CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3464|Reply: 12

[Tempatan] Haji Bakhil Curi Air

[Copy link]
Post time 16-8-2014 08:52 PM | Show all posts |Read mode


NILAI – Sebuah rumah banglo dua tingkat di Bandar Baru Nilai, di sini, diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) kerana disyaki mencuri bekalan air dengan membuat penyambungan paip haram.

Serbuan yang dibuat kira-kira jam 10.30 pagi semalam dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Span bersama Unit Penguatkuasaan Sains diketuai Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Pengaduan dan Penguatkuasaan Span, Mohadir Hid.

Pengurus Besar Sains, Zulkifli Ibrahim berkata, ketika serbuan dilakukan, pihaknya mendapati penghuni banglo terbabit melakukan penyambungan tidak sah dengan menggunakan paip mudah lentur bersaiz 16mm.

“Siasatan kita mendapati, air yang diperoleh daripada penyambungan tidak sah itu digunakan untuk kegunaan penghuni banglo tersebut,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, penguatkuasa Sains turut menjalankan ujian klorin di lokasi berkenaan dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik Sains.

“Span menyita paip mudah lentur tersebut sebagai bahan bukti dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air yang memperuntukkan denda RM100,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, Sains akan terus mempertingkatkan pemantauan serta penguatkuasaan ke atas kegiatan curi air di seluruh negeri ini tanpa mengira kes sama ada melibatkan pengguna komersil mahupun domestik.

“Tindakan tegas ini merupakan salah satu langkah berterusan dalam mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil atau pun Non Revenue Water (NRW).

“Kami turut mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai supaya menyalurkan maklumat mengenai sebarang kes kecurian air dengan menghubungi talian bebas tol Sains iaitu 1-800-88-6982 dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.


Read here: http://www.sinarharian.com.my/ed ... i-curi-air-1.308333
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2014 09:09 PM | Show all posts
tu simen bancuh semua ada...bungalow ni dalam pembinaan kut..jadi xmohon meter semua lagi la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 09:13 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 16-8-2014 09:09 PM
tu simen bancuh semua ada...bungalow ni dalam pembinaan kut..jadi xmohon meter semua lagi la..

ni mesti ada yg dengki dan pi buat report.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 09:14 PM | Show all posts
jojo67 posted on 16-8-2014 09:13 PM
ni mesti ada yg dengki dan pi buat report.....

betul..ada yang repot la tu...
kalau xdengki xnama manusia la...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 09:19 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 16-8-2014 09:14 PM
betul..ada yang repot la tu...
kalau xdengki xnama manusia la...

sebab akak pernah kena bila ada mdk mai cek minta plan rumah.....nasib baik memang dh buat.....rupanya memang kat situ adasorg abg ni suka pi report.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 09:27 PM | Show all posts
jojo67 posted on 16-8-2014 09:19 PM
sebab akak pernah kena bila ada mdk mai cek minta plan rumah.....nasib baik memang dh buat.....rup ...

pendengki ni kalau depa buat xpe pula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2014 09:36 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 16-8-2014 09:27 PM
pendengki ni kalau depa buat xpe pula

dgr kata boleh dpt komisen....tak tau la betui ka dak.....selamat hari raya mak_ wa.....tak pi open house ka....sunyi ja ari ni kat ci...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 09:43 PM | Show all posts
jojo67 posted on 16-8-2014 09:36 PM
dgr kata boleh dpt komisen....tak tau la betui ka dak.....selamat hari raya mak_ wa.....ta ...

patut sakan merepot..makan komisen..

selamat hari raya juga..hari ni sekolah buat sambutan raya,jemput sekali ibubapa..
CI sabtu,ahad memang agak sunyi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2014 09:49 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 16-8-2014 09:09 PM
tu simen bancuh semua ada...bungalow ni dalam pembinaan kut..jadi xmohon meter semua lagi la..

tak pernah buat rumah ke? kalau nak mohon air elektrik tak perlu tunggu rumah siap. buka akaun dah boleh sambung elektrik
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 09:55 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 16-8-2014 09:49 PM
tak pernah buat rumah ke? kalau nak mohon air elektrik tak perlu tunggu rumah siap. buka akaun dah ...

ko tanya sapa????
kalau aku memang xpernah buat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 09:57 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 16-8-2014 09:55 PM
ko tanya sapa????
kalau aku memang xpernah buat..

kau lah. patutlah. tnb dan syarikat air perlu buka akaun je, tak perlu tunggu rumah siap seketul baru boleh pasang air dan elektrik
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 10:09 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 16-8-2014 09:57 PM
kau lah. patutlah. tnb dan syarikat air perlu buka akaun je, tak perlu tunggu rumah siap sek ...

payah nau nak post..kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 06:41 AM | Show all posts
bekalan air dengan membuat penyambungan paip haram.

lain kali pakai le paip..adoh cop Halal....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40496 Replies : 410
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 34795 Replies : 47
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2527 Replies : 168
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1107323 Replies : 795
[BEST]Kisah Seram Di ITM Jalan Othman, The Green Lady
NBM[BEST]Kisah Seram Di ITM Jalan Othman, T
Views : 39919 Replies : 197
Pempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah bercerai, patut lama tiada ‘content’ bersama - “Dalam hal ni saya bersalah”
tatodPempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah b
Views : 8172 Replies : 86
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26566 Replies : 20
DUNE 3 (2026), DUNE 2 (2024), DUNE 1 (2021)
SY_MumiDUNE 3 (2026), DUNE 2 (2024), DUNE 1 (20
Views : 25222 Replies : 65
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 285 Replies : 4
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 251 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.462842 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list