CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1744|Reply: 1

[Tempatan] Maut rempuh tembok

[Copy link]
Post time 30-9-2013 01:26 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan kereta mangsa yang merempuh tembok pembahagi jalan di jejambat pusingan U, LDP awal pagi semalam. Gambar kecil: C Vishnu.

PUCHONG - Tidak sampai lima minit bergerak meninggalkan tempat kerjanya, seorang pelayan bar maut apabila kereta dipandu merempuh konkrit pembahagi jalan di pusingan U Kilometer 23.2 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, mangsa dikatakan memandu sendirian dari sebuah kelab hiburan di Setia Walk, Pusat Bandar Puchong menghala ke rumahnya.

Ketika membuat pusingan U, mangsa dipercayai tidak membelok kenderaannya menyebabkan berlaku rempuhan kuat antara kereta mangsa dengan tembok pembahagi jalan.

Akibatnya,  C Vishnu, 22, yang memandu kereta Proton Wira tersepit dan mengalami kecederaan parah.

Sumber polis berkata, siasatan awal  mendapati  kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu hilang  kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.

Menurutnya, tiada kesan brek ditemui di jalan dua lorong jejambat pusingan U menuju ke arah Damansara itu.

“Kereta mangsa merempuh konkrit itu dengan kuat, dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan,” katanya.

Bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Serdang. Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.

Sementara itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-80742222 untuk membantu siasatan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2013 01:28 PM | Show all posts
mabuk ler tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BHATT JI
akku787frtddddBHATT JI
Views : 505 Replies : 0
bhatt ji
akku787frtdddbhatt ji
Views : 1414 Replies : 0
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 49787 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 7397 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31775 Replies : 22

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.435267 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list