CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20780|Reply: 352

[Tempatan] Nurul Izzah: Klinik 1Malaysia taraf dunia ketiga

[Copy link]
Post time 7-10-2013 07:42 AM | Show all posts |Read mode
Nurul Izzah: Klinik 1Malaysia taraf dunia ketiga

SHAH ALAM - Klinik 1Malaysia didakwa bertaraf dunia ketiga ekoran tiada pegawai perubatan bertauliah.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, praktis klinik tanpa pegawai perubatan ini hanya dilakukan di negara-negara dunia ketiga.

"raktis klinik tanpa pegawai perubatan ini dilakukan di mana? Di negara-negara dunia ketiga, negara-negara Afrika yang hanya ada pembantu kesihatan.

"Kita tak boleh berbuat sedemikian. Malaysia ada tarafnya sendiri,” katanya kepada Sinar Harian Online, ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata demikian ekoran Klinik 1Malaysia yang di bawah Gagasan 1Malaysia itu tidak mempunyai pegawai perubatan bertauliah.

"Kritikan utama Klinik 1Malaysia adalah tidak mempunyai pegawai perubatan yang bertauliah...ia bertentangan dengan Akta Perubatan 1971.

"Bukan saya yang buat undang-undang. Saya merujuk pada kenyataan Malaysia Medical Association. Yang rangka undang-undang itu kerajaan," katanya.


Izzah akui ada menerima aduan berhubung perkara tersebut.

"Ya saya ada terima aduan. Misalnya, seorang ini menghidap kudis buta. Kudis buta sedang berdarah, dia pergi ke Klinik 1Malaysia, tidak ada doktor di klinik tersebut pada waktu tersebut.

"Maka, pesakit tidak boleh diberikan ubat yang terkawal," katanya.

Malah katanya, negara memiliki ramai pegawai perubatan yang bertauliah.

"Nisbah doktor dengan penduduk di Malaysia, agak tinggi. Kita ramai pegawai perubatan, hanya mereka membuka klinik-klinik persendirian.

Jadi, kalau kerajaan wujudkan satu klinik, tentu harus selaras dengan garis panduan dan undang-undang sedia ada," katanya.


I tak pernah pi klinik satu Malaysia,, selalu pegi klinik kat dlm campus Uni I ni je, free,, xtau la mcm mne servis kat klinik satu Malaysia ni, adakah mencapai taraf Malaysia sbg negara maju dan berkebajikan seperti yg diwar2kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 07:59 AM | Show all posts
memang betul la....dah 2 kali aku pi kenek 1 Malaysia ni...
tiap kali aku pg mmg doctor takde...yang ada cuma MA je...
antibiotic tak dibekalkan...sbb kalu nak antibiotic kena pi kenek kesihatan biasa or kenek swasta
kalu nak inject pun kenek 1 Malaysia tak buat....kena pi kenek kesihatan besa or kenek swasta

pendek kata kenek 1 Malaysia ni tak beri khidmat mcm kenek kesihatan besa....
kalu setakat demam , jumpe MA, nak amik panadol boleh la....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 08:07 AM | Show all posts
ye ek. x penah g la kini semasia
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 08:19 AM | Show all posts
takper janji ada word '1 Malaysia'..kualiti atau apa sahaja belakang citer
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 08:22 AM | Show all posts
inilah yang selayaknya untuk kita rakyat bawahan...terima kasih kerajaan bn
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 08:24 AM | Show all posts
errr.. Malaysia negara dunia ketiga ke bukan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2013 09:07 AM | Show all posts
malas nak pegi..
banyak kerenah..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:11 AM | Show all posts
Opening hrs ikut suka dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes posted on 7-10-2013 09:11 AM
Opening hrs ikut suka dia..

la ye ke?ptt yg kt umah aku ni,xtau kul bpe buka.aku lalu ptg tutup..penah skali lalu kul 10pg pun tutup lg..smpi aku tertya2,dh tutup ke klinik ni?tp signbod megah terpampang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:15 AM | Show all posts
Stakat demam batuk selsema biasa bleh la layan klinik 1 mesia neh....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:15 AM | Show all posts
elnor_81 posted on 7-10-2013 09:13 AM
la ye ke?ptt yg kt umah aku ni,xtau kul bpe buka.aku lalu ptg tutup..penah skali lalu kul 10pg pun ...

time makan pagi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:17 AM | Show all posts
ini lah...MISTERI

ANAK pUAKA......'U ULANG I SAMAN U'

BAPAK menerkam n menyondol
ANAK diterkam n disondol
BAPAK anu gerah tuhan
ANAK >>>>>> sambung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:18 AM | Show all posts
klinik 1malaysia ni untuk demam, selsema, batuk2
sbb tu hanya MA sahaja kat situ

darah tinggi, kencing manis g klinik kesihatan biasa
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:22 AM | Show all posts
benda2 berkaitan 1malaysia ni aku rasa tangkap muat aje...janji siap...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:26 AM | Show all posts
jgn kata klinik 1 mesia..klinik kesihatan biasa tu pun hazab jugak..aku dtg pg2 kul 7.30 amik nombot..kul 11 gak br abis check up nyer..nurse kul 11.45 da kuar lunch..kaunter da tutup..punya la malas wat keje....huh..mmg saja2 nak suh org pi private ke..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:26 AM | Show all posts
Aku rasa adalah doktor.  Mungkin certain-certain hari sebab mak aku setiap bulan ada appointment dengan doktor kat Klinik 1Malaysia. Walaupun opis aku bagi full medical benefit kat mak tapi dia lagi suka pi Klinik 1Malaysia.  Whateverlah mak... Janji sihat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 09:28 AM | Show all posts
sbb tu dari dulu aku tgk K1M nih hanya melepaskan batuk di tangga, or kata org skang nih "asal boleh jer".......takat kes2 biasa MA tgk bleh kasi panadol jer yg lelain sumer akan direfer gak ke spital/KK/KD
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:29 AM | Show all posts
shanani posted on 7-10-2013 07:59 AM
memang betul la....dah 2 kali aku pi kenek 1 Malaysia ni...
tiap kali aku pg mmg doctor takde...yan ...

Awak kena paham konsep penubuhan K1M dahulu baru boleh komen.K1M ditubuhkan hanya untuk rawatan penyakit ringan seperti batuk dan selsema,saringan kesihatan dan rawatan prosedur ringan seperti cucian luka dan jahitan luka2 kecil .Kalau memerlukan antibiotik itu dah dikira penyakit yang agak berat.Kebiasaannya pegawai yang bertugas memeriksa dan merawat pesakit iaitu Penolong Pegawai Perubatan akan merujuk pesakit kepada doktor di klinik kesihatan yang berdekatan.Doktor hanya ditugaskan di K1M yang kedatangan pesakit melebihi 100 orang.Setakat ini terdapat 22 buah K1M menyediakan perkhidmatan doktor dan selebihnya iaitu 215 buah dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan,Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan.Penolong Pegawai Perubatan yang memeriksa dan merawat pesakit adalah terikat dengan Akta Pembantu Perubatan dan setiap K1M yang beroperasi adalah dibawah penyeliaan dan pemantauan oleh doktor atau Pegawai Perubatan daripada klinik kesihatan yang berdekatan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:30 AM | Show all posts
tak paham konsep rupa nya anak papa nih.. takpe politik mengatasi segalanya.. selagi boleh hentam, hentam..

sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/7816-klinik-1malaysia.html

Klinik ini bertujuan memudahkan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar di mana mereka, tidak lagi perlu berkenderaan ke Klinik-klinik Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer dari rumah.



Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh pembantu hospital (HA). Kerajaan membenarkan HA memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula. Bagaimanapun, Klinik ini dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

OBJEKTIF KLINIK 1MALAYSIA
Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat.

SKOP PERKHIDMATAN

* Perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain.
* Rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti Diabetes, Darah Tinggi dan Asma.
* Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan
* Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti Demam Denggi.
* Khidmat Nasihat/Pendidikan kesihatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:30 AM | Show all posts
terbaik laa kenek i Malaysia.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.358163 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list