Umur sudah makin tua tapi masih juga tidak berubah! Orang yang SS maksudkan ini adalah seorang pemuzik yang boleh tahan terkenalnya pada zaman 1980-an dulu. Dulu, dia dan rakan kumpulannya memang pernah dikaitkan dengan cerita kurang sedap iaitu najis dadah.
Tahu sajalah dulu kalau bercakap mengenai artis ‘funfair’ ramai yang dikaitkan dengan gejala yang tidak sihat itu.
Nak jadi cerita, kini penyanyi itu dan rakannya hendak muncul semula memandangkan mereka mempunyai ramai lagi peminat termasuk dalam kalangan generasi baru.
SS dengar memandang-kan usia masing-masing sudah melebihi senja dan ada yang sampai separuh abad, maka kebanyakan anggota kumpulan itu kini sudah bersih dan tidak lagi terjebak dengan benda yang tidak baik itu. Ia memang bagus.
Malangnya, seorang kawan SS yang mengenali anggota kumpulan itu mendakwa salah seorang anggotanya masih juga tidak berubah. Dia dikatakan masih leka dengan tabiat lamanya itu. Disebabkan itu, isterinya dikatakan sudah lari meninggalkannya kerana tidak tahan lagi dengan sikap-nya yang tidak mahu berubah dan terus ketagihan dadah.
Kata rakan SS, dia juga tidak mahu berjumpa dengan pemuzik itu kerana bimbang akan menjadi ‘mangsa’ untuk meminjam wang. Difahamkan, pemuzik itu kerap meminta wang daripada sesiapa saja yang mengenalinya semata-mata untuk melayan ketagihannya.
SS amat kecewa mende-ngar cerita-cerita sebegini. Kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul namun dia seharusnya dibimbing untuk kembali ke pangkal jalan.
|