View: 16188|Reply: 177
|
Dilema Cinta suami orang
[Copy link]
|
|
hai , saya newbie kat sini , saya tertarik untuk berkongsi cerita saya untuk mendapatkan pandangan dan nasihat dari pengunjung setia forum ini ,
Saya berusia 2+ , telah bekerja dan mempunyai karier yang stabil , cerita saya bermula sejak saya mengenali mr T , 4 bulan yang lepas , pada mula nya saya tak tahu dia sudah berkahwin tapi dengan kuasa Allah suatu hari saya dapat whatsap dari seorang perempuan menyatakan bahawa dia isteri kepada mr T , at that time saya rasa jatuh dari bangunan yang tinggi kerana saya sememangnya mengimpikan mempunyai keluarga anak dan hidup bersamanya , tapi semuanya hancur dalam sekelip mata je , petang tue saya jumpa isteri dia , berkenalan , bercerita dari hati ke hati , tak da satu pown saya sembunyikan sebab saya sememangnya open minded , so saya cerita kan bagaimana hubungan kami bermula .
Pada mulanya saya sangat marah , mr t pulak tak da outstation tapi petang tue dia balik tapi saya tak jumpa dia sebab isteri dia tak kasi , so saya andaikan isteri dia takut sekiranya mr t tahu dia berjumpa saya , yang anehnya ..mr t lebih takut saya tahu status diri dia sedangkan isterinya telah mengetahui status hubungan kami selama sebulan , saya agak marah kenapa isteri dia tak hentikan hubungan ini dari awal , Mr t bukan lah seorang lelaki berduit duit gaji hanya cukup menampung keluarga dan tak kan mampu tanggung saya. itu saya tak kisah sememangnya saya bukan seorang mata duitan dan memandangkan saya juga bekerja , isterinya hamil dan sekarang menanti saat kelahiran ,
Saya sedar saya seorang yang lembut hati hanya dengan pujukan saya maafkan mr t begitu saja , hubungan berlangsung sehingga sekarang , saya sayangkan dia dan semestinya saya yakin mr t juga sayangkan saya , menjadi permasalahan adalah isterinya takkan benarkan kami berkahwin berdasarkan status kewangan mr t , dan isterinya berulang kali mengatakan mr t harus memilih antara kami , jika pada mulanya saya rela di madukan tapi kerana prinsip dan keyakinan isterinya saya sendiri rasa tidak ingin dimadukan , jadi saya meminta mr t untuk menceraikan isterinya , dan jawapan mr t "dia hanya merancang" . jadi saya bagii mr t masa smpai isteri nya habis pantang untuk membuat keputusan , Saya tak penah menolak kedatangan mr t , dan saya juga tak menghalang pemergian mr t , saya terima apa jua keputusan nya tapi untuk saya tinggalkan amat sukar sekali .Halangan dalam percintaan kami, kami amat sedar terlalu besar , tapi selama hubungan ini disembunyikan kami bahagia dan saling mencintai ,jika kebanyakan gadis yang menjadi kekasih suami orang terasa di simpan tidak sama sekali pada saya kerana kami bebas ke sana ke mari dan hubungan cinta kami juga bebas di media sosial . Mr t seorang lelaki yang bertanggungjawab , tidak pernah sekali dia mengabaikan keluarga dan saya juga tak pernah rasa kesepian , his always by my side , sabar dan prihatin dengan kehendak saya , cuma masalah kewangan mr t amat kritikal hingga saya perlu membantu . Di sini saya tak nampak kesalahan bermadu sekiranya saya dan kakak sama2 membantu mr t didlm keluarga kami kelak , tapi tak da siapa tahu masa hadapan dan saya sendiri berharap masalah ini cepat selesai .Jika anda andaikan cinta ini cinta nafsu semata-mata , silakan . saya tak menghalang pemikiran anda tapi letak kan diri anda di tempat saya dan nyatakan pandangan anda
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tiramisuu at 19-1-2016 06:29 PM
cuma masalah kewangan mr t amat kritikal hingga saya perlu membantu
ko jd banker dia ke..4bln knal dh pinjm duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah kenapa dik? Tak laku sgt ke sampai nk kat laki org mcm tu... Laki tu bukan ikhlas pun... Kalau ikhlas, awal2 lagi dh bgtau status dia.... Haiiiiihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Laa...jadi ATM je dik...redha la kalau sanggup.. |
|
|
|
|
|
|
|
teruskan lah perhubungan tu..
jangan risau.. forum cari sentiasa di sini..
tapi kalau dah kawin nanti, gi board FD ye.. bukan PP.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak anak perempuan semua silalah dengar nasihat makcik
kalau mana mana lelaki nak pinjam duit for the first time sila tinggalkan dengan kadar segera
cara lelaki suka memperguna perempuan
1) buat cerita kasihan tak cukup duit masalah along dan sbgnya 2) direct minta pinjam duit .anak anak perempuan sila guna akal jangan ikut hati. Dari bagi lelaki tak guna tu pinjam mari beli emas dengan makcik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
4bulan kenal dh terus sayang cinta mayi? Lemahnya hati tt. Kaka ni, amik ms lama tau dak nk terima org lelaki. Selidik dulu, istikhrah dulu...dh rs ngam baru berani buka hati. Haiyooo.. |
|
|
|
|
|
|
|
4 bulan couple dah bagi pinjam duit?
tolong la jangan jadi desperate wei. break up je la dengan jantan tu.baru kenal 4 bulan je pun, cinta la sangat.
dah la penipu,ada masalah kewangan lak tu,hapraknya jantan yang kau cinta tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tu bukan cinta dik..tu napsu! Jgn desperate sgt boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mcm xpercaya je wujud perempuan mcm ko ni tt. Minta isteri org diceraikan. Dahlah laki tu x mampu, suh cerai isteri yg baru nak bersalin x lama lagi. Tt x kesian ke kat baby dia? |
|
|
|
|
|
|
|
kami"kami bebas ke sana ke mari dan hubungan cinta kami juga bebas di media sosial . Mr t seorang lelaki yang bertanggungjawab , tidak pernah sekali dia mengabaikan keluarga dan saya juga tak pernah rasa kesepian , his always by my side"
dala menipu status..dok berkepit dgn awek sakan..awek plan suruh ceraikan bini
Sesuai ampa dua ni
Selfish |
|
|
|
|
|
|
|
Dik, ni cerita kwn baik akak sndiri. Dia mmg nk kahwin sbb x mo sunyi di hari tua katanya.
Ada boifrens tp x berapa nak boleh pakai. Satu hari she was approached by a man in our neighborhood. Make short lelaki tu ajak kawen. She asked for my opinion, jadi that is why i know cerita luar dalam ni.
He was married masa tu, anak 2,3 org tapi ada mslh rumahtangga. His wife dah x mo kat dia. N bila mereka nk kawen, family lelaki ni mmg support la, mudahnya lelaki tu finalised kan cerai semua. I hv nothing against dat man, except masalah kewangannya yg kritikal ( sama macam bf tt), yg lain2 he is ok je.
Now after 6 yrs of marriage , kakak nampak sgt perubahan my fren tu. Dulu sblm kahwen nk belanja apa2 punyala berkira sbb ada benda lain yg dia nk kejar, but now dia belanja macam duit turun dari pokok. Bila tegur, dia cakap, " drp org hbiskan duit kita, baik kita belanja utk diri sendiri". Tu baru satu hal. Belum.lg nafkah anak yg sebelah sana tu. Belum lagi part nak spend time dgn.anak2 sana.
She wasnt her usual self. Dgn kwn2 pun mcm segan. They still duduk rumah kecil yg dia beli sblm kahwin dulu. Dgn gaji dia patut dah upgrade dah. Tt, kalau tau jadi camni, i will advise her x yah kawin dgn mamat tu. My advise to u, fikirlah.. Kot bini dia pun x hadap, might be lelaki good for nothing. All d best tt. |
|
|
|
|
|
|
|
Risau sgt klu asben ai terjumpa perempuan mcm tt ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sangap sangat ke kau ni?
laki org yg tak berduit pun kau berdenyut bijik....dah lah suruh ceraikn bini yg tengah mengandung....pastu kau ke hulu ke hilir dgn laki dia....
pompuan mcm kau ni layak bg tapak kaki je mcm trisna....
|
|
|
|
|
|
|
|
seri_mawr replied at 19-1-2016 05:53 PM
ssat bercinta semua indah belaka....lautan api sanggup ku renang....
sy tak kisah dia x cukup dui ...
kau suruh dia pm kau sbb nk bg laki kau kat dia ke?
klu kau ada bangla ke nepal ke yg potong rumput kat rumah kau tu, elok kau bg kat dia, bkn laki kau tau.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah dik, coba ko letakkan diri ko di tempat isterinya. Apa ko rasa bila tetiba dpt tau suami ko ada gf. Akan sambut berita dgn bahagia atau akan terluka-kecewa. Ko boleh kata rela bermadu sebab ko nak ambil hak orang, tetapi coba fikir kalau hak ko diambil....
Bukan mudah hidup bermadu ni, apa lagi bakal suami tu dikira yg tak mampu. Skr ni, bila cinta kembang berbunga, memang boleh cakap sanggup semua, redha segala tetapi hakikat sebenarnya, realitinya nanti boleh menyesal tak berlagu. Ko masih muda, baru awal 2+, barangkali juga baru mengenal cinta, atau mungkin termasuk jerangkap samar kerana ko pelembut hati. But as time goes by, bila berpijak di bumi nyata, bila duit suami tak cukup nak kena tanggung nafkah anak isteri pertama, akan terasa peritnya. Jgn nak ngada2 kata ko bukan mata duitan. Hari ini bukan soal mata duitan lagi dah, nak cukupkan nafkah keluarga pun payah..... tau tak?
As u said, mr. T tak bagitau pun dia dah kawen apalagi nak dpt anak. Coba ko test dia, tengok boleh tak dia berlaku jujur dan berkata benar. Minta Mr. T ko datang jumpa orang tua ko, buat adat meminang. Sanggup tak dia? Banyak alasan.... sahlah penimpu orangnya. Terakhir ko terjah dia ttng pertemuan ko dgn isteri dia, tengok apa reaksinya. Last2 tanya Mr. T ko, jika dia perlu memilih, siapakah akan dipilihnya, ko atau isteri dan anaknya? Atau sanggupkah ko berdua kawen lari ke Siam sana? Mcmana pula dgn famili ko sendiri, diizinkan wali ko tak?
Tolong jgn buat kerja gila, ok. Jgnlah cari kebahagiaan hidup ko atas linangan dan penderitaan 2 hati insan lain (isteri dn anaknya). Apatah lagi kalau ko nak kawen lari kat Siam sana. Mcmlah ko tak pernah baca masalah2 yg timbul bila kawen di Siam, kalau balek ke M'sia kena daftar dan kena denda. Itu masih tak pe. Buatnya laki tak nak daftar, ko dianggap lum kawen. Any time boleh difitnah berkhalwat. Dpt anak, mcmana nak daftar untuk dapatkan surat beranak anak? Kalau pula jodoh tak panjang, nak bercerai mcmana dan apa hak yg boleh ko tuntut? Nol/kosong. Fikirlah dik, fikir masak2. Bukan 10x fikir tetapi kena 100x fikir. Kalau boleh buat solat istikharah, minta petunjuk Allah swt.
Bercinta itu indah tetapi salah bercinta membawa padah. Cinta datang tidak diundang tetapi teramat sakit bila pergi. kekasih ttpi akan terasa begitu perit bila Still, sesal dulu kedapatan, sesal kemudian tak berguna.
Alahai...aku dah jadi mcm kak long ko lah pula. Aku cakap ni bukan nak halang ko berkawen ttpi nak kawen dgn suami orang, konon sanggup bermadu... kus semangat dek ooiii. Ko ingat kawen dgn orang tak berduit ni boleh senang ke. Kalau Mr. T ko tu kaya mcm sultan burnei, ko jadi no.4 pun tak pe dek.
Entah2 Mr. T ko tu lembut gusi dari lidah tak? Tetapi ingat dek... janji manismu boleh menjadi racun berbisa sayang.
Bijaklah ko ambil keputusan. Pertimbangkan perasaan hati orang lain juga iaitu hati isterinya, anaknya, hati makpak ko untuk menerima menantu mcm Mr. T. Namun jika lautan api sanggup ko renangi, dan bila tangan ko sanggup mencincang jgn menyesal jika bahu kena memikul. Fikir2kanlah.....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sian parent u, lahirkan u bebaik,
last u hanya menjadi camni,
motif u menghina diri u sendiri...
silalah jadi pompuan bebaik,
bukan pompuan yang
jadi bank untuk lelaki yang baru dikenali, beristeri pula tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sila rampas jantan tu dari bini dia.
The wife deserves better. |
|
|
|
|
|
|
|
harap masa korang berdua keluar dating,
accident dan dedua meninggal dunia.
amin..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|