"Semalam enggak ade pak, hari ni ada!"---->gtu la lebih kurang ayat dalam cter ape ntah, lakonan shaheizy sam n dua org member yg nak tarik duit tuh kan
Prefabricated buildings oleh sebuah syarikat China iaitu BSB merupakan pemangkin inovasi pembinaan ini dan banyak projek berskala kecil ke besar sudah dijalankan, malah lesen untuk menggunakan teknologi tersebut sudah digunakan oleh beberapa negara luar China.
Dikatakan bangunan yang dibina menggunakan inovasi tersebut adalah sekukuh bangunan biasa malah boleh bertahan gempa bumi selain kos yang jauh lebih rendah dan environment-friendly.
Sekarang syarikat berkenaan ingin menggunakan teknologi tersebut untuk membina sebuah bangunan tertinggi di dunia dipanggil SkyCity setinggi 220 tingkat dalam masa cuma 90 hari. Namun, mereka masih sedang menunggu lampu hijau dari kerajaan wilayah tempatan.
Bangunan2 runtuh di China kebanyakannya adalah dibina oleh pihak tidak bertanggungjawab, serupa saja di Malaysia, Bangladesh, India,AS dan beberapa negara lain. Kalau bangunan ikonik di negara-negara tersebut, jarang ada kejadian bangunan meletup runtuh semua.
Hihihi... Spidey fikir lebih selamat jika dibuat di negara kita sebab negara kita bebas bencana, tak macam di negara luar, kerap dilanda bencana teruk.
Anyway sis, kalau teknologi tersebut dijamin selamat oleh pakar antarabangsa (bukan setakat pakar China saja), kita tidak perlu risau kalau kita berasa dalam sebuah bangunan macam itu satu hari nanti.
Spidey bukan engineer, tapi kebelakangan ini nampak ada pihak pemaju di negara kita ada gunakan teknologi tersebut membina apartment serupa main lego saja. Tapi samada ia 100% cara yang digunakan oleh syarikat China itu, Spidey tak tahu pula.