Ferrari design 'V' Shape??? Fuuhhh... melekat 'terletak' pada tiang divider jalan... memang 'TOTAL LOST' ler jawapnya... pomen mana yang sanggup nak ketuk balik Ferrari ni... sampai ke casis bengkoknya...
Kemalangan ini dikatakan berlaku di Jalan Tebrau, Kuching, Sarawak sekitar tengahari tadi... mujur, pemandunya selamat tanpa sebarang kecederaan... cuma mungkin sedikit SAKIT hati dan hampa melihat keadaan keretanya...
Kejadian ini telah menarik perhatian pengguna jalanraya lain yang melalui jalan tersebut... ada di kalangan pemandu dan penunggang motosikal yang mengambil peluang untuk 'snap' foto kenderaan tersebut... maklumla, bukan senang nak tengok sebuah kenderaan jenis sporty yang terkenal di seantero dunia yang mana harganya mencecah jutaan ringgit tersadai 'melekat' pada tiang di tepi parit...
Ia juga menjadi viral di media-media sosial apabila gambar2 yang diambil dimuatnaik dengan menggunakan hashtag kuchingfastnfurios...
|