CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5616|Reply: 44

Seperti Buang Sampah, Bayi Masih Bertali Pusat Dilempar

[Copy link]
Post time 19-10-2015 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Fyruz Hanna





Video yang dimuatnaik didalam Youtube, menyaksikan semakin dunia menuju ke arah globalisasi semakin murahnya moral dan kehidupan masyarakat sejagat.


Terbaharu, video bayi yang masih lagi bertali pusat yang dibuang di tempat pembuangan sampah-sarap.




Menurut laporan media antarabangsa, insiden ini berlaku di Filipina yang menyebabkan orang ramai panik dengan kejadian tersebut.


Bayi tersebut dibungkus dan diibuang dalam plastik berwarna hitam dan jelas sekali bayi itu baru sangat dilahirkan melihat kepada keadaan basah bayi tersebut dengan uri yang masih melekat.




Panik serta terkejut dengan situasi tersebut, seorang wanita yang mengggunakan sarung tangan mengalihkan bayi tersebut di atas kain yang bersih. Ternyata bayi tersebut masih lagi hidup dan menggerak-gerakkan kaki dan tangannya.


Di Malaysia ia bukan satu kes terpencil malah ia merupakan antara kes tertinggi yang sungguh mencerminkan rakyat Malaysia yang masih rendah moral.


Statistik dari tahun 2009 sehingga 2013 menunjukkan sebayak 417 kes pembuangan bayi dilaporkan. Secara keseluruhan, Selangor mencatatkan negeri dengan kes terbanyak diikuti dengan Johor, Sabar dan Sarawak.


Kes pembuangan bayi di Malaysia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.


Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Selain itu, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.




Pelbagai usaha kerajaan untuk mengekang isu ini antaranya kewujudan 'baby hatch' bagi 'menderma' bayi daripada dibuang. -CARI Infonet.












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 12:14 PM | Show all posts
comeynya baby ni.... apesal x letak mana2 kwsn rmh org je?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:32 PM | Show all posts
kesiannye baby tu.......

xleh hadam la...

pepenat ngandung 9 bln, xkan xde rase syg langsung...

peliknye....

dah la comel budak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:34 PM | Show all posts
delsmomm replied at 19-10-2015 12:32 PM
kesiannye baby tu.......

xleh hadam la...

mungkin yg campak tu bukan mak dia?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:35 PM | Show all posts
aku ase nak pukul je mak bapak budak ni.. tgu la! sangat perangai kambing sangat lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2015 12:36 PM | Show all posts
sedinye.. tak ada hati perut betul.. memang patut msia buat hukuman mati
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:38 PM | Show all posts
duri_durians replied at 19-10-2015 04:34 AM
mungkin yg campak tu bukan mak dia?

khenn...

cinta terhalang gittew...

family jejantz melempar bayi yg baru diveranakkan itu..

drama sgt chuollss..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 12:40 PM | Show all posts
ya allah sedihnya nengok..manusia semakin kejam
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:43 PM | Show all posts
delsmomm replied at 19-10-2015 12:38 PM
khenn...

cinta terhalang gittew...

drama yang real..

mungkin juga hasil haram yg dilempar ahli keluarga yg tak mau menerima hakikat kehadiran bayi malang itu?

idok le kita tau
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:47 PM | Show all posts
duri_durians replied at 19-10-2015 04:43 AM
drama yang real..

mungkin juga hasil haram yg dilempar ahli keluarga yg tak mau menerima hakika ...

kesian baby tu...

unwanted child...

semoga pelaku nya cpt2 mereput dlm penjara...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:47 PM | Show all posts
Haihhh geramnya aku manusia camnihh...martabat bawah binatang sgt!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:53 PM | Show all posts
kesian baby..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:39 PM | Show all posts
Menurut laporan media antarabangsa, insiden ini berlaku di Filipina yang menyebabkan orang ramai panik dengan kejadian tersebut.


dgr mcm bahasa Thai jer?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
No mesti org mesia buang sana
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 03:26 PM | Show all posts
"Di Malaysia ia bukan satu kes terpencil malah ia merupakan antara kes tertinggi yang sungguh mencerminkan rakyat Malaysia yang masih rendah moral"

Ehemmm...rakyat mesia dan jugak pendatang ok...makin ramai pendatang makin byk kes buang anak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 03:32 PM | Show all posts
kejam nye bangsat nh. .
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat malysia ni byk2 tu pon anak indon la tu..tau beranak ja..kalu xbuang pon dia tinggal ja kat hospital

@trisnalovezul
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 04:05 PM | Show all posts
Philippines apa dok cakap siam nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 04:31 PM | Show all posts
alahai kesiannya baby tomeytomey.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.323658 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list