CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13033|Reply: 88

[Dunia] Kembar Siam Jatuh Cinta Lelaki Yang Sama.Erkkk

[Copy link]
Post time 7-7-2014 09:37 AM | Show all posts |Read mode
New Delhi: Selepas mengharungi perit getir hidup bersama tanpa merasai indahnya percintaan, kembar siam Ganga dan Jamuna Mondal akhirnya jatuh cinta dengan lelaki yang sama.
Kembar siam berusia 45 tahun itu terkenal dengan gelaran ‘Adik-beradik labah-labah’ hidup sebatang kara sepanjang hidup kerana masyarakat tidak dapat menerima penampilan luar biasa mereka.

Namun, selepas bertemu dengan pemuda yang baik, Jasimuddin Ahmad kehidupan mereka menjadi indah.

“Ia cinta pandang pertama. Apabila bertemu dengan Jasimuddin, kami dapat merasakan dia akan menyayangi kami dan dia ikhlas,” kata Jamuna.
Tambahnya, kehadiran Jasimuddin membuat mereka gembira.
“Dulu, kami menderita dan tidak mahu menempuh kehidupan seperti itu lagi.

“Kami berharap dapat menghabiskan sepanjang hidup kami bersamanya,” katanya.

Kembar itu dilahirkan dengan empat tangan dan mempunyai tiga kaki.

Selain itu, mereka yang berkongsi perut, tetapi mempunyai jantung, buah pinggang dan hati berlainan dilahirkan dalam keluarga daif berhampiran Kolkata, Bengal barat.

Malangnya ibu bapa kembar siam itu tidak mampu membayar kos perubatan lalu meninggalkan mereka ketika usia baru mencecah remaja kerana menganggap kehadiran mereka petanda dilaknat Tuhan.

Disebabkan tiada pendidikan, Jamuna dan Ganga menyara hidup dengan menyertai sarkas malah memperoleh pendapatan boleh dianggap lumayan sebanyak £25 (RM140) sehari.

Pasangan itu pernah cuba melakukan pembedahan, namun menolak idea itu kerana khuatir membahayakan nyawa dan mengakibatkan hilang sumber pendapatan.

Mereka bertemu Jasimuddin, 36, guru sekolah yang bekerja sambilan di sarkas sebagai jurutera bunyi.

“Kami terkejut mengetahui dia memahami dan membalas perasaan kami,” kata Ganga.

Sementara itu, Jasimuddin mengakui kehidupannya lebih bermakna sejak mengenali kekasih uniknya itu.

“Sejak bertemu dengan Ganga dan Jamuna, saya memahami derita yang mereka alami.

Saya sudah biasa begini. Saya sentiasa menganggap derita orang lain milik saya dan cuba memperbaiki keadaan,” katanya.

Ganga berkata, Jasimuddin berhati mulia dan pandai berjenaka.

“Dia sangat baik dan sering menghiburkan kami. Kami menggelarnya Mr India,” katanya.

Ditanya mengenai hubungan kelamin, Ganga dan Jamuna tidak mengulas lanjut namun mengakui hubungan mereka dengan Jasimuddin intim.

Menurut mereka, hubungan dijalin sama seperti hubungan lain malah lebih mementingkan persahabatan dan keseronokan.

Jasimuddin dan dua kekasihnya itu hidup bersama sejak tujuh bulan lalu. Mereka bertiga menolak untuk berkahwin kerana menganggap tidak dapat diterima masyarakat. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/06

Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kembarsiamjatuhcinta/Article/index_html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2014 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi berpaut siap kat leher jantan  
Gatai betul senyuman yg belah kanan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 09:44 AM | Show all posts
errrr.....ikhlaskah?jgn cinta kerana belas kasihan
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 09:44 AM | Show all posts
Yelah dah dia berkongsi satu badan......
Nanti kena buat giliran juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 09:57 AM | Show all posts
erm... saraf nikmat kat bawah tu pulop... milik sapa... ker dua dua leh rasa....??

whoppssss!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 09:59 AM | Show all posts
Kuasa allah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-7-2014 09:59 AM | Show all posts
MissNigga posted on 7-7-2014 01:57 AM
erm... saraf nikmat kat bawah tu pulop... milik sapa... ker dua dua leh rasa....??

whoppssss!!!  ...

Aku pun misteri bab tu kaka memikirkan macamana la nanti
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 10:04 AM | Show all posts
mere man ki ganga aur tere man ki jamuna ka
bol raadha bol sangam hoga ki nahi
are bol raadha bol sangam hoga ki nahi
nahi, kabhi nahi

kitni sadiya beet gayi hai hay tujhe samjhaane me
mere jaisa dhiraj vaala hai koi aur zamaane me
man ka badhata bojh kabhi kam hoga ki nahi
bol raadha bol sangam hoga ki nahi
mere man ki ganga aur tere man ki jamuna ka
bol raadha bol sangam hoga ki nahi
are bol raadha bol sangam hoga ki nahi
jaa jaa

do nadiyo ka mel agar itna paavan kahlata hai
kyu na jaha do dil milte hai, svarg vaha bas jaata hai
har mausam hai pyaar ka mausam hoga ki nahi
bol raadha bol sangam hoga ki nahi
mere man ki ganga aur tere man ki jamuna ka
bol raadha bol sangam hoga ki nahi
are bol raadha bol sangam hoga ki nahi

teri khaatir main tarsa yu jaise dharati saavan ko
raadha raadha ek ratan hai saans ki aavan jaavan ko
patthar pighale dil ye tera nam hoga ki nahi
bol raadha bol sangam hoga ki nahi
mere man ki ganga aur tere man ki jamuna ka
bol raadha bol sangam hoga ki nahi
are bol raadha bol sangam hoga ki nahi
jaao na kyon sataate ho hoga, hoga, hoga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2014 10:14 AM | Show all posts
xtahumenahu posted on 7-7-2014 09:44 AM
errrr.....ikhlaskah?jgn cinta kerana belas kasihan

cinta sbb belas kasihan lagi bagus daripada cinta sbb duit, sbb rupa, sbb nk jual kembar ni ke...
okaylah tu laki ni ada kerja..
ingat lagi arwah zami ismail cakap..org yang dah lama kawin..cinta pon boleh hilang..yang ada lepas tu belas kasihan kat bini jah..kalu kasihan kat bini dia takkan buat naya kat bini...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 10:14 AM | Show all posts
MissNigga posted on 7-7-2014 09:57 AM
erm... saraf nikmat kat bawah tu pulop... milik sapa... ker dua dua leh rasa....??

whoppssss!!!  ...



1st tengok gmbar n baca hubungan kelamin tu, itu yg iols fikir jugak
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 10:22 AM | Show all posts
ikhlas ke tak ..
kira ok la ada tempat bermanja
sedangkan ramai akan menyisihkan diri dari mereka

Malangnya ibu bapa kembar siam itu tidak mampu membayar kos perubatan lalu meninggalkan mereka ketika usia baru mencecah remaja kerana menganggap kehadiran mereka petanda dilaknat Tuhan.


Saya sudah biasa begini. Saya sentiasa menganggap derita orang lain milik saya dan cuba memperbaiki keadaan,” katanya.

rasa nya lelaki tu tak cinta pun
cuma atas rasa kemanusiaan dan kasihan ja





Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 10:24 AM | Show all posts
MissNigga posted on 7-7-2014 09:57 AM
erm... saraf nikmat kat bawah tu pulop... milik sapa... ker dua dua leh rasa....??

whoppssss!!!  ...

ada satu je ke kemaluan n rahim yea
mcm mana kalo termengandung
ish takleh bygkan kalo depa mengandung
takutnya
tp nak wat cemana dia pun ada perasaaan nak dikasihi
ada saraf2 yg berfungsi dgn baik
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 10:25 AM | Show all posts
MissNigga posted on 7-7-2014 09:57 AM
erm... saraf nikmat kat bawah tu pulop... milik sapa... ker dua dua leh rasa....??

whoppssss!!!  ...

dah 7 bulan berintim kak, sama2lah merasa nikmatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts

tak kisahlah atas dasar apa... semoga mereka beroleh kebaikan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 10:27 AM | Show all posts
ramai gak yg pikir camne diorang nak wat projek...mcm aku pikir la
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
okla, ade gak jodoh.... tahniah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2014 10:33 AM | Show all posts
Dalam Islam bagaimana cara utk kahwin dengan kembar siam?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 10:34 AM | Show all posts
woah.... berita pelik hari ni.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 10:38 AM | Show all posts
woww.. cane klo termengandung....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 10:53 AM | Show all posts
tentang hubungan kelamin, geli pulak aku memikirkan yg betapa twistednya otak lelaki tersebut klu itu tujuannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.240186 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list