|
[Tempatan]
Pelajar maut, pisau traktor mesin rumput melayang
[Copy link]
|
|
Itu bukan rambut mangsa - Hamazah
“ITU tali bukan rambut,” tegas Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak.
Tegas beliau lagi, Nur Afini Roslan, 14, yang terkena bilah pisau mesin pemotong rumput, pagi tadi cedera parah akibat terkena bilah pisau yang terpelanting ke arahnya, bukan terperangkap pada bahagian bawah mesin rumput yang ditarik menggunakan traktor itu.
"Berikutan penyebaran gambar yang didakwa rambut mangsa tersangkut pada bahagian bawah mesin itu, sebenarnya itu adalah tali yang sememangnya ada di situ," katanya hari ini.
Beliau berkata, pemandu traktor berusia 26 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian, dijangka akan dibebaskan dengan jaminan polis, esok.
Sementara itu Kementerian Pendidikan akan mendapatkan penjelasan daripada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, berhubung kematian pelajarnya.
Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, perkara itu akan dilakukan dalam masa terdekat bagi membolehkan pihaknya mengetahui kejadian sebenar.
Katanya, berdasarkan garis panduan dikeluarkan kementeriannya, aktiviti memotong rumput hanya dibenarkan pada hujung minggu sahaja.
"Kita akan meminta penjelasan guru besar mengapa kerja memotong rumput dijalankan ketika latihan perbarisan pelajar. Ini sesuatu yang tidak patut berlaku," katanya ketika dihubungi, malam ini.
Mengulas lanjut, Sin Woon berkata, siasatan dalaman pihaknya akan dibuat selepas siasatan polis berakhir sepenuhnya.
"Berdasarkan maklumat diterima, sekolah ini memohon cuti peristiwa bagi menganjurkan hari sukan sekolah esok," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Nur Afini meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya terpotong dua dipercayai selepas terkena bilah berkenaan, ketika menjalani latihan perbarisan di padang sekolah itu.
Dua rakannya Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, pula hanya mengalami cedera ringan dalam insiden itu.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Februari 2018 |
|
|
|
|
|
|
|
akassmalynn replied at 14-2-2018 07:58 AM
Mak iols bekas guru besar, dia heran cemana guru besar leh benarkan mesin rumput sedangkan pelajar a ...
Walau last minute. ...keselamatan tetap kena no.1. ...nyawa melayang tak boleh diganti. ...hari sukan boleh diganti. ... |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 14-2-2018 07:59 AM
Itu bukan rambut mangsa - Hamazah
Tahu pun ko hari sukan boleh ko ganti2 cikgu besar. ...masa potong rumput tu ko benarkan aktiviti tu sambil budak buat raptai sukan ...kenapa tak sabar2 tak bagi hari lain ....ni nyawa melayang ko ganti balik. ...
Apa pun keluarga tu kata redha atas kematian anak mereka. ...nak kata apa lagi. ..terpaksalah redha .....salam takziah buat ibu bapa dan family arwah adik ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
nilah padahnya kalau buat keja last minute. Esok nak buat hari sukan, baru hari ni nak potong rumput. Dah tentu masing masing sibuk berlatih dan juga menguruskan sambutan hari sukan hingga kerja kerja pemotongan dan juga pelajar kurang pengawasan. Sudahnya, hari sukan tu pun dibatalkan. Yelah, dah ada tragedi sapa pun tak de hati nak teruskan |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 makin tak selamat kat malaysia.
org dewasa makin bangang dan benak..
ada hati tu lagi nak salahkan takdir |
|
|
|
|
|
|
|
Silap2 guru besar kena buang kerja ni. Ada satu kes budak mati jatuh main hole kat sekolah. Katanya guru besar kena buang kerja.
Guru besar sekolah ni dah nak pencen. So pencen takdak la.... |
|
|
|
|
|
|
|
speechless aku nengok news ni..mmg x sepatutnya laa potong rumput time ada budak2 kt padang sekolah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
atira replied at 14-2-2018 08:20 AM
budak2 makin tak selamat kat malaysia.
org dewasa makin bangang dan benak..
ada hati tu lagi nak s ...
Betul..hari2 ada berita budak meninggal...those are our young generation...kalau bkn kita as adult sbgi pelindung dorg, then sape lg??sedih giler.. |
|
|
|
|
|
|
|
menjawab lah pengetua
pengetua pun dah 'makan' bnyak
sila hadapi kenyataan |
|
|
|
|
|
|
|
mmg masaklaaa pengetua nak menjawab.... |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya sebab nak buat preparation ahir kot. kan sepatutnya dalam jadual hari ni acara sukan tahunan. so nak buat persiapan ahir kawasan padang bagai tu. dan mungkin hari sabtu/ahad lepas bukan jadual kontrek mesin rumput utk sekolah tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
katanya masa kejadian guru besar ada kursus di luar daerah.
|
|
|
|
|
|
|
|
arwah dan adiknya tinggal dgn ayahnya di kg. ibu arwah tinggal di kuantan buat sementara waktu utk uruskan beberapa hal lain. arwah baru bulan lepas pindah ke sekolah terbabit.
kejadian yg berlaku mmg mengejutkan kami semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
tergamaknya diorg share gambar tu. kesian weh kat budak tu. huwaaaa, ngeri gila siot. anyway, takziah buat keluarga mangsa. sedihnyaaaa  |
|
|
|
|
|
|
|
rambut2
pikir logik la bai
lau kepala budak tu bawah mesin tu
xrupa orang g dah mangsa tu
hancur habis kena kisar da dgn blade tu
lagi pun setitik darah pun xde kat area situ
detektif2 bingai bila bg pendapat nmpk mcm bijak
padahal bangang mcm kan pndai sangat n ade kt tempat kejadian |
|
|
|
|
|
|
|
Bell replied at 14-2-2018 08:27 AM
Silap2 guru besar kena buang kerja ni. Ada satu kes budak mati jatuh main hole kat sekolah. Katanya ...
Huh, besarnya tanggungjawab guru besar...huhu, keje yg agak susah. Kalau strict sangt pulak, cikgu plak xsuke |
|
|
|
|
|
|
|
Jgnla share gambo. Share yg censor xboleh ke. Ni family die pon marah pasal gambar tu. Mereka xperlu kesian kita untuk viralkan gambar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kena siasat betul2. Ada yg komen tak tau lah kawan sekolah arwah ke siapa ke, katanya arwah berteduh bwh benda tu. Driver tu tak perasan terus hidupkan enjin. Wallahuallam. Mcm kes anak kucing duduk bwh kereta . Mana driver nk perasan masa hidupkan enjin kereta kan. Budak tu kalau memang nmpak kejadian tu kena jadi saksi lah. Takut jatuh hukum kpd org yg tak bersalah. Kita pun tak tau kejadian sebenar. Ngeri. |
|
|
|
|
|
|
|
abbyhoney replied at 14-2-2018 11:07 AM
Kena siasat betul2. Ada yg komen tak tau lah kawan sekolah arwah ke siapa ke, katanya arwah berteduh ...
Ya ampon. ...tak logiknya spekulasi budak ni berteduh bawah mesin ni....geram pula baca. ... |
|
|
|
|
|
|
|
Madel replied at 13-2-2018 11:34 PM
Anak saudara pelari pecut negara Rabuan Pit rupanya
And katanya arwah wakil Pahang dlm sukan archery. Bapaknya yg train arwah |
|
|
|
|
|
|
| |
|