CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5233|Reply: 20

Ditulis nama dalam botol

[Copy link]
Post time 10-8-2015 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ceritanya ringkas sahaja. Baru2 ni ada kawan jatuh sakit secara tiba2. 3-4 bulan hidupnya mcm org ckp tidur tak lena mandi tak basah. Kdg2 dia blank bila org brckp dgn dia.
Baru2 ni ada org bawakkan dia pg berubat dan org yg berubat ckp namanya ditulis dalam botol dan dibuang ke laut. Selagi botolnya hanyut di lautan selagi itulah hidupnya terumbang ambing begitu. Cuma pengubat itu ckp kena berdoa dan solat hajat agar botol itu dijumpai siapa2 dan sampai di darat. Kalau difikirkan patutla dia ni mcm hanyut, pelupa dan mcm suka blank.
Cuma disini tak pernah pula dgr cara buatan sihir mcmni. Asal nya dr mana ya? Perubat tu tkdr pulak ckp. Hairan. Kesian. Ada sapa2 boleh bantu tak teman saya ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm....berat juga kes ni kan...
Tapi xde yg mustahil bagi Allah...
Nnt saya cuba ikhtiar cari ilham...
Apa2 pun, langkah pertama mesti yakin dan tawakkaltu'alallah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 08:56 AM | Show all posts
tak tahu...first time dengar cerita nama dalam botol ni....
kalau letak antu dalam botol campak ke laut tu common la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2015 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 10-8-2015 08:55 AM
Hmmm....berat juga kes ni kan...
Tapi xde yg mustahil bagi Allah...
Nnt saya cuba ikhtiar cari ilh ...

Iya ini pun firstime saya dgr juga. Mmg hidupnya terasa hanyut dan dia pernah ckp kdg bila dia berjalsn terasa dirinya didalam sampan. Kdg2 dia dtg sesak nafas. Dia pernsh ke hospital untuk scan otak semua tapi doktor ckp semua bagus.  Itu sebelum dia tahu dia terkena sihir mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 08:16 PM | Show all posts
Tiada kuasa selain Allah. Allah ampun semua dosa kecuali shirk (ie syirik, ie menduakan Dia, ie kata ada kuasa yang lagi kuat dari Dia). Jangan percaya. Baik hantar dia ke hospital untuk di buat blood tests.
Kenapa pengamal pengamal sihir tidak usahakan untuk eg jadi kaya, dpaat beli kereta besar, dapatkan anak masuk uni... kenapa ahli sihir dok asek buat orang jadi sakit aje? takde ke yang boleh sembuh kan sakit? kenapa ahli sihir mati? takleh ke dia sihirkan diri jadi elok balik?

'Ilmu Sihir' itu wujud, dan sebagaimana ilm ilm in this world, boleh dipelajari. Tetapi, tak ade ilmu yang boleh rosakkan diri orang diluar dari Qadha Qadar Allah.

Takde ek ahli sihir tu tetiba gi sihir yahood ke , sihir bankers ke utk masukkan duit byk byk dalam account dia. I penah tgk rumah 'org yg terer ilmu sihir' alahai miskin nyer, mkn pon tak cukup kena org bagi sedekah. Sihirkan lah sedikit makanan for himself, kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2015 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 10-8-2015 08:16 PM
Tiada kuasa selain Allah. Allah ampun semua dosa kecuali shirk (ie syirik, ie menduakan Dia, ie kata ...

Beb.dah pg hospital semua dah. All fine nothing wrong. Semua dia dah check. Blood test, scan, mri. Dr hujung rmbut sampai hujung kaki. Sbb tu lah i kesian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2015 10:37 PM | Show all posts
ingatkan hanya ada dalam drama je benda ni semua..

yang selalu saya dengar...tulis nama kat kertas dan gulung, lepas tu masukkan dalam botol dan dicampak ke laut
kononnya nanti siapa yang jumpa botol tu..itulah jodoh dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 10:38 AM | Show all posts
ingat tak dalam cerita labu labi? kisah labu kot yg sihirkan anak tuan haji bakhil..guna botol gak..botol tu diikat pada tali, pastu bila botol tu jatuh ke lantai je, anak haji bakhil pun terus jatuh pengsan..rasanya dalam botol tu ada gambar anak haji bakhil tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2015 01:18 PM | Show all posts
Edited by monyet_2015 at 11-8-2015 01:31 PM

Kawan TT ni pada pendapat aku telah mengalami kehilangan jiwa..dia seolah-olah hidup dalam dunia yang tidak nyata..hanya jasad yang ada tapi mindanya tiada.manusia ada 3 unsur iaitu jasad,roh dan jiwa...jasad adalah jasad...roh adalah kehidupan..jiwa adalah kesedaran...dia hidup tapi tiada kesedaran realiti...benda ni mungkin jadi serius sebenarnya dimana nanti kawan tt mungkin akan jadi org yg tiada sesedaran..dia akan mudah di buli dan di tipu....kesian nih...jiwanya telah di curi dan di kurung dalam botol....aku pun tak paham bagaimana ilmu hitam ini boleh mencuri jiwa seseorang..jiwa juga boleh di curi dan di tukar ganti....kawan tt mesti mendapatkan kembali jiwanya..kalau tidak hidupnya akan jadi susah dia akan jadi macam org bodoh...mudah di buli mudah di tipu kerana tiada jiwa yakni kesedaran...kalau jumpa botol tu pecahkan supaya jiwa kawan tt terlepas semula dan kembali semua ke badan...tapi biasanya susah nak jumpa kembali..kawan tt kena create semua jiwa lain...kawan tt sendiri kena usaha sendiri untuk create sendiri jiwa lain..untuk dia..
pembuat sihir itu telah menipu jiwa kawan tt semasa kawan tt sedang tidur dan ia menyeru jiwa tt masuk kedalam botol..dalam botol itu bukan hanya ada nama kawan tt tapi dia juga masukkan barang yg ada bau badan kawan tt sendiri yg menyebabkan jiwa kawan tt percaya yg benda dalam butol itu adalah kawan tt yg sebenar..selepas jiwa masuk org jahat ini akan mengurung jiwa itu...mereka menyeru jiwa ini  semasa mangsa sedang tidur..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 02:23 PM | Show all posts
kesian kawan tu. Semoga dapat jalan penyelesaian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2015 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
monyet_2015 replied at 11-8-2015 01:18 PM
Kawan TT ni pada pendapat aku telah mengalami kehilangan jiwa..dia seolah-olah hidup dalam dunia yan ...

Yeker... Sama2 la kita berdoa yer.. Moga diapun kuat semangat untuk beramal kepda tuhan. Takde apa yg mustahil untuk tuhan tarik kembali penyakit dan musibah tu. kpd forumner yg bca ni minta sama2 berdoa kawan saya cpt sembuh. amin.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 03:21 PM | Show all posts
Edited by monyet_2015 at 11-8-2015 03:32 PM
melinda_kerr replied at 11-8-2015 03:04 PM
Yeker... Sama2 la kita berdoa yer.. Moga diapun kuat semangat untuk beramal kepda tuhan. Takde apa ...


kawan kamu tu bukannya sakit dan ianya bukan satu penyakit tapi jiwanya telah tiada dan dikurung dalam botol..umpama jin di kurung dalam botol...tiada ubat dan tiada air jampi perlu diminum..yg penting lepaskan kembali jiwa supaya ia kembali kepada jasad yg asal...penting untuk tidak berkata ya..sewaktu kita tiba-tiba terdengar aku jika ada seseorang mengajukan satu soalan..sebab masa itulah jiwa(minda separuh sedar) akan membuat persetujuan...biasakan diri untuk berkata tidak..untuk elakkan sihir macam ini..elakkan untuk percayakan seseorang yg tidak di kenali bila seseorang memberi sesuatu terutama makanan, atau meninggalkan kepunyaan peribadi kita di tempat terdedah...umpama seluar dalam, coli.. dll..sebab ia mempunyai bau si pemakai..org yg ada ilmu hitam akan guna benda yg ada bau kita untuk memanipulasi jiwa kita.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 04:09 PM | Show all posts
ilmu2 mcmni byk belah2 sabah dgn indon...lama dah aku tak dengar org guna ilmu ni...
jgn smpai botol tu pecah dilautan.....kalau pecah....buruk akbiatnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
senangnya nak sihirkan seseorang. cuma tulis nama.
biasanya nak kene ada gmbar, helaian rambut.takutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 05:05 PM | Show all posts
melinda_kerr replied at 10-8-2015 09:24 AM
Iya ini pun firstime saya dgr juga. Mmg hidupnya terasa hanyut dan dia pernah ckp kdg bila dia ber ...

Ko percya ckp pngml tu?...  cer ko suh kawan ko tnya pengml lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2015 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 14-8-2015 05:05 PM
Ko percya ckp pngml tu?...  cer ko suh kawan ko tnya pengml lain.

Entahlah... Ade gak suruh die berubat kat lain. Tapi tak salah kot berubat. Lagipun pegi berubat kt situ takdepun kena beli apa2. Die hanya tolong buatkan semayang hajat dan bg air penawar je kt kawan saya. Nk dibanding dgn darul syifaq bangi waktu saya pg untuk dirinsaya dulu.. Air, daun nk mandi pun nk kena beli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2015 09:09 AM | Show all posts
Dalam Sirah ada sebut Rasulullah disihir dengan beberapa ikatan. Kemudian Rasulullah membaca surah al-Falaq. Akibat sihir itu Rasulullah semacam terlupa sekejap. Walaupun sihir itu bertujuan utk mematikan.

Dari situ menunjukkan sihir yang semacam ikatan, termasuk dlm kes ini Rasulullah hanya membaca doa, tidak sampai mencari ikatan tersebut utk dirungkaikan baru terlerai sihir.

Bermakna setengah pandangan mengatakan nak ubat sihir mesti mencari barang sihir baru terlerai tertolak. Tertolak bukan bermakna salah, tetapi maksud bukan semestinya.

Kerana begini asal ikatan tiada kuasa, atau patung ditanam tiada kuasa apa2 pun. Kemudian penyihir akan memberi power dengan pemujaan setan. Itu yang ada power tuh.

(Walaupun dalam tauhid Allah punya kuasa bla bla bla .....)

Jadi bila setan dicabut bermakna ikatan tadi kembali kepada asal yang takde ape2 kuasa.

Banyak kes barang sihir dihapuskan depan mata pesakit tetapi sihir tetap jalan. Kerana setan yang menempel dipatung tadi dah berpindah tempat. Jadinya tumpuan pengobatan membuang setan sihir tadi.

Dan juga setengah kes juga menurut pandangan brg sihir mesti dicari dan dimusnahkan kerana setan sihir sudah dicabut, barang sihir sudah kosong tadi akan mula diisi dengan setan lain pula. Samada setan tidak bertuan atau sihir berulang.

Ada pula tu semua dah setel, pesakit pula tak setel krn rohani dah lemah. Jadi pesakit mesti juga mesti bersiap siaga utk diri dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak mel, u punya kawan macam mana? Lepas berubat dah makin ok or makin teruk? Takut nya dengar cerita macam ni. First time dengar. Jahat nya orang buat benda macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 11:38 AM | Show all posts
Tulis nama dalam botol je bole terus kena sihir.? Serius ilmu hitam makin lama makin advance macam teknologi juga.

Kaka mel, semoga kawan u cepat sembuh. Tak mintak dia pegi berubat atau mintak pandangan pengamal perubatan yg lain pula.?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2015 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
gracieyna replied at 22-8-2015 10:33 AM
Kak mel, u punya kawan macam mana? Lepas berubat dah makin ok or makin teruk? Takut nya dengar cerit ...

Kawan masih lg berubat juga. Tetapi dia ada juga buat solat hajat dan usaha sendiri untuk kuatkan diri dgn byk mengaji semua. Tetapi itulah. Dia ckp dia mcm tkde semangat nk buat apa2 umpama bingung gitu. Kesian tgknya. Kdg dtg sakit sembuh dan tak sembuh. I hrp sgt si pembuat tu terima balasan setimpal dan taubat sebelum terlmbt di dunia ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.060826 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list