Nabi Muhammad pun tunduk pada mayat orang kapir - Anwar Ibrahim
DrMAZA.com
2 hours ago ·
Saya tindak pasti sejauh mana ketepatanlaporan akhbar rasmi Parti Keadilan ini. Jika benar ia merupakan satu tokok tambah kepada hadis Nabi s.a.w. Walaupun hadis Nabi s.a.w tentang bangun ketika jenazah yahudi lalu itu sahih namun tiada tambahan 'tunduk dan diam' dalam mana-mana riwayat. Jika tidak, pasti para sarjana tiada khilaf tentang 'illah (punca hakiki) bangun tersebut. Adalah dilarang menokok tambah hadis yang memberikan implikasi makna lain dari maksud asal sesebuah riwayat. Semua pihak kena berhati-hati berkaitan hadis. Sebelum ini kita ada ulama muda sebuah parti yang sering meletakkan hadis luar dari konteks untuk maksud politik mereka. Sehingga menyatakan harga naik ketetapan Tuhan untuk menjustifikasikan keadaan politik yang ada tapi tidak pula mahu menyatakan air tiada itu ketetapan Tuhan kerana itu tidak menguntungkan politik mereka. Ada penceramah yang membawa hadis palsu dalam menarik pendengar. Jangan pula ada yang menokok tambah hadis untuk menjustifikasikan tindakan politik tertentu. Jenazah bukan muslim dihormati dengan cara yang Islam ajar kita, tidak memerlukan 'penambahan sendirian berhad' ke atas riwayat yang sahih. Pihak berkenaan hendaklah menarik balik penambahan tersebut.
mereka akan menggunakan dan menokok nambah lalu memutarbelit hadis untuk keperluan mereka. kaum apa kah mereka ini? tidak lain kaum kaum yang akan dibakar di neraka.
Sebelum ini Anwar Ibrahim mendapat kecaman hebat dari orang Islam di Malaysia kerana sekali lagi beliau dirakam melakukan ritual tunduk sembah mayat di upacara kematian mendiang Karpal Singh. Lihat di sini
Seperti yang telah dijelaskan perbuatan tersebut adalah berdosa. Namun Anwar Ibrahim tidak dapat menerima teguran bahawa perbuatannya itu sesuatu yang haram dengan berdalilkan hadith yang asalnya sahih namun telah dipalsukan oleh beliau secara terang-terangan di ceramah Pakatan Rakyat pada 20 haribulan yang lalu seperti dalam rakaman di atas.
Hadith yang sahih sebelum dipalsukan oleh Anwar Ibrahim adalah seperti berikut:
Dari ‘Abdurrahmaan bin Abi Lailaa, ia berkata: Sahl bin Hunaif dan Qaid bin Sa’d pernah bertugas di Al-Qaadisiyyah. Telah lalu jenazah di hadapan mereka, lalu keduanya pun berdiri. Dikatakan kepada mereka berdua: “Sesungguhnya jenazah itu adalah orang dari kalangan Ahludz-Dzimmah. Mereka berkata: “Sesungguhnya pernah lalu satu jenazah di hadapan Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliau berdiri. Dikatakan kepada beliau: ‘Sesungguhnya ia adalah <b>jenazah orang Yahudi</b>’. Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Bukankah ia juga manusia” [Diriwayatkan oleh Bukhaariy no. 1313, Muslim no. 960, An-Nasaa’iy no. 1921, dan yang lainnya].
Ada banyak hadith sebegini telah diriwayatkan samada sahih atau lemah namun tidak ada satu pun yang meriwayatkan Nabi menundukkan kepala kepada mayat yahudi tersebut. Lihat perbahasan ilmiah seputar hadith Nabi berdiri hormat jenazah di sini.
Jelas di sini Anwar Ibrahim telah melakukan satu pendustaan ke atas Nabi dengan memalsukan hadith baginda shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Tidak perlulah bercerita panjang dan berdalih jika ianya melibatkan pendustaan ke atas Nabi. Kami menasihatkan supaya Anwar Ibrahim bertaubat, menarik balik kata-katanya.
Janganlah ingin membenarkan perbuatannya melakukan ritual tunduk sembah mayat di upacara kematian mendiang Karpal Singh, maka beliau sanggup berdusta ke atas Nabi. Sesungguhnya Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah memberi amaran yang sangat keras berkenaan hal ini:
“Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 109]
Sebagai umat Islam kita mesti sensitif apabila seseorang berdusta ke atas Nabi sebegini. Perkara ini tidak boleh diambil mudah. Dan kami memohon JAKIM atau pihak berkuasa mempercepatkan proses mewartakan undang-undang berkenaan isu hadith ini.
Tidak perlu berasa malu jika tidak melakukan ritual tersebut. Jika kita mempraktikkan tuntutan agama Islam dengan tidak tunduk sembah mayat Karpal Singh, tidak bermakna kita tidak menghormati agama mereka.
Ni bukan hadis palsu, cumanya anwar menokok perkataan 'tunduk' dan 'diam' itu. Dan menokok sesuatu yang tidak disebut dalam hadis juga tidak dibenarkan. Maka beliau harus menarik semula kenyataan tersebut. Semoga Allah mengampuni beliau. Cumanya lepas ni harap boleh bezakan antara hadis palsu dan juga menokok sesuatu yg tiada didalam hadis. Lagi satu, yang dok rewind ulang-ulang kali tu nampak exaggerate sangat. Ulang dua tiga kali orang dah faham rasanya.