View: 3527|Reply: 35
|
[Tempatan]
13 terbabit perhimpunan haram di Bukit Chandan kena dua tahun penjara
[Copy link]
|
|
2013/09/13 - 12:06:28 PM
Kuala Kangsar: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM5,000 ke atas setiap 13 individu, termasuk seorang wanita yang terbabit dalam perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, di sini, pada 6 Februari 2009.
Hukuman tambahan lima bulan penjara turut dikenakan jika setiap tertuduh gagal membayar denda berkenaan.
Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi semua tertuduh.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti hujah dan keterangan saksi serta rayuan hukuman daripada kesemua tertuduh sekaligus pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes itu.
P/s:- Aaaaaa padan dgn muka ko...pemimpin2 ko senang lenang...apa ko dapat?...bodoh bertingkat2...kalau bekerja...kompom kena buang..ada pemimpin2 ko datang hulur barang sejuta dua ke?..
|
|
|
|
|
|
|
|
derang pon ada ahli totok meh? ingatkan kata ahli PR ni bijak belaka, nampak sungguh 'bijak' |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat dulu time perhimpunan nie mak aku xbrani kluar rumah nk pi paso |
|
|
|
|
|
|
|
lee_sakura posted on 13-9-2013 12:39 PM
aku ingat dulu time perhimpunan nie mak aku xbrani kluar rumah nk pi paso
kang ada yg kata salah UMNO jua beb... |
|
|
|
|
|
|
|
13 perusuh dihukum penjara dua tahun
13/09/2013 12:00pm
KUALA KANGSAR - Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 terhadap 13 individu yang menyertai perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak empat tahun lepas.
Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi kesemua tertuduh.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti hujah serta keterangan saksi sekali gus pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes tersebut.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkenaan berkuatkuasa hari ini dan kegagalan membayar denda mengakibatkan hukuman penjara tambahan lima bulan.
Hakim Norsalha juga tidak membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman walaupun pihak pembelaan dijangka memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Peguam Augustine Anthony mengetuai barisan lapan peguam bela yang mewakili semua tertuduh.
Mereka yang didakwa kerana merusuh pada 6 Februari 2009 lalu itu ialah Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd. Faiz Mohd. Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd. Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib; Nazir Hamid, Mohd. Hasri Ismail, dan Mohamed Ismail, 47.
Kesemua didakwa menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang iaitu menentang satu proses perundangan upacara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di bawah Perkara XV1(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud. -KOSMO!
p/s:- Semuanya melayu...cina india ada?..
|
|
|
|
|
|
|
|
pejuang politik, atas apa yang mereka yakini, |
|
|
|
|
|
|
|
ARKIB : 14/04/2009
Perbicaraan rusuhan Bukit Chandan ditangguh
KUALA KANGSAR 13 April - Mahkamah Sesyen hari ini menangguhkan pada 29 April depan perbicaraan 13 individu yang didakwa menyertai perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak.
Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu setelah menerima hujah peguam Augustine Anthony yang mengetuai barisan lapan peguam bela yang mewakili semua tertuduh.
Dalam hujahnya, Augustine berkata, pihak pendakwa hanya mengemukakan dokumen terbaru kes itu iaitu 1,000 keping gambar dan satu rakaman video berkaitan rusuhan tersebut pada pagi ini.
Kata beliau, ekoran kelewatan pihak pendakwa itu, pihak peguam bela tidak mempunyai masa mencukupi untuk mengkaji dokumen berkenaan.
Katanya, tambahan pula, salah seorang anak guamnya iaitu Bad Latif Mansor, 43, gagal hadir ke mahkamah kerana mendapat cuti sakit bermula hari ini hingga 17 April ini.
''Saya minta ditangguhkan kerana tidak adil bagi anak guam saya untuk tidak mengikuti perjalanan kes ini selain kegagalan pihak pendakwa yang lewat menghantar beberapa dokumen penting berkaitan kes ini.
''Pihak saya hanya menerima dokumen terbaru kes pada pagi ini dan tidak sempat untuk mengambil sebarang tindakan," katanya.
Selain Bad Latif, mereka yang didakwa kerana merusuh pada 6 Februari lalu itu ialah Suhana Abdullah, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 34; Mohd. Faiz Mohd. Arshad, 22; Zulhaizam Zulkifli, 25; Isha Riduan Ishak, 55; Adi Hilmee Mohd. Nasir, 40; Yusoff Jaafar, 44; Idris Mohd Thaib; Yusoff Jaafar; Nazir Hamid dan Mohamed Ismail, 43.
Bagi tuduhan pertama, mereka didakwa telah menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang iaitu menentang satu proses perundangan upacara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di bawah Perkara XV1(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pertuduhan pilihan bagi tuduhan pertama ini pula menyebut bahawa mereka sebagai anggota satu perhimpunan haram telah didapati mengingkari perintah bersurai yang diberikan oleh Inspektor Mohd. Saiful Adli Mohd Asni.
Tuduhan pilihan ini dibuat mengikut Seksyen 27(4) Akta Polis 1967 (Akta 334) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM10,000 dan boleh dipenjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah bersama Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah serta Muziyah Mansor.
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la..lepas solat jumaat buat benda2 tak de paedah nih...ini la balasannya...
buat benda lagho |
|
|
|
|
|
|
|
lee_sakura posted on 13-9-2013 12:39 PM
aku ingat dulu time perhimpunan nie mak aku xbrani kluar rumah nk pi paso
aku ingat lagi..time perhimpunan nih..aku naik moto sambil pakai vest hijau pusing2 area masjid, istana tengok kelaku deme2 nih...time tuh nampak sopan lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
abgrara posted on 13-9-2013 12:47 PM
pejuang politik, atas apa yang mereka yakini,
berbaloi RM5k... iayolah tu... harap2 mereka yg memujuk tu dapat tolong bayarkan ... apalaaa sgt 5K seorang kan berjuang atas apa yg mereka diperdayakan opppsss percaya |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 13-9-2013 12:44 PM
13 perusuh dihukum penjara dua tahun
p/s:- Semuanya melayu...cina india ada?..
kalau ada cina keling cacai akan bercakap lain plak, cina & keling akan dicop biadap, kurang hajar katanya...so, bagi cina keling buat salah, tak buat pun salah...
|
|
|
|
|
|
|
|
P/s:- Aaaaaa padan dgn muka ko...pemimpin2 ko senang lenang...apa ko dapat?...bodoh bertingkat2...kalau bekerja...kompom kena buang..ada pemimpin2 ko datang hulur barang sejuta dua ke?..
kuat betul sifat kebendaan ko...
|
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 posted on 13-9-2013 12:59 PM
berbaloi RM5k... iayolah tu... harap2 mereka yg memujuk tu dapat tolong bayarkan ... apalaaa s ...
RM5K boleh lah emak pak saudara mara rakan taulan, pemimpin yg disanjung2 tolong bayarkan yipun.....baru rm60K je utk 13 orang..tapi penjara tu nak ke Nizar bekas MB Perak tu tolong gantikan?......cakap lah kat mana2 ceramah...buat urgent punya PC...biarlah saya gantikan mereka dipenjarakan..2 tahun kali 13 orang..alah baru 26 tahun je Nizar tolong mereka masuk penjara...nak ke dia?..baru jadi bukti dia bertanggungjawap sebagai pemimpin tulin...mandela hampir seumur hidupnya duduk dlm penjara. Last edited by Anak_Nogori on 14-9-2013 11:18 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 posted on 13-9-2013 12:38 PM
derang pon ada ahli totok meh? ingatkan kata ahli PR ni bijak belaka, nampak sungguh 'bijak'
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni gambar 13 org yg bodoh bertingkat2 tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
elok la. skandal lembu 250 juta boleh lepas. bunuh orang dgn C4 semua lepas. ada dua set undang2, satu utk penguasa, dan satu utk rakyat marhaen.
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA KANGSAR 13 Sept. - Tiga belas individu termasuk seorang ibu tunggal masing-masing dihukum penjara dua tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah menyertai perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak, lima tahun lalu.
Hakim Norsalha Hamzah yang memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa hari ini turut mengarahkan tempoh pemenjaraan kesemua tertuduh ditambah lima bulan lagi jika gagal membayar denda.
Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes berkenaan.
"Kes ini melibatkan kepentingan institusi diraja. Hukuman ini sebagai pengajaran kepada masyarakat dan pada pendapat saya ia satu kesalahan serius," kata beliau.
Ketegasan Norsalha terserlah apabila beliau tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Kesemua tertuduh termasuk ibu tunggal yang juga bekas pekerja am Masjid Ubudiah, Suhana Abdullah, 49, dilihat tergamam dan hanya mendiamkan diri semasa keputusan itu dibacakan ke atas mereka.
Beberapa wanita dipercayai anggota keluarga tertuduh yang berada di galeri awam juga dilihat menangis sambil bercakap antara satu sama lain.
Sebaik sahaja prosiding selesai, kesemua tertuduh di hantar ke Penjara Tapah dekat sini.
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang berada di galeri awam semasa permulaan prosiding juga dilihat meninggalkan kompleks mahkamah sebelum keputusan perbicaraan selesai dibacakan Norsalha.
Selain Suhana, tertuduh-tertuduh lain ialah Bad Latif Mansor, 47, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38, Mohd. Faiz Mohd. Arshad, 26, Zulhaizam Zulkifli, 29, dan Isha Riduan Ishak, 59.
Yang turut didakwa ialah Adi Hilmee Mohd. Nasir, 44, Yusoff Jaafar, 48, Idris Mohd. Thaib, Nazir Hamid, Mohd. Hasri Ismail, dan Mohamed Ismail, 47.
Kesemua mereka didakwa menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang iaitu menentang satu proses perundangan upacara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di bawah Perkara XV1(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Mereka didakwa telah melakukan kesalahan tersebut selepas solat Jumaat, 6 Februari 2009 di Jalan Istana, Bukit Chandan di sini.
Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Kekecohan yang berlaku di Jalan Bukit Chandan, laluan utama ke Istana Iskandariah itu dilakukan penyokong Pakatan Rakyat dipercayai untuk menghalang kenderaan orang kenamaan termasuk kereta dinaiki kerabat diraja Perak menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang menggantikan Mohd. Nizar.
Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud mengendalikan pendakwaan manakala kesemua tertuduh diwakili lapan peguam yang diketuai oleh Augustine Anthony.
Keadaan juga menjadi kecoh seketika sebelum dan selepas prosiding kes itu selesai apabila kira-kira 20 penyokong yang turut hadir melaungkan takbir.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... M5000#ixzz2epYW7vxe
© Utusan Melayu (M) Bhd
P/s;- Aaaaa ni contoh pemimpin kamu...ada dia datang jumpa sat salam2 ke lepas dengar keputusan hakim?..kalau tak jumpa kenapa?...masih lagi benak kepala ko ye..sanggup dipenjara krn manusia macam tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggulah kat lobi tu ke..beri kata2 semangat...aku janji aku akan tanggung anak bini koorang..makan minum pakai sekolah sakit pening...sedap gak dengar..
ni lari mencicit2.. |
|
|
|
|
|
|
|
atas apa yang mereka percaya sebagai perjuangan |
|
|
|
|
|
|
|
mak_wa95 posted on 14-9-2013 11:13 AM
atas apa yang mereka percaya sebagai perjuangan
soalan yg bagus... |
|
|
|
|
|
|
| |
|