CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9501|Reply: 75

[Tempatan] Masih Ramai Sayangkan Malaysia, #Muhibbah

[Copy link]
Post time 13-7-2015 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-LTS at 13-7-2015 06:17 PM

Sabtu lalu, berlaku satu rusuhan yang dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang lelaki yang ditahan pegawai keselamatan Plaza Low Yat kerana dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.

Keadaan ini mengakibatkan situasi perang mulut di laman sosial berikutan wujud beberapa versi yang berlainan mengenai punca berlakunya rusuhan, sekaligus ada pihak mengaitkan rusuhan tersebut dengan isu perkauman.  


Polis bagaimanapun menyiasat kes ini dibawah kes kecurian kerana tiada sebarang laporan yang diterima mendakwa suspek merupakan mangsa penipuan.

Apa yang berlaku ketika ini di laman sosial, masih ada pihak yang cuba memancing sokongan orang ramai datang berkumpul di depan Plaza Low Yat pada malam Ahad lalu dengan alasan sebagai tanda sokongan pada protes dalam usaha melindungi hak sebagai seorang pengguna.

Akhirnya, perhimpunan terbabit bertukar menjadi kecoh sehingga menyebabkan beberapa orang tercedera, bukan itu sahaja, peniaga turut terpaksa menamatkan perniagaan lebih awal kerana takut kejadian yang tidak diigini berlaku.




Melihatkan pelbagai tomahan dan maki hamun yang berleluasa di laman sosial, malahan lebih teruk lagi dicemari dengan unsur-unsur perkauman dan kenyataan memboikot sesetengah kaum, semua gejala ini amat menyedihkan buat kita semua.

Kemana pergi semangat keharmonian kaum yang pernah menjadi kebanggaan kita semua selama ini, adakah ia sudah lesap dan hilang entah kemana?




Pagi tadi, seorang netizen  berbangsa Melayu, Muhammad Azim Nadzari telah memuatnaik satu kenyataan di akaun Facebook dengan mengatakan :

Nama saya Muhammad Azim Nadzari, saya seorang Melayu.

kalau saya menyamun anda, bukan kerana saya seorang Melayu.

kalau saya menipu anda, bukan kerana saya seorang Melayu.

kalau saya bunuh anda, bukan kerana saya seorang Melayu.

kalau saya memandu secara merbahaya, bukan kerana saya seorang Melayu.

kalau saya malas, bukan kerana saya seorang Melayu.


Seperti yang dinyatakan oleh Muhammad Azim, kelakuan, impian dan penilaian seseorang itu langsung tidak ada kena-mengena dengan warna kulit dan latar belakang bangsanya, malah juga tidak kena-mengena dengan namanya. Seseorang itu berkelakuan teruk adalah kerana perangai asalnya memang sudah teruk.

Bukan menipu kalau bukan orang Cina? Tiada kaitan dengan bangsanya. Bukan menyamun lah kalau bukan India? Juga tiada kaitan dengan bangsanya.

Saya bersependapat dengan Muhammad Azim dan menolak semua fahaman perkauman, buang semua pandangan dan buah fikiran yang berat sebelah.




Dalam pada itu, pengamal media Kuek Ser Kuang Keng turut menubuhkan satu Pergerakan Anti Perkauman Media Sosial di akaun Facebooknya.


" Saya yakin kebanyakan orang Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama, mereka cintakan keamanan. Kita semua dalam satu keluarga, kita semua rasa bangga menjadi rakyat Malaysia."


Kuek Ser Kuang Keng dalam artikelnya turut menyatakan, akibat kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat, semua artikel di media sosial diselubungi kenyataan yang penuh dengan unsur perkauman dan rasa dendam.

Usaha yang dilakukan Kuek Ser Kuang, sedikit sebanyak bagi meredakan ketegangan yang wujud, diharapkan kita semua sama-sama menyahut seruan Pergerakan Anti Perkauman tersebut.



Caranya amat mudah iaitu hanya perlu memuatnaik sekeping gambar yang anda pernah ambil bersama kawan anda yang berlainan bangsa dengan hashtag #We Are Family # Muhibbah dan seterusnya tag kepada 5 kenalan yang lain. Dengan cara ini, ia mungkin mampu menyemarakkan keharmonian dan perpaduan serta semangat setia kawan rakyat Malaysia.





Langkah perpaduan ini turut disokong oleh pengarah, pelawak dan pelakon terkenal Afdlin Shauki turut bangkit menyuarakan pendapat mengharapkan agar orang ramai berhenti mengaitkan insiden itu dengan isu racism.

Menzahirkan pesanan itu menerusi sebuah video yang dikongsikannya Afdlin berkata, “Jangan jadikan isu di Low Yat sebagai isu perkauman. Ia bukan isu perkauman. Ia adalah pada saya kes jenayah, jadi jangan gabungkan perkauman dalam kes ini.”

“Kita orang Malaysia kita duduk bersama. Cina, India, Melayu, bangsa-bangsa lain kita semua bersaudara.”

“Ini bukan pasal isu perkauman, kita bagi polis betulkan benda ni ya,” katanya dalam video berkenaan.

Kini kebanyakan orang menukar profil gambar dengan kata-kata 'Berhenti Menyebar kebencian Perkauman'.

Patutkah negara kita menjadi huru-hara hanya kerana hal mencuri telefon bimbit?

Para netizen yang dikasihi, untuk tukar profil gambar atau tidak, itu bukan persoalan utama. Yang pentingnya adalah menasihati diri dan berhenti menyebar kebencian antara kaum! - CARI Infonet.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2015 06:15 PM | Show all posts
yang racis tu ... mmg bodoh ... perangai ikut hawa napsu jer .. tanpa diseimbangi dengan akal fikiran ...
malaysia once was respected as very harmony country ... known as truly asian country because of its multiracional peoples ... kita sepatutnya bangga dengan identity negara malaysia yang sedemikian rupa ... so please ler ... jangan disebebkan seketoi henpon ... malaysia purak peranda ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo tengok adik bbnu di social media smua fefeeling insan teraniaya...padahal hidup duk goyang puki jah tiba2 gigeh duk posting psl melayu ditidas..kalo ade depas saya haruslah saya selet cili bor di kucing beliyau.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang racist mmg bodoh .
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 07:18 PM | Show all posts
MissNigga replied at 13-7-2015 06:15 PM
yang racis tu ... mmg bodoh ... perangai ikut hawa napsu jer .. tanpa diseimbangi dengan akal fikira ...

camne x racist. dah terpisah dari zaman budak2. patut sekolah melayu, cina, india dihapuskan je. wujudkan 1 sekolah. semua gi situ. mahu ke? auta je lebih semua puak.

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 07:20 PM | Show all posts
famri7 replied at 13-7-2015 06:18 PM
Kalo tengok adik bbnu di social media smua fefeeling insan teraniaya...padahal hidup duk goyang puki ...

pondan ke apa main cili boh. baiki diri tu dulu. diri sendiri pun tunggang langgang

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2015 07:24 PM | Show all posts
takde maknanya nak racist. keliling aku dalam kehidupan seharian adalah non malays. aman2 adja konsepnya bak kata kak changa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 07:24 PM | Show all posts
racist mmg bodoh. tp sbnrnya siapa yg racist?

cuba hang bitau aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2015 07:56 PM | Show all posts
Pelindung replied at 13-7-2015 07:18 PM
camne x racist. dah terpisah dari zaman budak2. patut sekolah melayu, cina, india dihapuskan je. w ...

yang racist ni basanya spesis yang duduk dalam tempurung jer ...
bercampur ngan kaum jer .. tak bercampur ngan kaum kaum lain ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 08:21 PM | Show all posts
Bersatu teguh, bercerai roboh
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bodo mmg racist.. Cm papagomo.. Haha. KPN dh sebut mlm ni. Tv3 lupa cut
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 08:29 PM | Show all posts
toksah layan je macai2 racist ni....
mentality indon betul...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu serang cina dikata racist..cina kutuk melayu dikata hak bersuara..only in Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 10:41 PM | Show all posts
MissNigga replied at 13-7-2015 07:56 PM
yang racist ni basanya spesis yang duduk dalam tempurung jer ...
bercampur ngan kaum jer .. tak  ...

silap tu. byk je kenyataan racist dr ahli politik.

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 10:50 PM | Show all posts
Pelindung replied at 13-7-2015 10:41 PM
silap tu. byk je kenyataan racist dr ahli politik.

mmg tak dinafikan ... politaik2 malaysiaskrg ramai yang racist .... especially UMNO dan yang paling jelas ... Bijan ....
'Apa lagi cina mau...!!!!' ...  apa ke jadahnya pemimpin negara sundirik yang melafazkan kata kata tu?????
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 10:50 PM | Show all posts
Baideway ... LTS tu per benda admin??? Long Terms Service kew????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2015 10:55 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 13-7-2015 10:34 PM
Melayu serang cina dikata racist..cina kutuk melayu dikata hak bersuara..only in Malaysia..

kt forum ni, aku jumpa cina hina melayu, aku jumpa melayu hina cina... tapi masing2 nak negara maju, nak negara aman, nak kuasa politik berubah ke arah lebih bagus.. nk semua ni berlaku xpi asyik nk bercakaran. logik akal apa yg dipakai aku pun x faham.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 10:56 PM | Show all posts
dgn sutun2 bahlol harus rasis...

tak kang...habis semua budak2 lelaki dorang mekapkan...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 10:57 PM | Show all posts
MissNigga replied at 13-7-2015 10:50 PM
mmg tak dinafikan ... politaik2 malaysiaskrg ramai yang racist .... especially UMNO dan yang palin ...

tak payah tunjuk kt mana2 parti. sama je semua.

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 10:58 PM | Show all posts
LTS pun tak tau...

budus punyer olang.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.099198 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list