View: 4775|Reply: 40
|
[Tempatan]
Kutipan zakat masih belum cukup
[Copy link]
|
|
[url=][/url][url=][/url]
BARU-BARU ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan bahawa kutipan zakat pada 2013 meningkat mencecah RM2.2 bilion, namun ia masih tidak mencukupi untuk menampung penerima zakat yang semakin ramai.
Bagi mendapatkan jawapan terperinci, Sinar Harian mendapatkan penjelasan daripada Ketua Bahagian Korporat, Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK), Sani Harun.
Jadi pada pandangan saudara mengenainya. Adakah zakat masih tidak mencukupi?
Apa yang kita ketahui, masih ramai penduduk Islam di Kedah yang tidak mengeluarkan zakat dan jumlah itu sepatutnya lebih tinggi berbanding sekarang. Asnaf kita semakin bertambah manakala kutipan zakat masih berada pada paras sederhana.
Berapakah jumlah kutipan dan agihan zakat di JZNK pada dua tahun kebelakangan ini?
Setiap tahun jumlah kutipan zakat di JZNK meningkat sepertimana kutipan zakat pada tahun sebelumnya terutamanya dari aspek zakat perniagaan, zakat padi dan zakat pendapatan di mana kita telah mewajibkan setiap kakitangan kerajaan membuat potongan zakat melalui gaji.
Pada 2013 sahaja, jumlah kutipan RM123,098,353 berjaya dikutip berbanding 2012 sebanyak RM105,800,470 manakala agihan pada 2013, sejumlah RM105,877,077 diagihkan kepada kelapan-lapan asnaf berbanding 2012 di mana sebanyak RM99,705,474 diagihkan.
Sebelum ini, kita dikejutkan dengan isu segelintir masyarakat Islam meminta bantuan kepada pihak gereja berikutan tidak mendapat sebarang bantuan daripada pihak zakat mahupun agensi kerajaan. Adakah ini benar?
Pihak kami telah membuktikan mereka itu merupakan penerima bantuan zakat tahunan sebanyak RM600. Kes ini dilihat sebagai satu faktor yang boleh mencalarkan imej JZNK sedangkan mereka penerima bantuan zakat. Kami tidak mengabaikan setiap asnaf di Kedah.
Oleh itu setiap penerima bantuan zakat tidak terikat, malah boleh menerima lebih dari satu bantuan tertakluk kepada syarat semasa yang dikeluarkan JZNK.
Pernah orang menyatakan, sekali mendapat bantuan zakat, bantuan tersebut akan terus diterima sehinggalah akhir hayat mereka. Adakah benar kenyataan ini?
Memang tidak dinafikan bahawa pihak institusi zakat seperti JZNK sering berdepan dengan isu-isu ini. Zakat merupakan komponen penting yang dianjurkan oleh Islam untuk membela fakir dan miskin. Namun begitu, zakat adalah satu mata rantai dalam keseluruhan sistem Islam yang kita kenal sebagai syariat.
Seperti hadis Nabi Muhammad SAW; 'Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta, sesungguhnya kekayaan itu adalah kekayaan jiwa' (Muttafaqun’alaih). Hari ini, perkara ini menjadi antara cabaran utama dalam melaksanakan agihan zakat yakni merubah persepsi dan kefahaman umum Islam.
Bantuan zakat merupakan bantuan bersifat sementara pemangkin yang menjadi asas kepada mereka untuk terus maju, keluar daripada kepompong asnaf. Asnaf zakat tidak wajar mendambakan bantuan zakat sepanjang hayat mereka tanpa berusaha untuk keluar dari kesusahan dialami.
Ramai yang mempersoalkan golongan berada turut mendapat bantuan zakat sama ada berbentuk bantuan biasiswa mahupun sekali gus.
Kita mempunyai lapan asnaf di mana salah satunya asnaf yang berada di bawah Fisabilillah iaitu berjuang di jalan ALLAH. Pada hari ini, tafsiran berjuang di jalan ALLAH itu bukan sahaja merujuk kepada mereka yang berjihad dan berperang misalnya tetapi mereka yang menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi di dalam negara mahupun luar negara.
Pelajar ini yang dikategorikan sebagai asnaf fisabilillah bukannya ibu bapa mereka. Nabi Muhammad SAW juga ada membuat pengecualian, bahawa zakat masih boleh diberikan kepada orang kaya jika mereka memerlukan zakat, sesuai dengan keadaan diri mereka.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad dapat dijadikan sandaran yang mafhumnya; 'Zakat tidak dihalalkan bagi orang kaya kecuali lima golongan ini iaitu satu amil; dua orang yang memberi zakat dengan hartanya sendiri yakni mualaf; tiga orang yang ikut berperang di jalan ALLAH SWT; empat orang yang berhutang dan lima orang miskin yang menerima zakat daripada seorang kaya.
Bolehkah nyatakan jenis bantuan zakat yang diagihkan oleh JZNK dan jumlah penerima sehingga hari ini?
JZNK mempunyai 63 jenis bantuan di mana asnaf fakir mempunyai enam skim bantuan iaitu kewangan fakir bulanan, makanan fakir bulanan, pusat penempatan warga tua, binaan pusat warga tua serta lain-lain bantuan fakir (luar jangka) manakala bagi asnaf miskin pula, 23 skim bantuan diwujudkan meliputi bantuan kewangan miskin bulanan, makanan bulanan, bantuan tahunan, bantuan penuntut miskin Sekolah Agama Nidzomi, pakaian seragam, baik pulih rumah, bina rumah, jaya diri, musibah alam, rawatan bulanan serta banyak lagi.
Bagi asnaf fisabilillah pula, terdapat bantuan binaan masjid, surau dan sekolah agama, bantuan kepada guru agama, bantuan melanjutkan pengajian, bantuan yuran peperiksaan maahad tahfiz, asrama maahad tahfiz, pengurusan masjid serta banyak lagi. Untuk lebih banyak skim bantuan yang disediakan sehingga hari ini saja, seramai 127,261 orang termasuk pusat agihan sudah diberikan.
Masyarakat umumnya mengetahui zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat harta merupakan penyumbang utama peningkatan atau merosotnya jumlah kutipan zakat bagi sesebuah institusi. Zakat manakah penyumbang utama peningkatan jumlah zakat?
Tidak dapat dinafikan bahawa zakat harta menjadi komponen utama peningkatan kutipan zakat. Di JZNK sendiri khasnya zakat pendapatan, zakat perniagaan dan zakat padi serta zakat wang simpanan antara zakat yang paling mendapat sambutan.
Dari carta yang diperoleh, sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan zakat yang dikutip datangnya dari zakat pendapatan manakala 22 peratus dari zakat perniagaan, sembilan peratus zakat wang simpanan, lima peratus zakat padi dan selebihnya lain-lain zakat seperti zakat emas dan perak dan sebagainya.
[url=]http://www.sinarharian.com.my/wawancara/kutipan-zakat-masih-belum-cukup-1.336795
[/url]
|
|
|
|
|
|
|
|
owhh.. kutipan zakat masih x mencukupi.
patotlah ramai miskin tegar di luar sana..
|
|
|
|
|
|
|
|
masalahnye anak2 org kaya pun dok mengutip jugak bantuan baitulmal utk student tu. sbb semua student layak, so semua pun memohon la walaupun makbapak dah kaya raya. yg makbapak plak berpegang pd 'dah orang nak kasi amik jelah'. ade baiknye bantuan baitulmal tu dikasi utk org yg betul betul memerlukan je. |
|
|
|
|
|
|
|
bellaa posted on 26-11-2014 03:49 PM
owhh.. kutipan zakat masih x mencukupi.
patotlah ramai miskin tegar di luar sana..
patut la makin ramai dan bertambah orang miskin tegar....jibby tarik subsidi
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya lebih suka menyampaikan duit zakat saya secara persendirian kepada asnaf asnaf yang saya kenali..tak susah kita nak kenal samada orang tu layak dapat zakat atau tidak..bila kita sampaikan sendiri..ada sense of satisfaction yg tak terhingga apabila kita dapat melaksanakan tuntutan agama ni..apatah lagi kita sendiri menyampaikan dan kita sendiri melihat asnaf itu menerima duit tu..
Time mcm nak bukak sekolah ni, elok benar la bagi duit zakat..semoga ianya memberi sedikit keringanan pd golongan layak zakat ni utk menyediakan peralatan sekolah (beg kasut pakaian dll alatan sekolah) untuk anak anak mereka..sekurang-kurangnya anak anak dr golongan kurang berkemampuan ini dapat merasai nikmat memulakan persekolahan dgn benda baru sama mcm anak anak orang lain yg lebih berkemampuan..
Last edited by haji_one on 26-11-2014 04:04 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
kentel posted on 26-11-2014 03:57 PM
patut la makin ramai dan bertambah orang miskin tegar....jibby tarik subsidi
patot la jibby tarik subsidi.. hutang negara meningkat..
|
|
|
|
|
|
|
|
hurm.... kesian... kekdg dorg ni yg meminta pn slh guna...
|
|
|
|
|
|
|
|
smlm baru balik dr baitulmal wilayah...masa tunggu kawan tu berborak dgn sorang brother ni...
dia ckp, dia mohon baitulmal dah byk kali asyik kena reject je...yg tak layak dptlah puloks....
akhirnya dia ke persatuan buddha, mintak kat sana, dpt rm800 setahun, duit masuk bulan okt, tiap2 tahun...rmai pak aji, lobai, lobainita yg jugak memohon katannya.......oppohal...opponakdikato? hahaha! |
|
|
|
|
|
|
|
satu soalan munkin lupa atau disengaja lupakan...ada buek audit tak...????
|
|
|
|
|
|
|
|
kepala bapak dia xckup... malas nk ckp lebih-2... kang kena catas tacang pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Buat pentadbir duit zakat ni, tak kisah la pusat zakat ke..lembaga zakat ke..kena paham..duit zakat ini adalah amanah dr pembayar zakat kepada pentadbir zakat utk disampaikan kpd asnaf, kalau kutipan berjuta berjuta tapi yg disampaikan plak adakah berjuta juta? setakat disimpan didalam akaun sahaja tak berapa sesuai, jalankan amanah tu sebaik mungkin..cari asnaf sampai ke ceruk kampung..kenalpasti dn sampaikan..
Bukanlah menjadi kebanggaan pusat zakat kalau kutipan mencecah jutaan ringgit tapi yg disampaikan tak sama dgn kutipan tersebut..lagipun dlm nilai kutipan zakat tu, 1/8 duit zakat akan jadi milik amil.
Secara peribadi, saya berpendapat sepatutnya kutipan utk tahun tersebut sesuai dihabiskan tahun tu jugak..sebab next year ada lg kutipan zakat..jadi tak perlu risau..yg penting, amanah dah dilaksanakan..
Mungkin atas sebab tertangguhnya duit zakat tu, menyebabkan ramai yg pilih utk menyampaikan sendiri wang zakat pd asnaf yg mereka pilih.. Last edited by haji_one on 26-11-2014 04:40 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak cukup...
Ramai tak bayar zakat ke atau tak ramai org berkemampuan utk bayar zakat. Ramai yg layak untuk menerima zakat saja. |
|
|
|
|
|
|
|
dah yang malas nyo org meminta bantuan..nama pun bantuan, bukan gaji seumur hidup, bantuan diberikan untuk meringankan, bkn nak jadikan asnaf tu kaya, nk kaya asnaf kene la usaha dari duit yang diberikan bantuan, bantuan zakat sikit, mtk la kt pusat bantuan lain yang membantu, pastu cari kerja, aku suke tgk OKU yang jual coklat kt LRT tu, dah blh bkk kiosk(walaupun kecil)...bab org kaya yang dpt baitulmal tu masalah baitulmal yang xsemak latar belakang...kalaun ade yg xpuas hati tlg siasatkan utk baitulmal dan dapatkan bukti..pastu report ler,,,aper lagi..klu xnk report kt UMNO, report kt PR... |
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 26-11-2014 04:03 PM
Saya lebih suka menyampaikan duit zakat saya secara persendirian kepada asnaf asnaf yang saya kenali ...
saya pulak lebih suka beri sendiri pada org miskin yang saya mmg kenal |
|
|
|
|
|
|
|
kiLogram88 posted on 26-11-2014 04:46 PM
saya pulak lebih suka beri sendiri pada org miskin yang saya mmg kenal
Aah..lebih yakin dan ada kepuasan bila sampaikan sendiri duit zakat tu..
Sama la saya pun, mmg saya pilih dan sampaikan sendiri duit zakat..walaupun takdek resit utk membuktikan apa apa..(atau untuk tujuan potongan apa apa), Allah swt jualah yg menjadi saksi..
|
|
|
|
|
|
|
|
bellaa posted on 26-11-2014 04:11 PM
patot la jibby tarik subsidi.. hutang negara meningkat..
patut la hutang negara meningkat, sebab jibby bagi elaun shopping dekat kak mah
|
|
|
|
|
|
|
|
5997 posted on 26-11-2014 04:31 PM
smlm baru balik dr baitulmal wilayah...masa tunggu kawan tu berborak dgn sorang brother ni...
dia c ...
dekk, jabatan agama islam mulaysia ni pelik...ade henpon dikatanya kemewahan..xreti beza keperluan dan kehendak masa kini
|
|
|
|
|
|
|
|
kentel posted on 26-11-2014 04:51 PM
patut la hutang negara meningkat, sebab jibby bagi elaun shopping dekat kak mah
patot lah kak mah badan makin sehat macam badak sumbu. gembira shopping guna duit raktyat
|
|
|
|
|
|
|
|
kutipan 2013 : rm 123,098,353
agihan 2013 : rm 105,877,077
baki 2013 : rm 123,098,353 - rm 105,877,077 = rm 17,221,276
Last edited by mziskandar on 26-11-2014 05:14 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|