CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2263|Reply: 5

[Dunia] Nafi imam besar Masjidil Haram meninggal dunia

[Copy link]
Post time 25-10-2014 10:07 PM | Show all posts |Read mode
  • Dr Sheikh Abdul Rahman As Sudais
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


AUTA
TERSEBAR berita di laman sosial Facebook kononnya Imam Besar Masjidil Haram, Dr Sheikh Abdul Rahman As Sudais yang terkenal dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia, meninggal dunia. Desas-desus itu tersebar sejak seminggu lalu.

Cerita pemergian tokoh ulama itu dikongsikan beberapa pemilik akaun Facebook yang berupa pertanyaan sama ada benar Sheikh Abdul Rahman meninggal dunia sebagaimana yang disebarkan,  termasuk dalam kalangan mereka yang terkenal.

Gambar beliau dikongsi ramai pemilik Facebook dengan status yang berbunyi ‘Al-Fatihah’.

Ini bukan kali pertama. Sebelum ini, pernah beberapa kali hal yang sama disebarkan berkaitan 'kematian' Sheikh Abdul Rahman dan kali terakhir sebelum ini pada Mei lalu.

Sheikh Abdul Rahman sememangnya sangat terkenal dalam kalangan umat Islam terutama kerana suaranya yang merdu mengalunkan bacaan ayat-ayat suci ketika mengimamkan solat di Masjidil Haram.

Sehubungan itu, meskipun dibuktikan palsu sebelum ini, setiap kali tersebar cerita mengenai kematiannya, tetap akan menarik perhatian mereka yang mengkagumi dan menghormatinya.


FAKTA

SHAH ALAM - Cerita kematian Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As Sudais dinafikan oleh dua pembimbing jemaah haji yang masih berada di Tanah Suci ketika ini.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kulim Bandar Baharu, Hassan Razak dalam akaun Facebooknya semalam menggesa umat Islam di tanah air supaya tidak terpengaruh dengan cerita yang tidak benar itu.

Dalam statusnya, Hassan berkata, beliau baharu sahaja selesai bersolat Isyak yang diimamkan Sheikh Abdul Rahman yang membaca surah al Waqiah.

Pada 22 Oktober, Hassan mengingatkan  umat Islam di tanah air dengan kenyataan; "Berita palsu yang diada-adakan di Malaysia kononnya ketua imam bagi Haramain (Sheikh Abdul Rahman) meninggal. Semalam, saya solat jenazah di belakang dia."

Dalam pada itu, seorang lagi pembimbing jemaah haji, Azlan Suhaimi turut menafikan desas-desus berkaitan kematian Sheikh Abdul Rahman menerusi kenyataan di Facebook.

Dalam kenyataan itu, Azlan yang pernah menjadi wartawan di Kumpulan Media Karangkraf, berpesan: "Assalamualaikum. Kepada sahabat, saya sekarang berada di Makkah, setakat ini 23 Oktober 2014 tiada berita bahawa Imam Abdul Rahman Sudais meninggal dunia. Isyak semalam beliau mengimamkan jemaah di Masjidil Haram. Minggu ini, sudah tiga kali beliau jadi imam."


[url=]
[/url]



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
I dh dgr berita since last month...
Hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 10:23 PM | Show all posts
Tumpang simpati aje dengan org yg share fitnah ini.

Apa pun ini mesti muslihat jahat yahudi dan nasrani


tak pun illuminati
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 10:34 PM | Show all posts
jarum halus yahudi nasoro illuminati serta penggemar pemegang anjing.....bertaubat la
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 11:58 PM | Show all posts
siapa le yg buat crita palsu ni. perangai.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 12:06 AM | Show all posts
Nak kiamat gamaknya....fitnah berkeliaran sana sini.

Baru ja tekan suis mode sebak nak ucap takziah....ujung-ujung berita pelesu.

Pengajarannya, pabila orang munafik membawa berita, selidiklah kebenarannya...

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 2021 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 2728 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8183 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:15 AM GMT+8 , Processed in 1.732133 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list