CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saatcham

bahaya oral seks....

[Copy link]
Post time 30-10-2008 09:22 AM | Show all posts
Ni merak copy paste je utk kongsi bersama..

Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi  masing-masing.
Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari 'duburnya' dan
juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai
dalil dan nas yang khusus. Namun isu 'oral seks' tidak mempunyai
dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan
pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan
suami dan isteri tanpa 'oral seks', adalah dibenarkan menurut para
ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan
syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net)  berfatwa
harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak
menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan
atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah
satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada
tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah 'anal sex' atau
seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas
mengharamkannya, adapun 'oral seks' tiada sebarang nas jelas dari
Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan 'harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti
Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf
(Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan
ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi
menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya
jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang
boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk
Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang
mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air
mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika
dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti
oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku
kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya
akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan
Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya,
majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk
cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama
kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena
mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru
haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi
ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab
juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya
teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk
menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi
diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu
perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa
nafsunya.

"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar
tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan
jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun
penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini,
boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia.
Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan
bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai
peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat
dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad
bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka
ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami)
dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka
akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan
(ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke
perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting,
iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada
kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan
perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat
dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa
bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan
bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak
berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan 'oral
sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian
mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin
Albani berkata :-

"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita
mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul
melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti
larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh
seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak.
Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam
telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir,
maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan
tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu,
apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka
sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa
tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang
digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun
saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di
ruang ini.

Tindakan men'generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai
haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian
juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang
melakukan 'oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun
menghisap kemaluan si jantan?  Adakah binatang yang melakukannya?.
Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan
memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan
kerana menyerupai binatang.?  Sudah tentu tidak.

Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada
kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian
terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks
yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka
dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia
juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum
melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan
penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh
tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan
aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam
mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama
juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan
diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi
oleh Islam atau disebut 'rukhshah' kepada pasangan yang amat
perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah
besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang
diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana
pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh
didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia
tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut
di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai
muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam,
"Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti
jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah
tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada
tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga
buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada
nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas
sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu
yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri
dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar
biasa yang sentiasa dilayan ini. Laynlah nafsu secara berpada-pada
agar tidak ditawan olehnya kelak Fikirkan...

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2008 09:51 AM | Show all posts
pesal x kua post merak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 01:51 PM | Show all posts

Balas #182 merak7118\ catat

bagus la info merak bg tu....

post benda ape yg x kluar tuu... cuba lg sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 03:44 PM | Show all posts

Reply #183 matkool's post

kua dah..lambat td tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 09:45 PM | Show all posts
ade bace juga ade lelaki akan lebih puas kalau pasangan dia telan air mani yang terpancut...ade komen?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 12:45 PM | Show all posts

Reply #185 nazadiyah's post

no comment..depnd atas fantasi n keinginan sesorg tuh..........ermmmm


bahaya oral adalah...biler terjadi peristiwa geget mngeget.........auchhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2008 02:34 PM | Show all posts
heheh mau buat hot dog kot...ambil roti hot dog tuh..letak sos cili..mayo..timun skit ker..  
hehe mkn2 trus kne squirt...juicy sgt kot hehe   

bwt..kate org...kulum (suami&isteri) nanti dpt anak benak??? ade mythbuster sini yg leh cracked kan kes ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 02:40 PM | Show all posts

Balas #187 alphalfa\ catat

hehe..selera ker...nanti ak ug pasar malam kalo tgk hot dog..pasti teringat kata2 ko nih...ahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2008 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by nazadiyah at 30-10-2008 09:45 PM
ade bace juga ade lelaki akan lebih puas kalau pasangan dia telan air mani yang terpancut...ade komen?


tu lelaki yg terpengaruh dgn cite porn.... naza
kepuasan lelaki adalah bila dia dapat puaskan pompuan dan bila terpanc.. laaa... :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 08:01 PM | Show all posts

Reply #188 pressor's post

pasar malam mane ade da jual hot dog..kebab je...

nak hot dog baik punya kat 1901...tp lawak plak aku tgk hot dog special...balut telur..mcm real lak...but lapar..belasah ja...nk tgk...mintak hot dog special kat stall bwh tuh...  (aku bkn gay)..cume gtau je..kate kwn aku besar..berbaloi rm4.50 je

puas pancut...then pening pk kan wht happen nxt..hmmm

[ Last edited by  alphalfa at 31-10-2008 08:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 03:14 PM | Show all posts
nak bini minum air mani itu tanda lelaki byk tengok video blue. terpengaruh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 04:40 PM | Show all posts
ade bace juga ade lelaki akan lebih puas kalau pasangan dia telan air mani yang terpancut...ade komen?
nazadiyah Post at 30-10-2008 21:45


hmm..bukan puas..tapi xmo membazir..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 12:02 AM | Show all posts
tumpang lalu n tumpang bace....



p/s:      http://www.dapatwang.com/?id=chomellest   <--------- cube click link nie jap...tq
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 01:53 PM | Show all posts
yang penting seblum melakukan oral...kamaluan lelaki/pompuan perlu la cuci...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 11:00 AM | Show all posts
telan air liur aku baca thread ni...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 11:58 AM | Show all posts
telan air liur aku baca thread ni...hahahaha
katana84 Post at 11-12-2009 11:00






sedap tau ai mani. mcm telor separuh masak.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2009 08:48 AM | Show all posts
196# micha

ala micha jgn gitau kat sini..nnti xsuspen la bg yg belum mencube...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:41 PM | Show all posts
196# micha  

ala micha jgn gitau kat sini..nnti xsuspen la bg yg belum mencube...
wengers Post at 14-12-2009 08:48






alamak, sorry terbgtau......
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 09:17 AM | Show all posts
198# micha

nanti dorang kate ko slalu amalkan..haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 05:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.061115 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list