Beep..bepp… bunyi whatsapp masuk.
Ayah - Call back A.S.A.P.
Afiza berteka-teki sendiri.Hatinya berdolak dalik ingin menghubungi ayahnya semula. Kalau mengenai Hairi dia tidak tahu begaimana hendak berterus terang dia belum bersedia lagi. Dan bagaimana reaksi ayahnya jika tahu yang dia juga bersetuju untuk meneruskan pernikahan mereka pasti ayahnya akan menghalang. Dia tahu mata-mata ayahnya berada di mana sahaja. Semua perbuatan dan kelakuan mereka di ketahui oleh ayahnya. Jadi tidak mustahil ayahnya sudah mengetahui mengenai perkahwinan Hairi dan Puteri.
Tengku Azahan keluar menjinjing briefcasenya. Dia berdiri memandang Afiza yang seperti hilang dari diri. Berkali-kali dia memanggil gadis itu tapi tiada respon darinya. Anginnya yang baru nak reda memuncak kembali. Dia tidak suka pekerja yang suka mengelamun. Apatah lagi yang tengah mengelamun ini adalah pembantu peribadinya.
“Afiza!!!”
Gulp… Afiza menelan liur. Sekali lagi dirinya tertangkap sedang mengelamun. Terkebil-kebil memandang majikan yang seperti singa kelaparan.
“Bos..”
“Awak nak mengelamun ke nak berkerja hah? Saya bayar gaji untuk awak berkerja bukan untuk awak mengelamun.” Ini semua ayah lah punya pasal. Gerutu Afiza.
“Ikut saya sekarang.”
Tanpa banyak soal Afiza bangun dan menyiapkan diri. Sebagai PA walaupun waktu rehat sekiranya dia diarahkan untuk mengikuti majikannya dia terpaksa akur. Nampaknya makan tengah harinya adalah selepas habis mesyuarat tersebut. Kadang-kadang dia geram dengan majikannya yang suka mengatur temu janji pada masa-masa seperti itu.
“Bos, kita ada appointment dengan client ke?” Selalu dia tidak bertanya tapi hari ini dia tahu mereka tidak ada temujanji. Sebagai PA mestilah dia tahu jadual kerja lelaki itu.
Tengku Azahan terdiam. Dia tahu mereka tidak ada appointment tapi dia sengaja mengajak Afiza. Dia memerlukan wanita itu sebagai scapegoatnya.
“My Mum ajak lunch.” Ringkas sahaja jawapan yang di berikan.
“So?” Mak Engku ajak makan apa perlunya Afiza berada disitu. Dia menangkap senyuman di tubir bibir Tengku Azahan. Again??... nampaknya dia terpaksa berlakon lagi.
Tengku Azahan menumpukan perhatian pada pemanduannya tap isering juga dia melihat Afiza melalui cermin pandang belakang itu. Ada sesuatu pada Afiza yang membuatkan dia selesa bersama gadis itu. Namun sikap suka berkhayal Afiza itu membuatkan dia selalu naik angin.
Last edited by NaylaArisha on 22-6-2014 03:04 PM
|