|
~MERGED~ Alexander The Great & Iskandar Zulkarnain
[Copy link]
|
|
Reply tinagolcsm
tak de lah gitu, cumanya aku pertikaikan source ko tu, baru berjinak ngan wiki ...
winamp05 Post at 21-7-2010 00:37
Newbie ? rasanya aku lebih tua dari ko dalam forum ni cuma aku stop guna profile aku pada hujung 2007.
wikipedia bukan untuk orang pemalas mcm ko ni ..kalau tak pasti maklumat kat witi ko rujuk la references yang diberikan.
sah ko dapat maklumat yang tepat..jangan jadi pemalas kawan. benda kat wiki 2 boleh di ubah. buku/journal yg jadi references 2
x boleh di ubah sebab penerbitan yang a cop. copyright |
|
|
|
|
|
|
|
Reply tinagolcsm .
hahaha... newbie buat cerita pulak dah, since 2007, kalau status ko sendiri ...
winamp05 Post at 22-7-2010 01:08
pemalas..kor rujuk la posting lama aku baru ko tau nick lama ku. dasar forumer bego |
|
|
|
|
|
|
|
haha Iskandar Zulqarnain abad ke 20 ialah aku hahaha just kidding tapi kalau boleh aku nak jadi la... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa alexander tu iskandar
-bandar di mesir pun namanya iskandariah/alexandaria |
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahhirahmanirrahim...
Ni ada satu sumber yg aku dapat dari sebuah kitab/buku lama,bertulisan jawi..Terbitan indonesia,tahun 70an..Apa yang akan aku tulis ni adalah terjemahanan secara ringkas yg aku dapat dr org yg mahir dlm bahasa jawi..
"Adapun raja yg bernama Dzul-karnain itu adalah warisnya juga kepada raja sulaiman dan ratu saba'.Adapun dialah (Dzul-karnain)yg telah menjalani tanah magrib hingga ke tanah naiknya matahari,dah dialah yg telah merajai sekalian alam dibawah naungan tuhan yg satu juga.Dan dialah juga yang menutup antara 2 gunung dengan dinding hitam."
ini antara terjemahan yg telah disuaikan dgn bahasa melayu kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zaharul_asriq94 at 9-11-2011 15:13
Buat pengetahuan anda semua, Alexander The Great, walaupun ada gelaran THE GREAT, tapi perangainya boleh tahan teruk. Ada yang kata beliau ni bunuh bapak sendiri, kuat merajuk (pernah merajuk 3 hari 3 malam!), suka bunuh kawan sendiri....dan banyak lagi. Namun hal yang tidak dinafikan, beliau memang seorang conqueror. Empayar Alexander sungguh luas, beliau berjaya membentuk empayar terulung ketika berusia 20an. Penakluk ketika muda, dan meninggal juga pada usia yang muda (33 tahun, Alexander meninggal)
Biodata beliau sepintas lalu:
* lahir di Eropah (lahir di Macedonia tahun 356BC)
* mati di Asia (mati di Babylon, sebelum sempat melaksanakan kempen invasion of Arabia)
* dikebumikan di Afrika (beliau disemadikan di Mesir, namun kuburnya lost in time)
Ada pendapat menyatakan beliau merupakan Zulkarnain yang disebut dalam Surah Al Kahfi.
Iskandar Zulkarnain = Alexander The Great?
Hmmm...betul ke beliau merupakan insan yang disebut dalam Quran?
Buku ini menyatakan ...
ALEXANDER THE GREAT = insan yang digelar ZULKARNAIN dalam Surah Al Kahfi
Manakala buku ini pula mengatakan ... ALEXANDER THE GREAT ≠ ZULKARNAIN dalam SURAH AL KAHFI
sumber: Cerita Perihal Alexander The Great
siapa iskandar zulkarnain ni......???
aq x rasa alexander the great of macedonia dan cyrus the great tu zulkarnain...
SEBAB:
dua2 penyembah berhala.... |
|
|
|
|
|
|
|
alex bukan iskandar..tuh jekk..same cam mask rider bukan ultraman.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 193# Kamen_rider
so apa poin ko? |
|
|
|
|
|
|
|
berhala ada macam2
-org melayu islam pun sembah brhala jugak
-bangun pagi2 penuh berhala beratur atas jalan raya, nak lalu pun susah
-tu pun syirik jugak tu |
|
|
|
|
|
|
|
siapa iskandar zulkarnain ni......???
aq x rasa alexander the great of macedonia dan cyrus the great tu zulkarnain...
SEBAB:
dua2 penyembah berhala....
Eh, ada silap tu. Mengikut catitan sejarah, Iskandar Agung memang penyembah berhala, malah mengaku anak Tuhan / Dewa & ditabal setaraf Dewa di Mesir.
Tapi Kurush Agung pula adalah pengikut ajaran Zarathustra, ajaran seperti agama wahyu lain berdasar Monotheisme (Tauhid 1 tuhan).
Tapi anutan Zarathustra asal juga akhirnya tunduk pada kepercayaan tempatan tradisi lain dengan pemujaan api (kelompok Majusi).
Setakat ini, para ilmuwan menyokong Cyrus the Great / Kurush Agung ada ciri2 Dhul-Qarnayn berbanding Iskandar Agung.
Saya lebih suka berpegang pada kajian yang ada bukti kukuh berdasarkan kajian silang sejarah sebagaimana dilakukan oleh saudara Afareez Abd Razak Al-Hafiz ... seorang huffaz, ada latarbelakang akademik agama & kajiannya didasari sumber Al-Quran, Ahadith, kitab2 samawi, kajian silang sejarah, merujuk pakar2 sejarah Islam & intelektual Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa alexander tu iskandar
-bandar di mesir pun namanya iskandariah/alexandaria
Betul tu. Ini soal pelat bahasa.
Bahasa Yunani (Greek) = Aléxandros o Mégas
Bahasa Arab / Parsi / Urdu / Melayu = Iskandar
Bahasa Inggeris = Alexander the Great
Bahasa Russia = Aleksandr
Tapi apa pun, tak membuktikan Iskandar Agung itu sama dengan Dhul-Qarnayn dalam Quran. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 197# robotech
Cyrus The Great Zulkarnain? Macam mana pulak dengan ni....
Sebaik saja Cyrus the Great takluk Babylon pada 539SM,beliau telah keluarkan satu manuskrip yang diukir dengan bahasa Babylon atas satu piring tanah liat yang beliau namakan sebagai 'Dokumen Pengumuman Hak-hak Manusia'.Piring ni dijumpai pada 1679 di daerah Aur & kini tersimpan di Muzium British,London.Manuskrip ni tertulis:
"Akulah Kaurasyh Raja Dunia,Raja Agung,Raja Perkasa,Raja Babylon,Raja Sumar & Akid,Raja 4 penjuru alam anak Kompes raja Agung,Raja Ansyan....aku telah memasuki 'Tintin,Babylon tanpa berperang atau diserang maka umat menerima perkhabaran berita gembira dengan kedatanganku.
Lalu akupun duduk di istana Sultan &"Mardok" itu adalah Tuhan yang Agung.Hati-hati manusia terikat denganku kerana aku sering sibuk memuji-mujinya (Tuhan Mardok).
Tenteraku yang hebat memasuki Kota Babylon dengan begitu mudah.
Dan aku tidak akan benarkan sesiapapun menyebarkan ketakutan &kegerunan dibumi Sumar & Akid ini yang akan menjejaskan situasi dalaman di Babylon serta tempat-tempatnya yang suci.
Sebab itulah maka aku terpaksa memulihkan situasi ini.Penduduk-penduduknya telah datang dibawah perlindunganku menyampaikan harapan mereka.Akhirnya,mereka dapat membebaskan diri dari kerapuhan orang-orang yang ingkar.Bahkan aku telah menjatuhkan hukuman dengan merobohkan rumah-rumah mereka"
Maka dengan itu,aku telah tamatkan kemurkaan tuhan segala tuhan dengan perintah Mardok,Tuhan yang Agung".
Sumber:
Perihal Zulkarnain dalam Buku Khair Ramadhan Yusof |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 195# sekngucing
jgn nk merapu kat sini pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|