View: 31227|Reply: 283
|
[Tempatan]
Tabung Haji sudah bankrup...siapa ade simpan di TH?
[Copy link]
|
|
Edited by ifanonline at 26-1-2016 08:05 AM
Tabung Haji reserves in the red, warns Bank Negara BY ANISAH SHUKRY Published: 26 January 2016 7:00 AM
Tabung Haji reportedly has only 98 sen in assets for every RM1 in liability. Bank Negara says its predicament is because of the practice of declaring higher dividends than it can afford. – The Malaysian Insider file pic, January 26, 2016.
Tabung Haji’s reserve levels are in the negative and it will not be able to pay its 8.8 million depositors any dividends this year if it does not take steps to resolve this, says Bank Negara Malaysia.
In a letter dated December 23, sighted by The Malaysian Insider, Bank Negara governor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz told the pilgrims’ fund chairman Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim that it has only 98 sen in assets for each ringgit in liability.
Section 22 of the Tabung Haji Act states that it cannot announce dividends and bonuses to its contributors if its assets are worth less than its obligations.
In a separate letter to Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom on the same date, also sighted by The Malaysian Insider, Zeti warned that Tabung Haji’s finances could have a financial impact on the government.This was because Tabung Haji’s deposits were wholly guaranteed by the government, said Zeti.
She told Jamil that Tabung Haji’s role of aiding Muslims performing their haj might also be affected.
In her letter to Azeez, Zeti said Tabung Haji may have to liquidate its assets within a short time span to fulfil its obligations to depositors.
She said this would greatly reduce the value of its assets, and put the stability of the country’s financial and economic system at a higher risk through a “contagion effect”.
This was because it would affect other financial institutions and investors exposed to the assets, place liquidity pressure on banking institutions because of withdrawal of deposits by Tabung Haji, and have a negative effect on investor sentiments, Zeti said.
She blamed the depleting reserves on Tabung Haji’s practice of paying out higher dividends than it could afford since 2012.
“The dividend and bonus payout ratio which has, on average, exceeded its profits (on an average of 107% from 2012-2014) caused Tabung Haji’s already low reserves to decline further, to the extent that it is not able to manage the weak equity portfolio performance for 2015.
“This has caused Tabung Haji’s reserves to be in the negative,” said Zeti in the letter.
Another problem, she said, was that Tabung Haji’s deposits were highly concentrated among a small number of contributors – 5% of whom owned 75% of the total deposits.
This exposed the pilgrims’ fund to the risk of a mass withdrawal of deposits, should contributors lose faith in it, she said.
She proposed that Tabung Haji formulate a comprehensive reserve policy to be presented to Bank Negara by March 31.
Tabung Haji chairman Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim says he needs to confirm if two Bank Negara letters on its finances are genuine. – The Malaysian Insider file pic, January 26, 2016.
She also suggested to Jamil Khir that he increase the number of members on Tabung Haji’s board, and that they have vast financial experience.
Jamil Khir could not be reached for comment and did not respond to a text message from The Malaysian Insider.
Azeez told The Malaysian Insider that he would have to check with his office tomorrow if the letter was genuine.
But he insisted that Tabung Haji would have no problems paying out dividends this year and that contributors should wait until March, latest, for its announcement.
Meanwhile, Tabung Haji’s corporate communications, in a statement released on its Facebook page yesterday, said it needed to ensure all its preliminary audit processes were complete, apart from obtaining an internal approval before, announcing dividends or bonuses.
“We would like to urge all Muslims in the country as well as TH depositors not to make any speculation with regard to the announcement date for the TH depositors’ bonus,” the statement which was reported by Bernama said.
The statement said TH would usually announce the bonus within the first quarter (January to March) of each year, adding that it had previously been announced even in late February and early March.
Tabung Haji, however, has yet to respond to The Malaysian Insider’s email requesting confirmation that the letters are genuine.
However, the anonymous administrators’ blog tabunginsider uploaded the same letters yesterday.
Blogger Syed Akbar Ali also reproduced the letters on his blog.
Last year, Tabung Haji courted controversy when it purchased 0.64ha land in Tun Razak Exchange (TRX) for RM188 million from 1Malaysia Development (1MDB) to develop a residential tower.
It paid 43 times the price the debt-ridden 1MDB had paid for the plot, which it bought from the federal government five years ago.
Following public backlash, Tabung Haji in May vowed to sell off the land at a profit, but until today, there has been no news of the sale. – January 26, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.5gZb6nrL.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu la kalu GLC2 ni..usah bagi kat org2 umno...depa semua lulusan SRP dan SPM sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
walau mcm manu pun tahun ini pasti org berebut nak naik haji juga....waiting list masih lagi 30-40 thn... |
|
|
|
|
|
|
|
Betui ka tajuk ni....hehe malas nak baca |
|
|
|
|
|
|
|
ditakuti kos haji akan meningkat sebab TH dah tak bleh subsidize travel and logistics...
|
|
|
|
|
|
|
|
FB tabung haji setelah dihencap ummah
Official : Lembaga Tabung Haji17 hrs ·
Assalammualaikum, Pihak kami ingin menyaran kepada semua umat Islam di negara ini dan juga para pendeposit TH ini agar tidak membuat spekulasi berkaitan dengan tarikh pengumuman Bonus Pendeposit TH. Pada kelazimannya TH akan mengumumkan Bonus Pendeposit pada suku pertama (Jan - Mac ) tahun semasa. TH perlu memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi. Konsep simpanan di TH adalah AlWadiah Yad Dhamanah di mana apa apa pulangan adalah dalam bentuk Hibah tertakluk kepada prestasi kewangan tahun semasa dan budi bicara pengurusan. Konsep ini tiada bezanya dgn konsep AlWadiah oleh institusi perbankan Islam yang lain. Pada tahun tahun lalu TH pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung bulan Februari dan awal bulan Mac. Namun pada tahun lalu pengumuman bonus dapat diumumkan lebih awal. Walaupun tahun 2015 adalah mencabar namun TH percaya hasil Strategi Alokasi Asetnya dapat membantu pulangan pendapatannya. Oleh yang demikian para pendeposit seharusnya tidak mengambil berita spekulasi yang akan mencetuskan kebimbangan. Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow! Baru plan nak simpan duit bonus dlm TH.. Tapi nampak gaya kena simpan kat tempat lain la ni.. Huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
motif avatar? bangga ke dpt bukak aib org. bapak keje apa sampai terkutuk gini perangai anak? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ifanonline at 26-1-2016 08:17 AM
Bank Negara beri amaran, paras rizab Tabung Haji negatif OLEH ANISAH SHUKRY Published: 26 January 2016 6:56 AM
Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat Lembaga Tabung Haji secara puratanya melebihi keuntungan semasa menyebabkan paras rizab terkumpulnya terus merosot. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Januari, 2016.
Paras rizab Lembaga Tabung Haji negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada lembaga itu baru-baru ini.
Dalam surat bertarikh 23 Disember yang dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti.
Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya.
Dalam satu surat berasingan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada tarikh sama yang turut dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberi amaran keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan.
Zeti berkata, ini kerana Putrajaya menjamin sepenuhnya simpanan deposit di Lembaga Tabung Haji.
Beliau memberitahu Jamil disebabkan perkara ini, keberkesanan Lembaga Tabung Haji dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji mungkin terjejas.
Sementara itu, dalam suratnya kepada Azeez, Zeti berkata Lembaga Tabung Haji mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.
Beliau berkata, ini akan mengurangkan nilai aset Tabung Haji, dan kestabilan sistem kewangan dan sistem ekonomi negara pada risiko yang lebih tinggi melalui "kesan penularan".
Ini kerana ia akan memberi kesan kerugian nilai pelaburan bagi institusi kewangan dan pelabur lain yang turut terdedah kepada aset terbabit; tekanan kecairan kepada institusi perbankan ekoran pengeluaran deposit Lembaga Tabung Haji dan kesan negatif terhadap sentimen para pelabur, katanya.
Zeti menyalahkan amalan Lembaga Tabung Haji kerana membayar dividen lebih daripada kemampuan kepada pendeposit sejak 2012.
"Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat secara puratanya melebihi keuntungan semasa (purata sebanyak 107% bagi tempoh 2012-2014) menyebabkan paras rizab terkumpul Lembaga Tabung Haji yang sememangnya rendah untuk terus merosot, sehingga tidak mencukupi untuk menangani prestasi lemah portfolio ekuiti yang lemah pada 2015.
"Ini seterusnya menyebabkan rizab Lembaga Tabung Haji menjadi negatif," kata Zeti dalam surat itu.
Menurut Zeti, satu lagi masalah ialah deposit Tabung Haji tertumpu di kalangan sebilangan kecil penyumbang – 5% pendeposit terbesar merangkumi kira-kira 75% jumlah keseluruhan pendeposit.
Zeti berkata, ini akan menyebabkan risiko pengeluaran deposit secara besar-besaran, sekiranya pendeposit hilang kepercayaan terhadap Tabung Haji.
Beliau mencadangkan Lembaga Tabung Haji agar segera merangka dasar rizab dan pelan pelaksanaan yang sudah diluluskan Lembaga Pengarah kepada Bank Negara pada 31 Mac 2016.
Selain itu, mencadangkan kepada Jamil untuk menambah bilangan ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang kewangan.
Jamil tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen dan tidak menjawab kiriman teks daripada The Malaysian Insider.
Azeez memberitahu The Malaysian Insider beliau perlu menyemak dengan pejabat Lembaga Tabung Haji esok sama ada surat itu benar.
Tetapi beliau menegaskan Lembaga Tabung Haji tidak mempunyai masalah untuk membayar dividen tahun ini, dan pendeposit perlu menunggu selewat-lewatnya pada Mac untuk pengumuman.
Sementara dalam kenyataannya malam tadi, Lembaga Tabung Haji mengatakan mereka perlu memastikan semua proses audit awal dilaksanakan terlebih dahulu serta mendapat kelulusan dalaman sebelum mengumumkan dividen atau bonus kepada pendepositnya.
“Lembaga Tabung Haji meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tarikhpengumuman bonus pendepositnya bagi 2015.”
Bahagian hal ehwal awam dan komunikasi korporat Lembaga Tabung Haji dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya berkata, pada kelazimannya bonus akan diumumkan kepada pendeposit pada suku pertama (Januari-Mac) tahun semasa.
Kenyataan itu menyebut Lembaga Tabung Haji pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung Februari dan awal Mac sebelum ini.
Sementara itu, bahagian hal ehwal awam dan komunikasi korporat Lembaga Tabung Haji masih belum membalas e-mel The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan berkenaan kebenaran surat itu.
Bagaimanapun blog yang tidak diketahui pemiliknya memuat naik suratsama hari ini.
Penulis blog Syed Akbar Ali turut memuat naik semula surat itu.
Tahun lalu, Lembaga Tabung Haji mencetuskan kontroversi apabila membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) berharga RM188 juta daripada 1Malaysia Development (1MDB) untuk membangunkan sebuah menara kediaman.
Lembaga Tabung Haji membayar 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.
Disebabkan tekanan orang ramai, Lembaga Tabung Haji pada Mei berikrar untuk menjual tanah itu akan tetapi sehingga kini, tidak ada apa-apa berita mengenainya. – 26 Januari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.DQ3oAWph.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
malaysia lingkup sana sini dibawah najib |
|
|
|
|
|
|
|
duit yg boleh di samun adalah TH, PNB, KWSP, KWAP, LTAT...habis duit simpanan rakyat...
|
|
|
|
|
|
|
|
sashin ada simpan..half kat TH,, half lagi kat ASB
pasrah..tapi masa menyimpan tu tak fikir sangat pun bab deviden ni..mmg nak menabung nak pi haji ja
aper2pun ..hope TH tak guna duit kami utk benda2 yg mmg tak patut la (contoh nya nak tolong pak ajib ka) kami tak halalkan nahhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun lalu, Lembaga Tabung Haji mencetuskan kontroversi apabila membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) berharga RM188 juta daripada 1Malaysia Development (1MDB) untuk membangunkan sebuah menara kediaman.
Lembaga Tabung Haji membayar 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu. ini jawapan kpd persoalan anda...
|
|
|
|
|
|
|
|
kemon TH kasi menten 6% |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni simpan bwh bantal jah... |
|
|
|
|
|
|
|
ada sorg kenalan di bank negara dah keluarkan semua simpanan dlm TH thn lps. duit digunakan utk beli tanah di kg. ekceli katanya Th boleh je beri dividen yg tinggi pd pendeposit, tp tu lar kan semuanya di kontrol oleh gomen. tp itu dulu ler, skrg nih dgn keadaan ekonomi yg teruk berapa je TH boleh bg dividen. kita tungguuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck tabung haji kalau betul cita ni. |
|
|
|
|
|
|
|
apabila ahli politik mengurus dana...ini lah jaidnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu la ak x caya pengerusi th ni, ak xkisah klu pas spm mmg start keje dr bwh, ni experience keje finance xde, takat cium tgn dpt jd pengerusi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|