Edited by fynnkakiblock at 20-4-2016 09:48 AM
SEREMBAN 19 April - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menanam mayat bayi yang baru dilahirkan isterinya di tempat pembuangan sampah di Senawang di sini hari ini.
Suspek berusia 26 tahun yang bekerja sebagai tukang masak diberkas selepas polis menemukan mayat bayi yang dibungkus dengan plastik dan ditanam di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan mendapati mayat bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu masih bertali pusat dan mempunyai uri.
“Berdasarkan siasatan awal, isteri suspek dipercayai mengalami keguguran ketika berada di dalam tandas di rumahnya pada pukul 6.30 pagi menyebabkan bayi itu meninggal dunia.
“Suspek bertindak menanam mayat bayi yang jantinanya dipercayai lelaki itu di tempat pembuangan sampah kira-kira 13 meter dari rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Muhamad Zaki memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... ang-sampah-1.277668 |