CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6011|Reply: 50

[Tempatan] Edisi El-Nino:Apa Tips Anda Untuk Penjimatan Penghawa Dingin

[Copy link]
Post time 14-3-2016 09:36 AM | Show all posts |Read mode
TNB Kongsi 6 Tips Penjimatan Penghawa Dingin                                Mar 13, 2016                304

Jimat elektrik


517Shares


Cuaca panas sekarang pastinya jualan aircond atau penghawa dingin laku keras macam pisang goreng panas! Pastinya juga tempoh masa penggunaan penghawa dingin anda adalah lebih dari sebelum ini.

Berikut ada beberapa tips yang boleh diikut bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.

Enam (6) tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:
  • Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.
  • Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.
  • Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.
  • Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.
  • Beli unit penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi. (Tinjauan kami mendapati ramai mengesyorkan jenis inverter)
  • Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

Petua Kami : Pada waktu malam, buka juga kipas dan set timer pada penghawa dingin. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam. Jangan membazir elektrik, nanti bertambah ‘panas’ pula nak membayarnya.
Jika penghawa dingin rumah anda tiba-tiba kurang sejuk, mungkin sudah tiba masa untuk diservis. Apapun, dapatkan nasihat dari mereka yang pakar. Berikut kami senaraikan beberapa pakar servis aircond dengan harga berpatutan yang boleh membantu anda:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2016 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp mmg panas betul skang ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
takde aircond kat umah... marhean
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 09:51 AM | Show all posts
dah dok buat pon buka AC dan kipas. buka AC nk bg sejuk bilik, dh nk lena tutup AC dan pakai kipas.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 09:53 AM | Show all posts
buka AC. buka kipas. buka baju

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 09:55 AM | Show all posts
Edited by yayangmama at 14-3-2016 09:56 AM

tips yg 24c tu memang dari tahun sebelum ni xsilap, tnb dah ajar

say praktikkan juga bila dah tengah malam...cuma masa mula2 on je letak la 20...dah kul 12 gtu tuka 24..

kul 1pagi selalu saya off...biar kan kipas sahaja

tapi memang....sekarang ni cuaca...buat jadi malas nak keluar

suka dok rumah, on ekon...tutup pintu semua...layan anak tgk tv...

nak pergi taman permainan...huhuhu...memang lah, xrajin dengan cuaca sekarang ni,

weekend haritu anak ajak pegi hot baloon...haih la anak...panas2 ni, kita dok rumah lagi bes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2016 10:00 AM | Show all posts
Kurangkan aktiviti berjimak ketika waktu malam, kerana aktiviti tersebut akan mengakibatkan peningkatan suhu badan, yang menyebabkan para penjimak memaksimumkan penggunaan AC bagi manampung aktiviti pendebungaan yang berlaku, sehingga mengakibatkan kenaikan bil 40% daripada biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 10:34 AM | Show all posts
x penah iols buka kipas sekuat yg mungkin.. ni dh butang no 3 iols guna still rse panas.

duk rumah sewa koser sgt nk pasang ekon khennn hehehe.. hadap je la panas pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2016 10:35 AM | Show all posts
saya tak boleh nak larang anak2
tgk TV kat ruang tamu..on ekond 16 celcius kipas pun ON
Kebelakangan ni kerap sgt tid0 diruang tamu
Tunggu jelah bil bulan ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 12:04 PM | Show all posts
Takut nak terima bil nanti ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Gunalah inverter jee. Brg2 rmh aku sume inverter. Lampu2 pon led. Bulan 40 50 je bill.. ekon buka je
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tips utk jimatkan bil ekon....

check in kat hotel atau private hospital yg berhampiran...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 01:15 PM | Show all posts
tak pakai aircond pun bil naik dkt seratus jugak...apatah lagi pakai aircond...lagilah mahal.....yg benarnya bil letrik memang naik gila2 bln ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Set 17c jela minggu ni, timer pun dah set dalam 5 pagi. Aman ja bangun tak berlengas.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo malam2 panas, tido bogel je
Pastikan pintu tingkap dikunci rapat2
Kalo kebakaran, nasib le
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 01:48 PM | Show all posts
aku mmg bergantung pd kipas je.. lom mampu nak pasang aircond.. terpaksa bertahan la bangun pagi berpeluh gak sikit2.. time siang dpt rasa sejuk masa bukak peti ais je ha... iskkkkkk.... terpaksa.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2016 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ejans replied at 14-3-2016 12:59 PM
Gunalah inverter jee. Brg2 rmh aku sume inverter. Lampu2 pon led. Bulan 40 50 je bill.. ekon buka je ...

Nak tanya soalan bongok (hihihi) ni - apa contoh jenama yang ber-inverter ye? Hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 14-3-2016 01:57 PM
Nak tanya soalan bongok (hihihi) ni - apa contoh jenama yang ber-inverter ye? Hihi..


Sume brand de inverter. Tanya r org kdi.aku pki inverter penjimatan 5. Biasa mhi sket.

Aku guns hinsese
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 09:50 PM | Show all posts
Skrg ni mmg musim panas. Pasang aircon dlm kereta pon boleh peluh
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
16c. Full blast blower. On Dari masuk rumah sampai keluar rumah 6.45pg.

Studio size je. Campur dgn purata 7-15 malam tak tido rumah: bil bulanan 300+
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.087864 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list