CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47529|Reply: 291

Padah Stay Back Sampai Malam

[Copy link]
Post time 3-1-2016 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.. Mungkin bagi uols cerita ni kurang seram.. Tapi bagi saya, sampai sekarang susah saya nak lupakan.. Cerita ni jadi masa saya bekerja dengan salah satu syarikat oil n gas di KL. Cukup saya namakan XYZ. Saya dapat kerja kat XYZ pun sebab temankan kawan saya interview. Masa tu diaorang urgent dua orang contract Admin Assistant. So sebab fikir nak temankan kawan, saya terimalah offer dari XYZ tadi. Contract 3 bulan dan akan direnew terpulang ke atas project. Project siap, contract kerja pun habis. Mula-mula kerja, tak ada masalah. Bulan kedua, masa tu sibuk yang amat. Jadi kitaorang kena stay back sampai malam dengan beberapa orang engineer. So diaorang pun call la pizza hut delivery. Malas nak keluar. Pejabat kitaorang ni berada di tingkat dua bangunan tu. Tingkat atas department lain. Meja saya pulak betul-betul menghala jalan keluar nak ke bawah. Dah pejabat ni di bahagi kepada dua kawasan. Masa tu semua orang bahagian sebelah sana. Hanya saya seorang je kat sebelah sini.

Suasana sunyi sepi je pada mulanya. Hanya kedengaran bunyi keyboard diketuk. Saya memang kusyuk untuk menyiapkan kerja. Masa tu saya perasan, jam kat komputer menunjukkan pukul 8 lebih. Sebab nak menghilangkan bosan, saya pasang lagu-lagu yang ada kat dalam komputer saya. Siap dengan nyanyi lagi.

"Oiiiiii Na, kau jangan syok sangat nyanyi. Nanti ada yang join." usik Encik S dari sebelah.

Saya terus terdiam. Kemudian mereka ketawa.

"Tahu takut." usiknya lagi.

Saya makin rasa tak sedap hati. Tapi cuba lupakan perasaan tu. Saya terus menyiapkan kerja. Namun entah macam mana, telinga menangkap bunyi keyboard dari department sebelah. Saya memperlahankan lagu. Ye, memang betul suara keyboard diketuk dari department sebelah. Setahu saya, semua orang dari sebelah dah balik. Tapi, mungkin saya tersilap kot. Kemudian, suara kabinet laci dibuka dan ditutup. Hurm, saya pun rasa calm down balik lah sebab fikir ada orang lain kat sebelah. Tengah kusyuk membuat kerja, tiba-tiba En. S bersama En. K datang ke meja saya.

"Jom, berasap dulu. Jangan paksa diri buat kerja." kata mereka.

Aku memandang ke arah pantry, semua dah ada dekat dalam sana termasuk kawan saya, Wani (nama samaran). Saya pun mengambil rokok dari beg tangan dan mengekori mereka. Masa nak masuk ke dalam pantry, mata saya sempatlah memandang ke arah department sebelah tu.

'Aik! Gelap gelita. Takkan ada orang buat kerja dalam gelap.' aku berbisik.

Semasa tengah berasap tu, otak saya ligat memikirkan bunyi-bunyian tadi. Saya tak silap dengar. Sambil berasap, mereka dok cerita pasal projek yang sedang berjalan sekarang. Saya kira watak penting jugak dalam projek ni.

"Oiii.. Berkhayal pulak dia. Jom, pizza da sampai. Makan dulu." ajak En. S.

Sekali lagi, saya menoleh ke arah department sebelah. Dan saya bertambah pelik, ada lampu meja terbuka pulak. Saya tak puas hati. Saya patah balik, konon-konon nak cuci tangan dan nak ambil air kosong sejuk. Diaorang memang tahu saya jarang minum air bergas. Saya tengok dah tak ada siapa, saya pun pergilah menjengah kat balik pintu cermin yang menghubungkan kami dengan department sebelah. Lampu di meja paling hujung terpasang. Suara keyboard diketuk jelas sangat bunyinya. Saya pun bukalah pintu dan masuk ke dalam pejabat department tu.

"Siapa tu?" jerit saya dari depan pintu.

Tiada jawapan. Saya tak puas hati. Saya hendak jalan ke depan lagi sebab saya tak nampak siapa di meja kerana terlindung oleh partition. (saya ni rendah, 146cm je). Baru saya hendak melangkah, bahu saya disentuh seseorang. Saya menoleh ke belakang. En. S rupanya. Dia menjegil mata.

"Kau buat apa kat sini? Kata nak cuci tangan, tapi sampai 30 minit tak datang-datang lagi."

"Tadi saya nampak ada....." Belum pun habis saya berkata, saya terkejut kerana suasana department tu gelap gelita. Tak ada lampu terpasang pun. Dan saya dah pun ada kat tengah-tengah pejabat tu. En. S terus menarik tangan saya keluar dari department tu.

"Kau masukkan kerja kau dalam pendrive, kau ambik handbag kau, barang-barang kau, kau buat kerja sebelah sana dengan kitaorang." arah En. S.

Saya hanya menurut je lah kata dia. En. S siap tunggu saya habis kemas meja dan shut down pc. En. S menyuruh saya membuat kerja dekat pc En. A. Saya hanya turut jelah. Wani memandang wajah saya dan mengangkat bahu tanda dia tak tahu apa-apa.

"Na, dengar papa nak bagitahu ni. Jangan tegur dan jangan layan apa saja yang awak dengar dan nampak. Buat tak tahu. Faham tak?" kata En. A.

Dia memang membahasakan dirinya papa kerana dia ibarat ayah bagi kitaorang yang muda ni. Saya hanya mengangguk. Tapi tetap tak puas hati. Selang 45 minit, saya terasa nak kencing, baru nak bangun, En. S terus cakap.

"Tunggu sekejap. Aku nak pergi hisap rokok sekali."

Punyalah saya kepit sebab tunggu dia. Aku mengajak Wani dan papa sekali. Sebenarnya nak pow rokok papa sebab rokok saya dah habis. Masa nak pergi pantry, saya menoleh ke department sebelah. Masa tulah saya nampak, laci kabinet macam ditarik. Tapi tak ada orang pun menarik. Saya terus cakap.

"Weyh,laci kabinet terbuka sendiri lah."

Masa tulah En. S menampar manja bibir saya. Dia terus kata: Kemas barang, sambung buat kerja pagi esok (Sabtu). Pastu jangan lupa claim OT. Borang letak atas meja dia. Nanti dia sign. Masa tu semua orang tunggu saya membuang air. Lepas tu, masa turun tu, saya nampak jelas dengan mata saya ada seorang perempuan pakai baju merah sedang memerhatikan saya.

"Jangan pandang dia." tegur En. S.

Itu baru gangguan pertama. Lepas tu ada lagi. Nanti saya sambung. Masa ni saya masih liar tau. Sekarang dah tak macam tu.

Rate

1

View Rating Log

Related collections:

  • · angker|Threads: 7, Subscribe: 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2016 01:24 AM | Show all posts
check in!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok please sambubg cepatt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2016 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Uiks.. Huhu.. Sorry, leka main game. Hehe.. Okay.. Kejap ye.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 01:49 AM | Show all posts
i'm in...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2016 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum tu, untuk memudahkan typing, aku bahasakan diri aku sebagai aku je. Hehehe

Kejadian kedua berlaku masa aku kena stayback sebab datang lewat dua jam lebih dari time bekerja. Aku kerja 9-6.. 9 jam termasuk waktu rehat tengah hari. Kira hari tu aku masuk 11 lebih. Itupun gara-gara MRR2 jem sebab ada accident. Masa tu aku pergi kerja naik kereta kawan aku si Wani. Skooter aku masuk bengkel. En Bos da pesan awal dah, genapkan 8 jam bekerja ye kamu berdua. Jadi tak leh nak buat apa-apalah kan. So aku kira pukul 8 lebih aku kena balik. Tapi aku tak kisahlah sebab Wani ada untuk teman.

Namun, Wani terpaksa balik awal kerana mak cik dia meninggal dunia dekat IJN. Pukul 3 petang dia dah cabut. Okay, aku dah cuak dah masa tu. En. Bos sempat bagitahu aku dan kata, ada 7 fail dokumen perlu settle hari ni jugak. Esok En. Bos nak ke Miri bawak dokumen tu ke offshore. Aku pun tepuk dahi. Adeh. Mati macam ni. Satu fail ada lebih kurang 1500 muka surat. Ada 7 fail. Silap-silap lagi lewatlah aku balik. Jadi tengah hari tu aku sanggup tak pergi makan. Demi nak siapkan dokumen tu sebelum jam 6 petang. Aku sempat abiskan 6 fail masa pukul 5.30 tu, maksudnya aku sempatlah abiskan dalam pukul. Tapi, ibarat kata orang, kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan. Mesin fotostat buat hal. Jem. Dekat 15 minit aku cuba buat itu ini. Tetap sama. Masih jugak jem. Last-last aku pergi kat department sebelah. Masa tu dah tepat pukul 6. Masing2 dah standby nak balik. Aku pun buatlah kerja aku senyap-senyap. Aku berjaya habiskan fail terakhir sebelum pukul 7. Aku kemas tempat kerja dan pergi ke meja aku. Aku matikan semua lampu department sebelah. Masa tu, ada seorang Junior Engineer stay back. Aku pun menegurlah.
"En. R tak balik lagi?". Dia kata tak. Nak siapkan kerja. Kira aku rasa lega sangat2 lah ni. Tak sampai 15 minit, handphone dia bunyi. Tak tahu panggilan dari siapa. Aku nampak dia kelam kabut nak balik. "Bini jatuh dalam bilik air. Saya balik dulu. Hati-hati." Itu yang dia sampaikan. Aku pun angguklah. Aku pun ambiklah kotak untuk letakkan fail2 tadi. Jam 7.45 malam, kerja aku siap. Aku mengeluh, masih tak boleh balik lagi. Nanti sistem punch card merah sebab tak cukup jam kerja. Kena buat surat tunjuk sebab pulak. Bisik aku. Nak tak nak, aku pun bukaklah pendrive aku. Layan movie. "Ang nak balik pukul berapa ni?" Kata satu suara tiba-tiba. Aku toleh kiri kanan. Tak ada orang. Aku dah cuak dah. Dah lah hanya lampu kat tempat aku je terpasang. "Aku kat tangga ni.". Aku pun tolehlah ke tangga. Pak guard rupanya. "Tadi saya masuk opis pukul 11.35 pagi pakcik. Kira 8.40mlm saya balik lah." jawab aku. "Apa2 ang call sambungan meja penyambut tetamu. Pak cik kat situ." katanya meninggalkan aku sorang2. Tengah syok layan sundelbolong, ada je yang bikin cuak. Aku membebel. Aku pun sambung lah tengok movie sundelbolong tadi. Tengah aku syok layan movie, tiba2 suara pintu dibuka. Aku pun pandanglah kiri kanan. Tengok-tengok pintu pantry terbukak luas dengan lampu menyala. "Aik, tadi lepas aku hisap rokok, aku dah tutup abis dah." bisik aku. Aku pun bangunlah, niat nak pergi tutup balik lampu dan pintu pantry. Baru aku nak tekan suis, aku dengar flush jamban ditarik. Aku pun pelik. Ada orang lain ke stay back? Itu persoalan bermain dalam fikiran aku. Jadi aku pun checklah. Tak ada. Lampu dah tutup habis. Jadi aku pergilah deparment sebelah. Ada bilik yang masih terbuka lampu. Jadi aku ingat orang sebelah. Jadi aku buat dont know la. Sanbung balik tengok movie. Masa aku shut down pc standby nak balik, aku tengoklah pantry. Aik, masih terbuka lagi lampu dan pintu. Aku pun ambik handbag, pergilah ke pantry. Sampai kat depan pintu, bunyi flush ditarik lagi. Ni mesti sembelit, kata aku dalam hati. Aku tergelak sorang-sorang. Aku pun sempatlah cakap, "Siapa tu? Saya balik dulu ye. Nanti tutup lampu.". Lepas tu ada suara perempuan menjawab, "Okay.".. Lepas tu aku pun pergilah ke tempat receptionist nak carik pak guard. Tapi tak ada. Aku tengok kiri kanan, pun tak ada. Aku dengarlah suara orang bercakap dari pantry belakang tempat receptionist. Rupanya diaorang dekat situ. Dok sembang. "Pak cik, saya balik tau. Tapi jangan kunci dulu pintu atas tu. Ada orang lagi. Tengah berak. Sampai masa saya turun tadi pun tak keluar lagi dari toilet. Saya dah pesan kat dia untuk tutup lampu dan pintu pantry. Dia jawab okay ja." kata aku. Masa aku tengok dua2 kerut dahi. "Ko jangan mengarutlah. Kau seorang je tinggal kat bangunan ni. Tak ada orang lain." kata salah seorang dari pak cik guard. Bila aku dengar je apa diaorang kata, aku ajak diaorang naik atas. Bila naik atas, aku terkejut. Semua dah gelap gelita. Lampu pantry pun gelap. Masa tu, aku tak cakap banyak. Aku pun blah. "Tu kereta honda biru depan tunggu ang. Dari tadi dah." Aku hanya angguk. Aku lari dan terus masuk kereta. "Blah cepat. Nanti aku cerita." kata aku pada pemandu kereta, Rizal. Esoknya aku masuk pejabat, kecoh pasal aku kena kacau. Apa lagi, kena usik dengan En. Bos lah. Huh! Sakit hati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2016 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboiii kemain chuols kencing ada org temankan

I loike
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 02:25 AM | Show all posts
isap rokok? dasat...

mohon sambung cepat..teruja nak tau cerita lanjut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2016 02:38 AM | Show all posts
sorry nanya.. ofis o&g ni kat pekeliling or plaza permata ke Zaza?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepat sambung. Berani pasang movie tu. Aiyoo
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ouhh. Bab ketuk keyboard. Baru teringat ai pom penah mengalaminya. Tapi cuma sekali ja kat berlaku. Itu kes pertama dan last. Ai taip tap tap tap. Bunyi tu pom ikot tap tap tap. Kalo 10x menaip, bende tu pom ikot 10x. Tapi ai ignore ja.. Hepi everly after keje situ sampai sekarang. Sbb xde la penampakan atau kejadian pelik2. Sekali tu jaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2016 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 3-1-2016 02:20 AM
Amboiii kemain chuols kencing ada org temankan

I loike

Hahahaa.. Sbab iols suka tgur. Tu yg ditemankan. Hahaahaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2016 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
amirezu replied at 3-1-2016 02:25 AM
isap rokok? dasat...

mohon sambung cepat..teruja nak tau cerita lanjut

Itu dulu. Skrang dah stop. Cuci kaki tangan habis. Alhamdulillah. Dari heavy smoker trus pencen. Haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2016 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
grilledmushroom replied at 3-1-2016 02:38 AM
sorry nanya.. ofis o&g ni kat pekeliling or plaza permata ke Zaza?

Tak boleh nak bagitahu sebab ofis tu masih ada dan masih beroperasi lagi. I da janji dgn one of them utk x bgtahu lokasi sbnar office. Sory tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2016 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 3-1-2016 02:50 AM
Ouhh. Bab ketuk keyboard. Baru teringat ai pom penah mengalaminya. Tapi cuma sekali ja kat berlaku.  ...

Yeah. Itu benda normal yg iols alami kat pejabat tu dulu. Huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2016 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita berikutnya terjadi di awal pagi. Masa tu aku dan kawan aku si Wani datang terlebih awal, pukul 6.30 pagi dah sampai pejabat. Memang pecah rekodlah kan. Masa tu hari Khamis. Pejabat tempat aku kerja ni pelik sikit style diaorang, hari Khamis pakai baju kurung bagi perempuan dan baju melayu bagi lelaki. Manakala, hari Jumaat pulak pakaian kasual. Jeans dengan baju tshirt berkolar. So kira aku pakai baju kurung lah hari tu. Aku dengan Wani siap-siap dah bungkus sarapan pagi. Tapi malas nak makan dulu. Nak tunggu geng-geng yang lain dulu. Baru syok makan ramai-ramai.

Masa kat meja tu, aku sembang lah dengan Wani. Dia duduk kat meja sebelah aku sementara. Sembang dok sembang, baru teringat yang kami nak siapkan keperluan untuk engineer bawak pergi Miri esok. Kami berdua pergilah bilik stor. Keluarkan overall, safety helmet, safety glasses dan beberapa lagi keperluan.

"Dah cukup ni kot. Jom berasap sekejap " kata Wani.

Aku mengangguk dan terus membawa barang keluar dari stor. Masa tulah aku ternampak seorang lelaki berbaju Melayu kuning lalu.

"Wani, kau nampak lelaki pakai baju Melayu kuning tadi?" soal aku.

"Nampak. Dia pergi department sebelah tu." katanya.

Jadi kiranya memang manusia lah tu. Aku tengok jam, baru pukul 7.30 pagi. Awal juga dia sampai. Aku dengan Wani pergilah pantry dok berasap sambil berborak. Dok gelak-gelak. Masa tu aku nampak ada akak cleaner lalu. Aku pun panggil lah. Tapi dia tak dengar sebab akak tu ada masalah pendengaran sikit. Wani dok gelak-gelak.

Makin ramai orang sampai masa tu. Aku ngan Wani sambung packing barang-barang tadi. Biar kerja siap awal, boleh mengular hari ni. Itu je rancangan aku dengan Wani sebenarnya. Masa tu dah nak pukul 9 pagi. Dah start riuh dah suasana pejabat.

"Awal korang berdua sampai." sapa En. Bos.

Kami dua tersengih je. Pastu kami nampak dah ramai dok pergi pantry nak makan, termasuk akak cleaner tadi. Kami pun join lah sekaki. Makan ramai2. Borak2. Masa tu aku pun timbulkan pasal lelaki berbaju Melayu kuning tadi. Masa tu Ema (nama samaran) kerani department sebelah ada sekali.

"Ema, siapa lelaki berbaju Melayu kuning kat opis ko?" soal aku.

Ema memandang muka sambil mulut penuh dengan makanan. Aku tengok dia cepat2 meneguk air. Wani pun pandanglah Ema.

"Mana ada orang lelaki pakai baju Melayu kuning dekat department aku. Dan aku orang pertama sampai tadi." kata Ema.

Wani terus pandang muka aku. Cuak! Masa tu semua pandang muka aku termasuk akak cleaner tadi. En. Bos dengan papa pun pandang muka aku. Wani pandang muka Ema.

"Asal?" soal Ema.

"Kitaorang nampak jelaslah lelaki tu pergi department kau pagi tadi. Masa tu kitaorang kat dalam stor dok packing barang engineer. Memang jelas." kata Wani pulak.

"Pelik. Tadi akak sampai awal dah nak lap2 meja. Tak nampak pun siapa2 pakai baju Melayu kuning." akak cleaner tiba-tiba bersuara.

Masa tu, aku rasa mee hoon goreng berlaukkan kerang dah tak sedap. Rasa tawar. Aku pun bungkus balik letak ke tepi. Aku teguk air suam.

"Korang serius ke ni?" En. Bos tiba-tiba bersuara setelah lama berdiam diri.

"Ye..." aku dan Wani menjawab serentak.

"Simpan dulu makanan ke tepi, ikut saya. Tak payah berasap dulu." En. Bos mematikan api rokoknya.

Aku, Wani, Ema dan akak cleaner ikutlah En. Bos pergi department pentadbiran. Dia bercakap sesuatu dengan bos kat situ dan kami di bawa pergi ke satu bilik dekat belakang meja penyambut tetamu. Oh, bilik cctv rupanya. Kami ditunjukkan rekod rakaman pagi tadi bermula dari kami sampai. Satu persatu kamu tengok. Sampailah ke jam 8.00 pagi, tak ada lelaki berbaju Melayu kuning masuk pejabat. Aku masih tak puas hati. En. Bos tahu reaksi muka aku.

"Tak apa. Sekejap lagi kita pergi HR pulak. Check sistem kehadiran." kata En. Bos.

Aku angguk. Ema pandang muka aku. Nampak takut dah muka dia.

"Aku yakin, itu orang." kata aku.

Pergi ke HR, jawapan adalah sama. Tiada orang lelaki yang punch selepas aku dan Wani. Nafas aku turun naik. Wani dah terduduk. Kami balik ke department kami semula. Masa tu, papa panggil kami.

"Tengahari ni ikut papa pergi makan. Ada benda nak cerita."

Aku hanya mengangguk lemak. Aku nampak Wani dah macam pucat lesi. Aku pergi dekat Wani. Dia diam. Aku pegang bahu dia. Dia terus menangis. Aku dah cuak dah. Makin kuat pulak tangisan Wani. Pastu Wani menjerit-jerit, meracau-racau. Aku cuba tahan dan pujuk, tapi aku yang kena tolak. Wani ni dah lah badan besar dan tinggi. Aku ni dahlah kontot dan kecik. Memang tumbanglah. Wani makin mengganas. Masa tu dah kecoh. Masa tu ada 3 orang lelaki tahan Wani, tapi tak mampu. Semua kena tolak. Aku dah takut dah. En. Bos suruh aku duduk dalam bilik dia. Masa tu aku nampak ada seorang lelaki berkopiah datang. Dia pegang kepala Wani dan mulut terkumat kamit baca sesuatu. Masa tu aku dengar Wani cakap, "Panaslah bodoh."  Lepas tu dia terus pengsan.

Wani sedar tak lama lepas tu. Dia kata masa aku datang kat dia, dia rasa panas tiba-tiba dan ada benda macam masuk dalam badan dia. Tengah hari tu, papa tak jadi bawa kami pergi makan. Dia kata nanti dia cerita. Aku pula tak sabar nak dengar cerita dari papa. Aku paksa papa cerita, tapi dia tetap tak nak. Aku paksa lagi. Last2 papa setuju nak cerita, tapi bila Wani tak ada. Itu je syarat papa. Nasiblah petang tu Wani dijemput mak dia sebab demam mengejut. Dia cuti sakit seminggu. So, petang tu lah papa cerita pada aku kisah2 seram dekat pejabat tu.

Nanti aku ceritakan apa yang papa ceritakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2016 03:03 AM | Show all posts
MrsZaza replied at 3-1-2016 02:59 AM
Itu dulu. Skrang dah stop. Cuci kaki tangan habis. Alhamdulillah. Dari heavy smoker trus pencen. H ...

pergh heavy smoker ek. tak dapat nak bayangkan. baguslah kalau dah stop

bila nak sambung? best baca time 3 pagi ni hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2016 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 3-1-2016 02:44 AM
Cepat sambung. Berani pasang movie tu. Aiyoo

Sundelbolong kan seram komedi. Lagi masa sundelbolong nyanyi lagu pak bokir, "dalam tembok derita. .......".. Hahahahaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2016 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
amirezu replied at 3-1-2016 03:03 AM
pergh heavy smoker ek. tak dapat nak bayangkan. baguslah kalau dah stop

bila nak sambung? be ...

Dunhill satu hari 2 kotak mesti habis. Lagi2 kalau stress kat pejabat. Saya akan sambung bila dah abis taip nanti. Pakai hp katakan. Hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
MrsZaza replied at 3-1-2016 03:05 AM
Sundelbolong kan seram komedi. Lagi masa sundelbolong nyanyi lagu pak bokir, "dalam tembok derita. ...

Eiiii. Apa pun i takut walau komedi. Arghhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.066500 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list