View: 22413|Reply: 145
|
[Tempatan]
Kerana makhluk aneh, pekerja binaan bertempiaran lari
[Copy link]
|
|
Pekerja binaan jumpa ‘lintah gergasi’
Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.
Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.
Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.
Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.
“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.
“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.
Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.
“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.
“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya
p/s: rupa mcm ular + biawak. tp nampak klakar lak muka natang ni... Last edited by mr_crab on 20-9-2013 08:09 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
gambooo mana? caprutnya hindon takde phone berkamera kahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
mujurlah x agresif.....menggelikan binatang ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
bluezink posted on 20-9-2013 07:28 AM
ular ni..ular ni banyak kt belah utara, terutamanya dikawasan yg ada sawah padi..selalu jumpa. Ular ni, kalau belah kedah, kami panggil ular 'guni buruk',sebabnya pattern sisiknya berbentuk mcm guni baja yg dah lama dibuang..
Ular ni memang penghuni dikawasan yg berair, so kat sawah padi, tali air sekitar sawah padi dan paya-paya memang ada..ular ni kalau tak silap takdak bisa, dan memburu haiwan yg duduk dikawasan sawah padi mcm tikus, anak ikan dan sebagainya..
Biasanya ular ni selalu terperangkap dlm jala (time orang menjala), atau termakan tajur @ taut yang orang kampung buat utk tangkap ikan haruan. Last edited by haji_one on 20-9-2013 07:38 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
geli plak aku tgk |
|
|
|
|
|
|
|
bluezink posted on 20-9-2013 07:28 AM
kenapa aku rasa gambar pakcik baju kuning ni familiar sgt eh
|
|
|
|
|
|
|
|
rosasa posted on 20-9-2013 08:08 AM
kenapa aku rasa gambar pakcik baju kuning ni familiar sgt eh
sbb keturunan misai A,galak
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah jumpa ulor ni dlu masa kecik2 kt kg.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
rare gak la ular ni... tinggal kat zoo taiping la lepas ni... |
|
|
|
|
|
|
|
muka mcm anjing laut |
|
|
|
|
|
|
|
Buat pertama kali dlm hidup aku, inilah satu satunya jenis ular yg aku lihat matanya tidak seperti ular yg biasa..
Baik dari segi kedudukan matanya mahupun matanya itu sendiri..
Benarlah Allah itu al-Khaliq |
|
|
|
|
|
|
|
benci betul aku dengan statement terkejut.. tak pernah jumpa .. hairan.. nampak sah tak suka membaca.. |
|
|
|
|
|
|
|
comelnye ular nih...kalo dpt bela msti best |
|
|
|
|
|
|
|
cam padat..berisi jer ulor nie ... |
|
|
|
|
|
|
|
pergh!!....kena hati2 laa buat mereka melakukan aktiviti air kat sana.... |
|
|
|
|
|
|
|
ular tu akan didakwa tak di mahkamah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|