CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amiin_al_Kalam

Koleksi Puisi Jiwa Kacau - Amin al Kalam/Raudah [BERSUJUD RINDU]

[Copy link]
Post time 26-5-2008 05:53 PM | Show all posts
perlukah ku huraikan sedangkan huraian itu amat perit
perlukah merumitkan sedangkan ia sebenarnya amat mudah
perlukah keraguan sedangkan keraguan sering bermain di fikiranku
perlukah ku berfikir sedangkan fikirankan begitu runsing..
perlukah ku nyatakan sedangkan kenyataan itu amat mudah
perlukah ku rasa kesal sedangkan kesal itu tidak sudah..
perlukah ku rasa resah sedangkan kau bermain di mataku..
perlukah ku pujuk hati sedangkan ia semua ku biarkan berlalu
perlukah ku rasa gembira sedangkan hatiku berselerakkan
perlukah ku rasa bersama sedangkan ku rasa begitu asing sekali
perlukah jawapan sedangkan jawapan itu ada pada dirimu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 05:57 PM | Show all posts
mencari aku dalam kegelapan
menggapai aku dalam kesengsaraan
menangis aku dalam kekesalan
merintih aku dalam kesyahduan.
menyesal aku dalam kekufuran..
melawan aku dalam kebodohan..
merayu aku dalam kebingungan..
mengharapkan aku dalam gurauan..
menghancorkan aku dalam genggaman
menyakiti aku dalam sinis...
menyintai aku dalam kesakitan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 07:20 PM | Show all posts
Ni ade puisi best nak kongsi...aku dpt dari laptop kawan aku...

----------------------------------------------------------------------------

Jika kamu memancing  ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu
mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali,
kamu lepaskan ia semula,
ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit,
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu,
dan mungkin,
ia akan menderita,
selagi ia masih hidup;
Begitulah juga
setelah kamu,
memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula  menyayangimu,
hendaklah kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali  kamu terus,
meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia..
akan terluka oleh kenangan bersamamu..
dan mungkin tidak dapat
melupakan  segalanya,
selagi dia  mengingatimu....

Jika kamu  menadah air,
biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya,
dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk  kamu menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
pun begitu jika  kamu cuba membaikinya,
mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu,
memiliki seseorang itu..
terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya,
dan janganlah kamu menganggapnya,
begitu istimewa....
anggaplah dia manusia  biasa..
Apabila sekali dia melakukan kesilapan,
bukan mudah bagi kamu  untuk menerimanya....
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya;
Sedangkan  jika kamu memaafkannya..
boleh jadi hubungan kamu,
akan berterusan hingga  ke akhirnya...

Jika kamu  telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu,
Mengenyangkan Berkhasiat;
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak,
Nasi itu akan basi,
dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan  menyesal,
Begitu juga jika,
kamu telah bertemu dengan  seorang insan.....
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu
Menyayangimu. Mengasihimu
Mengapa kamu berlengah,
cuba  membandingkannya dengan yang lain,
Terlalu mengejar  kesempurnaan
Kelak,
kamu akan kehilangannya,
apabila dia,
menjadi milik  orang lain,
Kamu juga yang akan  menyesal.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 11:40 AM | Show all posts
yg ni puisi dari indonesia...
aku tak tau sape penulisnya

--------------------------------

Rasa apa yang sedang kurasakan ini?
aku tak mengerti dan belum pernah merasakan sebelumnya,
keinginan untuk diam diantara keramaian,
keinginan menangis tanpa alasan,
keinginan marah dan tertawa secara bersamaan,
aku bingung akan keadaan seperti ini,
selalu ingin mengenangmu dialam fikirku,
selalu ingin bertemu dan berada disisimu,
selalu meragukanmu atas kesetiaan,
selalu inginkan suatu kepastian darimu,
rasa apa yang kurasakan ini? tak mengerti...
apa yang terjadi padaku ini? ku tak tahu...
hanya satu erti yang dapat kusampaikan,
aku rindu denganmu kasihku...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 11:47 AM | Show all posts
yg ni bukan puisi tp mencengkam la jugak

-----------------------------------------------


Bila pertemuan bertukar menjadi perpisahan, hati
yang girang menjadi sayu. Bila detik itu semakin
menghampiri, maka menitislah air mata syahdu.
Bila tangisan mengiringi perpisahan itulah
tandanya hati kasih dan sayang. Bila kau
melambai tanganmu pada ku, ku sambut kembali
dengan lambaian lalu hati terdetik dan
berkata, Semoga kitakan bertemu lagi. Dan bila
ku rindu padamu, ku ingati semula detik dan
kenangan kita melayari perhubungan ini maka
terukirlah kembali senyuman di bibirku.

Senyuman yang sentiasa terukir di wajahmu itu
adalah tulus dan ikhlas. Senyuman yang terukir itu
akan sentiasa aku ingati. Senyuman itu sentiasa
mendekatkan aku denganmu. Senyuman itulah
yang sering aku ingini pada setiap pertemuan kita.
Senyuman itu juga sering membuatkan aku
merindui dirimu. Dan disebalik senyuman itu ku
berdoa semoga perhubungan kita akan sentiasa
berkekalan.

Ku lewati jalan ini sekali lagi. Ku ingati semula
detik ketika kita melaluinya bersama suatu ketika
dulu. Ku rindukan saat ketika kita bersama
melayari perhubungan yang suci ini. Ku iringkan
doaku buatmu agar kau sentiasa dilindungi Ilahi.
Dan ku bawa kenangan itu pergi bersama ku agar
ianya tetap terpahat abadi didalam hatiku.

Hanya senyuman dapat ku ukirkan. Mesranya
tatkala dua wajah bersatu. Dalam persimpangan
dua pertemuan. Kau dan aku.
Hanya renungan membicarakan rasa hati. Dan
hanya renunganku merenung kau pergi. Sukar
dimengertikan. Aku masih menantikan kepulanganmu
di sisiku satu hari nanti. Aku sayang padamu ..........
   
   
Sayang, setiap pertemuan pasti wujud perpisahan tapi apakah setiap perpisahan itu akan wujud semula sebuah pertemuan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 11:51 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by obelisk at 27-5-2008 11:47 AM
yg ni bukan puisi tp mencengkam la jugak

-----------------------------------------------


Bila pertemuan bertukar menjadi perpisahan, hati
yang girang menjadi sayu. Bila detik itu semakin
menghampiri, maka menitislah air mata syahdu.
Bila tangisan mengiringi perpisahan itulah
tandanya hati kasih dan sayang. Bila kau
melambai tanganmu pada ku, ku sambut kembali
dengan lambaian lalu hati terdetik dan
berkata, Semoga kitakan bertemu lagi. Dan bila
ku rindu padamu, ku ingati semula detik dan
kenangan kita melayari perhubungan ini maka
terukirlah kembali senyuman di bibirku.

Senyuman yang sentiasa terukir di wajahmu itu
adalah tulus dan ikhlas. Senyuman yang terukir itu
akan sentiasa aku ingati. Senyuman itu sentiasa
mendekatkan aku denganmu. Senyuman itulah
yang sering aku ingini pada setiap pertemuan kita.
Senyuman itu juga sering membuatkan aku
merindui dirimu. Dan disebalik senyuman itu ku
berdoa semoga perhubungan kita akan sentiasa
berkekalan.

Ku lewati jalan ini sekali lagi. Ku ingati semula
detik ketika kita melaluinya bersama suatu ketika
dulu. Ku rindukan saat ketika kita bersama
melayari perhubungan yang suci ini. Ku iringkan
doaku buatmu agar kau sentiasa dilindungi Ilahi.
Dan ku bawa kenangan itu pergi bersama ku agar
ianya tetap terpahat abadi didalam hatiku.

Hanya senyuman dapat ku ukirkan. Mesranya
tatkala dua wajah bersatu. Dalam persimpangan
dua pertemuan. Kau dan aku.
Hanya renungan membicarakan rasa hati. Dan
hanya renunganku merenung kau pergi. Sukar
dimengertikan. Aku masih menantikan kepulanganmu
di sisiku satu hari nanti. Aku sayang padamu ..........
   
   
Sayang, setiap pertemuan pasti wujud perpisahan tapi apakah setiap perpisahan itu akan wujud semula sebuah pertemuan?[/
quote]

huhuhhuhuhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-6-2008 05:38 PM | Show all posts
Falsafah Cinta
bila hadir kasih sayang...
tanda cinta sudah berakal...
terkadang buta hidupmu...
terkadang semangat gelora...
rasa cinta kepada keindahan...
tanda yang peka pada kejadian...
berdiri di atas kehendak
keamanan kedamaian...
cinta menciptakan rindu...
juga membuat kita sendu...
semangat terbakar hangus...
hidup mesti terus...
kerana cinta dunia mu berperang...
itu cinta sesat di perjalanan...
demi cinta kita terlupa dunia...
kesesatan!
marilah kita bersama terus bercinta...
menjadi cermin utk manusia...
hentikan tangisan...
rindukan ketenangan...
cinta ini penuh keindahan...

kasih dan sayang...


[ Last edited by  Amiin_al_Kalam at 12-6-2008 05:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 10:23 AM | Show all posts
................
semalam...
nista itu terluah..
bagai petir merenggut jiwa..
malu pada jiwa yang rosak...
jiwa yang terdesak..tertekan...

semalam juga...
gusar itu menghampiri
menerjah hati..
belaian jiwa remuk ke'sah..
menutup malu..
kesalku tak sudah...

semalam...
bicara pada jiwa qudus..
mengapa begitu...dimana sopanmu..
pekerti itu hilang..
menutup malu suci..

semalam jua...
hati itu berbicara..
pergilah bersama angin...
mengekori bintang dilangit
mencari sahsiah diri
menghapus mukah dihati
melenyapkan jiwa yang gusar..

hari ini...
malu itu tersua jua..
terdiam merenung diri..
membisu terlajak bait..
sendiri mencari sufi...
kebalkan hati yang kelam
terbuka tarekat pada DIA..
ya...hanya pada DIA..
TAREKAT ITU BERMULA.


[ Last edited by  raudah at 13-6-2008 10:24 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 11:26 AM | Show all posts
[fly]ku pujuk hati tak usah sayu....[/fly]
[fly]biarkanlah semuanya berlalu...[/fly]
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 11:31 AM | Show all posts
yg ni lagu...ekekekkeke

Berpisah Jua

Tiada manisan dalam madunya
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu
Telah ku tabur kasih dan cinta
Telah ku sembahkan semua kelam
Masih hambar...

Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi dayaku korbankan
Ada kehambaran cubaku elakkan
Tiada senyum aku girangkan
Segalanya hilang cubaku tahan
Berpisah jua...oh...oh...

Kerana cintaku dan kasihku
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana setia terhadapmu
Telah dibuang ketepi...

Kerana janjimu dan sumpahmu
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana itu peganganku
Telah dilupa segalanya...

Kecewa, terkilan aku
Berpisah jua...oh...oh...
Berpisah jua
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 01:52 PM | Show all posts

Engkaukah itu..

Engkaukah itu
Yang sentiasa bersama disisku
Tiba-tiba menyepi seketika waktu
Membiarkan diriku jadi keliru
Apakah aku tersalah laku

Engkaukah itu
Yang tiba-tiba berlalu
Meninggalkan aku termanggu-manggu
Tertanya-tanya kenapa membisu
Dan juga apakah salahku
Membuat engkau jadi begitu

Engkaukah itu
Yang kutunggu-tunggu
membicarakan kata cinta darimu
Biarpun engkau tetap tidak mahu
meluahkan segala isi hatimu
Jangan engkau terus membisu
Buatku pedih dan terseksa dikalbu

Engkaukah itu
Yang menghilang dahulu
tiba-tiba muncul dihari itu
Merenung sayu padaku
Seolah-oalah ada sesuatu

Engkaukah itu
Sekali lagi bertemu
Kau lafazkan kata-kata padu
Kalimah suci kini bersatu
Penuh kasih sayang dan juga rindu
Moga akan ada harapan yang baru
Untuk kau dan juga aku..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 08:36 PM | Show all posts
aaadehhh! apa yg ct rasakan malm nyh biar lah CT luahkan dlm lagu di bawah nyh:-

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkn kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimmu selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia utk selamanya
Apa yg kurasakan ini
Persembahan utk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintai mu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 09:05 AM | Show all posts
dingin malam menerjah jiwa
kalut serangkai qaseh kelam
sesuci kalbu mencarik diri
melayang qaseh dipipiskan kejam..
hancur jiwa bersama malam..
marka tersurat tanda rawan
hancur qaseh di karma sendu
rawan jiwa menjawab nista..


[ Last edited by  raudah at 18-6-2008 09:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 09:58 AM | Show all posts

Reply #710 raudah's post

ku menyusur denai senja yang indah,
membawa bersama jiwa yg gundah,
melangkah dengan penuh payah,
demi bertemu kekasihku raudah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by obelisk at 18-6-2008 09:58 AM
ku menyusur denai senja yang indah,
membawa bersama jiwa yg gundah,
melangkah dengan penuh payah,
demi bertemu kekasihku raudah..


qaseh itu mudah diungkapkan
mainan manis lidah petualang
jiwa yang kelam sukar disingkapkan
kerna mati qasehku maseh terbayang n terulang...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 10:19 AM | Show all posts

Reply #712 raudah's post

ketika dirimu tak datang lagi
menjemput cintaku yg telah lama mati
seperti layaknya bintang tiada sinar
namunku kan masih mampu tersenyum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2008 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by obelisk at 18-6-2008 10:19 AM
ketika dirimu tak datang lagi
menjemput cintaku yg telah lama mati
seperti layaknya bintang tiada sinar
namunku kan masih mampu tersenyum


apsal wa rase mcm kacau jek ayat lu wehh wa nak reply pon susah...

pada bintang ku layangkan
qaseh terkubur dilembah hina
pada bintang ku ceriterakan
penawar jiwa yang tercedera...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by obelisk at 18-6-2008 10:48 AM
sorry naik lorry yer...bz cket nih...

walau ada beribu bintang di langit, kuhanya ingin jadi satu bintang, yang sentiasa menyinari walau diluar sedarmu weyy..

ekekekekkekekekeke


bintangku milik DIA...
YANG MAHA ESA..
takkan kubiar bintang ceriterakan
segala duka yang tercedera
segala pedih yang terseksa
segala waktu yang mencengkam..
pada bintang ku bermonolog
resah jiwa ku layangkan
rawan hati ku sembahkan
tak mungkin bintang bertukar rupa
tak mungkin bintang bertukar ganti
bintangku..bintang yang satu...saqti...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 07:54 PM | Show all posts

Reply #721 raudah's post

salah la wehhh....patutnye yabodabedobe!!!







adeh..ape yg aku merepek nihhhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2008 07:17 PM | Show all posts
Sedekah!


Jika alam aku pergi...
Mendamaikan keluhan...
Dan sejernih embun pagi...
Dari hujung cahaya...
Apa ada lagi sentuhan...
Apa perlu aku lakukan...
Gelora nasibku di tengah lautan...
Menjunjung kasih!

Bayu angin berbisik...
Seolah KAU berkata...
Dari sebuah pandangan...
Capai bahasa TUHAN...
Ada lagi yang KAU tinggalkan...
Ada lagi yang aku simpan...
Kenangan berlalu mana mungkin lupakan...
Aduhai saudara...Oh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.472796 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list