View: 14342|Reply: 205
|
Edisi Konsert: CT Live In KLCC - Where The Heart Is [Single R&B: p. 7, #152]
[Copy link]
|
|
ctdk Fuhh!!ada yg dah mula dpt jemputan ke press conference konsert pada FEB nanti..nervous pulak kita.. wish me luck!!!muahhhsss 1d |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak pulak Siti wat konsert...nie yang best nie.
Nak gi jugak.....tapi nak kena rebut yg murah sekali plak....heheh
|
|
|
|
|
|
|
|
ni konsert mcm philharmonik dulu tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tak dapat gambaran lagi pasal konsert ni, so tatau nak pegi ke tak. Kang balik2 ulang lagu yang sama, rugi je beli tiket mahal2 kan Ni nampak macam lebih kepada korporat punya show...tiket mahal ya ampunnn |
|
|
|
|
|
|
|
hyie posted on 6-1-2014 11:20 PM
tak dapat gambaran lagi pasal konsert ni, so tatau nak pegi ke tak. Kang balik2 ulang lagu yang sama ...
Haha tau xper mhl siot....ader tiket yg duduk kt tangga tak...?? Jimat ckit....Tangga2 pun tanggalah jnji dpt tgk ct.....DVD konsert lentera timur haram....xnmpk bayang....huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Stage dier cam kecik jer..... |
|
|
|
|
|
|
|
motif x boleh tag? |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg seeru aku ni???
cantik la tokti atas tu
tiket mahal la...
dah la adik aku kawen 1/2 ni...
cam takde bajet je nak p |
|
|
|
|
|
|
|
http://mstar.com.my/hiburan/ceri ... p;sec=mstar_hiburan
Siti Nurhaliza Sasar Kutip RM4 Juta Untuk Kebajikan
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
Siti Nurhaliza di depan poster konsertnya.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mahu lebih fokus kepada aktiviti kebajikan sepanjang 2014 bagi mengumpul dana untuk Yayasan Nurjiwa yang dinaunginya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Siti, 35, berkata, pihak yayasan telah merangka beberapa projek besar sepanjang tahun ini dan menyasarkan kutipan dana sebanyak RM4 juta bagi membolehkan pelbagai bantuan diberikan kepada golongan memerlukan.
"Pengalaman membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang baru-baru ini memberi semangat kepada saya dan suami untuk bergerak lebih aktif membantu golongan yang dalam kesusahan.
"Atas dasar itu kami telah merangka beberapa projek bagi mendapatkan dana yang lebih besar bagi tujuan tersebut," katanya kepada mStar Online.
Siti ditemui ketika sidang media konsert 'Datuk Siti Nurhaliza Live in KLCC - Where the Heart Is' di pejabat SimplySiti di sini, Isnin.
Konsert amal terbitan Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama Siti Nurhaliza Production dan SimplySiti itu akan diadakan selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 Februari depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Ia akan diadakan selama dua jam bermula pukul 8 malam.
Dalam perkembangan sama, Siti berkata, antara projek yang telah di susun untuk tahun 2014 adalah seperti larian amal, 'treasure hunt' dan beberapa konsert amal.
Malah kata Siti, dia merancang untuk mengadakan lebih banyak aktiviti amal melibatkan anak-anak yatim, ibu tunggal dan kaum wanita dalam setiap aktiviti yang dirancang.
Sementara itu, bercakap mengenai konsertnya Siti berkata, ia merupakan sebuah projek pertama pada tahun ini yang dijangka dapat mengutip sebanyak RM1 juta pada dua malam persembahan.
Jelas Siti, kesemua kutipan dana tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung Yayasan Nurjiwa untuk diserahkan kepada golongan yang memerlukan.
"Pihak yayasan berharap sasaran RM1 juta itu dapat dicapai supaya bantuan lebih banyak dapat diberikan kepada yang memerlukan sekali gus menjadikan yayasan sentiasa aktif dan prihatin.
"Saya sangat berharap peminat akan hadir dan sama-sama menghulurkan bantuan dengan membeli tiket supaya dapat kita sama-sama membuat amal," katanya.
Tambah Siti, pada konsert itu nanti, dia akan menampilkan tema berwarna putih bagi melambangkan kesucian dan niat murni yang ingin cuba dilakukan.
Dia menjangkakan dapat mempersembahkan lebih 14 buah lagu untuk para peminat yang hadir selain beberapa kejutan pada malam itu.
"Saya masih meneliti lagu apakah yang akan dibawa tetapi yang pasti lagu-lagu hit akan dinyanyikan di samping beberapa lagu bahasa Inggeris.
"Aubrey Suwito akan bertindak sebagai pengarah muzik dan beliau akan cuba menampilkan konsep mini orkestra pada dua malam persembahan itu nanti," katanya.
Dalam perkembangan lain, Siti bakal memasuki studio rakaman pada pertengahan bulan ini untuk menyiapkan album terbaharunya.
Jelas Siti, album yang diterbitkan oleh Universal Music Malaysia itu akan menampilkan 10 buah lagu daripada komposer tempatan dan Indonesia.
"Selain projek bersama Yayasan Nurjiwa dan album terbaharu fokus saya juga kepada SimplySiti yang akan terus mengeluarkan lebih banyak produk bermutu tinggi," katanya.
Tiket-tiket konsert ‘Datuk Siti Nurhaliza Live in KLCC - Where the Heart Is’ dijual pada harga RM800, RM518, RM388, RM238, RM188 dan RM88.
Pembelian tiket boleh dibuat secara talian di www.redtix.airasia.com bermula 13 Januari ini atau menghubungi talian 03-21638383 untuk keterangan lanjut.
|
|
|
|
|
|
|
|
jom pegi 8 Feb punya...beli tiket murah je |
|
|
|
|
|
|
|
14 lagu jerkkk??? Ini mesti persembahan ala ala kat Philharmonic hari tue....
ala ala duduk tegak , nyanyi.....sebab tengok stage pun tak besar sangat...nak letak musician lagi.
Kali nie pergi, kira tumpang sama beramal la jugak kan...masuk tabung yayasan nurjiwa
Harap nyanyi lagu popular jugak tapi dah lama tak nyanyi ...taknak medley...macam
Jawapan Di Persimpangan, Jerat Percintaan , Wajah kekasih, Nian Di Hati, Azimat Cinta,
Taknak dah dengar Biarlah Rahsia, Bukan Cinta Biasa, Seindah Biasa,....etc. |
|
|
|
|
|
|
|
sendu sangat 14 lagu je...tapi memandangkan ada lagu omputih, teringin jugek nak pegi sebab tak pernah dengar ct bawak lagu omputih secara live depan mata...
ade sesapa kat sini nak beli tiket rm800 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ni pic time konsert dct,apek ngan fazley 2004..yang buat tertanya..nenek ni tokti ke..?
kalau ye..pandai la dct berlakon
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|