|
Reply 177# Jaza2008
hahaha...1st time dgr pepatah tu.. best2! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 180# Jesica
maaf jesica...sibuk gila skrg.ni pun kat airport.on9 jap smtr tggu flight..
byk sgt idea dlm otak ni tp nak jejak tanah pun x sempat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 184# anakhalal
AH ................... |
|
|
|
|
|
|
|
setia menanti n3... |
|
|
|
|
|
|
|
Tumbuk padi jadikan emping
Buat juadah teman sebaya
Pipit hendak bertenggek ke ranting
Sudikah enggang bertenggek sama?
Layang-layang terbang melayang
Jatuh ke laut disambar jerung
Siapa bilang saya tak sayang?
Kalau bunga rasa nak kendong |
|
|
|
|
|
|
|
tinggal jejak ...baru nak baca... |
|
|
|
|
|
|
|
baru start baca tp xde n3 bru kew... |
|
|
|
|
|
|
|
baru start baca tp xde n3 bru kew... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by anakhalal at 28-4-2011 21:53
BAB 20
Alisha merapikan dirinya di hadapan cermin. Dua, tiga kali dia meneliti penampilannya hari itu. Dari tudung hinggalah ke baju kurung moden yang dia sarungkan ke tubuh. Setelah berpuas hati, dia turun ke ruang tamu. Umi dan babahnya kelihatan sedang berbual sambil menonton televisyen. Dia melabuhkan punggung ke sisi babahnya.
“Betul ke okay kalau Icha ikut ni bah?” Alisha bertanya. Dia memandang ibunya juga.
“Mama dengan papanya Najmi yang nak Icha ikut sama, pergi aja lah,” balas babah.
“Kenapa?” Ibu pula bertanya.
“Segan la...” balas Alisha.
“Segan apa?” Ibu bertanya lagi.
“Nanti mesti kawan papa tanya Icha ni siapa,” kata Alisha. Babah tersenyum mendengar omelan Alisha.
“Mestilah papa Najmi cakap Icha ni bakal menantu!” usik ibunya. Alisha mengulum senyum.
“Suka la tu,” usik babahnya juga. Alisha menjulingkan matanya.
“Tak sabar mamanya Najmi nak perkenalkan Icha yang cantik manis ni,” sambung babah lagi. Babah memang begitu, idea mengusiknya tak pernah habis. Ada sahaja modal untuk dia mengusik Alisha. Kalau babah bergabung dengan abang Shafiqnya, memang Alisha saja yang terkena.
“Cantik manis? Tak ada maknanya bah!” balas Alisha. Lengan babah dia cubit perlahan. Babah ketawa. Ibu sekadar ketawa kecil.
“Nanti mulut tu, kena la ramah menegur orang. Jangan duk senyap je, apa pula kata orang nanti,” pesan ibunya.
Jawab Alisha, “Nanti kang orang kata bakal menantu Puan Raihah ni banyak mulut pulak!”
Babah menyampuk, “Ada bezanya ramah dengan banyak mulut sayang oiii!”
Alisha menjeling manja ke arah babahnya sebelum berkata, “Eee...Babah ni cakap macam Jaafar Onn je!” .Pecah tawa mereka bertiga saat itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak lama selepas itu, Najmi tiba. Alisha duduk di tempat duduk belakang bersama mamanya Najmi. Kebetulan, Alisha duduk di belakang pemandu. Sedaya upaya Alisha melarikan pandangannya dari bertembung dengan renungan Najmi yang berkali- kali ‘ditangkap’ memandangnya melalui cermin pandang belakang. Entah apa yang dipandang, tidak puas- puas!
“Mama tengok Icha sesuai pakai warna pink. Nanti sambut menantu, tema kita warna pink la ya?” usul mamanya tiba- tiba. Alisha ketawa kecil mendengar cadangan mama Najmi.
“Mama! Takkan Jimi nak pakai pink?” protes Najmi yang sedang memandu. Alisha ketawa kecil.
“Icha macam mana?” tanya Raihah tanpa menghiraukan protes Najmi.
“Icha tak kesah ma, Icha boleh je. Jimi tu la...” balas Alisha.
“Jimi tak nak!” bantah Najmi.
“Apa salahnya?” Papa Najmi pula bertanya. Dia memandang Najmi dengan senyuman mengusik.
“Pa, pink tu warna gay la pa!” selar Najmi selamba. Alisha ketawa mendengar kata- kata Najmi. Ada pulak ke situ fikirnya... Kenyataan tak berasas langsung!
“Mana ada... Sekarang pink tu warna universal la. Ramai je orang lelaki pakai baju warna pink,” kata Alisha, ingin mengusik. Mama di sebelahnya bersetuju dengan kata- katanya.
“Icha, no way! Abang tak nak pakai pink!” bantah Najmi. Alisha tersengih saja. “Mama, warna lain please ma!” pujuk Najmi kepada mamanya pula.
“Kita cuba la dulu fitting baju pengantin warna pink,” pujuk mama. “Mana tahu ada yang sesuai,” sambung mama kemudian.
“Maaaaaa...” mendayu- dayu suara Najmi menyeru mamanya. “Jimi nak warna coklat la ma,” kata Najmi.
“Icha nak ke warna coklat?” Papa bertanya tanpa menujukan soalan itu kepada siapa-siapa.
“Icha tak kesah. Kan Icha kan?” Pantas Najmi mencelah.
Alisha tersengih. Masih ingin mengusik Najmi. “Icha tak kesah warna apa pun tapi pink memang sweet kan ma?” Pantas mama mengiyakan Alisha. Spontan Najmi mengeluh panjang.
“Oii tak baik mengeluh!” tegur papanya.
“I’m saying nothing! Mama cakap dengan Icha je la, tak payah cakap dengan Jimi,” protes Najmi. Geram betul! Tunang yang disangka akan ‘back up’ dia pun berkomplot dengan mama. Papa pun sama. Apalah nasib!
Mama dan papa Najmi ketawa besar.
“Tak malu betul, dah besar panjang pun nak merajuk! Icha, tengoklah perangai bakal suami Icha nih!” kata papa dalam tawa yang masih bersisa.
Najmi diam saja. Sungguh, dia malas nak kata apa- apa lagi. Geramnya pada Alisha, rasa mahu di gigit- gigit pipi tunangnya itu! |
|
|
|
|
|
|
|
Waktu tiba di kenduri pun Najmi masih mendiamkan diri. Alisha menyedari keadaan itu dan dia merasa bersalah pula. Mama dan papa pula nampaknya tidak sedar lantaran teruja dapat bertemu kawan lama. Alisha juga tidak lupa untuk diperkenalkan kepada tuan rumah sebagai bakal menantu mereka. Mereka kemudian dipersilakan ke khemah jamuan. Majlis perkahwinan itu kelihatan sungguh meriah. Ramai tetamu yang datang menyerikan majlis dan secara kebetulan, warna tema majlis itu coklat dan emas. Najmi menyedari hal itu tapi dia diam sahaja. Malas untuk berkata apa- apa.
“Abang, warna tema dia orang coklat,” bisik Alisha pada Najmi yang duduk di sebelahnya. Najmi sekadar memandang sekeliling dan mengangguk. “Lawa,” kata Alisha lagi. Najmi selamba sahaja, mengunyah tanpa memandang Alisha. Mama dan papa enak menjamu selera sambil dilayan tuan rumah yang ramah, Tuan Haji Ramli.
Alisha diam. Malas mahu bercakap lagi apabila Najmi sendiri memeilih untuk diam. Pelik sungguh dengan perangai Najmi, semakin kuat merajuk. Haih... Sebelum ni, tak macam ni pun, desis hati Alisha.
“Tunangnya Najmi ni, namanya siapa? Kerja kat mana?” tiba- tiba Tuan Haji Ramli bertanya.
Mujur Alisha menyedari yang soalan itu ditujukan buatnya. “Saya Alisha, kerja di Menara Edison,” balas Alisha.
“Oh Menara Edison... Dekat la dengan bandar ya Alisha,” kata Tuan Haji Ramli lagi.
“Dekat pakcik,” balas Alisha. Bibirnya tak lekang dengan senyuman.
“Bila nak langsungnya ni?” pertanyaan itu dilayangkan Tuan Haji Ramli.
Najmi dan Alisha saling berpandangan. “Insya Allah, bulan 12 nanti,” jawab mama bagi pihak mereka.
“Tapi tunang abang tak sayang abang,” bisik Najmi perlahan di telinga Alisha. Bulat mata Alisha memandang Najmi.
“Apa? Betul la kan?” tanya Najmi dengan nada sarkastik.
Alisha mengetap bibir. Tengok tu, buat perangai lagi! Tadi tak cakap, sekarang dah cakap tapi cakap bukan- bukan pulak! Alisha tidak bersuara. Dia sekadar diam, malas mahu melayan. Sekarang, biar dia pula yang membisu. Geram juga, Najmi sekarang sudah pandai merajuk pula. Alisha bangun untuk membasuh tangan. Najmi ikut bangun. Alisha membiarkan sahaja, malas untuk memberi sebarang reaksi.
“Icha malas nak gaduh dengan abang,” ucap Alisha, dengan suara yang perlahan. Dia kembali ke meja makan.
“Bila masa pula abang ajak sayang gaduh?” balas Najmi. Dia menarik kerusi dan duduk disebelah Alisha.
“Jimi, Icha, dah sudah?” tiba- tiba mama Najmi bertanya. Najmi yang menjawab bagi pihak mereka.
“Abang makin kuat merajuk,” kata Alisha.
“Mana ada!” jawab Najmi. Dahinya berkerut seribu.
“Tengok, that sullen face again!” Alisha berkata.
Najmi mengeluh perlahan sebelum berkata, “Salah ke kalau abang nak bermanja dengan orang yang abang sayang?”
Mendengarkan itu, Alisha ketawa. “Tak macho la,” usik Alisha.
“Tak kisah!” balas Najmi. Mereka sama- sama ketawa kecil. Okay, truce established!
Alisha bangun dari kerusi secara tiba- tiba. Najmi pantas bertanya, “Nak pergi mana?”
“Nak manja- manja kan? Icha ambilkan air untuk abang ya,” kata Alisha lantas menuju ke kaunter minuman. Konsep majlis perkahwinan itu begitu menarik. Pelbagai makanan boleh didapati dari dua, tiga kaunter yang berlainan.
Najmi sekadar memerhatikan langkah Alisha dengan senyuman. Alahai tunangku yang manis! Bisik hati Najmi. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by anakhalal at 27-4-2011 12:21
Alisha tersentak apabila bahunya terlanggar bahu seseorang. Pantas dia mendongak untuk melihat siapakah gerangannya manusia itu. Namun sungguh dia terpaku. Tergamam dan dunia terasa sepi. Dia yang bernama Azmal Zakwan berdiri di hadapannya, tercegat memandangnya. Azmal Zakwan! Perasaan itu datang lagi, rasa sewaktu pertama kali terlihat Azmal Zakwan di Leisure Mall dulu.
Alisha! hati Azmal berbisik. Ya Allah, aku bermimpi ke ni? Alisha ada depan mata aku sekarang!
“Err... It’s you!” ucap Azmal memecahkan kepingan kaca kekagetan. Eh Alisha rasa seperti nampak pelangi keluar dari mulut Azmal!
“Yes, it’s me!” balas Alisha cuba kelihatan selamba biarpun hati sebenarnya sudah berlagu dangdut. Itu yang keluar dari mulut Alisha. Ayat yang sangat skema!
“I tak sangka jumpa you kat sini. You... Alone?” Azmal berlagak biasa juga. Pertanyaan yang dia lontarkan tersembunyi maksud yang tersirat.
“Ya, tak sangka betul jumpa you! I datang dengan my fiancée and his family,” balas Alisha. Oh hati, berdeguplah dengan tenang!
“Fiancee? Yang mana satu?” Azmal bertanya dengan latar belakang muzik di hatinya lagu sedih dan sayu. Dah bertunang rupanya. Oh hati, yang sudah tu sudahlah!
“Come, I kenalkan you dengan dia,” kata Alisha. Azmal mengangguk dan menurut.
Di satu sudut yang lain di kenduri yang sama...
“Azmal nak pergi mana pulak tu?”
“Weh, awek mana yang jalan dengan dia tu weh?”
“Mana? Mana?!”
Antara Najmi, Alisha dan Azmal Zakwan...
“Abang, kenalkan ni kawan Icha. Azmal Zakwan,” kata Alisha saat memperkenalkan Azmal kepada Najmi.
Najmi bangun sambil menghulurkan tangan untuk berjabat salam. Azmal menyambut dengan senyum ‘manis’ terukir diwajahnya. Dia ingat lagi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Najmi itu. Dia yang Azmal nampak bersama Alisha di Cold Storage.
“Abang, muka Azmal ni familiar tak?” Alisha bertanya dengan senyuman.
“Maksud?” balas Najmi, tidak mengerti. Azmal ketawa kecil. Eh, ada lagi warna pelangi tadi. Alishaaaaa!!
“Dia pun ex- UIA,” balas Alisha dengan ceria.
“Yeke? Sama batch? Kuliyyah mana?” Najmi kelihatan berminat untuk tahu.
“Engineering. Same batch,” kata Azmal. Najmi mengangguk dua, tiga kali. “Kenal la dengan Akrami?” tanya Najmi.
“Baik sangat la dengan dia!” balas Azmal ramah. Mereka berbual seketika sebelum Azmal meminta diri untuk kembali menyertai kawan- kawannya yang lain.
“Dah lama sayang kenal dia?” Najmi bertanya.
“Tak lama sangat. Kenal pun melalui Facebook,” jawab Alisha dengan jujur.
“Handsome, macam hero Hindustan,” puji Najmi.
“Tak adalah, abang lagi handsome,” balas Alisha, bersahaja. Azmal Zakwan, dia berbeza, bisik hati Alisha. Dia macam pelangi.
“Ye ke?” Najmi bertanya.
“Ye la,” jawab Alisha.
“Kira sayang bertuah la ni?” usik Najmi.
Alisha mencebik. “Ye la kot?”
Najmi membesarkan matanya. “Kenapa ada kot kat belakang?!”
“Sebab abang rupanya kuat merajuk!” kata Alisha.
“Tengoklah nanti, siapa yang merajuk,siapa yang tukang pujuk!” Najmi membalas.
“Alisha Hanif yang jadi tukang pujuk. Nasib badan!” omel Alisha. Najmi ketawa, ceria.
Azmal memandang Alisha dan Najmi dari jauh. Tidak sia- sia rupanya dia mengikut Amir, Rahman dan Abul ke majlis perkahwinan anak bos mereka itu. Siapa sangka, di sini, dia bertemu Alisha dan segala persoalan yang menghuni benaknya sudah terjawab. Jawapan yang datang dari mulut Alisha sendiri. Move on Azmal, hatinya berdetik begitu. Yes, move on. She looks happy. Mereka memang amat sepadan. Ok, go Azmal Zakwan go! |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 21
“Kau macam mana sekarang?” Abul bertanya lewat minum petang itu.
Azmal tersenyum mendengarkan soalan dari Abul itu. “Well... I’m okay,” respon dari Azmal begitu bersahaja. “Maksud kau, pasal Alisha tu kan?”
Abul mengangguk.
“Tak ada apalah. Aku dah tak rasa apa lagi dah,” kata Azmal lagi. “Lagipun diorang memang sepadan. Kau sendiri pun tengok kan?”
Abul senyum sambil menaikkan ibu jari kanannya. “Padan,” komen Abul ringkas.
“Ada jodoh aku nanti, adalah kat mana- mana,” sambung Azmal lagi.
“Kau kan ramai kawan perempuan kat Facebook, tak kan tak ada yang sesuai?” tanya Abul. Teh 3 lapis dia hirup perlahan.
Azmal ketawa kecil mendengar pertanyaan Abul. “Yang cari kut FB ni la jadi lagu ni Bul oii,” jawab Azmal. Dia terasa lucu pula mendengar pertanyaan Abul itu. Abul sama menepuk dahi sambil ketawa kecil. “Patut aku mintak mak ayah aku yang cari,” ulas Azmal lagi. Abul menggeleng.
“Jangan macam tu. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Nanti belakang hari, aku takut kau salahkan parents kau kalau terjadi apa- apa,” kata Abul.
“Nak jadi apa?” tanya Azmal. Dia faham sebenarnya tapi sengaja dia buat- buat tidak faham.
“Macam- macam boleh jadi Mal...” ringkas sahaja balasan Abul.
“Tak kenal tak cinta Bul,” kata Azmal.
“Kalau dah kenal lepas tu rasa tak suka?” Abul menguji. “Jangan terburu- buru, nanti kang kemudian hari menyesal tak sudah,” komen Abul.
“Kau rasa, aku ada potensi untuk jadi macam tu?” Azmal bertanya sambil membetulkan sandarnya. Dia memandang tepat wajah Azmal.
Abul diam seketika, kelihatan seperti sedang berfikir. “Boleh jadi pada sesiapa je Mal. Even aku,” kata Abul.
“Aku berpotensi?” Azmal menyoal lagi.
Abul menggaru kening. “Maksud kau apa?”
“Maksud aku, selama kau kenal aku, ada tak... Kualiti yang kau rasa, teruk, as a man? Aku tak tahulah macam mana nak cakap tapi rasanya kau faham kan?”
Abul ketawa. “Kenapa aku rasa kau macam gelabah?”
“Seriously, I think it is something that I need to feel worry,” balas Azmal. “I’m 28 this year and so far, I’m alone,” sambung Azmal.
“And you are fine!” Abul memberi komen.
“Am I?” balas Azmal. |
|
|
|
|
|
|
|
“Yes! Mal, this kind of relationship thingy is something that should come naturally. Let it find its own way. That’s the philosophy!” penuh yakin Abul menuturkannya dalam hanya satu nafas.
“No wonder you are still single and doing just fine,” bersahaja Azmal memerli kawannya itu. Abul ketawa besar. Terkena dengan sindiran Azmal.
“Hampeh kau!” balas Abul. Azmal ketawa. “I think its normal, for you, for us, to be single,” Abul berkata setelah diam seketika. “I mean, for a professional like us.”
“Maksud?” Azmal bertanya sambil menyuap kek lobak ke mulutnya. “I don’t think so. Mak aku dah sibuk tanya,” sambung Azmal.
“It will do you no harm to be single Mal. Atleast for now. Build your career. Career comes first,” ujar Abul.
“People started to look at me as I’m gay. Ohooo... That is not normal!” kata Azmal.
Abul membeliakkan matanya dan berkata, “And since I’m your housemate, they think I’m your partner?!”
Azmal tersenyum. “Tak nak ke bang?” sengaja dia mengeluarkan suara manja.
“Geli aku!” kutuk Abul. Dia memegang tengkuk yang terasa meremang. Azmal ketawa lagi. Aduh la, petang itu mereka memang banyak ketawa.
“Bila aku tengok Alisha dengan Najmi, aku pun rasa nak bahagia macam tu,” kata Najmi setelah usai ketawa. Abul tersengih- sengih mendengar kata- kata Azmal.
“Dok sah buat ayat sedih lagu tu la Mal oiii...” kata Abul.
“Nak buat macam mana... hati ini ingin dicintai!” balas Azmal.
“Bahagia ni datang dalam macam- macam cara la Mal. Bukan dengan ada kekasih je kau boleh rasa bahagia. Kau ni pun! Aku kena cakap dekat kat Man dengan Amir pasal ni. Kau ni dah kena sampuk nih!” kata Abul sambil berpura-pura menekan kekunci handphonenya. Azmal ketawa lagi.
“Alang- alang kau nak call Man, beritahu dia yang jamming macam biasa esok. Jangan telat!” kata Azmal.
“Patut la kau jadi macam ni, bahana tengok sinetron Indon yang luar alam tu rupanya!” kutuk Abul.
“Hah, cakap kuat lagi, Bul! Yang kerja kat sini, semuanya Indon. Diorang pakat bantai kita, baru padan dengan muka!” kata Azmal separuh berbisik. Abul ketawa sahaja.
“Don’t worry lah Mal. Orang baik macam kau ni, Insya Allah jodohnya pasti yang baik- baik juga. Cepat atau lambat je. You’re not missing your boat yet,” kata Abul setelah agak lama mereka layan perasaan.
Azmal tersengih. “Kenapa aku rasa kau macam sweet sangat hari ni Bul?”
“Jangan sesekali kau senyum dan cakap macam tu kat aku lagi!!” getus Abul pura-pura marah. Dia duduk tegak- tegak. Seriau!
Azmal ketawa, kuat- kuat. Geli hati dengan reaksi Abul. Teringat pula petikan lagu Maher Zain, “Let’s pray for a beautiful world, beautiful world I share with you...” |
|
|
|
|
|
|
|
ada n3 bru best2 |
|
|
|
|
|
|
|
sekali letak n3...
kalu free letak n3 lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 199# shahrinas
mcm mn? ok tak new n3 ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|