|
~MERGED~ Mokhtar Dahari - Lagenda Pemain Bolasepak Malaysia
[Copy link]
|
|
Originally posted by dexa at 19-9-2008 01:42 AM
ahhh.....
sedih juga baca pasal james wong ni ye ---
baru teringat - hassan sani -- pun striker pernah
main dengan mokhtar tu --
btw - kawan saya beritahu adnan saidin (rasanya dia ni
za ...
Kau ni pelupa betul la Dexa, mana datang Adnan Saidin pulak? Saidin Osman la yang sebetulnya.
Adnan Saidin yang main takraw tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang paling berjaya dalam business rasanya "Marzuki Ismaun" bekas pemain negara 70an.
Ada bangunan sendiri kat Ampang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matjab at 19-9-2008 02:24 AM
Kau ni pelupa betul la Dexa, mana datang Adnan Saidin pulak? Saidin Osman la yang sebetulnya.
Adnan Saidin yang main takraw tu.
llolllllllll ya allah.. tu la masa tulis tu --
saya kata... ehhh ni macam nama pemain takraw yang terrer tu--
matjab jangan marah saya -- saya ni memang -- asal ada nama
yang dekat2 tu... main taram aje -
macam dollah kassim... dan eh sapa tu oh ye dollah salleh -
rupanya mat nor (suami rahimah rahim - lagu favourite matjab tu)
terima kasih betul kan -- yup - saidin osman -
kalau hang baca ni mesti dia ketawa juga --- |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matjab at 19-9-2008 02:27 AM
Yang paling berjaya dalam business rasanya "Marzuki Ismaun" bekas pemain negara 70an.
Ada bangunan sendiri kat Ampang.
ahhh yang ni saya tahu
sebab dulu saya sokmo pergi bangunan tu
(dekat aje dengan rumah) sebab ada ambil
courses kat 2nd floor sana --
tak sangka saya dia tu sebenarnya pemain bola negara -
macam familiar baca nama tu --- dia main untuk selangor ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #154 dexa's post
Dia main Trengganu .wakil Malaysia Pesta bola Merdeka 1976/1977.
Kalau tak silap dia ni kena gantung seumur hidup pasal tumbuk refree sampai berdarah hidung. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matjab at 19-9-2008 03:27 AM
Dia main Trengganu .wakil Malaysia Pesta bola Merdeka 1976/1977.
Kalau tak silap dia ni kena gantung seumur hidup pasal tumbuk refree sampai berdarah hidung.
cheh - biar betul -- temper pulak --
ohhh pestabola merdeka 76 - malaysia menang kalahkan South Korea
pestabola merdeka 77 South Korea menang (hattrick sampai 79) -
so saidin osman ni main 2 tahun tu pastu kena gantung la ye --
thanks for the info matjab -
kalau saya ada lagi tahu hal2 soccer player nanti
saya post la
(harap tak confuse nama2 tu dengan athletes lain lak -- gs ) |
|
|
|
|
|
|
|
18 September, 2008
Kejohanan Untuk Memperingati R. Arumugam
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Satu kejohanan bola sepak sembilan sebelah di kalangan pemain veteran untuk memperingati bekas penjaga gol tersohor negara mendiang R. Arumugam akan diadakan pada 28 Sept ini.
Kejohanan itu untuk merebut Piala Peringatan Arumugam dianjurkan oleh Starbrite Football Club daripada Pelabuhan Klang, tempat Arumugam dilahirkan.
Mendiang yang turut diberi gelaran "Spiderman" kerana kecekapannya menangkap bola semasa mewakili pasukan Selangor dalam liga tempatan dan Malaysia ketika menentang pasukan antarabangsa, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan pada 18 Dis 1988 di usia 40 tahun.
Arumugam bermain untuk Selangor dari 1971-1988 dan negara sebanyak 196 kali dari 1973 hingga 1986 dalam kejohanan termasuk Olimpik.
"Setiap tahun kami menganjurkan kejohanan untuk memperingati Arumugam yang memain peranan penting dalam penubuhan kelab bola sepak Starbrite," kata pengerusi penganjur kejohanan M. Arokiasamy.
Arokiasamy berkata kejohanan tersebut akan diadakan di padang Veteran Marines di Pelabuhan Klang, padang yang pernah digunakan oleh Arumugam untuk berlatih.
Ia menawarkan hadiah wang tunai kepada juara sebanyak RM2,000 dan RM1,000 untuk naib juara.
Pasukan yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi Arokiasamy di talian 019- 2826441.
-- BERNAMA
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
saya rasa nama spiderman tu juga sebab tangan dia panjang la sangat --
he was a great man and a good man --- bila cakap pasal aru - saya pasti semua
kawan2 yang pernah main dengan dia hanya ada perkara baik2 sahaja...
ada banyak gambar dia - yang hang posted in previous post - --
[ Last edited by dexa at 19-9-2008 05:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 19-9-2008 03:44 AM
cheh - biar betul -- temper pulak --
ohhh pestabola merdeka 76 - malaysia menang kalahkan South Korea
pestabola merdeka 77 South Korea menang (hattrick sampai 79) -
so saidin osman n ...
Marzuki Ismaun la yang kena gantung seumur hidup. Mana datang Saidin Osman pulak .
Lempang kang :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Pemain jangan jadi 'mata duitan'
Oleh ALIAS ISMAIL
[email protected]
KELIBAT Mokhtar (kiri) sentiasa digeruni pihak lawan suatu masa dahulu.
PEMAIN bola sepak tempatan diingat jangan terlalu bersifat mata duitan.
Gesaan itu timbul ekoran pendedahan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad Selasa lalu bahawa ada pemain tempatan menuntut gaji bulanan antara RM8,000 hingga RM16,000 untuk beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Seorang peminat tempatan, Abu Bakar Muhammad, 79, berkata, pemain tidak wajar meletakkan harga terlalu tinggi buat masa ini.
"Tengok kiri kanan sikit masa nak letak harga, jangan melulu dan ikut kata hati sangat, nanti tak pasal-pasal peminat jadi meluat.
"Kalau peminat meluat, stadium kosong, apatah lagi jika pasukan yang diwakili pemain itu asyik kalah dan dia pula terkial-kial beraksi.
"Peminat akan menempelak pemain yang macam tu sifatnya dan dia dicap sebagai pemain kurang bagus daripada pelbagai perkara.
"Saya sedih dengar isu ini sebagaimana kenyataan Datuk Mokhtar dalam televisyen tempatan malam semalam (malam kelmarin)," katanya.
Abu Bakar yang juga adik kepada allahyarham Ishak Muhammad (Pak Sako) berkata, pemain tempatan seharusnya mempertajam skil permainan mereka sebelum menuntut gaji yang dianggap cukup melampau.
"Jumlah RM3,000 hingga RM5,000 atau lebih sedikit mungkin sesuai menjadi tukaran khidmat rata-rata pemain negara ini buat masa ini," jelasnya.
Menurut Abu Bakar, jumlah itu bagaimanapun ada sedikit kelonggaran bagi pemain bergelar bintang.
"Sekarang mana ada pemain sehebat Datuk Soh Chin Aun, Isa Bakar, Ghani Minhat, Mokhtar Dahari, Shukor Salleh dan R. Arumugam?
"Dari segi kejayaan pasukan negara pula, tengok sajalah ranking kita sekarang, jauh terperosok tapi kita masih sibuk letak harga khidmat yang mahal," katanya.
Rakan Abu Bakar, Ibrahim Mohd, 74, berpendapat, pendedahan Mokhtar bukan hanya melibatkan pasukan dari Lembah Klang, malah mungkin berlaku di negeri-negeri lain.
"Tidak mustahil hal itu juga sedang melanda banyak persatuan bola sepak negeri lain.
"Selaku bekas peminat fanatik sukan ini beberapa dekad lalu, saya tetap mengikuti perkembangan dan kali ini saya berasa wajib tampil menyatakan keresahan.
"Saya rasa jika perkara ini dibiarkan, bola sepak kita diancam barah dan akhirnya bencana berlaku," kata Ibrahim.
Seorang lagi peminat veteran, Abdullah Abdul Rahman, 63, pula berharap senario itu tidak berlaku kepada skuad Terengganu.
"Buktikan bahawa pemain juga ada tanggungjawab kepada pasukan negeri dan dapat memenuhi harapan peminat. Selepas itu barulah fikir soal gaji mahal," katanya.
- Kosmo - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matjab at 19-9-2008 10:31 AM
Marzuki Ismaun la yang kena gantung seumur hidup. Mana datang Saidin Osman pulak .
Lempang kang :@
ishhhhhhhhhhhh
garang betul bulan2 puasa ni gs -
awak kena maaf kan saya sebab reply
pagi2 buta - ntah apa2 saya tulis
ishhhhhh teruk betul -
saya ingat kita tengah cerita pasal saidin osman
yang marzuki ismaun tu pasal ada bangunan sendiri -
saya langsung terconfuse---
teruk ... lol.. maaf ye...
garang macam kambing betul -
lol - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #159 HangPC2's post
teringat zaman fandi ahmad main dengan KL
gaji dia elyas omar bayar rm8000
tu kalau sekarang tu kira macam rm20000 or more
elyas omar ni pandai pancing pemain2 hebat
supaya main dengan KL
tapi tu la... pemain malaysia tak ada yang boleh
replace the likes of mokhtar or chin aun or santokh singh -
bola kat malaysia zaman sekarang - dah tak minat dah - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #159 HangPC2's post
hang...tengok ni....
Politik dalaman 'pembunuh' sukan
MASIH segar dalam ingatan penulis yang berada di belakang gol Malaysia apabila gawang Chow Chee Keong ditembusi oleh Maghribi sebanyak dua kali pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka di Stadium Merdeka pada 1980.
Beberapa bulan sebelum itu seluruh negara asyik dengan kejayaan Malaysia mengatasi Korea Selatan dan Jepun untuk menempah tiket ke Sukan Olimpik di Moscow.
Kerusi paling panas di FAM, selain yang diduduki oleh jurulatih kebangsaan ialah jawatan setiausaha agung.
Tajuk utama akhbar akhir-akhir ini banyak memperlekehkan cara urus setia FAM yang dikendalikan oleh Datuk Azzuddin Ahmad.
Hinggakan Azzuddin dilaporkan menuntut sebuah akhbar tabloid untuk meminta maaf kerana menuduh penulis artikel itu menyerang peribadi beliau dan ini mengundang kekecewaan Sultan Ahmad Shah.
Bagi mereka yang mengenali Azzuddin, beliau dianggap seorang yang ‘ikut buku’.
Setiap resit perbelanjaan disimpan.
Ketika beliau mengepalai Jawatankuasa Disiplin FAM, Azzuddin sentiasa ditemani buku garis panduan kecil yang disediakannya sendiri untuk dijadikan panduan oleh anggotanya dalam membuat keputusan.
Ketika mengurus pasukan bawah 20 negara yang antara lain dianggotai Aidil dan Zaquan Abdul Radzak, Safiq Rahim, Samransak Kram dan Azlan Zainal pada 2004-2006, Azzuddin dianggap ibarat bapa kepada pemain dan beliau tidak lokek membelanjakan wangnya sendiri.
Namun genap setahun beliau dilantik menggantikan Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad, Azzuddin dilempar pelbagai tuduhan. Surat layang dan memorandum diedarkan serta diserahkan kepada Sultan Ahmad Shah menerusi orang tengah.
Bagi penulis mudah saja. Azzuddin harus diberi peluang mempertahankan dirinya.
Jika hujah yang dikemukakan oleh Azzuddin kurang meyakinkan, beliau harus rela melepaskan jawatan.
Namun jika Azzuddin berjaya membuktikan tuduhan-tuduhan itu satu pembohongan, nama beliau harus dibersihkan.
Azzuddin dituduh kurang mesra media. Namun kerap kali kenyataannya disiarkan dalam akhbar. Azzuddin melayan panggilan telefon, mudah dihubungi dan kerap bergurau dalam sidang akhbar apabila berdepan media.
Ini hakikat dan boleh dijelaskan oleh mana-mana wartawan yang objektif.
Malah beliau sudah menyatakan hasrat kepada kakitangannya untuk mengadakan satu sesi ramah tamah dengan media, disusuli pembentangan power point, perlawanan persahabatan antara FAM dengan media serta disudahi dengan majlis barbeku tidak lama lagi.
Malang sekali apabila Azzuddin terperangkap dalam isu-isu membabitkan hutang-piutang FAM.
Beliau cuba membersihkan FAM namun daki-daki yang melekat sukar dibuang, dan barangkali cara beliau ‘membasuh’ kotoran itu juga tidak kena.
Jika ‘ikut buku’ itu dilihat satu kekuatan, ia juga boleh dianggap kelemahan.
Dalam mengurus tadbir bola sepak, satu sukan yang dekat dengan masyarakat, kadang kala budi bicara harus diamalkan. Beberapa kelonggaran juga harus dikenakan, terutama dalam menjaga hubungan sesama pemegang saham dan pihak yang berkepenting
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kemelut FAM...
tapi actually yang saya nak tulis ialah mengenai
kekalahan malaysia dengan morocco tu ----
malaysia kalah dengan morocco 3-1 ... ke 3-0 ... kan..
dapat masuk olympic (tapi tak pergi) but lost kat pestabola merdeka
macam ironi aje - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #162 dexa's post
Malaysia kalah final pestabola merdeka dengan Morocco 2-1 , Morocco leading 1-0, Kapten Malaysia Soh Chin Aun cedera , jadi pemain simpanan.
Beliau dimasukkan pada second half , jadi striker pulak tu , beliau masuk je , terus beliau score goalllll.. 1-1.
Belum puas dok sorak tiba tiba Morocco counter attack score gol, 2-1. Keputusan Muktamad Morocco 2 Malaysia 1. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Masa perlawanan awal peringkat kumpulan Malaysia kalah kan Morocco 2-0. Hassan Sani dan Mokhtar Dahari masing masing satu gol. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai persedian ke Pra Olimpik 1980 , Malaysia mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelab Cosmos yang pernah di wakili oleh
bintang bintang ternama dunia seperti Pele, Johan Neskeen , Frank Beckenbauer.. . tapi Pele tak datang ..
keputusan perlawanan Malaysia kena belasah 5-0. Ada satu ketika Mokhtar satu sama satu ngan keeper tapi tendang ke bulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #165 matjab's post
ohhh..tu alkisahnya... thanks matjab....
ye la.. cosmos tu club pele gak ye....
club pertama dia santos kan...
btw - nama new york punya soccer team :
new york cosmos -
*ohhh jadi malaysia dah kalahkan morrocco...
tapi kalah pulak in final -- |
|
|
|
|
|
|
|
Wong Choon Wah & Chow Chee Keong (South China AA) in 70s
Wong Choon Wah
Widely acknowledged as one of the nation's most illustrious midfield schemers, this son of a coffee shop owner shared the pitch with Germans Uli Hoeness and Ottmar Hitzfeld in the 1972 Olympic Games in Munich and spent a season as a professional alongside Chow Chee Keong in Hong Kong.
Cheow Chee Keong
His nickname in Hong Kong was "Asian Stainless Steel Gate (Chinese:「亞洲鋼門」meaning number 1 keeper in Asia) and "Crazy Sword" (Chinese:「神經刀 ). He was a Malaysian Chinese. In 1963, he represented the Malaysian in under-20 level as a 13 years old. Two years later, he joined the Malaysia national football team as a 15 years old. At that point, he was the youngest ever Malaysian international player. From 1966 to 1970, he was voted by Asian Football Confederation as the best goalkeeper for 5 straight times. In 1968, he came to Hong Kong with a Malaysian Chinese selection side and many Hong Kong clubs took notice of him. Two years later, he joined Hong Kong Rangers FC for three guest matches. Then, he joined Jardines (Chinese name:怡和 ) for a salary of HKD 2500 per month which was the Hong Kong record at that time. However, a year later, Jardines withdrew from Hong Kong league. So he moved to South China AA where his career started to take off. For his three seasons with South China AA, he won many trophies and personal awards. In 1974, he moved to Tung Sing. His salary was HKD 7000 per month plus housing. In 1977, he returned to South China AA. A year later, he started to play in both Hong Kong league and the Malaysian league simultaneously. In 1979, he left Hong Kong, but returned in 1981. He spent a short time again with South China AA before moving to Hong Kong Rangers FC. In 1982, he finally returned to Malaysia and played for Malaysia national football team for three years then retired from football.
He became a golfer after retiring from football. In 1991, he finally earned a coaching license. He first started to teach in Malaysia. In 1995, he moved to a golf club in Shenzhen, China. In 1997, he returned to South China AA as a golfing instructor.
Sources : http://hi.baidu.com/baros/blog/item/237b36a8ef71f8b0cb130caf.html
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #167 HangPC2's post
thanks hang...
cantik gak wong choon wah tu kan... -
footballer dulu shorts depa pendek sangat... macam hot pants lak... |
|
|
|
|
|
|
|
dolah ali - pakar inswinger.
ah .. right.. apa dollah ali buat sekarang ye -
rambut dia macam lurus aje kan.. kalau tengok kat gambar -
dia kira macam hensem gak..
paling educated dikalangan pemain malaysia di era tersebut...
dan seorang lagi rosli.... pemain dari kelantan...educated jugak...!
dolah ali duk kat tmn tun hussein onn,cheras...aku pernah bertegur dgnnya semasa dia shopping kat tesco kajang... lupe pulak nak tanye apa dia buat sekarang...!
errr......sori ye....aku tak pasti dolah ali duk tmn hussein onn atau cheras perdana...siapa yg tahu tolong betulkan... masa anak dia kawin tahun lalu... ramai bekas pemain malaysia datang ke rumahnya...!
[ Last edited by bromatt at 22-9-2008 08:38 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|