CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12076|Reply: 118

[Tempatan] Malaysia Airlines diminta jangan diskriminasi krew kabin gemuk gedempol

[Copy link]
Post time 10-11-2015 11:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 10-11-2015 11:18 PM


Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) menggesa Malaysia Airlines Bhd. (MAB) menghentikan segera diskriminasi terhadap anak-anak kapal yang mempunyai masalah lebihan berat badan.

Baru-baru ini, syarikat penerbangan nasional itu mengeluarkan kenyataan kepada anak-anak kapalnya supaya menguruskan badan sekiranya mahu terus berkhidmat dengan syarikat tersebut.

Ini telah membuatkan para pekerja syarikat berkenaan tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan MAB. Menurut NUFAM, kakitangan yang mempunyai masalah berat badan akan dirujuk kepada jabatan sumber manusia sekiranya gagal menurunkan berat badan mereka.

“Sekiranya MAB masih terus mengeluarkan kenyataan yang mendiskriminasi kakitangan yang mempunyai berat badan berlebihan, orang ramai perlu tahu bagaimana mereka melayan pekerja-pekerja mereka.

"MAB mempunyai pengurus dan pekerja yang mempunyai berat badan berlebihan tetapi mengapa mereka mendiskriminasi anak-anak kapal sahaja? Sekiranya MAB menafikan hak ini, ia membuktikan syarikat tersebut adalah tidak sensitif kepada orang gemuk dan obes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

NUFAM mencadangkan supaya program pengurusan berat badan perlu dilakukan namun sekiranya kakitangan berkenaan gagal menurunkan berat badan mereka, pihak pengurusan tidak berhak untuk melaksanakan peraturan terlalu ketat seperti memberhentikan pekerja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2015 11:21 PM | Show all posts
Dah badan gedempol kang kapal makan minyak banyak pulak nak terbang
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Erkkkkk...salah ke Mab nam depa kurus,
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemok gemok manja asalkan muat nak keluar from window hatch...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo...bkn dr dl camtu ke
Kalau xgrooming dgn betul pun kena warning bagai
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 11:26 PM | Show all posts

............... kalau dah gemuk ... boleh muat ke kat laluan tu?  nak nak pulakkat kelas ekonomi nan sempit tu ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2015 11:28 PM | Show all posts
last week naik mas balik malaysia mmg cabin crew pompuan gemuk2 belaka.. ai ok aje diorang nak gemuk ke hauk ke janji servis dengan muka yang manis peramah n nampak ikhlas.. tapi ai perasan kalau kokesen mesti dapat layanan extra.. contohnya depan seat ai ada mamat kokesen muda, awal2 FA dah tanya do u want water? .. pastu terus hantar air kosong kat dia.. warganegara msia tak ditanya pun   .. ke muka kokesen tu nampak kehausan nak pitam tatau la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 11:32 PM | Show all posts
gemuk ke kurus, asal muka senyum aku okay je. jangan kurus cantik tapi sombong macam apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2015 11:41 PM | Show all posts
Tu pun x faham ke...diorg nk anak kapal yg fit dan cergas....bukan yg cepat mengah lepas tu mengeluh sakit lutut...silap nanti tertidor kt belakang keletihan padahal flight baru nk take off
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 11:44 PM | Show all posts
mesmerize replied at 10-11-2015 11:28 PM
last week naik mas balik malaysia mmg cabin crew pompuan gemuk2 belaka.. ai ok aje diorang nak gemuk ...

Dari dulu mmg camtu kot...ai nak pinjam pen tak dilayan...sibuk menggeletis tersengih2 dgn mat saleh
Now setia dgn emirates jah...layanan sama rata
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 11:52 PM | Show all posts
hidup lagi ke nufam ni?
ingat kan dah berkubur dengan berkubur nya mas...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 12:19 AM | Show all posts
sarikat baru, kabinkrew kena nampak diperbaharui....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Berisi xper jgn obese...ni semua angkara flom
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 12:36 AM | Show all posts
mesmerize replied at 10-11-2015 11:28 PM
last week naik mas balik malaysia mmg cabin crew pompuan gemuk2 belaka.. ai ok aje diorang nak gemuk ...

Layanan lebih kepada mat saleh memang dari dulu lagi sis. Bertabahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon @juliez memberi komen sepatah dua kata ..maybe sheols lebih tahu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 12:59 AM | Show all posts
ice_sky92 replied at 10-11-2015 11:36 AM
Layanan lebih kepada mat saleh memang dari dulu lagi sis. Bertabahlah.

layanan kepada malaysian bersuamikan mat salleh juga sangat baik tau
sebab tu me setia naik mas kalau balik malaysia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by poison_paradise at 11-11-2015 01:09 AM

Gemok mg hazab la.. Nmpk buruk bile berkebaya. Yg kering mcm papan tu tak kisah la Takde tsembul sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang jadi FA ni kene perfect muka dgn badan kan?? Even muka parut bekas jerawat pon xlepas nk apply kan.. huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 01:45 AM | Show all posts
Edited by Changa at 11-11-2015 01:46 AM
mesmerize replied at 10-11-2015 11:28 PM
last week naik mas balik malaysia mmg cabin crew pompuan gemuk2 belaka.. ai ok aje diorang nak gemuk ...

offer air masa boarding itu mereka pepandai la tengok keadaan pax kot?sebab akak pun pernah experience similar situasi dalam flight KLM, tapi sheol offer kat pakcik melayu sunni bukan kokesen.

mungkin mereka di trained untuk lehat keadaan pax nampak rimas ke, nampak tak comfortable ke apa

ini lah bangsa melayu kan??
sendiri buat andain lepas tu sendiri sentap
akak pernah kerja dengan 2 ekor melayu yg jenis sebegini dulu, so typical malay gitu perangai, banyak pula drama
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 01:57 AM | Show all posts
hahaha...pulak....adehhhhhh....hmmm....well i tak nampaklah depa overweight pun dan i naik MAS  bukan nak perhati  badan cabin crews...i tengok  movies...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.075557 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list