CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ilahkhatibrani

Pengalaman Mistik III- Ilahkhatibrani

 Close [Copy link]
Post time 5-6-2009 11:29 AM | Show all posts

Balas #112 thoyol\ catat

tks ye... klo alasan dia camtu lega la dengo.. akan dipraktikkan lps nih heehheehh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2009 11:36 AM | Show all posts

Balas #117 ilahkhatibrani\ catat

makasih ye ila.. takutnya ayat terakhir tuu... tp mmg sy tgh berubat coz ada makhluk halus ganggu sy, selama nih sy kuatkan semangat lawan balik.. sy kena tindih byk kali satu mlm tu sbbnya.. hubby sakit tangan, tangan dia mmg takleh gerak.. sampai satu tahap tangan dia kebas, agaknya darah tak jalan.. pastu mak dia bawak berubat, mmg org yg ubatkan dia tu sendawa tp lain macam sgt sendawa dia..

bila dah abih berubat, org tu ckp dia bukan sendawa biasa.. mmg ada gangguan la kiranya hubby saya tu.. mlm lps berubat tu hubby leh tido lena, tp saya pulak tak boleh tido, kena tindih byk kali.. tiap kali kena tindih mesti perasaan tu macam pi kat tangan hubby yg sakit tu..

harapnya takde la mudarat kan, sbb sy tgh menyusu baby, riso saya kalau baby saya kena kacau.. takat hubby saya masih teruskan berubat, maybe lepas nih saya pon nak berubat sama.. ilah, ada komen pape tak..

insyaallah ayat tu saya akan amalkan.. terima kasih ye ilah..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2009 11:41 AM | Show all posts

Balas #179 nemo0309\ catat

salam nemo,
kasih diterima
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 11:49 AM | Show all posts

Balas #137 melia_star\ catat

betul betul betul!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2009 12:00 PM | Show all posts

Balas #182 butet1112\ catat

saalm butet,

sama 2 ..Insya-Allah mana ilmu yang ilah dapat..ilah akan kongsi untuk sama 2 mendapat manfaat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2009 12:02 PM | Show all posts
salam melia,

salam Mee sai

salam sayang yus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2009 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by ilahkhatibrani at 4-6-2009 17:23
off topic yek....


Beshnyeww.. op topik

[ Last edited by  nemo0309 at 5-6-2009 12:30 ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 12:30 PM | Show all posts
Salam..
Moning ilah n kawan2..
Ilah, ada cerita baru x hari nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2009 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by bujang_cun at 5-6-2009 12:30
Salam..
Moning ilah n kawan2..
Ilah, ada cerita baru x hari nih?


dah tengahari la bujang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2009 12:48 PM | Show all posts
KISAH MISTIK ADIK LELAKI SULUNG CUBA DILARIKAN PONTIANAK
Selepas berpindah ke tanah rancangan , ilah dapat seorang adik perempuan..iaitu adik Uda....dan selang lima tahun kemudiannya ilah dapat adik lelaki yang sulung iaitu abang Andak....hmmm kali nie ilah nak bercerita mengenai kisah pengalaman mistik ilah bersama adik lelaki ilah yang nie.

begini kisahnya,
Setelah mak melahirkan adik lelaki sulung  ilah nie, abah kerap keluar lewat bila nak ke pasar besar. kebiasaannya abah akan pergi pukul 1.00a.m tapi kali abah bergerak kul 3.30a.m....hmm pelik tul....ilah perasan semua nie, sebab abah selalu kejutkan ilah bangun daripada tidur atau kak long agar temankan tidur dengan mak dan adik lelaki ilah. Padahal masa kelahiran adik perempuan ilah yang dulu, abah takderlah kerap sangat suruh ilah temankan tidur ngan mak hmmm pelik tullah........

untuk pengetahuan kenkawan, kalau mak baru melahirkan anak nenek ilah belah abah atau belah mak pasti akan tinggal bersama sepanjang mak berpantang...jadi kalau abah pergi ke pasar..nenek akan menemani kami sekeluarga dan selalunya abah akan pulang sebelum azan subuh berkumandang..jadi kali nie kami bertiga beradik akan tidur bersama nenek....manakala salah seorang daripada kami akan bergilir 2 tidur menemani mak dan adik lelaki bila abah pergi ke pasar.

sehingga dalam satu malam tu..ilah bangun nak buang air kecil..jadi kejutkan nenek sebab nak suruh temankan ilah gi bilik air....sebab bilik air kat luar rumah ..kira hanya tiga langkah jer kalau dari pintu belakang..
masa tengah nak  gi bilik air.sama2 ngan nenek...tetiba ilah ternampak macam ada kain putih kotor ngan warna coklat kehitaman ada kat atap bilik air...apa lagi ilah cepat2 masuk ke bilik air dan buang hajat kecil cepat2...bila dah siap..cepat2 kuar siap tarik nenek cepat2 masuk rumah....tapi sebelum  nenek nak tutup pintu ilah sempatlah toleh kat atas atap tu..dan Ya Allah! terkejut ilah ader perempuan muka hodoh ngan rambut mengerbang tengah landing baring mengiring ke arah ilah sambil menongkat kepala dan senyum menyeringai kat ilah ..siap main angkat kening lagi ..argh!!!!!!!!! benci tul.....masa tu ilah ..menyesal tak sudah sebab gatal sangat nak tengok....padan muka ilah masa tu.....tak pasai2 ilah menyelusup senyap2 masuk kat kelambu abah dan tido menyelit kat sebelah abah...hu..hu...hu....

bila abah bangun nak gi pasar ..abah kejut ilah naper..tido ngan dorang ..ilah cakaplah nampak cik ponti kat bilik air luar.....berkerut dahi abah..dan abah senyap jer.....manakala  ilah lak sambung tido...
Pada malam keesokkan harinya , abah terpaksa bergerak awal ke pasar kerana kebanyakan barang segar abis dijual selepas kul 3.00a.m jadi abah terpaksa bertolak pada kul 1.00a.m macam biasa.
dan pada malam tu turn ilah tido temankan mak ngan adik lelaki sulung ilah.....jadi cam biasa ilah gilah tidur teman kat Mak....tapi kali nie tetiba tergerak nak tidur kat sebelah adik lelaki ilah...nie ..manakala mak lak tak membantah sebab adik lelaki ilah tidur ngan kelambu untuk baby tu...jadi kalau ilah tidur ganas macammana pun tak mungkin boleh terhempap adik ilah

sementara nak terlelap tu...ilah terdengarlah bunyi enjin lori abah kat luar rumah..macam tengah panaskan enjin .....dan terus ilah terlelap....dalam tengah syok terlelap tu tetiba ilah dengar bunyi suara mak menjerit kuat memanggil nama nenek ilah "makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! tolonggggggggggggg!"
Bila ilah buka mata...".Eh! bila masa lak kelambu abang andak nie beralih kat atas badan ilah nie" gumam ilah kehairanan dan terus ilah pandang kat tempat adik lelaki ilah tidur....Ya Allah.!..... ...serentak tu juga ilah nampak mak tetiba melompat bangun dan cepat2 ambil adik lelaki ilah dan terus peluk..sambil meraung menangis memanggil nama nenek.....sementara ilah lak terpaku serta tergamam melihat kejadian tersebut...
dalam kekecohan tu...nenek ilah meluru berlari ke katil dan pergi ke arah mak  dan terus memeluk mak dan adik lelaki ilah..sambil membaca sesuatu di telinga mak...time nie mak dah bertelengku bersimpuh di atas katil sambil mengeletar...

manakala kak long pergi kat ilah sambil bertanya naper...ilah diam jer sebab tak tau nak cakap apa tetiba jer lidah jadi kelu........adik uda lak tetiba menangis sebab tengok mak menangis siap gi kat mak peluk kaki mak sambil panggil nama mak....manakala along lak bukannya nak pujuk adik uda  ..dia boleh lak join sesama nangis ...aduihlah!.kakak ilah nie....  memang sememeh tul...hu..hu...

nenek lak punyalah kelam kabut bila tetiba dua org cucunya menangis macam nak rak......yang sorang lagi lak (ilahlah tu)....terkial2 tengok dorang berdua menangis sambil tergaru2 kepala......last2 nenek sound ilah suruh pujuk dorang berdua jangan menangis.....
dalam kelam kabut tu...alhamdullilah...tetiba ilah dengar bunyi lori abah kat luar...cepat2 ilah berlari ke pintu depan umah nak panggil abah..yang nenek pulak menjerit panggil nama ilah...sebab tetiba berdesup berlari ke arah pintu rumah depan....dan terus ilah buka selak pintu ..dan tanpa diduga abah dah ada kat pintu..dan terus berlari ke dalam rumah dapatkan mak....yang ilah lak cepat2 tutup pintu dan mengekori abah dari belakang.

Abah memula pergi kat kak long ngan adik uda..dan abah baca sesuatu dan terus hembus kat ubun2 dorang berdua.....alhamdullilah terus mereka berdua berhenti menangis....manakala adik lelaki ilah lak dari tadi diam tak berbunyi...pelik tau ..menangis pun tidak..adik lelaki sulung cuma mengerutkan muka jer..bila abah ambil adik lelaki daripada pelukan mak dan letak di atas katil bersebelahan ngan mak ....

manakala abah minta nenek ambilkan segelas air ...sementara menunggu nenek abah mengibas  mak dimulai dahulu daripada kepala sampai ke kaki  dengan menggunakan kain sejadah sebanyak tiga kali sampai muka mak berubah daripada pucat putih lesu kepada merah kemerahan ..macam kulit org baru  keluar berjemur ngan matahari..bila muka mak dah bertukar kemerahan abah berhenti dan terus mengambil gelas air yang diambil oleh nenek tadi ..dan mulut abah berkumit2 membaca sesuatu dan dituangkan sedikit di tangan dan terus raub keubun2 adik lelaki ilah sebanyak tiga kali...dan tanpa di sangka adik lelaki ilah kulit muka adik ilah menjadi kemerahan serta mulai merenggek mengeluarkan suara dan terus menjerit menangis ngan kuat...

terus abah dukung adik lelaki ilah dan diazankan di telinga ditelinga kanan..dan alhamdullilah adik lelaki ilah mulai berhenti menangis dan abah terus baringkan adik di atas katil semula...sementara lebihan air dalam gelas tersebut abah berikan kepada mak untuk dibuat minum......selepas minum emak terlena dan terus tidur begitu juga dengan adik lelaki ilah.....

Dan kami bertiga bersama nenek tidur bersama2 mak dan adik lelaki ilah sementara abah..tak tidur..sebaliknya abah ilah lihat solat kat ruang tamu..sementara nak menunggu azan subuh berkumandang....dan ilah tak tahu bila abah tidur..sedar2 nenek kejutkan kami tiga beradik untuk solat subuh berjemaah bersama abah sementara nenek temankan sekejap mak..


sambungan sila klik di salinan pautan berikut:
http://mforum5.cari.com.my/viewthread.php?tid=422112&pid=31917766&page=9&extra=#pid31917766












.











[ Last edited by  ilahkhatibrani at 5-6-2009 17:49 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2009 12:55 PM | Show all posts

Balas #188 bujang_cun\ catat

salam bujang,

ada tapi tak sengaja lak terposted tajuk.....jangan mare yek  kengkawan tapi sekarang tengat buat....kat petak yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 01:19 PM | Show all posts
wow..misteri nih citer ilah......sampai pontianak pun blh  kidnap2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2009 01:45 PM | Show all posts

Balas #192 sayangyus\ catat

hmmm memang misteri...sampai sekarang ilah ingat ..tunggu jap tengah updating citer
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by mimi77 at 5-6-2009 12:40


dah tengahari la bujang...


adeh..tersilap laks..
ingatkan pagi lagi..
huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 02:34 PM | Show all posts
kak ilah...nak tanya la...

baru baru kawan husband eisya ada dtg rumah..sesaje jalan ke rumah kitorg...kawan hubby ni mmg ada ilmu sikit...dgr dgrnye dia ada simpan buluh perindu..entahla...tapi mmg eisya pernah tgk benda tu ( buluh perindu )...

cuma x tau la betul ke tidak..sebab eisya mmg x tahu menahu psl benda ni...

tengah kitorang berborak, tetiba je dia kata kat hubby " rumah ko ni mcm ada something yg x baik lah.."

terperanjat gak kitorg..memula ingat dia memain je...

pastu dia gi bilik tengah ( bilik mainan anak eisya )... dia mintak hubby mangkuk yg di isi ngan air...

dia duduk mengadap pintu bilik...xtau ler apa yg dia baca..pastu tetiba badan dia menggigil....mcm tarik something...

terperanjat kitorg sebab tetiba je keluar something mcm bentuk lastik..mcm bentuk y tu...yg dibaluti kain putih sebesar ibu jari...benda tu kotor mcm ada kesan tanah...

member hubby kata ada org dengki kat kitorg...baru je dalam beberapa bln ni...

so dia kata, malam nnti dia akan tgk sape orgnye dan akan bagitau kitorg...

so esoknye hubby call dia...tapi dia x ckp lak sape that person...cuma dia kata lelaki...motif dengki sebab kitorg dua dua bekerja...dia nk buat kitorg hidup susah.....

org yg dengki tu tanam kat tempat lain tapi tujukan kat kitorg ( rumah kitorg )...
tapi boleh percaya ke ni kak ilah? sekarang ni eisya jadi takut lak dok umah tu...

dan benda tu dia dah ambil..boleh ke org yg dengki tu buat lagi?

sesape yg pandai...tolong la explain sekali...sebab eisya x berapa tau la benda benda ni....takut woo...bukan tipu..betul punye citer tau...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 02:46 PM | Show all posts
Ting tong ...
Salam tuan rumah dan apa khabar semua?:handshake:

Waaa... ada citer  baru ilah dan eisya gak.
citer ilah tu siap aku bayangkan camne cik pon tu angkat2 kening ...iieee ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2009 03:06 PM | Show all posts

Balas #196 stroberi_80\ catat

la...eisya bkn bercerita...eisya nk bertanya....

sekarang ni mmg seriau giler la....takut je duduk kat umah....

nk gi toilet pun asyik kejut hubby je...yelah...eisya kan tgh pregnant...satu malam bape kali bangun buang air da....

sampai hubby pun naik tension je....walaupun toilet dlm bilik..

takut woo...

kak ilah ni mana....mehla tlg jwb...and forumer lain yg tau...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 03:39 PM | Show all posts
salam ilah n kengkawan.........

siol jer cik pon tu ek...leh sengih n angkat2 kening lagi....adalah tu agenda dia tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 03:52 PM | Show all posts

Reply #197 eisya_zulaikha's post

Pengalaman menarik untuk dikongsi gak la kan ...
Cian eisya ... and hubby.

Stroberi pun penakut gak .... kalau duk kat rumah ni sensorang, sure pasang mp3 sepanjang masa. Sekurang2 nya bagi 'ruh' kat rumah ni gak ( eh.. betul ke aku cakap ni .. jangan sensasi kan yek)
Macam tadi ni ha, tetiba je ada orang bertukang kat atas ni. Terus pasang azan kat pc ni... dan-dan tu terus senyap ... misteri gak tu ...siapakah itu?

Ape-ape pun eisya, "jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri" ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 04:29 PM | Show all posts
Salam ilah, selama ni SR je tapi tetiba terasa gatal lak tangan untuk bertegur sapa. Hehehe, memang suka baca cerita ilah ni. Thanks for sharing pengalaman dengan semua. Nak tanya satu soalan. Kisah asal-usul ratu laut selatan tu ilah dah cerita belum, sebab tak jumpa. Teringin sangat nak baca. Terima kaih dan salam perkenalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.381087 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list