CAP S.M. Mohamed Idris berkata para saintis di University of Athens, Greece, mendapati e-rokok boleh menyebabkan kerosakan kepada paru-paru dan nikotin yang merupakan racun toksik serupa dengan racun serangga.
"Apabila terlalu banyak yang dihisap, ia boleh membawa kepada keracunan nikotin yang menyebbkan muntah, rasa mual dan pening kepada," katanya kepada pemberita.
Rokok elektronik itu yang tidak mengandungi tembakau, pertama kali diperkenalkan di China pada Mei 2004.
Ia merupakan alat yang menggunakan bateri untuk katrij yang berisi cecair yang mengandungi pelbagai perisa seperti pudina, vanila, ceri dan biji kopi.
Pegawai pendidikan CAP N.V. Subbarow berkata seorang peruncit di sebuah kompleks membeli belah di sini mendedahkan bahawa lebih ramai belia kini membeli e-rokok.
Peruncit itu juga berkata ramai wanita turut membeli e-rokok memandangkan stigma sosialnya lebih kurang berbanding rokok sebenar, katanya.
Subbarow berkata walaupun ada had umur bagi penjualan rokok biasa, tetapi tiada had umur untuk membeli e-rokok dan ini boleh menjawab soaanl kenapa lebih ramai kanak-kanak dan anak muda menggunakannya.
"Berdasarkan bancian kami, didapati majoriti pengguna e-rokok ialah remaja dan daripada 10 pemberita, tiga ialah wanita," katanya sambil menambah kata e-rokok mudah didapatkan di kedai cendera hati.
E-rokok dipasarkan sebagai alat berkesan berhenti merokok dan dijual pada harga RM50 dan RM90 sementara botol yang berisi cecair dijual antara RM10 dan RM20 satu. - BERNAMA
p/s belajar hisab diri...
|
|
|
|
|
|
|
|
bodoh nak mampus CAP nie........ abes tu rokok biasa tak ada nikotin? |
|
|
|
|
|
|
|
mana bleh haram!!elok2 bleh kerajaan wat biznez cukai e-cigarate! |
|
|
|
|
|
|
|
dah pulok dah
mari ramai2 pkt isap
E jari
E Nipples 2 @ E Payaudara
E Buah |
|
|
|
|
|
|
|
Dari merokok rokok ori, jauh lebih elok merokok e-cigarette.
Dari,
Non-smoker. |
|
|
|
|
|
|
|
Pls lah jgnlah diharamkan e-cigarette ni.... En suami baru dpt dipujuk supaya menggunakan e-cigarette ni sbg ganti drp menghisap rokok. Dia merupakan perokok tegar dan dah menghisap rokok dah berpuluhan tahun. Auntie mmg lebih suka dia hisap e-cigarette drp hisap rokok.
E-cigarette merupakan alternatif yg lebih baiik drp menghisap rokok. Bauannya pun lebih wangi dan lebih ekonomikal.
Semua pun nak diharamkan.... isy..... |
|
|
|
|
|
|
|
Rokok biasa tu dah lah asap dia mengganggu sungguh, pastu boleh mengundang kebakaran, putung rokok bersepah2 menambahkan sampah.. CAP nak galakkan kita isap rokok biasa dari rokok eletronik gamaknya.............. |
|
|
|
|
|
|
|
apa pekdah hisap rokok traditional dgn e-rokok ni? semua buang duit je... |
|
|
|
|
|
|
|
sejak bila pulak dalam rokok biasa tu takde racun serangga?? |
|
|
|
|
|
|
|
Laki aku pas hisap e-cig ni berat dah naik weh...kalau rokok ori tu pas ke sudah le berat tak naik2...
Tolongle jgn ban e-cig ni!!!.. |
|
|
|
|
|
|
|
sudah kena beli ka ini CAP,hu2 |
|
|
|
|
|
|
|
teyadani posted on 24-6-2013 11:24 PM
Laki aku pas hisap e-cig ni berat dah naik weh...kalau rokok ori tu pas ke sudah le berat tak naik2. ...
mmg pun. berat naik.
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg tak dinafikan penjualan e cig ni berleluasa di kalangan budak bawah umur. aku meniaga benda alah ni, mmg tau lah. budak sekolah pun mampu beli mechanical harga 200 ke atas. siap modified bagai, tukar tank itu ini. huh..
|
|
|
|
|
|
|
|
e cig ni dia tak bazir duit kan ? sekali beli boleh guna sampai mati ....tkde la sampai org kata 20btg sehari..ni bila pakai e cig 24 jam boleh merokok tkdela org nak ngumpat kan... |
|
|
|
|
|
|
|
We vape ...not smoking ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
azrain98 posted on 25-6-2013 12:49 AM
e cig ni dia tak bazir duit kan ? sekali beli boleh guna sampai mati ....tkde la sampai org kata 20b ...
hahahaha..tapi hari2 datang kedai beli flava....addicted bro.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 25-6-2013 01:03 AM
hahahaha..tapi hari2 datang kedai beli flava....addicted bro.
hahaha perisa kan? ok la tu rm5-6 kurang kan beban kata perokok
|
|
|
|
|
|
|
|
azrain98 posted on 25-6-2013 01:08 AM
hahaha perisa kan? ok la tu rm5-6 kurang kan beban kata perokok
kadang2 aku tanya gak customer aku, lagi jimat atau tak e-cig ni
then dorang jawab...jimat mende, hari2 beli perisa..sanggup tunggu kedai bukak nak beli perisa
tu belum lagi nak modified macam2..tengok org lain nya lagi hebat
tukar tank itu ini..tebuk sana sini
tapi sekrang ramai da bijak pandai boleh buat sendiri e cig ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|