CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6172|Reply: 26

Bolehkan Bercinta Dengan Suami Orang?

[Copy link]
Post time 16-10-2015 04:07 PM | Show all posts |Read mode

Saya telah terlanjur mencintai si dia. Walaubagaimanapun, hubungan kami menghadapi banyak rintangan kerana si dia ialah suami orang. Apakah pandangan Pakar Cinta tentang hubungan kami.


Jawapan:

Cinta tidak mengenal siapa, harta, atau rupa. Memang semua jodoh dan ketentuan itu di tangan Yang Maha Esa, tapi kita sebagai hambaNya harus mendoa agar jodoh yang diberikan itu dapat membimbing kita kearah kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Bukan apa, saudari terdapat banyak halangan apabila bercinta dengan suami orang ini. Di bawah iniPakar Cinta akan berkongsikan 10 sebab kenapa kita dilarang bercinta dengan suami orang.

1. Si Dia Tidak Akan Berani Membuat Sebarang Komitmen Dengan Kamu

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri.

Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. Sanggup Menipu Isterinya

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu.

Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. Hubungan Secara Sulit

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah.

Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. Lelaki Lebih Beruntung

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami ‘kerugian’ kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah.

Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. Mampukah Kamu Mencintainya?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya.

Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. Si Dia Akan Hilang Hormat Terhadap Kamu

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya.

Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. Pemusnah Rumah Tangga Orang Lain

Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri.

Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. Kamu Menipu Diri Sendiri

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. Berwaspadalah Dengan “Boomerang Kesalahan”

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru.

Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita.

Haiiiii.. Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. Masa Itu Emas! Dan Kamu Tidak Sepatutnya Mensia-Siakannya

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi.

Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua. Khususnya wanita.

pakarcinta


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 04:17 PM | Show all posts
salam hari jumaat pada awk...
adakah awk masih anak dara single atau berpisah?
suami org wahai si adek, dalam agama telah terang dan jelas larangan
hidup atas dunia ni....kena banyak muhasabah, bukan ikut nafsu nafsi
setiap detik masa...kita perlu cari redha Allah
berkat dan redha adalah carian seorg manusia atas muka bumi...
alangkah pedih tanpa redha rahmat ilahi yer....renung renungkan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 04:25 PM | Show all posts
mast3rshad0w replied at 16-10-2015 04:17 PM
salam hari jumaat pada awk...
adakah awk masih anak dara single atau berpisah?
suami org wahai si  ...

oit...TT tu share artikel ajela..bukannya dia becinta dgn org.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 16-10-2015 04:25 PM
oit...TT tu share artikel ajela..bukannya dia becinta dgn org.....

Dia tengah hangin dengan tajuk TT tu. Layankan je lah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
What you give, you get back.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 04:42 PM | Show all posts
zulka replied at 16-10-2015 04:25 PM
oit...TT tu share artikel ajela..bukannya dia becinta dgn org.....

jhahaha....sekadar tazkirah kesedaran di hari jumaat nan mulia ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2015 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalah suka berkawan dengan suami orang...mula2 berkawan lepas itu terjatuh cinta ajak kahwin...patut awal2 lagi bila dapat tahu suami orang tak perlulah nak berkawan2 bermesra2...memang dasar perempuan gatal
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Asik2 salah si pompuan... Si jantan laki org tu maksum ka? Gelenyar duk kawan dgn anak dara tu kejadah? Bini hg ada pi la kwn... Tak sedaq diri laki org duk berlagak bujang. Alih2 bini & 1st wife club attack si anak dara tu.... Typical!

Aku tak kwn ngn laki org, tp meluat dgn set2 pompuan yg duk dewakan jantan aka laki org yg gatai merela ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 08:09 PM | Show all posts
boleh, kalau u ni kalis maki hamun ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 08:11 PM | Show all posts
Innrukia replied at 16-10-2015 06:58 PM
Asik2 salah si pompuan... Si jantan laki org tu maksum ka? Gelenyar duk kawan dgn anak dara tu kejad ...

opkos salah pompuan ... dah tau suami org, awat gatal sgt .... lelaki tu sungguh gentle sanggup berkorban berkongsi dirinya yg super hebat itu ....



Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2015 02:37 AM | Show all posts
Sy suka berkawan ngan suami org.....hehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2015 03:12 PM | Show all posts
x buley      
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2015 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak org BUJANG dh pupus kt muka bumi ni ??. :::
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:40 PM | Show all posts
pempuan yg beminat or tersedia bekawan dgn somi org,
sila bekawan jugak dgn bini laki tuh
kalo korang getik kat bini dia
toksah gatai nak melebarkan silaturahim dgn laki tuh
korang ingat jantan yg dah kawin ni ada masa sangat ke nak bekawan dgn korang
anak bini di rumah pun dia tak terkejar masa
ni nak spend masa layan pempuan lain kat luar
kemon lahhhh
pempuan ni bila bekawan, mesti nakkan layanan
tak kira kawan dia pempuan ke laki ke
asal dia bekawan, mesti ada ketika kita nak kawan kita tu fokus kat kita
konon nak share happiness sadness
akak pun pempuan, so i totally paham
tapi jgn lah ingat laki org ada masa nak boleh spend kat korang bila korang perlukan dia
sbb terlalu banyak dia hutang masa kat bini and anak2 dia sendiri
if you really need a male friend, go find single men to mingle with
haaaa yg tu ada masa nak layan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:40 PM | Show all posts
Bagi penampor je makanannye!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:46 PM | Show all posts
cik_tonggek replied at 19-10-2015 12:40 PM
pempuan yg beminat or tersedia bekawan dgn somi org,
sila bekawan jugak dgn bini laki tuh
kalo kor ...

ada yg sampai kawan ngn laki orang tu..smpai laki org tu tak balik umah kak..
dia nak layanan tu utk diri sendiri je, siap di sound nya bini org tu tak pandai jaga laki..

Phuii sgt kann..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 01:48 PM | Show all posts
Edited by tanak-balik at 19-10-2015 03:59 PM
Innrukia replied at 16-10-2015 06:58 PM
Asik2 salah si pompuan... Si jantan laki org tu maksum ka? Gelenyar duk kawan dgn anak dara tu kejad ...

setuju yg ni kak inn..dedua kalau dah menggetis..elok tabur je dedua tu skali..
Bg peringatan..tp bese la dlm dunia nan fana  ni..bila lg disuruh benti..lg dorg nk berkawan..lg lah nak buat(segelintir bkn semua anak dara or laki orang).


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 02:02 PM | Show all posts
tanak-balik replied at 19-10-2015 09:46 AM
ada yg sampai kawan ngn laki orang tu..smpai laki org tu tak balik umah kak..
dia nak layanan tu  ...

akak bukan menidakkan hak lelaki utk berpoligami
tapi kalo nak bagi a substitute to your wife, biarlah dgn keredhaan dia
bukan kawin dulu and paksa dia redha
and please lah, yg org ketiga tuh pulak, nak tumpang laki orang,
bukan pi sedaya upaya ambik hati laki tu and kuarge laki tuh
manusia pertama yg ko kena bodek adalah bini laki tuh!
ko yg hadapkan laki dia, so ko pi lah bodek dia
kalo tak dapat, ape lagi cabut laaaa pi cari jantan lain

dan utk si somi yg berasa diri hebat sebab tu nak tambah bini,
mula2 skali, iyer duit dan tenaga bukan masalah ko kannn
tapi ko pikir dulu apa formula ko nak pakai utk berlaku adil dari segi masa
ko jgn ingat bila ko kawin baru, masa ko tuh boleh buta2 je bahagi antara bini lama and bini baru
sebabnye, bini lama ko tu pun, masa ko yg sepatutnya jadi hak dia pun ko dah bahagikan dgn kerjaya ko
lepas tu kena lagi bahagi masa yg tinggal tu utk didik anak2
ko ingat anak2 ni boleh main lepas kat bini je utk didik?
bdk2 tu pun kena difahamkan kehidupan poligami ok bukan mak dorang jer
ko ingat dgn setakat tepon je boleh didik anak dah?

time raya, ko gigih kan kawin dua tiga, so bila raya ko usung lah semua bini
beraya ke mana tak penting, rumah family ko ke, rumah mertua yg mana satu ke
yg penting ko usung semua bini2 anak2 sekali
ko mampu?? tak cukup seat? ko beli la kenderaan yg mampu utk usung semua ni
rumah mertua semua jauh2?
ko takut bini2 ko masam muka sbb takde privacy selebret raya?
ko bongok ke apa tak reti didik bini?
kalo dorang mencuka jugak, maknanya ko gagal lah as a husband
ko rasa benda ni remeh menceceh2?
well, deal with this lah sbb ni lah sebenarnya poligami
ko nak bising takde masa utk diri sendiri hang out dgn kekawan?
well lu pikir la sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 04:02 PM | Show all posts
cik_tonggek replied at 19-10-2015 02:02 PM
akak bukan menidakkan hak lelaki utk berpoligami
tapi kalo nak bagi a substitute to your wife, bi ...

well said akk..da print screen bg "org berkenaan" baca..
Katanya.. "only god can judge me"..

Phui lagi skali utk org sebegini..otak tu da tepu..kunun dpt cinta mati gitu..
tp buat org lain menderita atas kebahagiaan dorg skg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 04:14 PM | Show all posts
tanak-balik replied at 19-10-2015 12:02 PM
well said akk..da print screen bg "org berkenaan" baca..
Katanya.. "only god can judge me"..

kahkahkah
bagitau dia, takde sapa hingin nak judge dia
ni cuma nak bagi reminder tentang kehidupan dia esok2
jangan mimpi lah nak gilir2 raya bagai
ko nak becuti kemana pun, laki ko kena usung semua skali
tgk mcm salih yakob tuh
hadap la naik bas anak beranak nak becuti
tak best tak privacy tak romantic?
hotak ko la ingat laki tu ko sorang punya?
ingat tu bapak anak ko je?
itu makna poligami, makna berkongsi
sedar diri sikit dik, org dah redha ko kongsi laki dia
tiada istilah ni kami anak beranak saja
kalo poligami, anak beranak tu bemakna somi1 isteri234 anak123456789101112131415

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.169713 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list