View: 42740|Reply: 210
|
haunted vacation. whyy oh whyyy!! kisah 10 : balan2
[Copy link]
|
|
Salam. Kali ni, popo bak citer pasal pengalaman popo pulak. First time kena, terus terpana. Cewahhh.
Benda ni berlaku masa popo start cuti. Untuk pengetahuan, sepanjang cuti ni, popo plan nk road trip the whole borneo.so, my starting point is at kuching. Dari kuching, my first destination was to bandar sematan. Its the other tip of borneo. The tip that terus jumpa laut china selatan.
So, perjalanan from kuching to sematan takes around 2 hour. Sampai ke sematan, kitorang stay kat satu resort. Resort ni cantikk! Die nyer design ala2 mediterranian cottage gitu. Kitorang sampai dah petang. Arnd 4pm. Lepas check in and all, kitorng mandi laut. Our challet menghadap terus ke laut n depan challet tu ada tanah rumput lapang where we can sit and lepak depan tu. So, lepas mandi and makan kitorang lepak depan chalet. Masa tu ada popo and 2 of my best frens, mida n ati. Kitorang lepak2 n bual2 sampai lewat malam.
Tengah lepak tu, popo tercium bau buuuusuk sangat! Popo terus ajak mida n ati masuk bilik. Ati n mida follow je coz dorang perasan popo dh lain macam. Masuk bilik, kunci pintu bukak tv. Baru je nak lelap mata, kitorang dengar bunyi orang mengilai kuat gila!! Suara tu macam berpusing2 d sekitar chalet kitorang. Popo tutup mata n telinga kuat2. Agak lama jugak la bunyi mengilai tu, n eventually popo tertidur.
Pagi esoknya, popo tanya ngn mida n ati pasal suara mengilai tu. Surprisingly, mida x dengar pun bunyi mengilai, instead dia dengar bunyi anjing menyalak kuat gila and bau busuk yang amat! Ingatkan bau tu dibawak angin n masuk thru ruang bawah pintu masuk. Ati pulak, dengar bunyi pintu diketuk kuat and bubyi dinding di cakar dari luar. Lama. Dlm sejam gitu. Untuk pengetahuan, ati ni tido dekat katil hujung sekali. Paling dekat dengan dinding n pintu. Aku and mida tido sekatil. Dekat tengah. Hari tu jugak kitorang check out. Bila dah sampai bandar lundu, baru lah ati bukak cerita. Masa dia dengar bunyi pintu kena ketuk, dia dah siap nak bangun n bukak pintu, tapi kebetulan ati sempat tengok kat tingkap. Ada bahagian yg tersingkap sikit. Langsir tak tutup habis. Dia nampak clear kak pon berdiri kat tingkap dan seolah berlegar2 kat situ tengok kitorang tido. Sebab tu la dia tak berani nak bukak pintu. kitorang dengar tu ternganga lah. Nasib baik dia cerita dah sampai kat bandar and hari siang. Kalau tak, pengsan den!
P.s: next stop : sri aman. Last edited by popotalks on 30-5-2014 09:54 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sila teruskan..yeahhh!!!
haunted vacation! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-5-2014 12:07 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
theflash posted on 13-5-2014 11:49 AM
apa nama resort
Nnti popo pm okay. Takut mengganggu bisnes org |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-5-2014 12:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
antara posted on 13-5-2014 12:04 PM
sila teruskan..yeahhh!!!
haunted vacation!
Hehe. Stay tuneee. Nak enjoy jap. Nnti popo sambung cite. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
amboi menjaga resort tuh kot hehe |
|
|
|
|
|
|
|
popotalks posted on 13-5-2014 12:07 PM
Nnti popo pm okay. Takut mengganggu bisnes org
hint je hihih |
|
|
|
|
|
|
|
dengar chalet ala2 mediterraneam cottage dah seronok dah..
sekali cikpon pulak..
baru minat2 nak datang.. resort tu banyak ke chalet popo? |
|
|
|
|
|
|
|
Ayo..ape nama resort tu pm saya jugak..skeri |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...sematan&lundu adalah tempat lazim pergi rehat2 dgn keluarga if cuti pendek. resort mana ni?alhamdulillah kitorg x penah alami benda camni....
maybe sebab korg stay out smp tgh malam kot? kacau dia tdo ;p |
|
|
|
|
|
|
|
Next cerita.... |
|
|
|
|
|
|
|
ok....layan
korang trip bertiga je ke?
macam best jer round2 the borneo |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-5-2014 06:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
merrissa posted on 13-5-2014 12:14 PM
amboi menjaga resort tuh kot hehe
Hehe. Mestila. Banyak org cari makan kat situ. periuk nasi org kena jaga. ;p Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-5-2014 06:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
theflash posted on 13-5-2014 12:19 PM
hint je hihih
Ada satu je resort ala2 camtu kat sana. Cantik and x rugi pegi. Just ada tetamu x terundang pulak dtg. Kalau cari, confirm jumpa. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-5-2014 06:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cloudy_83 posted on 13-5-2014 12:42 PM
dengar chalet ala2 mediterraneam cottage dah seronok dah..
sekali cikpon pulak..
baru minat2 nak ...
Xla banyak sangat. Its not a big resort. A small and intimate one i must say. Xsampai 15 buah kot chalet. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-5-2014 06:32 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
brookemcqueen posted on 13-5-2014 02:14 PM
hmmm...sematan&lundu adalah tempat lazim pergi rehat2 dgn keluarga if cuti pendek. resort mana ni?al ...
Mungkin. Mihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-5-2014 06:32 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Cik_Andak posted on 13-5-2014 04:25 PM
Next cerita....
Sabar2. Enjoy dulu. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-5-2014 06:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
edoraixora posted on 13-5-2014 05:51 PM
ok....layan
korang trip bertiga je ke?
Yup2. Bertiga je. Hehe. Yess. Borneo memang best. Banyak tempat nak pergi. Just that u have to know where to go. Agak banyak hidden treasures jugak. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-5-2014 07:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 2 : gunung gading
Ok, kisah ni pulak berlaku masa popo otw pg kuching lepas cau dr haunted resort kat sematan. Dari sematan, kitorang singgah lundu jap n makan2. So, lepas makan kalau ikut plan asal nak straight terus pg kuching. On the way tu, tetiba si ati ni cakap nak pg mandi sungai. Pulak dah. Mida pun beria2 jugak nak mandi. Dah majoriti undi nak pg, aku pn ikut je lah. Masa tu si ati yang drive.
Dari pekan lundu, adala dlm 10 minit drive, baru sampai ke simpang sungai yg dimaksudkan. Dari simpang, drive masuk dalam akan lalu rumah2 orang dalam 2 - 3 buah pastu dusun, hutan sikit barula sungai. Adala dlm 5 minit perjalanan. Jgn tanya nama sungai, aku pn x tau. Tp menurut ati, sungai tu mengalir dari gunung gading, coz simpang dia sebelah je dengan simpang nak naik ke gunung gading. So aku panggil sungai ni sungai gunung gading lah ye.
Kitorang sampai tengah hari buta. Ada la beberapa org budak kampung mandi jugak masa tu. Kitorang sampai, ati x tunggu lama terus terjun sungai. Mida pun menyusul jugak tak lama lepas tu. Sungai ni sungai berbatu. Tersangat3 jernih! Di tengah nya ada jambatan yg merentangi sungai. Kalau dr tengah jambatan,kita tengok bwh, sungai tu tak la nampak dalam sangat. Tapi kalau terjun, blh tahan jugak dalam nya.
Aku tak mandi. Malas. So aku duduk atas jambatan n tengok dorang mandi. Sambil2 tu aku menikmati pemandangan indah alam flora dan fauna. Tenang je rasa. Sedar2, jam dah tunjuk pukul 5 petang. Aku laung panggil ati n mida soh naik. Dorang pun naik.
Masa aku nak pergi ke arah kereta, aku tertoleh belakang. kat belakang pun sungai jugak. Titik pertemuan antara 2 sungai. Actually awal2 lagi aku dh nampak org letak colok, makanan bagai atas island kecik antara 2 sungai tu, tapi aku malas nak mbik pusing sangat. Sekali, hah! Ambik kau, aku nampak kak pon tengah siang buta dok perati kitorang. Dia duduk dalam 2 - 3 meter di belakang sesajen tu. Masa tu aku tak ingat apa dah, terus lari lintang pukang masuk kereta. Ati n mida yg tengah lenggang2 kangkung, dengan basah kuyupnya pun ikut berlari lintang pukang jugak bila nampak aku berlari. Masuk keta, start, n aku terus pecut keluar dr kawasan tu. Sikit lagi nak terlanggar kambing orang.
Dah keluar dari kawasan tu and bila dah jauh sikit, barulah si mida bukak mulut.
Mida : kenapa kau lari tadi?
Aku : tunggu sampai bandar lah aku cerita
Ati : ha'ah. Tunggu sampai kuching nanti cerita. dahlah kiri kanan hutan. Diam2 je sudala.
Kitorang sampai bandar kuching dah lepas maghrib. Cari hotel kejap pastu bank in. Masa tu baju ati n mida pun dah kering dah. seluar je masih basah. Hehehehe.
Lepas check in, mandi, makan, solat and baca yasin jap. Pastu bgoleng atas katil
Mida : popo! Kau nampak apa2 ke tadi?
Aku : kau rasa?
Ati : mesti kau nampak tadi kan? Aku rasa aku cam ada tengok. Tapi sipi2 je. Kat atas island kat sungai belakang tu kan? mak cik 'Standard'. (Kak pon la tu. Ati panggil mak cik Standard coz penampilan dia customized long hair + white cloth)
Aku : (angguk je)
Mida : alaaa. Camne ni? Takkan la benda semalam ikot balik kot?
ati : eh, takkan la. Takpe2. Aku mintak bapak tolong tengok n halau kalau ade ek. Dah2, tido2. tak payah cakap lagi pasal benda ni. Buat x tau. Nanti mintak tlg bapak okay. Lagipun dah baca yasin tadi kan? Ok la tu. Atleast ada pendinding.
Kitorang setuju. Sementara ati call bapak dia mintak tolong, aku pegi toilet ambik wudhuk. Jujur aku masih rasa meremang2 bulu roma masa tu. Takut je rasa. X tenang. Lepas ambik wudhuk, baru ok sikit. Aku tido awal coz kepala pening n berat n rasa nak demam sangat.
Malam nya aku mimpi buruk. Aku mimpi kena kejar hantu kat kawasan sungai siang tadi. sikit lagi nak kena tangkap. Tapi lepas tu ada orng yang selamatkan aku. Tapi tak nampak muka. Esoknya, aku rasa ok dan sihat balik cam biasa.
Menurut bapak ati, memang ada yang mengikut kitorang balik malam tu dari resort. Ada yang nak berkawan. Tapi disebabkan kitorang ni masing2 kuat semangat, jadi dia cam susah nak melekat. And bapak ati dah halau ke bunuh bnda tu, aku tak ingat. Alhamdulillah. so, the next day kitorang enjoy2 d bandar kuching. Hehehe
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|