hafizi This user has been deleted
|
Pemimpin-pemimpin yang Wajib Ditaati
Pemimpin-pemimpin yang wajib ditaati itu termasuklah semua jenis pemimpin sama ada pemerintah tertinggi negara atau pemimpin-pemimpin bawahan yang khusus seperti pemimpin dalam satu-satu bidang seperti menteri atau pengarah pelajaran, ketenteraan, pertanian, kewangan atau pemimpin bawahan umum seperti ketua kampung, penghulu, pegawai daerah, wakil rakyat dan sebagainya. Ketua-ketu kecil yang menjalankan dasar dan polisi pemerintah negara juga wajib ditaati selagi mereka taat menjalankan dasar pemerintah negara tersebut.
Tidak boleh pula seseorang rakyat berkata: "Saya hanya taat kepada kepimpinan negara yang tertinggi dan saya tidak perlu taat kepada pemimpin bawahan atau ketua-ketua kecil." Orang ini sombong dengan pemimpin bawahan dan ketua-ketua kecil. Dia rasa dia tidak layak untuk tunduk kepada pemimpin bawahan atau ketua-ketua kecil itu. Hal seperti ini akan membawa perpecahan dalam masyarakat. Akan ada dua atau tiga ketua di suatu tempat. Perpaduan dan pembangunan akan terancam.
Pemimpin bawahan dan ketua-ketua kecil di lantik oleh Pucuk pimpinan. Ertinya mereka adalah wakil atau orang kepercayaan pemimpin teratas. Oleh itu, kalau kita tidak taat kepada pemimpin yang dilantik dan yang dipercayainya, samalah macam kita tidak taat pada pucuk pimpinan itu.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Susah Taat pada Perkara-perkara yang Harus
Ketaatan yang dituntut oleh Islam bukan sahaja dalam hukum-hukum wajib dan sunat. Atau dalam soal tegahan, bukan sa-haja dalam hukum-hukum yang haram dan makruh. Ini mudah. Sebab itu disuruh dan ditegah oleh Allah. Kalau pemimpin tidak suruh pun kita tetap akan buat yang wajib dan sunat. Kalau pemimpin tidak larangpun, kita tetap akan tinggalkan yang haram dan makruh.
Ketaatan kepada pemerintah mesti juga diberi dalam per-kara-perkara yang mubah (harus). Atau dalam soal ijtihadul fikri yakni pendapat atau perancangan pemimpin yang tidak menyalahi syariat, walaupun kita ada pendapat atau peran-cangan yang lain atau yang berbeza. Ini dinamakan wajib aradhi (wajib yang mendatang). Ketaatan yang seperti inilah yang susah. Ramai orang tidak mampu taat dalam hal-hal seperti ini. Contoh perkara-perkara yang wajib aradhi yang mesti ditaati, di antaranya:
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Contoh perkara-perkara yang wajib aradhi yang mesti ditaati, di antaranya:
1. Di waktu musuh menyerang, pemerintah kerahkan tenaga rakyat untuk menentang musuh. Maka rakyat wajib taat. Dalam Islam, siapa yang lari dari medan perang boleh dihukum bunuh.
2. Di zaman kemarau atau darurat atau ketika berlaku ben-cana atau zaman susah makan minum, kalau pemerintah memerintahkan orang kaya mengeluarkan bantuan, sarna ada berbentuk senjata, peralatan atau bahan makanan dan minuman untuk fakir miskin dan lain-lain lagi, maka mereka wajib taat. Kalau mereka enggan, pemerintah yang adil boleh memaksa dan merampas harta orang-orang kaya yang bakhil itu.
3. Kalau pemerintah sudah siapkan satu kawasan kediaman sama ada kampung atau taman kediaman dalam rancangan untuk memindahkan rakyat agar rakyat beralih ke kawasan yang baru itu, maka rakyat wajib pindah. Kalau ingkar mereka jatuh dosa.
4. Rakyat yang diperintah tukar jawatan kerja atau tukar tempat kerja wajib mentaati arahan itu.
5. Kalau kerajaan mengarahkan penduduk di satu kawasan untuk mengusahakan pertanian, mereka wajib berbuat demikian. Berdosa kalau mereka mengusahakan perkara lain seperti ternakan. Atau pemerintah arah supaya tanam padi, berdosa hukumnya kalau rakyat menanam jagung.
6. Hatta arahan kahwin dan cerai pun, kalau berlaku, rakyat wajib taat. Kalau pilihan kita ditolak oleh ketua atau pemimpin, kita kena patuh dan berkahwin dengan pilihan yang ditunjukkan oleh pemimpin. Kalau tidak ditaati, ia satu dosa.
Islam bukan bermaksud mengongkong kebebasan atau menafikan kebijaksanaan atau kreativiti rakyat. Biasanya pemimpin yang adil lebih terpimpin dari rakyatnya dalam membuat keputusan. Dan rakyat yang taat akan lebih ter-pimpin fikiran dan kreativitinya.
Mentaati dan menghormati pemimpin itu disuruh dan di-perintah oleh Islam agar mudah para pemimpin itu memimpin, mendidik, rnengasuh, mengarah dan mengajak rakyat atau anak buah membuat kerja di dalam sebuah negara, negeri atau di dalam sesebuah jabatan atau organisasi.
Jika tidak ada ketaatan kepada seseorang pemimpin, maka Payahlah pemimpin tersebut untuk mendidik dan mengguna-tenaga rakyat atau anak buahnya untuk bekerja, mem-un dan membuat kemajuan.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Walaupun taat itu adalah kehendak Islam tetapi bukan senang rakyat atau anak buah mahu taat kepada pemimpin secara lahir dan batin. Tidak mudah bagi rakyat dan anak buah boleh mentaati pemimpin dengan sepenuh hati tanpa berpura-pura atau berlakon.
Ketaatan ini ada hubung kait dengan tujuan sebenar rakyat atau anak buah itu mentaati pemimpin. Mungkin ada ke-pentingan tertentu. la juga ada hubung kait dengan peribadi dan sikap pemimpin itu sendiri. Adakah pemimpin itu mem-punyai karisma dan wibawa seperti mempunyai ilmu dan akhlak yang tinggi atau sederhana sahaja atau peribadi dan akhlaknya teruk sekali.
BERSAMBUNG
[ Last edited by hafizi on 14-3-2005 at 10:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Sebab-sebab Rakyat dan Anak Buah Mentaati Pemimpin
Rakyat dan anak buah menghormati dan mentaati pemimpin itu ada sebab. Ada sebab yang baik dan ada yang kurang baik. Ada sebab dunia dan ada sebab Akhirat. Di antara sebab-sebab tersebut adalah seperti berikut:
昜color=Blue] Rakyat yang taat kerana takut pada pemimpin disebabkan dia kejam dan zalim. Kalau tidak dipatuhi dan ditaati, takut akan dihukum seperti dipenjara, dibuang daerah, kena rampas harta-benda, kena bunuh dan sebagainya.
|
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
BAB 5 PERANAN ULAMA
BAB 5 PERANAN ULAMA
Dalam Islam yang Hadhari atau realiti atau hakiki, peranan ulama tidak boleh diperkecilkan. Tanpa ulama yang mendidik (tarbiah) dan memberi ilmu (taalim), usaha ke arah membina Islam yang Hadhari sudah tentu akan gagal. Kerana tanpa didikan dan ilmu, kita tidak akan tahu bagaimana hendak berbuat dan ke arah mana usaha kita hen-dak dihalakan. Kita juga tidak akan ada kekuatan roh dan jiwa untuk melaksanakannya. Kerja membangunkan Islam Hadhari bukan calang-calang kerja. la bukan perkara kecil atau mudah. la penuh dengan kepayahan, pengorbanan dan keperitan. Tanpa ilmu dan didikan, kita akan jadi kaku dan beku. Tanpa ilmu kita kaku untuk bergerak. Tidak tahu bagai-mana dan apa caranya. Tidak tahu arah tujuannya. Tanpa didikan pula kita akan beku. Walaupun ilmu ada, tetapi kita tidak ada kekuatan dalaman atau kekuatan jiwa untuk meng-harungi ujian, kesusahan dan pancaroba yang pasti akan di-hadapi.
Umat Islam perlu tahu dan kenal ulama supaya mereka mencintainya dan mendapat didikan serta pimpinan darinya yang wajib mereka perolehi dalam hidup di dunia ini. Umat yang tidak kenal dan tidak cintakan ulama pasti tidak akan bertemu iman dan Islam yang sebenarnya. Mereka tidak akan faham tentang agama anutan mereka. Bahkan mereka tidak akan faham tujuan dan arah hidup yang sedang mereka tem-puh ini. Mereka akan hidup dalam kegelapan, tidak nampak apa yang baik dan apa yang buruk, apa yang benar dan apa yang salah.
Ulama seperti manakah yang boleh dan mampu mengajar dan mendidik kita ke arah terbangunnya Islam Hadhari? Ulama seperti manakah yang boleh menjadi sumber inspirasi dan sumber rujukan kepada para umara dan rakyat jelata yang terlibat dalam membangunkan Islam Hadhari? Siapakah yang dikatakan ulama itu? Adakah orang yang agak tinggi ilmu Islamnya itu ulama? Apakah pula peranannya?[/b]
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
PENGERTIAN ULAMA YANG SEBENAR
Hadis ada menyebut:
Maksudnya: "Bila ulama dan umara (pemimpin) baik, umat Islam pun akan baik."
Dalam hadis ini, ulama didahulukan kemudian barulah umara. Ulama memberi ilmu dan memberi contoh. Kalau hendak dilaksanakan secara global, ulama tidak mampu sebab dia tidak ada kuasa dan kekuatan. Umara ada kekuatan ekonomi, politik dan negara. Umara boleh menggerakkan rakyat. Oleh itu, umara mesti bergantung kepada ulama. Ke-mudian dia apply dan dipraktikkan nasihat dan ajaran ulama kepada masyarakat.
Yang menjadi masalah pada hari ini ialah rakyat dan ma-syarakat tidak faham siapa itu ulama. Mungkin juga umara tidak kenal siapa ulama yang sebenarnya. Kemudian ada pula orang yang merasakan dirinya ulama sebab dia boleh bercakap dan boleh membaca ayat Al Quran. Masyarakat pun mengangap dia ulama.
Sebenarnya ulama itu bukan dia yang melantik dirinya menjadi ulama hanya kerana dia mempunyai sedikit Kemudian buat pula persatuan ulama. Ini tidak pernah dalam sejarah Islam. Title ulama di sisi Tuhan bukan-diukur pada degree atau ijazah, ilmu atau jawatan. diri pun tidak boleh mengaku yang dia itu ulama.
Hanya Allah yang tahu. Ini penting supaya umat tidak keliru siapa yang sepatutnya mereka ikut dan pimpinan siapa yang patut mereka terima. Imam Syafie contohnya, rakyat menga-kui dia ulama tetapi dia sendiri tidak mengakui dirinya ulama Imam Ghazali pun dikata orang sebagai ulama tetapi dia sendiri tidak pernah mengaku begitu. Ulama atau tidak bukan berdasarkan penilaian orang ramai. Bukan juga pada penilaian kerajaan dan lebih-lebih lagi bukan atas dasar merasakan diri sendiri ulama. Kalau begitu, siapakah sebenarnya ulama?
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Istilah ulama adalah dari bahasa Arab. Maksudnya disegi bahasa ialah orang-orang alim atau orang-orang pandai. Boleh dikatakan juga para ilmuan dan para cerdik pandai. Pada segi bahasa, ulama itu adalah orang alim dalam apa sahaja bidang ilmu sama ada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat, ilmu baik atau pun ilmu jahat, tidak kira ilmu itu diamalkan atau pun tidak. Orang yang mempunyai ilmu di bidang ekonomi misalnya, digelar ulama. Begitu juga yang mengetahui ilmu usuluddin, dia juga digelar ulama.
Berdasarkan fahaman dan pengertian inilah kita sekarang memberi gelaran ulama kepada seseorang, iaitu sesiapa sahaja yang alim dalam bidang ilmu apa pun, kita panggil dia ulama.
Pengertian ulama dalam Islam berbeza. Di samping ilmu, dia perlu ada syarat-syarat yang lain seperti di bawah:
1. Beriman
Ulama itu mestilah dari kalangan orang-orang yang beriman. Firman Allah:
Maksudnya: "Allah mengangkat mereka yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu itu beberapa darjat." (Al Mujadalah: 11)
2. Beramal
Mereka mestilah beramal dengan ilmu mereka. Seperti kata Abu Darda':
Maksudnya: "Tidak dianggap seseorang itu alim sehinggatah dia beramal dengan ilmunya. "
3. Takutkan Tuhan
Mereka mestilah orang yang takut dengan Tuhan. Firman Allah:
Maksudnya: "Hanya sanya yang takut dengan Tuhan Itu ialah utama. " (Al Fathir: 28)
Di sini ada dua perkara besar. Ada dua perkataan di dalam ayat ini yang menjadi kunci iaitu ulama dan takut. Oleh itu, ulama di sini ialah orang yang ada ilmu, Yakni ada Hmu dunia dan ilmu Akhirat, ada ilmu tentang Tuhan, tentang syariat dantentang akhlak. Kemudian dia takut dengan Tuhan.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Setelah itu, Tuhan berfirman lagi, kalau ulama itu mem-punyai ilmu dunia dan ilmu Akhirat dan dia takut pula dengan Tuhan, maka Tuhan perintahkan melalui ayat-Nya:
Maksudnya: "Hendaklah kamu bertanya (tentang Akhirat, tentang dunia iaitu hal-hal ekonomi, masya-rakat dan lain-lain) kepada ahii zikir jiko kamu tidak mengetahui." (An Nahl: 43)
Rupanya, ulama itu ialah ahli zikir. Ahli itu orangnya. Zikir itu sifatnya. Ertinya ulama itu, hatinya terhubung dengan Tuhan dan sentiasa terisi dengan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Hatinya sentiasa hampir (qarib) dengan Tuhan kerana itulah maksud zikir yang sebenarnya. Zikir bukan setakat memegang biji tasbih dan melafazkan istilah-istilah dan ayat ayat zikir. Itu belum boleh dikatakan zikir kerana hanya dibibfr sahaja. Belum terasa di hati. Zikir itu ialah apa yang dirasakan di hati. Dengan kata-katayang lain, ulama itu setidak-tidaknya bertaraf muqarabbin.
Ertinya lagi, ulama itu ilmunya mendarah daging. Maksud-nya dia tidak payah buka kitab. Bila ditanya tentang ilmu Islam, dia boleh terus jawab. Bila dia ditanya tentang masya-rakat Islam, pejam-pejam mata sahaja, dia boleh jawab. Kalau perlu buka kitab, itu guru hendak mengajar atau muailim, bukan ulama. Lagipun apa yang ada dalam kitab itu ilmu orang lain bukan ilmu dia. Kalau buka kitab Imam As Syafie, maka itu ilmu Imam As Syafie. Kalau buka kitab Imam Al Ghazali, maka itu ilmu imam Al Ghazali. Dia hanya menyam-paikan ilmu orang. Kalau hanya setakat menyampaikan ilmu orang lain, tidak bolehlah dikatakan ulama.
Ulama atau ahli zikir ini, hatinya ibarat gudang. Segala jenis barang ada di dalamnya. Mintalah apa sahaja yang diperlukan, nescaya dia boleh bagi. Hendak minta apa pun, semua ada di dalam gudang itu. Dia tidak rujuk kepada orang. Malahan dia adalah tempat rujuk. Dia tidak merujuk kepada kitab yang ditulis oleh orang. Dia merujuk kepada hatinya yang penuh dengan ilmu. Sebab itulah, bila disuruh bertanya, Allah tidak sebut tanya guru. Tetapi tanyalah ahli zikir.
Oleh itu, kalau kerajaan atau umara, orang besar atau kecil atau rakyat hendak bertanya, tanyalah ulama atau ahli zikir seperti ini. Jangan tanya para ustaz atau muailim. Walau-pun mereka mempunyai ijazah, hakikatnya mereka faham hanya satu-satu bab sahaja dari ilmu Islam.
Pemimpin sebenar (umara) perlu bergantung kepada ulama atau ahli zikir seperti ini. Kemudian dia apply dan praktikkan ilmu dan nasihat ulama tersebut kepada masyarakat. Ulama seperti ini tidak perlu menonjolkan diri. Kalau dia perjuangkan ilmunya, dia akan tertonjol sendi.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
Udah ler tu.....boring ler pasal hadhari ni. Ikut cakap PM sudah....abis citer!
:gila::gila::gila::gila::gila::gila::gila: |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
ULAMA ITU MURABBI, MU'ADDIB DAN RABBANI
Ulama atau ahli zikir yang dimaksudkan di sini juga adalah merupakan ulama yang berwatak pendidik. Dia bukan sekadar mubaligh yang menyampaikan risalah-risalah Islam kepada orang ramai atau sekadar da'i yang menjemput, mengajak dan merayu orang ramai kepada Islam. Dia juga bukan sekadar muallim atau ustaz atau kiyai yang lazimnya hanyalah nnenyampaikan ilmu Islam kepada orang ramai. Usaha mereka itu hanya terbatas kepada ajaran Islam yang asas seperti ilmu Tauhid, Fikh dan Tasawuf yang merupakan fardhu Ain termasuk tajwid. Umumnya peranan para muallim dan ustaz hanyalah bersyarah dan memberi kuliah sahaja. Peranan dan aktiviti mereka ini sangat berbeza berbanding dengan murab-bi yang mentadbir dengan serius untuk melatih, mendidik dan membimbing murid-muridnya supaya benar-benar yakin, takut dan cintakan Allah.
Murabbi berusaha meningkatkan ketaqwaan muridnya bagi menagih janji Allah dalam Al Quran iaitu untuk mendapat pembelaan-Nya dan untuk memperoleh kesejahteraan dunia dan Akhirat. Murabbi berperanan bagi mengurus, mentadbir dan memantau anak-anak muridnya supaya benar-benar tepat keyakinannya kepada Allah, tepat betul amal ibadahnya serta memiliki akhlak mulia. Dia menanam aqidah dan tauhid ke dalam jiwa anak-anak muridnya. Mendidik dan memimpin mereka dengan akhlak mulia yakni mengusahakan sifat-sifat mazmumah dalam hati dibuang dan diganti dengan sifat-sifat mahmudah. Ditunjukkan mana yang haq dan batil, mana yang halal dan mana yang haram. Peranan tersebut dianggap lebih serius daripada peranan ibu dan ayah.
Begitu juga peranan mu'addib iaitu pendidik yang men-jadikan seseorang murid itu benar-benar beradab, sama ada beradab dengan Tuhan mahu pun beradab dengan manusia atau makhluk. Para murabbi dan mu'addib perlu memiliki ilmu, beramal dengannya serta menjiwai ilmunya. Namun murabbi dan mu'addib sebenarnya adalah rabbani, iaitu orang yang sangat hampir dengan AUah. llmunya langsung diberi oleh Tuhan. llmunya bukan sahaja dimiliki, malah di-amal dan dihayati. Secara unggulnya, mereka adalah terdiri daripada para nabi dan rasul serta orang-orang pilihan Tuhan seperti para Sahabat Baginda Rasullulah SAW atau para aulia (wali-wali Allah). Mereka ini melakukan apa sahaja iaitu mengajar, mendidik dan memantau manusia semata-mata kerana Tuhan. Kerana mereka benar-benar kenal dirinya dan kenal Tuhan sehingga mereka sanggup berbuat apa sahaja kerana Tuhan. Mereka inilah ulama yang sebenar.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Ulama berwatak pendidik berperanan dengan mengambil kira sifat semula jadi manusia yang terdiri daripada jasad lahiriah, akal, roh dan nafsu. Kesemua juzuk diri manusia itu dibangunkan seimbang. Jasad dibangunkan dengan makanan yang sederhana, yang baik-baik, halal dan tidak mengandungi unsur-unsur syubahat. Juga dijaga kebersihan diri, ditentukan rehat yang cukup dan dijadualkan riadhah. Akalnya juga di-bangunkan dengan sempurna.
Selain diajar supaya pandai membaca, mengira dan me-nulis, mereka juga diberi ilmu dan pengalaman supaya menjadi cergas dan tajam pemikirannya. Ini dilakukan dengan pengajian, muzakarah, membiasakan mereka berfikir misal-nya dengan cara berdiri di depan khalayak atau majlis untuk memberi ucapan, bersyair, bersajak dan sebagainya. Atau mereka sering diberi tugasan yang memerlukan daya fikir yang mencabar. Misalnya tugasan yang memerlukan mereka membuat penyelidikan.
Rohnya disuburkan dengan sentiasa diingatkan akan kebesaran Tuhan, kekuasaan, kehebatan, kebaikan, nikmat dan rahmat Tuhan, tentang kehidupan Akhirat, Syurga dan Neraka. Mereka juga sentiasa diingatkan akan tugas dan peranan hidup di dunia sebagai hamba Tuhan dan khalifah-Nya. Untuk mendidik nafsu, ulama pendidik mendorong ke arah bermujahadah melawan nafsu untuk mencapai akhlak mulia serta meninggalkan kelakuan atau akhlak keji atau perbuatan yang tidak bermoral. Semuanya disampaikan dengan penuh bijaksana dan berhemah tinggi.
Ulama adalah pewaris nabi. Di zaman tidak ada nabi dan rasul, dialah yang mendidik umat dengan iman dan Islam. Dia mempertemukan umat dengan jalan hidup yang sebenar seperti yang Allah tunjuk dalam Al Quran dan Hadis iaitu satu-satunya jalan kebahagiaan hidup di dunia dan Akhirat.
Malangnya, ketiga-tiga istilah seperti murabbi, mu'addib dan rabbani ini telah terpinggir semenjak bermulanya ke-jatuhan tamadun Islam lebih 700 tahun yang lalu. Istilah-istilah tersebut sekarang hanya dianggap istilah-istilah khusus di dalam bidang dan amalan kesufian. Ini menyebabkan umat Islam tidak terdidik dan menjadi mundur. Yang dipopularkan hanyalah istilah mubaligh, da'i, muallim, ustaz dan kiyai yang kesemuanya hanya berperanan setakat berdakwah dan mengajar ilmu asas dalam Islam. Mereka bukan pendidik dan tidak mampu untuk mendidik jiwa atau roh termasuk nafsu umat Islam.
Inilah kerja para orientalis Barat dan musuh-musuh Islam. Mereka tahu bahawa murabbi, mu'addib dan rabbani adalah berbahaya kepada mereka kerana watak-watak ini mengem-balikan kekuatan Islam. Mereka membina kekuatan rohani, kekuatan iman, kekuatan taqwa dan kekuatan ukhuwah dan kasih sayang dikalangan umat Islam. Oleh itu gelaran dan peranan murabbi, mu'addib dan rabbani ini disorok dan ditekan supaya hilang dari fikiran umat Islam. Digalakkan dan dipopularkan pengeluaran muaHim dan ustaz dari berbagai-bagai universiti dari seluruh dunia.
Bagi mereka, lagi banyak muallim dan ustaz ini, lagi baik kerana umat Islam akan sibuk dan leka dengan ilmu-ilmu asas, ilmu-ilmu nas dan ilmu-ilmu furuk dan akan lupa untuk mem-bina roh dan jiwa, akhlak dan kasih sayang, iman dan taqwa.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Membina Tamadun Hadhari
Selagi tamadun rohani itu tidak dibangunkan terutama dalam pentadbiran negara, maka selagi itulah kita belum mencapai apa yang dinamakan Islam Hadhari.
Kerana Islam Hadhari itu menuntut kedua- dua tamadun itu ditegakkan. Setakat menerap nilai-nilai Islam sahaja tidak memadai.
Seperti yang telah diterangkan di atas, Islam Hadhari itu membawa tamadun. Oleh kerana ia bersifat global dan terlalu luas, mari kita bincang aspek-aspek yang tertentu sahaja supaya nampak jelas ketamadunannya ter-utama yang menyentuh suasana dan keadaan di negara kita. Islam Hadhari membawa dua bentuk tamadun iaitu pertama yang bersifat rohani atau maknawi dan yang kedua yang bersifat material.
Tamadun material tidak perlu disebut atau dibincang sebab ia sudah maklum dan mudah difahami. Kalau kita lihat pembangunan yang ada sekarang, ia akan ditambah lagi. Kalau sedikit pembangunan, ia akan jadi banyak. Kalau tidak cang-gih, akan menjadi lebih canggih. Dengan gedung-gedung dan pencakar langitnya. Dengan lebuhrayanya. Dengan pelabuhan kapal dan lapangan terbangnya. Dengan jambatan-jambatan yang merentas sungai dan laut. Sistem komunikasi, ICT dan berbagai-bagai lagi. Ini semua boleh dilihat oleh mata. Kerana itu, ia mudah difahami.
Namun tamadun yang bersifat rohani dan maknawi lebih susah untuk difahami. Di samping itu, ruang lingkup tamadun rohani ini lebih luas dan ia tidak dapat dibincangkan dalam semua aspek. Biasanya orang memahami tamadun rohani itu sebagai kemajuan kemanusiaan dan keinsanan. Manusialah yang hendak ditamadunkan. Tetapi disebabkan yang bercakap tentang Islam Hadhari ini ialah Perdana Menteri sendiri, sudah tentulah tamadun rohani yang dimaksudkan bukanlah kemajuan manusia secara umumnya tetapi manusia yang bersabit dengan pentadbiran kerajaan. Bagaimana cara hendak mem-bangunkan tamadun rohani dalam diri-diri manusia yang terlibat dengan pentadbiran negara? Dalam semua kemen-terian dan jabatan-jabatan dan dalam semua agensi-agensi kerajaan. Yang kemudiannya akan diikuti oleh rakyat. Ini yang susah dan ramai yang tidak faham.
BERSAMBUNG
[ Last edited by hafizi on 24-3-2005 at 08:39 AM ] |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Tentang tamadun material, negara kita tidak ada masalah. Berbagai-bagi kemajuan dirancang dan dilaksanakan. Ada rancangan lima tahun dan berbagai-bagai rancangan pem-bangunan yang lain. Hingga kita sudah jadi model kepada negara-negara membangun yang lain di dunia. Tetapi dalam hendak membina dan membangunkan tamadun rohani di dalam pentadbiran negara, kita bingung dan buntu. Kita tidak nampak jalan dan tidak tahu kaedahnya.
Apa yang nyata, selagi tamadun rohani itu tidak dibangun-kan terutama dalam pentadbiran negara, maka selagi itulah kita belum mencapai apa yang dinamakan Islam Hadhari. Kerana Islam Hadhari itu menuntut kedua-dua tamadun itu ditegakkan. Setakat menerap nilai-nilai Islam sahaja tidak memadai. Manusianya tidak akan berubah. la tidak akan mem-bawa kepada suatu tamadun.
Tambahan pada itu seperti juga tamadun material, tama-dun rohani ini tidak boleh dibangunkan oleh rakyat jelata atau diserahkan kepada rakyat untuk membangunkannya. Rakyat hanya mengikut. Pemimpin kerajaanlah yang mesti memulakannya. Yang hendak melaksanakannya pula ialah Pegawai-pegawai di jabatan dan kementerian. Barulah kemu-diannya diikuti oleh rakyat jelata.
Kalau tamadun material bersangkut dengan benda, tamadun rohani pula bersangkut dengan manusianya. Manusialah yang hendak dibangun dan ditamadunkan. Manusianyalah yang hendak diHadharikan atau dimajukan. Bagaimanakah hendak majukan manusia yang terlibat dengan kerajaan, bermula dari pemimpin, pegawai-pegawai dan seluruh kaki tangannya? Inilah persoalannya.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
MEMAJUKAN MANUSIA DI JABATAN KERAJAAN
Oleh kerana organisasi pentadbiran kerajaan itu besar, mari kita lihat pada satu bahagian sahaja bagaimana orang-orang kerajaan dapat dibangunkan atau dihadharikan. Mari kita lihat dalam satu daerah pentadbiran yang diketuai oleh seorang Pegawai Daerah (DO) seperti Daerah Gombak contohnya. Mari kita lihat bagaimana DO Daerah Gombak boleh menghadharikan orang-orang di bawah pentadbirannya sebagai menyahut seruan Perdana Menteri untuk melaksanakan Islam Hadhari.
Di pejabat daerah, ketuanya adalah DO. Di bawahnya ada ketua Penolong Pegawai Daerah. Di bawah itu pula ada beberapa Penolong Pegawai Daerah (ADO) dengan portfolio atau tugasnya masing-masing. Ini diikuti oleh pegawai-pegawai tadbir, pegawai-pegawai kerani dan lain-lain. Apakah yang mesti dilakukan oleh DO untuk menghadharikan orang-orang di dalam pejabat dan daerahnya.
DO selaku pemimpin nombor satu di daerah itu, kalau hendak mencetuskan Islam Hadhari di pejabat atau di daerahnya, maka dia mesti bertindak sebagai seorang pemimpin, guru, ayah, ibu dan kawan yang setia kepada orang-orangnya. Jelas di sini, DO tersebut mestilah ada lima watak. Bila dia mem-buat arahan atas dasar kerja, itu watak pemimpin. Supaya seluruh pekerja-pekerja itu faham bagaimana hendak bekerja dan supaya setiap masa bertambah tenaga dan pekerja pula bertambah faham.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
DO juga mesti tentukan anak-anak buahnya ikhlas bekerja, tidak ponteng atau curi tulang. Ini tentulah hendak diajar dan hendak diberi kesedaran. Paling tidak, ada satu pengajaran yang DO sendiri ajarkan. Supaya orang-orangnya subur Bertambah berkasih sayang dan terjadinya tolak ansur kerjasama di kalangan mereka. Itu semua hendak disuburkan selalu. Jadi seorang DO kena ada ilmu khususnya ilmu agama sebab dia juga mesti berwatak sebagai seorang guru yang mendidik. Di sini kita tidak boleh lupa tentang tanggung jawab DO sebagai pemimpin terhadap agama dan akhlak anak-anak buahnya. Dia mesti kerjasama di kalangan mereka. Itu semua hendak disuburkan selalu. Jadi seorang DO kena ada ilmu khususnya ilmu agama sebab dia juga mesti berwatak sebagai seorang guru yang mendidik.
Di sini kita tidak boleh lupa tentang tanggung jawab DO sebagai pemimpin terhadap agama dan akhlak anak-anak buahnya. Dia mesti tentukan fardhu ain anak-anak buahnya selesai. Dia mesti ambil berat dan mengajar anak-anak buahnya tentang Rukun Iman, Rukun Islam, tentang soal halal dan haram dan budi pekerti mulia (akhlak).
Bila pula dikatakan watak ayah? Gambarkan dalam sebuah rumah tangga. Macam mana keadaan seorang ayah dengan sesiapa saja yang ada di dalam rumahnya seperti anak isteri, cucu, adik-beradik dan sebagainya. Dia mesti bertanggung-jjawab. Tetapi bertanggungjawab yang bagaimana? Kalau rumahtangga itu di bawa ke pejabat, maksudnya, kalau ada pekerja yang sakit, dialah yang menguruskannya. Sebab pe-kerja itu umpama anaknya sendiri. Kalau tidak ada duit untuk membeli ubat, katakanlah kerajaan tidak berikan wang dan ia menjadi tanggungan sendiri, maka dia sebagai seorang ayah mesti berpakat dengan anak-anaknya yang lain.
Di pejabat, anak-anak itu adalah pekerjanya. Maka bila adaorang sakit, dia hendaklah mengajak pekerja-pekerjanya bersama-sama bertolong-bantu agar dapat membawa orang yang sakit ke hospital swasta misalnya. Itulah sifat atau sikap seorang ayah.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Kalau mendengar ada pekerja yang sakit, dia kena ziarah. Kalau tidak boleh menziarah kerana sibuk, maka dia mesti mengarahkan pekerja lain untuk menziarah. Seorang ayah akan mengingatkan keluarganya, kalau ada kawan sakit mesti pergi ziarah. Pada orang yang sakit pula disuruh sabar. Kemudian siapa yang belum kahwin, dia harus kahwinkan atau cari-kan jodoh. Jangan dibiarkan anak buah begitu sahaja. Kadang-kadang pekerja itu tidak faham bagaimana hendak menguruskannya sendiri. Sesetengah orang itu segan. Jadi sebagai ayah mesti faham. Bila dijodohkan, tentulah hendak dibuat kenduri. Berpakatlah adik-beradik. Di pejabat itu sudah di-anggap adik beradik. Kita tanggung bersama dan buat kenduri bersama.
Contohnya, ada yang bawa beras, ayam, daging, gula, kambing dan lain-lain. Indahnya. Itulah ayah di pejabat bertanggungjawab kepada anak-anak di pejabatnya. Inilah yang dikatakan Islam Hadhari. Kemudian, selepas berkahwin tiga bulan, pasangan pula mula bergaduh. Ayah susah hati. Janganlah terus pergi kepada kadhi. Dalam ajaran Islam, berjumpa kadhi itu adalah jalan yang terakhir sekali. Kalaulah anak dan menantu bergaduh di rumah kita, takkanlah terus disuruh pergi berjumpa kadhi. Tidak mungkin seorang ayah terus menyuruh anaknya berjumpa dengan kadhi. Tentu dia mahu bertanggung jawab.
Contohnya, anak menantu itu dinasihati dan diambil tahu masalah mereka. Kalau di pejabat daerah ada yang bergaduh, DO lah yang akan menyelesaikan masalah mereka. Kalau perkara ini berlanjutan hingga 6 bulan tidak selesai juga, barulah langkah terakhir diambil. Dalam kes ini, sekiranya berlaku pergaduhan suami isteri, barulah merujuk kepada kadhi. Inilah jalan terakhir.
Begitulah tanggung jawab seorang DO yang berwatak seorang ayah. Dia tidak boleh berfikiran bahawa masalah pekerja adalah masalah peribadi mereka yang mesti diselesai-kan sendiri oleh pekerja itu. Itu adalah cara Barat dan cara Yahudi yang tidak langsung menampakkan keindahan. Cara Islam tidak begitu.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Bagaimana pula berwatak ibu? Ibu adalah tempat bermanja dan tempat mengadu. Kadang-kadang hendak mengadu pada ayah tidak tergamak, apatah lagi bila hendak meminta duit pada ayah. Rasa malu. Jadi berjumpalah dengan ibu. Ibu selalunya menjadi perantaraan antara anak dan ayah. Jadi, ibu itulah tempat bermanja. Maknanya kalau ada kakitangan di pejabat yang ada masalah, dia sanggup berjumpa DO untuk mengadukan masalahnya kerana dia anggap DO itu seperti ibunya. Betapa indahnya bila ia terjadi begitu. Contohnya, seorang pekerjanya tinggal di kawasan yang ada orang jahat atau gangster menyebabkan dia selalu ketakutan. Tidak mung-kin dia dapat mencari rumah lain dengan mendadak. Waktu itu, DO itulah seolah-olah ibunya. DO lah yang akan bertindak menyelesaikan masalahnya. Tidakkah itu indah?
Sekali-sekala menjadi kawan setia. Bagaimana DO dapat menjadi kawan yang setia? Itu boleh dilakukan dengan mengutamakan pekerja-pekerjanya. Mengutamakan orang-orang bawahannya. Sangat bertimbang rasa dengan orang-orang bawahnya. Itulah watak Sahabat. Setia dengan orang-orangnya. Ertinya setia dengan Sahabat. Kalau DO itu mampu berbuat demikian kepada orang-orangnya seperti yang di-gambarkan, iaitu berwatak pemimpin, guru, ayah, ibu dan kawan, maka berlakulah apa yang dikatakan hadhari.
Perkara yang sama juga patut berlaku di kampung-kampung, kementerian-kementerian, sekolah-sekolah dan institusi-institusi. Maka terlaksanalah kehidupan masyarakat hadhari. Kehidupan menjadi cantik dan indah. Dunia sudah menjadi syurga sebelum Syurga. Masalah selesai sebab ada banyak tempat untuk mengadu. Di rumah ada ibu dan ayah memimpin kita dan di pejabat pula, majikan kita memimpin dan menjadi tempat mengadu.
Katalah di peringkat DO tidak selesai, ada wakil rakyat pula di pihak atasannya. Kalau DO tidak berjaya, wakil rakyat pula boleh ambil alih tugas-tugas tersebut iaitu sebagai pemimpin, guru, ayah, ibu dan kawan. Kalau tidak selesai juga, pergi pula kepada kementeriannya. Kalau tidak selesai juga, baru pergi kepada pemimpin yang paling tinggi iaitu Perdana Menteri. Kalau tidak selesai juga, maka barulah berjumpa dengan pihak kadhi dan sebagainya. Itulah caranya mengikut ajaran Islam. Sudahkah perkara ini dijadikan pengajian?
Ternyata kita belum pernah mendengarnya. Jauh sekalilah untuk mengamalkannya. Ini ilmunya. llmu ini perlu ada dahulu dan perlu difahami dan dihayati. Kemudian ia mesti difahamkan kepada orang lain pula. Setelah semuanya faham barulah bertindak. Akan lahirlah buahnya iaitu manusia yang hadhari yang akan membawa pula kepada Islam Hadhari dan masyarakat hadhari. Apa yang belaku di pejabat daerah Gombak seperti yang diceritakan di atas boleh diqiaskan dan diamalkan di semua jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
SIKAP KETUA JABATAN TERHADAP ORANG BAWAHANNYA
Di samping berwatak pemimpin, ayah, ibu, guru dan kawan kepada anak-anak buah, Ketua Jabatan atau DO seperti yang kita contohkan di atas, hendaklah mempunyai sikap yang positif dan membina terhadap anak-anak buahnya dan mengadakan program-program tertentu untuk membimbing dan mendidik mereka.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|