CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19271|Reply: 179

[Tempatan] Dr Asri tolak Kazim ahli panel Forum Perdana Perlis:UPDATE DAH BERDAMAI PG6

[Copy link]
Post time 4-3-2015 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 8-3-2015 01:38 PM

Wednesday, March 4, 2015




Mufti Perlis, Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin a.k.a Dr MAZA sambil menyambut baik hasrat Pejabat Menteri Besar Perlis menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis Yang Ke-72 dan Ulang Tahun RTM Ke-69 Tahun, tetapi dengan bersyarat, iaitu Panel

Forum yang dicadangkan iaitu Ustaz Datuk Kazim Elias tidak dipersetujui kerana sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat yang palsu..Keputusan muktamad Mufti Perlis ini telah disuarakan melalui surat yang dialamatkan kepada Senator Mohd Khalid bin Ahmad, Pejabat Menteri Besar Perlis yang di faxkan.

Nampaknya ketegasan Mufti Perlis ini harus dipuji dan disanjung kerana tegas dan jelas dalam pendirian serta penilaiannya mengenai butiran ceramah Ustaz Kazim Elias yang sering menjadi kontroversi.Bukannya memberikan alasan picisan tidak mempunyai tauliah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perlis.

Alasan diberikan itu memang logik dan boleh diterima akal,  kerana jika sering meriwayatkan kisah-kisah yang palsu dan tipu maka yang menjadi mangsa ialah para pendegar yang anggap ianya perkara sahih dan benar. Akhirnya umat Islam yang mendengar dan percaya akan menjadi umat yang sesat dan terkeliru.








Sumbermakkaublogspot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 02:31 PM | Show all posts
Baguslah,elakkan penyebaran hadis palsu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dah.....mcm mcm la uolz ....tegurla uke tu kalau ada mana yg palsu kot ye pun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ladyxez at 4-3-2015 02:48 PM

Datuk ke uke , kisahnya ....  dah ramai datuk dato sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 02:40 PM | Show all posts
contoh hadis-hadis palsu yang DKE baca? nak tau gak hadisnya tue...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 02:41 PM | Show all posts
ROF.MADYA DATO ARIF PERKASA (DR.MOHD ASRI)

dato arif perkasa tu anugerah dari mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2015 02:42 PM | Show all posts
kalau betol DKE terlibat dengan hadis pelesu mesti JAKIM dah lama amik tindakan atau halang dia dari buat apa2 ceramah
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 02:43 PM | Show all posts
aku rajin dengar petang2 kt radio kul 6.30 smpi 7.00 ontheroad..content dia byk celoteh yg menjadikan ceramah dia lebih menarik..dalam celoteh uke tu la yg selit2 umpama hadis yg kurang sahih bagi memantapkan ceramah dia..tapi yg arif tentang agama sprt maza pasti tau mana silapnya ceramah uke.

saya bagi 5 bintang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 02:44 PM | Show all posts
MAZA  pakar hadis. elok sangat lah dia tegur mana2 yang tak betul. sama gak kalau  ambik pakar jantung dok kat IJN takkan dia nak sembang bab lagu baru Joe Flizzow plak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 02:44 PM | Show all posts
DKE suko nyanyi2 bwk lagu berkaitan topik perbincangan. Mungkin Dr MAZA x suko lagha2 ni kut

Tanya sama MAZA
pasal teman di larang
nanti jawab MAZA
Yeop sekarang bukanlah yeop yang dahulu
Aih ada riwayat yang pelesu kah
Camner tv Malaysia boleh bonarkan DKE bersiaran ke udara
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 02:46 PM | Show all posts
Siapa la yg tak amanah viralkan surat ni keluar?

Dan Dr Maza ni instead of bg keterangan kat surat bukankah lebih elok musyawarah sesama ahli agama...
kalo terang2 Ustaz Kazim ni bawak hadis palsu, sepatutnya guna kaedah yg betul la utk perbetulkan supaya selamat masyarakat...

haihhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 02:46 PM | Show all posts
Pernah pergi ceramah UKE ni..
ceramah dia mmg lawak..asik buat jenaka..tapi topik ceramah yg dia sampaikan selalu caca marba
awal2 bicara, nak bercerita pasal A..tapi sekejapan dah bercerita pasal topik B, hilang topik A tergantung..masuk topik C..topik B pulak tergantung

dan satu lagi...UKE ni suka memuji diri, perasan hot stuff
awek2, mak janda, andertu pakat2 gila ke dia...dan dia konon2 manjangg jual mahai
wekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 02:46 PM | Show all posts
ustaz kazim ni al hafiz ke?ada sorang lecturer i ni..dia pro bn la..tp skali tu tgh ngajar psl apa ntah pastu masuk la topik ngaja agama.dia bgtau dia suka uai.psl klu ngajar dia direct bg hadis.ayat sekian2..jelas dan terang.klu uke ni sibuk nk nyanyi,citer..dalil tu jarang sgt bg.i terpikir ada jgk kebenarannya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 02:47 PM | Show all posts
alahai replied at 4-3-2015 02:41 PM
ROF.MADYA DATO ARIF PERKASA (DR.MOHD ASRI)

dato arif perkasa tu anugerah dari mana?

Dia cakap, dia dapat pangkat Dato' sekali dgn Jackie Chan aritu

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 02:48 PM | Show all posts
La yeke Setat KE ada ckp hadis palsu? Contoh mcm mana? Dh la suka dgr ceramah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 02:50 PM | Show all posts
Dari fb https://www.facebook.com/DrMAZA

Ada pihak menyebarkan surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis ke pihak pengurusan satu forum sempena Keputeraan DYMM Raja Perlis yang Jabatan Mufti merupakan pihak yang terlibat sama dalam penganjuran. Berikut penjelasan;
1.Surat tersebut menyatakan pihak Jabatan Mufti tidak bersetuju pemilihan panel tertentu atas alasan riwayat-riwayat palsu yang pernah disebarkan. Ini selaras dengan kehendak keilmuan dan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan riwayat.
2. Surat itu TIDAK menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan DYMM Raja Perlis.
3. Ia adalah surat dalaman pentadbiran yang Jabatan Mufti merupakan JK Penganjur. Maka, penyebarannya tidak sepatutnya berlaku.
4. Oleh kerana surat itu telah tersebar dan ramai bertanya bukti, maka di sini disertakan satu salinan muka surat buku pihak berkenaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 02:53 PM | Show all posts
alahai replied at 4-3-2015 02:41 PM
ROF.MADYA DATO ARIF PERKASA (DR.MOHD ASRI)

dato arif perkasa tu anugerah dari mana?



Dr Asri kini bergelar Datuk
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar adalah antara 316 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-69 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata Ismail akan menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima SPMP ialah bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Datuk Ir Mohd Noor Yaakob.

Bercakap dalam sidang media khas di pejabatnya semalam, Md Isa berkata Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Kem Kukusan Tawau, Sabah, Brig Jen Mohd Ezam Wan Chik merupakan penerima tunggal anugerah Darjah Dato' Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Tuanku Syed Sirajuddin juga berkenan menganugerahkan Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang membawa gelaran Datuk kepada lima penerima.

Mereka ialah anak saudara Raja Perlis, Datin Tengku Shireen Tengku Sulaiman, bekas Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara Tengku Puan Sri Elena Tengku Kamarul Zaman, Pengarah Quantum-Ed Sdn Bhd Tengku Datin Seri Zalila Tengku Kamarulzaman, Pakar Bedah Mulut, Hospital Kuala Lumpur Dr Wan Mahadzir Wan Mustafa dan Pengarah Hospital Tuanku Fauziah Kangar Dr Ahmad Nordin Mohd Jais.

Bekas Mufti Negeri Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula ialah penerima tunggal anugerah Dato' Bergelar apabila dikurnai anugerah gelaran Datuk Arif Perkasa.

Md Isa berkata tujuh orang akan menerima darjah kebesaran Setia Mahkota Perlis (SMP), 18 orang menerima Seri Sirajuddin Perlis (SSP) dan 27 orang menerima pingat Ahli Mahkota Perlis (AMP).

Selain itu, 63 orang menerima Pingat Mahkota Perlis (PMP), 107 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 66 menerima Pingat Jasa Baik (PJB) dan 18 orang menerima Pingat Perkhidmatan Lama (PPL).

Beliau berkata majlis penyampaian anugerah dan pingat akan dilakukan secara berperingkat dengan siri pertama akan berlangsung di Istana Arau hari ini.

-- Bernama


link : http://www.malaysiakini.com/news/198173

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2015 02:55 PM | Show all posts
matsyeh replied at 4-3-2015 06:50 AM
Dari fb https://www.facebook.com/DrMAZA

Ada pihak menyebarkan surat rasmi dalaman Jabatan Mufti P ...

maza dah tau benda ni disebarkan eh?bagusla sebab banyak yang attack dia pasal isu ni tak memasal
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 02:56 PM | Show all posts
Syd replied at 4-3-2015 02:53 PM
Dr Asri kini bergelar Datuk
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar adalah antara 316 penerima ...

tq...DATO pun ada macam2 gelaran, tu yg konpius, ingatkan geng perkasa brahim ali yg bagi

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 02:59 PM | Show all posts
pya dh lama dia bg ceramah sana sini...skg br bg tau palsu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.064698 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list