CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3973|Reply: 69

[Tempatan] BM taraf DBP.! Penyanyi dikir barat didenda RM1000 krn menCOLOK mata penonton

[Copy link]
Post time 19-6-2014 03:36 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi dikir barat didenda RM1,000
ALAUDIN MA
18 Jun 2014


Rosalinda berjalan masuk ke mahkamah, semalam Rosalinda berjalan masuk ke mahkamah, semalam
< 1 / 1 >

GUA MUSANG - Rosalinda, penyanyi dikir barat wanita tersohor di Kelantan dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, di sini, semalam, selepas mengaku salah memakai pakaian mencolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam, Mei lalu.

Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

Beliau tidak membenarkan tertuduh membuat persembahan dengan berpakaian tidak sopan, bertentangan dengan hukum syarak.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Ramlee Abd Rahman. Rosalinda membayar denda tersebut dan berjanji tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, Rosalinda ditahan sepasukan Penguat kuasa Agama Islam Gua Musang ketika membuat persembahan nyanyian dikir barat di Ekspo Padang Perumahan Felda Aring Enam, jam 11.50 malam pada 7 Mei lalu.

Sebelum itu, Zubaidi turut menegur Rosalinda supaya hentikan persembahan melampaui batasan agama  kerana ia menjejaskan imej Islam dan galak orang ramai melakukan maksiat.

www.sinarharian.com.my/semasa/pe ... da-rm1-000-1.291016

cucuk mata dgn colok ke???


Last edited by Acong_II on 19-6-2014 07:55 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2014 03:40 AM | Show all posts
dah lama daa acong
aku masa zaman sekolah dulu pun komplen, mencolok mata cikgu??
dia kata ya
kalau menjolok mata, takkan laa mata tu dijolok???
tp aku pikir mencolok mata? wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 03:40 AM | Show all posts
asal gua musang ka perempuan ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 03:42 AM | Show all posts
sekngucing posted on 19-6-2014 03:40 AM
dah lama daa acong
aku masa zaman sekolah dulu pun komplen, mencolok mata cikgu??
dia kata ya

cikgu ko lulus BM dlm SPM tak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 03:43 AM | Show all posts
ooo baru paham motif thread ni... sinar salah tulis...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 03:43 AM | Show all posts
patut la disertakan sekali gambar colok. lepastu ad icon gelak2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2014 03:48 AM | Show all posts
Acong_II posted on 19-6-2014 03:42 AM
cikgu ko lulus BM dlm SPM tak?

cikgu aku tu cikgu bm laa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 03:49 AM | Show all posts
sekngucing posted on 19-6-2014 03:48 AM
cikgu aku tu cikgu bm laa

patut laa makin jahanam BM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2014 03:53 AM | Show all posts
Perempuan tu pakai baju londeh sampai nampak tits ke? Akak bila pakai skirt sampai nampak punggung akak saja je goyang goyang buntut bila lalu depan orang haji.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 03:54 AM | Show all posts
tersembur air susu soya sejuk yang saya sedang minum ketika melihat perkataan MENCOLOK mata.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 03:57 AM | Show all posts
Abam Acom, betul la mencolok. Klu jolok tuh, jolok buah kat pokok.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 03:57 AM | Show all posts
lawak sungguh rupanya mencolok tu... sampai kan ada yg sedang minum air pun boleh tersembur keluar
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 03:59 AM | Show all posts
LUNCH posted on 19-6-2014 03:53 AM
Perempuan tu pakai baju londeh sampai nampak tits ke? Akak bila pakai skirt sampai nampak punggung a ...

org haji????
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 05:35 AM | Show all posts
last2 acong dua jugak yg terserlah..........
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 07:15 AM | Show all posts
betul la menjolok. kalau mata kena jolok kan sakit. well, kena colok pun sakit jugak. tapi jolok tu dari jauh, dan pemandangan yg menjolok mata tu pun dari some distance jugak, so kira tepat la menjolok tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 07:36 AM | Show all posts
Thread dah ada

tapi isu kat sini pasal bahasa kan? Last edited by intriQue on 19-6-2014 07:58 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2014 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Merujuk Kamus Dewan, "mencolok mata" dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala "menjolok mata" antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa "mencolok mata" yang sering digunakan.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menyakiti+hati&d=10
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 07:49 AM | Show all posts
"mencolok" adalah perkataan yang tepat
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
' menyolok mata ' ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 07:50 AM | Show all posts


bro... BM die betul dah...
mase kat sekolah dulu bende ni antare yang hot issue... hehehe... selain "harapkan PEGAR, pegar makan padi"
Last edited by sham-xv1986 on 19-6-2014 07:54 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.726555 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list