CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20245|Reply: 141

Bar untuk pelanggan beragama Islam

[Copy link]
Post time 20-3-2016 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Restoran berkonsep bar mungkin bukan pilihan masyarakat beragama Islam kerana menu dihidangkan kadangkala kurang bersesuaian dengan cita rasa mereka.

Namun, pada masa kini, terdapat bar bercirikan mesra Muslim yang menghidangkan makanan halal dan bebas daripada minuman keras seperti bar Jibril (Jibril) yang beroperasi di SS15, Subang Jaya, Selangor.

Pertama kali berkunjung ke bar tersebut, penulis terpegun dengan persekitaran dan hiasan dalamannya yang klasik dan selesa. Menariknya, bar ini dibina secara tertutup menepati konsep speak easy yang banyak diketengahkan di negara-negara Barat.

Jibril diusahakan empat anak muda, Akmyr Ahmad Azwan Abdul Kadir, 23, Nurin Hasanah Abdul Rahim, 27, Muhammad Atiqurrahman Sulaiman, 26, dan Imran Sheik Muhamed, 26. Kesemua mereka bekerjasama dalam satu syarikat dinamakan Pronomy P.L.T.

Akmyr ketika ditemui .com memberitahu, Jibril dibina untuk memberi peluang kepada masyarakat Islam, khususnya generasi muda yang ingin merasai pengalaman bersantai di restoran berkonsepkan bar.

“Boleh dikatakan, Jibril adalah bar mesra Muslim pertama diwujudkan di Malaysia. Makanan dan minuman halal dihidangkan dan tiada minuman keras dijual,” katanya.

Bagi pengunjung, ciri-ciri utama diberi tumpuan ketika berkunjung ke premis makanan adalah hidangan bersih, menyelerakan dan murah. Di Jibril, pelbagai makanan dan minuman khususnya ala barat dihidangkan sempurna dengan harga berpatutan.

“Makanan tempatan juga dihidangkan seperti Pineapple Fried Rice dan Golden Singaporean Murtabak. Pada masa sama, pengunjung pasti tidak mahu lepaskan peluang menikmati menu istimewa iaitu Salted Egg Butter Chicken yang dijual pada harga RM14.50.

“Selain itu, minuman dihidangkan di sini adalah unik kerana tidak terdapat di restoran atau kafe lain. Contohnya, minuman Potter yang manis berkrim berharga RM7.50,” jelas Akmyr.

Bagi pengunjung yang berminat untuk mengenali bar ini boleh mengikuti laman Facebook rasminya www.facebook.com/jibril atau Twitter dan Instagram jibrilss15.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2016 06:35 PM | Show all posts

..akan jadi macam Royani air tuh, demi awloh, purcaya lah cakap haku...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 06:49 PM | Show all posts
kesian sungguh aku orang isle ni.... nak fefeeling ada bar clubbing lah sangat tapi hati tu takut rasa bersalah lalau timbul lah konsep gloss over macam ni....

tak ke mana lah

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nak jugek khennnnn
kuat berangan betul kaum yg satu ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade pasang muzik x ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 07:11 PM | Show all posts
dia belakang Sangkaya, gelap gelita bar nih. ooh bar memang gelap ehhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2016 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Alooohh..kite klu nk lepak minum2 sembang kt secret recipe pn boleh....nk berkonsepkn sgt bar nape...duk gelap2 baik g karok
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu macam ka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2016 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
nk try la..salted egg butter chicken nih.tp ss15 parking ssh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 07:43 PM | Show all posts

pasang cd mengaji kot.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Restoran tersebut pasti dihencap unmah siang malam tanpa belas kasihan. Bertabahlah sis!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti dlm novel2 cinta berangan ada watak2 budak college bad boy versi muslim yang digambarkan melepak di halal bar ni...

Tayah berangan sangat la... tu campur laki pmpn dlm tempat gelap dah dikira maksiat dekk... alang2 put on ur LBD and go have the real fun at the clubs.. lagi happening...

Setakat acah2 nak feeling remaja rebel patuh syariah lepak bar baik lupakan saja dekk... mcm non alcoholic drink barbican ke apa tah... perlu ke? Baik telan air tapai dua gelas terus high..  sedap pun sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bisnes saje..takde kaitan dgn agama sngt..manelah tau korang good muslims semua ni nak rase pengalaman pergi bar..buleh la try..

Jangan la asyik nampak negetif semua nenda dalam hidup ni..tak penat ke...

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang loyar2 patuh syariah keluaran UIA ke U mana2 ke, harus lepas kerja nak feeling Ally McBeal, Law & Order, novel2 John Grisham ajak geng ramei2 gi bar islamic ni...

Kira end of d day wrap up kat bar moslem la... kalau omputeh ada rock or alternativee band main muzik dan dorg lepak sambil enjoy d music, kat bar moslem ni ada la penyanyi nasheed dan pemain percussion sahaja sbb kena patuh shariah..  

Tp pengunjung muslimah hijabista harus la komunikasi in inggerish dgn american accent yang pekat di sana nanti..  
Good luck brothers and sisters...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 20-3-2016 07:49 PM
Restoran tersebut pasti dihencap unmah siang malam tanpa belas kasihan. Bertabahlah sis!

Akak dah laksanakan bahagian akak dekkk....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 08:08 PM | Show all posts
milo_888 replied at 20-3-2016 07:58 PM
Nanti dlm novel2 cinta berangan ada watak2 budak college bad boy versi muslim yang digambarkan melep ...

kah kah kah, bad boy versi muslim
camana agaknya ya
solat tak tinggal tp bad boy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2016 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
milo_888 replied at 20-3-2016 08:06 PM
Yang loyar2 patuh syariah keluaran UIA ke U mana2 ke, harus lepas kerja nak feeling Ally McBeal, Law ...

Amboi..imaginasi

Set2 hijabis boleh la lepak hujung minggu kt bar
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Glass_shoes replied at 20-3-2016 08:09 PM
Amboi..imaginasi  

Set2 hijabis boleh la lepak hujung minggu kt bar

Akak bukan apa...  geli dgn moslems yang teringin nak tiru kapir dan twist terma kepada shariah compliant..  

Mcm tak redho je dgn ajaran agama mereka... cari lubang sana sini nak halalkan..  

Bar tu dah sah2 tempat orang tonggang... kat jepun segala bersepah je bar kecik2 comel2 depan umah... punya sunyi smpai org taktau pun situ bar... meaning dorang gi sana betul2 nak tonggang..  

Yang moslems2 berangan ni ingat nak nampak cool saja tapi tak sedar dorang downgrade diri sendiri... mcm low self esteem je.. u should be proud of your religious teachings and practices... nak ikot kapir tu buat hapa if u think ur the chosen ones to hell... eh, heaven....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 08:32 PM | Show all posts
dejavu 2014. hard rock cafe versi nasyid.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 08:32 PM | Show all posts
bila nak bukak restoran bak kut teh ala islamik pula sis?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.238884 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list