di barat transgender dah no longer
under category mental illness
unlike bipolar or split identity
bukan ker sama kecelaruan yg sengaja diada2kan
dia yg ubah fitrah dia, tapi dia salahkan Allah
dia yg tak berdaya melawan hawa nafsu
tapi Allah yg salah?
tiada sorg pun yg menghalang dia jadi tetamu
baiknya Allah terhadap dia
tapi dia tak nmpk
dia cuma nmpk Allah tak cashkan dia
Allah tak buat dia jadi buta, cacat, gila
tu pada dia balasan yg dia patut dpt
sebab dia sedar dia mmg ada buat salah
tapi bila aib dia tersebar seluruh dunia
peminat dia or on humanitarian basis kata
Allah tak cashkan pun dia
and skrg a tabloid like Mastika/Variasari
dijadikan panduan asas camna murka Allah tu
tak cukup dlm sirah nabi diceritakan
azab2 yg kaum2 terdahulu hadapi bila mereka ingkar
kat china virus melanda, kat kita kena tempias
tapi kata mereka it's nothing
nak tunggu sajat and the geng kena panah petir kat Masjidil Haram
baru prove to them tentang kekuasaan Allah swt
Laman web pengurusan umrah Sajat tidak aktif gara-gara kecaman pakai telekung
Tindakan selebriti media sosial, Nur Sajat yang memakai telekung ketika mengerjakan umrah benar-benar mendapat perhatian orang ramai sekaligus mengundang kecaman netizen.
Ini kerana ia bertentangan dengan agama yang hakikatnya Sajat merupakan seorang lelaki, namun berpakaian seperti wanita dengan memakai telekung berwarna putih.
Malah gambar Sajat bersama ibu bapa serta anak angkatnya dimuat naik dalam laman sosial Instagramnya semalam.
Bukan itu sahaja, video Sajat bersama dua orang rakan yang lain, turut dipercayai berjantina lelaki memakai telekung juga tular di media sosial.
Tindakan ini dikira sebagai penghinaan terhadap Islam kerana boleh membatalkan wuduk wanita lain yang turut mengerjakan umrah sekaligus menyebabkan keseluruhan amalan itu terbatal.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila syarikat yang mengendalikan pengurusan Sajat ke tanah suci Mekah iaitu agensi pelancongan Albayt Travel Sdn Bhd turut terkena tempias dan dipersoal mengapa syarikat tersebut tidak memberi penerangan secara jelas kepada Sajat tentang pemakaian yang harus digunakan ketika mengerjakan umrah.
Sajat bergambar bersama ibu dan ayah serta 2 anak angkatnya di depan Kaabah.
Namun setakat ini, FMT mendapati laman sesawang syarikat itu kini tidak lagi aktif kerana mendapat kecaman hebat daripada netizen.
Untuk pengetahuan, homoseksualiti di Arab Saudi boleh dikenakan hukuman mati manakala pembedahan menukar jantina pula salah di sisi undang-undang.
Laman web Albayt Travel Sdn Bhd kini tidak lagi aktif setelah menjadi perhatian netizen.
Menceritakan keadaan yang sama pernah berlaku pada 2017, 2 orang transgender dikatakan pernah diseksa pihak polis Arab Saudi dan menurut Independent, mereka didakwa telah dihumban ke dalam karung guni sebelum dipukul dengan kayu dan diseksa hingga mati.
Berdasarkan perkembangan terbaru, Agensi yang membawa Sajat mengesahkan ahli perniagaan itu sudah dibawa keluar daripada Tanah Suci.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]
Di media sosial, isu mengenai Muhammad Sajjad mencemarkan imej Islam di Mekah masih hangat diperkatakan dan timbul semula perkongsian mengenai kes yang menimpa dua wanita transgender Pakistan yang didakwa didera sehingga mati di Arab Saudi.
Pada Mac 2017, Independent melaporkan dua wanita transgender dimasukkan dalam guni, dipukul dengan kayu dan didera sehingga mati, dakwa aktivis hak asasi manusia di Pakistan.
Polis Arab Saudi didakwa membunuh Amna, 35, dan Meeno, 26, selepas kediaman mereka di Arab Saudi diserbu pihak berkuasa dan 35 transgender ditahan.
Aktivis Pakistan menuntut penjelasan dari pihak Arab Saudi berhubung kes tersebut.
“Kami mahukan penjelasan kerana sekarang dan ramai golongan transgender di Arab Saudi berasa bimbang dan takut,” kata Qamar Naseem, aktivis sosial dari Blue Veins.
“Mereka tidak diberi layanan yang adil,” katanya lagi yang mengesahkan dia mendapat maklumat itu dari golongan itu di Arab Saudi.
Bagaimanapun, Arab Saudi menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan laporan media mengenai serbuan itu adalah salah dan tiada sesiapa yang didera.
Pihak kementerian berkaitan mengambil maklum mengenai kematian seorang warga Pakistan dalam tahanan.
“Individu berusi 61 tahun itu mengalami serangan jantung dan meninggal dunia di hospital semasa diberi rawatan,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan.
Di Arab Saudi, tiada undang-undang khas yang ditubuhkan untuk mengambil tindakan terhadap golongan transgender. Tetapi pihak berkuasa akan menangkap dan memenjarakan lelaki yang berkelakuan seperti wanita.
Di Pakistan, individu transgender kebiasaannya dibuang keluarga dan dipaksa untuk mengemis atau melacur bagi menyara kehidupan sendiri.
SELEPAS berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah dan dikecam oleh netizen, seorang pemilik akaun Facebook mendakwa Sajat telah ditangkap di Jeddah.
Bagaimanapun pihak bertanggungjawab berhubung urusan haji dan umrah Malaysia di Jeddah menafikan berita tersebut.
Sebelum ini dilaporkan polis Arab telah menemui seorang jemaah Malaysia iaitu PU Amin menasihatkan supaya tidak mencemarkan kesuciaan Tanah Suci.
Perbuatan tidak bertanggungjawab jutawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjat Kamaruzzaman, 35, yang mencemar nama baik negara dengan berpakaian wanita di Tanah Suci bukan sahaja tular di tanah air malah diketahui pihak berkuasa Arab Saudi.
Menurut Amin, beliau telah ditegur oleh seorang anggota polis yang mengingatkannya supaya tidak melakukan perkara-perkara tidak dibenarkan dan dilaknat Allah SWT.
Apa yang lebih membimbangkan katanya, perbuatan tersebut jika tidak dihentikan, akan turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia lain yang ingin menunaikan umrah selepas ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof masih menunggu tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Albayt Travel (M) Sdn Bhd sebelum memikirkan langkah seterusnya termasuk berjumpa dengan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.
"Sehingga semua tindakan SKMM dan agensi pelancongan itu jelas dan nyata, barulah saya akan fikirkan langkah berikutnya seperti soalan yang diajukan,” katanya merujuk kepada soalan pemberita sama ada beliau akan bertemu Muhammad Sajjad berhubung perilakunya di Makkah selepas usahawan itu pulang ke tanah air nanti.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengedarkan 360 botol cecair pembersih tangan kepada 18 masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.
Mujahid berkata Muhammad Sajjad dan semua jemaah umrah dan haji termasuk agensi pelancongan yang menguruskan jemaah seharusnya patuh dan menghormati segala undang-undang kerajaan Arab Saudi ketika berada di Tanah Suci.
"Di Arab Saudi, peraturan bagi lelaki berpakaian wanita ini agak jelas dan ketat. Maka dia perlu hormatinya," katanya.
Semalam, Mujahid dalam kenyataannya berkata beliau telah mengadakan pertemuan bersama SKMM supaya tindakan segera dapat diambil ekoran pelbagai video dan gambar yang dimuat naik Muhammad Sajjad, yang mengenakan pakaian jemaah wanita ketika menunaikan umrah tular di media sosial.
Mujahid turut mengadakan pertemuan bersama agensi pelancongan umrah, Albayt Travel, yang membawa Muhammad Sajjad dan keluarganya ke Tanah Suci, bagi mengetahui situasi sebenar di Makkah.
Sementara itu, di Putrajaya, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata agensi pelancongan yang menguruskan umrah pengusaha kosmetik itu akan dipanggil tidak lama lagi.
Beliau berkata pihaknya akan berhubung dengan Albayt Travel untuk memberi nasihat dan amaran supaya kejadian membabitkan Muhammad Sajjad di Tanah Suci itu tidak berulang.
"Kami akan menasihatkan agensi pelancongan ini jika membawa jemaah ke Tanah Suci sama ada haji atau umrah mereka perlu lebih teliti dengan orang yang mereka bawa. Pihak agensi bertanggungjawab mengawal kumpulan yang dibawa termasuk mematuhi undang-undang negara yang dilawati bagi menjaga nama baik dan imej negara.
Mohamaddin terdahulu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pemulihan Pelancongan yang membincangkan rangka dan strategi pemulihan pelancongan negara akibat krisis 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) yang telah memberi kesan kepada industri pelancongan global.
Dakwaan status khunsa Sajat tak disokong bukti, kata Mujahid
Hiburan | Diterbitkan 3 Feb 2020, 9:36 malam | Dikemaskini 3 Feb 2020, 9:43 malam
A+
A-
Sikap ditunjukkan kerajaan terhadap isu Nur Sajat dibuat selepas ahli perniagaan dan personaliti selalu menjemput kontroversi itu tidak pernah menunjukkan bukti secara saintifik dia seorang khusna.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof, berkata setakat ini status jantina Nur Sajat itu hanya dibuat melalui dakwaan saja dan tanpa disokong sebarang bukti.
"Oleh itu kami berpegang kepada fatwa dikeluarkan muzakarah haji yang jelas menyebut, tanpa sebarang pembuktian (status jantina), seseorang itu kekal dengan jantina asal.
"Segala hukum-hakam yang dikenakan ke atas mana-mana jemaah haji dan umrah adalah sama seperti (orang) yang lain," katanya dalam satu kenyataan melalui video hari ini.
Iklan
Terdahulu ahli parlimen Parit Buntar itu mengadakan pertemuan dengan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membincangkan langkah yang boleh diambil terhadap personaliti yang memiliki nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman itu.
Mujahid juga berbincang dengan wakil agensi yang membawa rombongan Nur Sajat ke Tanah Suci bagi mendapatkan maklumat sebenar bagaimana penyanyi lagu Bobo Di Mana dan Makhluk Penggoda itu boleh diterbangkan untuk mengerjakan umrah.
Pertemuan tersebut diadakan di Putrajaya hari ini.
Isu Nur Sajat menjadi perhatian ramai dan mengundang kemarahan ramai orang Islam selepas dia memuat naik gambar mengerjakan umrah dengan bertelekung.
Menurut Mujahid, dengan apa yang berlaku, jelas menunjukkan Nur Sajat tidak menghormati fatwa yang ditetapkan pihak berkuasa agama.
Mengulas mengenai pertemuan dengan SKMM pula, Mujahid berkata, ia dibuat bagi melakukan tindakan segera terhadap pelbagai video dan gambar yang dimuat naik Nur Sajat.
“Tindakan segera akan diambil oleh SKMM,” katanya.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Saya doakan saudara Sajat berada dalam taufiq, hidayah dan ‘afiah sentiasa. Isu ini menjadi hangat sehingga tempiasnya kena juga kepada Mufti Wilayah Persekutuan. Jika dijawab, akan ada yang bertanya, “Kenapa begitu, kenapa tidak begini?”. Jika tidak dijawab, akan ada yang bertanya, “Mengapa berdiam diri?”. Itulah kelazimannya.
Berhubung isu berkaitan Transgender, kami telah mengulasnya dengan panjang lebar dalam beberapa buah artikel di laman web sejak tahun 2015:
1. QALAM MUFTI SIRI KE-29: WASPADA ANCAMAN NORMALISASI LGBT .
2. AL-KAFI SIRI KE-578 : BUDAYA LGBT, HADAPILAH DENGAN ILMU
3. BAYAN LINNAS SIRI KE-5: ISU TRANSGENDER, TASYABBUH ATAU PENYERUPAAN
4. IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-202: HUKUM HAKAM BERKAITAN KHUNSA
Disamping memberikan penjelasan melalui penulisan, saya juga mengadakan lawatan berkala untuk bertemu komuniti Transgender bagi menyampaikan mesej dakwah dan rahmah Islam. Dalam masa yang sama, kami juga tidak lupa untuk menegaskan kewajipan untuk mereka kembali ke pangkal jalan.
Saya mengambil maklum isu yang sedang berlaku berhubung Sajat pada sebelum, semasa menunaikan umrah di Mekah dan kini di Madinah. Untuk makluman, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) tidak pernah terlibat dalam pengesahan identiti jantina beliau yang diuruskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2018. Justeru, jika berhubung pengesahan jantina melibatkan pakar perubatan, ianya berada di bawah urusan pihak JAKIM.
Nasihat
Saya nasihatkan seperti berikut:
1. Fahamilah maksud sebenar ibadah umrah.
• Imam al-Nawawi pada awal mukadimah kitabnya menyeru kepada bakal haji dan umrah supaya bertaubat daripada segala maksiat dan segala perkara yang makruh serta berusaha mengislahkan diri. (Lihat al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-Umrah, hlm. 48)
• Apakah niat kita menunaikan umrah? Ambil waktu yang sunyi, hening di tengah malam semasa bermunajat kepada Allah SWT untuk bertanya kepada diri kita soalan tersebut. Saya amat pasti, tidak ada yang menunaikan umrah hanya untuk melancong dan berseronok. Umrah adalah pengembaraan rohani seseorang untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
2. Fikir terlebih dahulu sebelum bertindak.
Adakah tindakan itu menguntungkan diri, keluarga dan negara atau sebaliknya? Dalam urusan ibadah, kita wajib mengikut syarak, bukannya mengikut hati dan perasaan. Apatah lagi jika seseorang itu dikenali ramai, sudah tentu apa jua bentuk tindakannya akan diperhatikan. Yahya bin Sa’id al-Ansari berkata:
لا تفعل فإنك إمام منظور إليك
Maksudnya: “Jangan berbuat sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu, kerana anda di hadapan mereka yang memerhati anda.” (Lihat Tarikh Dimasyq, 50/357)
Mereka hendaklah memelihara dan membimbing jemaah supaya mereka mengikut hukum syarak dan undang-undang setempat. Sepatutnya sentiasa memberi panduan dan peringatan kepada jemaah seliaan mereka agar menepati kehendak ibadat itu sendiri.
4. Allah SWT Maha Kuasa
Allah SWT tidak perlu tunduk kepada kehendak sesiapa untuk memberikan dosa atau pahala. Dia boleh melaksanakannya pada bila-bila masa, tempat dan keadaan yang dikehendaki-Nya. Sedikit firman-Nya untuk renungan kita:
وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّـهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهْرِهَا مِن دَابَّةٍ وَلَـٰكِن يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَإِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِعِبَادِهِ بَصِيرًا
Maksudnya: “Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.”
(Surah Fatir: 45)
5. Jujurlah kepada diri sendiri.
Seseorang itu lebih tahu hakikat dirinya. Justeru, jadilah kita sebagai diri kita yang hakiki, bukan dibuat-buat. Allah SWT berfirman:
إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا
Maksudnya: “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”
(Surah al-Isra’: 7)
6. Jangan mudah memberi komen.
Hal ini saya tujukan kepada semua termasuk diri ini terutamanya netizen supaya memahami latarbelakang isu terlebih dahulu disamping meraikan adab, tabayyun (selidik) dan uslub (gaya) dakwah yang akan memberi banyak kesan samada positif atau negatif. Gunakan bahasa yang baik atau teguran yang membina. Budayakan dan amalkan prinsip al-din al-nasihah (agama itu adalah nasihat) mengikut kehendak Nabi SAW.
Pendirian (Mauqif) Dalam Isu Jantina
Atas rasa amanah dan tanggungjawab, PMWP mengambil inisiatif untuk bertemu pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 3 Februari 2020 bagi mendapatkan pengesahan butiran lengkap beliau yang tersebar di media sosial.
Berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman. Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki. Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki.
Sehingga kini, tidak ada dokumen rasmi perubatan yang dikemukakan oleh Muhammad Sajjad bagi membuktikan bahawa beliau adalah wanita. Berdasarkan Arahan Jabatan Pendaftaran Negara Bil. 9/2007 perenggan 5.7.1., pindaan jantina dalam kad pengenalan adalah tidak dibenarkan kecuali atas perintah mahkamah. Dokumen yang diperlukan adalah:
• Perintah mahkamah yang mengandungi butir-butir pengisytiharan jantina baru pemohon.
• Surat pengesahan doktor kerajaan (jika ada)
• Surat pengesahan pembedahan penukaran jantina yang dikeluarkan oleh hospital berkenaan
• Sijil lahir (asal dan salinan)
Sila rujuk keputusan Nanthan Balan Tan vs Jabatan Pendaftaran Negara.
Terdapat kaedah fiqh yang masyhur menyatakan:
نحن نَحْكُم بالظواهر والله يتولى السرائر
Maksudnya: “Kita menghukum berdasarkan apa yang terzahir, dan Allah menguruskan apa yang tersembunyi.”
Selain itu, saya juga berpegang dengan kaedah berikut:
الأصل بقاء ما كان على ما كان
Maksudnya: “Asal kepada sesuatu perkara kekal seperti sebelumnya”
Maka, pendirian PMWP berkenaan jantina beliau adalah berdasarkan apa yang tertera dalam daftar kad pengenalannya dan sijil kelahirannya. Justeru, segala hukum hakam ibadat hendaklah diikut secara lelaki.
Hukum Umrah Transgender
Saya nyatakan seperti berikut:
• Wajib bagi seorang transgender (mukhannas) menunaikan umrah dengan jantina asalnya. Walaupun umrahnya sah jika mematuhi rukun umrah, perbuatannya tetap haram dan dikira berdosa. Malah, dia boleh dikenakan dam kerana melanggar wajib umrah. Masalah ini disebut oleh para fuqaha sebagai infikak al-jihah (hukum yang terpecah kepada beberapa bahagian).
• Ini juga bertepatan dengan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke 28 Musim Haji 1433H pada kertas kerja bertajuk Khunsa Dan Mukhannas Dalam Permasalahan Ibadat Haji. Muzakarah menyimpulkan bahawa bagi mukhannas semulajadi atau yang disengajakan, telah melakukan pembedahan tukar jantina atau tidak dan kes menukar jantina dengan melakukan pembedahan bukan disebabkan keharusan syarak, maka hukum individu tersebut termasuk ibadat haji dan umrah hendaklah mengikut hukum asal kejadian dirinya. Dalam konteks isu ini, Muhammad Sajjad wajib secara syarak sebagaimana yang termaktub dalam al-Qur’an dan Hadith untuk beribadah dan berpakaian seperti lelaki.
Hormatilah Negara dan Undang-Undang Kita
Seluruh dunia Islam menghormati Malaysia kerana pengurusan haji dan umrah yang amat sistematik. Imej Malaysia sebagai negara yang disegani dari sudut pengurusan haji dan umrah perlulah terus dipelihara. Sebarang tindakan yang dilakukan oleh jemaah haji dan umrah, boleh memberi impak kepada hubungan baik dan kerjasama Malaysia – Arab Saudi. Oleh itu, jangan sesekali menyebabkan tercetusnya sangkaan yang buruk kepada Malaysia.
Peruntukan undang-undang syariah berhubung kesalahan wanita menyerupai lelaki (pengkid) dan hukum lelaki menyerupai perempuan (pondan dan mak nyah) telah sedia diperuntukkan di dalam akta dan enakmen negeri-negeri. Maka, menjadi tanggungjawab pihak berautoriti untuk melaksanakannya dengan penuh amanah, berhemah dan bijaksana.
Ambillah Peluang
Sementara saudara Muhammad Sajjad berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, saya syorkan agar zahirkan diri sebagai seorang lelaki dan beribadatlah kepada Allah dengan sungguh-sungguh disamping mengisi masa dengan acara-acara ibadat seperti berikut:
• Banyakkan bertaubat dan beristighfar
• Banyakkan berselawat ke atas Nabi SAW
• Banyakkan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
Saya doakan semoga Allah SWT kurniakan kebaikan, taufiq dan hidayah kepada saudara Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman dan jadikanlah umrah kali ini sebagai satu titik perubahan dalam kehidupaan anda, amin. Bak kata HAMKA, “Hidup hanya sekali, justeru biarlah bererti.”
Maksudnya: Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Ya Allah tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikan kepada kami untuk menjauhinya.
Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Jabatan Perdana Menteri
KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya boleh membatalkan lesen agensi pelancongan Albayt Travel Sdn Bhd sekiranya pihak terbabit mengulangi kesilapan dalam mengendalikan jemaah umrah atau haji seperti dilakukan ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.
Menterinya, Mohamaddin Ketapi berkata, setiap agensi pengendali umrah seharusnya bertanggungjawab ke atas jemaah mereka.
“Kita akan hubungi, beri dia amaran, dia buat sekali lagi lesen dia kita batalkan. Hal ini bertujuan untuk semua syarikat pemegang lesen menjaga tatacara perniagaan mereka termasuklah mengawal kumpulan kendalian mereka.
"Mereka seharusnya mematuhi undang-undang negara dilawati bagi menjaga imej negara. Diharapkan perkara seumpama itu tidak akan berlaku pada masa akan datang," katanya dalam sidang media yang diadakan di kementeriannya, di Putrajaya tadi.
Mohamaddin berkata, langkah berkenaan diambil bagi memastikan syarikat pengendali yang lain lebih teliti dalam menguruskan pelanggan mereka.
"Saya fikir mereka perlu lebih teliti sedikit untuk mengenali lelaki atau perempuan, perempuan itu perempuan ke dia atau sebenarnya lelaki.
"Takkan dia tak kenal. Tetapi kalau dia kenal perempuan itu (sebenarnya) lelaki dan lelaki itu (sebenarnya) perempuan (tetapi tetap membawa mereka mengerjakan umrah) disebabkan nak bisnes bawa saja, kita akan mengambil tindakan terhadap travel agent.
"Ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan oleh travel agent berkenaan," katanya.
Terdahulu, pihak pengurusan syarikat berkenaan membuat satu laporan polis serta mengarahkan mutawif yang bertugas untuk memberi arahan kepada Sajat dan ahli kumpulannya supaya menghentikan penyebaran imej serta video mereka ketika menunaikan umrah di semua saluran media sosial milik kumpulan berkenaan kerana mencetuskan kontroversi.
Syarikat berkenaan turut meminta Sajat untuk membuat permohonan maaf secara terbuka secara terbuka terhadap kejadian yang berlaku.
Berita berkaitan
• Sajat mengaku lelaki daftar umrah - Agensi
“APA saja cara pemakaian, biarlah itu antara saya dengan sang pencipta,” kata usahawan sensasi Nur Sajat nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang mengakui penampilannya ketika mengerjakan ibadah umrah akan menjadi perhatian dan kontroversi.
Sajat berkata demikian ketika ditemubual jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Shukri dan disiarkan di saluran YouTube Aliff baru-baru ini hingga menjadi trending nombor 12.
Sajat berkata, soal pemakaian biarlah antara dirinya dengan Allah asalkan niat utama dia ke sana adalah untuk beribadah.
“Islam itu mudah, tak kejam dan setiap apa yang dicipta pasti bersebab. Saya pergi ke sana dalam keadaan tak fikir benda lain, cuma nak jumpa pencipta dan luahkan perasaan.
“Bagi saya itu antara saya dengan Allah, yang penting nawaitu (niat) benda ni sebab kalau tanya semua orang pasti nak pergi ke sana,” katanya.
Sajat turut menjawab persoalan ramai pihak yang mengatakan mengapa dia sering menangguh urusan mengerjakan ibadah umrah sedangkan hasrat itu pernah dikongsikan beberapa tahun lalu.
Menurut Sajat, antara sebab dia berjaya menjejakkan kaki ke Tanah Suci adalah urusan pasport kedua-dua anak angkatnya baru saja mendapat kelulusan tahun lalu.
“Untuk mendapatkan pasport bagi kedua-dua anak angkat saya bukan mudah. Disebabkan itu hasrat saya untuk ke umrah beberapa tertangguh.
“Namun selepas berjaya mendaftarkan pada tahun lalu, saya berniat untuk membawa mereka bersama. Saya percaya tahun 2020 akan ada lebih rezeki buat mereka,” katanya.
Sajat berkongsi luahannya itu menerusi laman YouTube TV Terlajak Laris yang dimuat naik Ahad lalu.
Difahamkan rakaman video terbabit dilakukan sebelum rombongannya berangkat ke Makkah pada 28 Januari lalu kerana mendakwa perkara itu bakal menjadi bualan ramai.
Terdahulu kecoh di media sosial apabila Sajat dilihat mengenakan pakaian seperti jemaah wanita ketika mengerjakan ibadah umrah.
Gambar yang tersebar mengundang reaksi kurang senang ramai pihak dan rata-rata menyifatkan ia suatu penghinaan terhadap agama Islam.
PEJABAT Mufti Wilayah Persekutuan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung kontroversi membabitkan ahli perniagaan, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat.
Difahamkan, pertemuan yang diadakan petang ini akan membincangkan mengenai status jantina usahawan berkenaan, sama ada lelaki ataupun khunsa.
Pejabat mufti juga akan mengeluarkan kenyataan media susulan arahan yang dikeluarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.
Harian Metro hari ini melaporkan, Fuziah sudah menghubungi Pejabat Mufti berhubung kontroversi membabitkan Nur Sajat yang mengerjakan umrah dengan berpakaian wanita.
“Dalam isu ini, ia sebenarnya isu lama kerana fatwa daripada Pejabat Mufti bahawa jika seseorang itu khunsa, dia boleh memilih untuk menjadi lelaki atau perempuan.
“Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga ada menawarkan diri untuk membuat kajian hormon iaitu membantu Sajat sama ada dia lebih cenderung kepada perempuan atau lelaki.
“Dari segi kelahiran yang tidak jelas, JAKIM juga boleh mengesahkan tetapi tidak dapat kerjasama daripada Sajat sendiri.
“Itu sahaja yang boleh saya komen berkenaan isu ini kerana Pejabat Mufti Persekutuan sendiri yang akan mengeluarkan kenyataan,” kata Fuziah.
Berita berkaitan
• Sajat mengaku lelaki daftar umrah - Agensi