CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2941|Reply: 0

Haval H6 Coupe membuat tayangan perdana di Auto Shanghai 2015

[Copy link]
Post time 23-4-2015 09:58 AM | Show all posts |Read mode


Satu lagi model yang turut membuat tayangan perdana di Auto Shanghai 2015 ialah Haval H6, kenderaan SUV coupe pertama dari pengeluar kenderaan terkemuka China, GWM.

Haval H6 Coupe ini menggabungkan imej sport, teknologi keselamatan terkini dan penjana kuasa terbaik. Ia memiliki ukuran 4,549mm panjang, 1,835mm lebar dan 1,700mm tinggi, manakala jarak rodanya pula 2,720mm, cukup ideal sebagai sebuah SUV.

Bahagian hadapannya dilengkapi dengan gril haksagon dan lampu utama HID yang lebar dengan padanan lampu nyalaan siang LED.

Bahagian sisinya pula dibentangi garisan yang cukup berkarakter. Garisan bumbung yang nampak landai memberikan gambaran yang lebih mantap, sesuai dengan sifatcoupe SUV ini.

Manakala bahagian belakangnya lebih minimalis termasuk penampilan lampu belakang yang sedikit persegi dan bampar yang lebih ringkas.

Bagi bahagian kabinnya, kedua-dua tempat duduk pemandu dan penumpang hadapannya boleh dilaras secara automatik. Ia juga dilengkapi dengan bumbung panoramik dan juga skrin sesentuh TFT bersaiz lapan-inci yang turut berfungsi sebagai sistem hiburan. Sistem pencahayaan dalamannya juga boleh dilaraskan mengikut keadaan.

Di bawah hudnya, H6 Coupe ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter pengecas turbo VVT yang boleh menghasilkan kuasa 197 PS dan tork 315 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi klac-berkembar enam-kelajuan atau manual enam-kelajuan. Varian manual turut boleh didapati dengan pilihan mod pacuan semua-roda atau dua-roda.

Bagi aspek keselamatannya, SUV lima tempat duduk ini dilengkapi dengan beg udara di sekelilingnya, roda stereng boleh laras dan collision fuel cut-off. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Bantuan Mula Mendaki, Bantuan Menuruni Bukit, Kawalan Kestabilan dan Bantuan Brek sebagai elemen standard. Sebagai tambahan, kerangka SUV ini telah menerima penarafan lima bintang dari C-NCAP.

sumber:www.infokereta.com




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:08 AM GMT+8 , Processed in 4.165019 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list