|
Didie Alias difitnah Julia Ziegler?(Update terkini page 8)
[Copy link]
|
|
Dolu die nih intim ngan Yusry kan tapi tak berpanjangan
deadpool1119 Post at 28-9-2011 12:17
mayb sbb mental yg mek sam citer tuh noks |
|
|
|
|
|
|
|
mental rupenye...cesss..ingatkan ape... |
|
|
|
|
|
|
|
Julia Ziegler Tuntut Didie Alias Mohon Maaf
Oleh KEMALIA OTHMAN Julia Ziegler
PETALING JAYA: Aktres Julia Ziegler menuntut pengacara Didie Alias untuk melalukan permohonan maaf kerana membuat tuduhan tidak benar kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang jurugambar yang terlibat dalam penggambaran drama Noktah Erna, dua tahun lalu.
Julia berkata, dia mahu Didie berhenti menyebarkan cerita tersebut kerana perbuatan itu benar-benar menjejaskan nama baiknya sebagai seorang pelakon.
“Cerita ini dua tahun lalu dah heboh tetapi ia hanya dibualkan di kalangan orang produksi sahaja. Tapi yang membuatkan saya marah apabila ia masih lagi diperkatakan orang termasuklah disebut-sebut lagi oleh seorang pengacara baru.
“Saya memang sengaja memberi peringatan kepadanya (Didie) agar tidak terus membesarkan cerita ini walaupun dia lebih senior dalam dunia hiburan tapi saya mahu dia menghormati saya,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Dalam sebuah rancangan hiburan minggu lalu, Julia Ziegler membuat dakwaan dengan mengatakan Didie Alias telah memfitnahnya tidur dengan seorang jurukamera ketika penggambaran drama Noktah Erna.
Sementara itu, dalam laporan mStar Online Selasa, Didie Alias menafikan tuduhan Julia Ziegler itu.
Tambah Julia, khabar angin tersebut sememangnya memberi kesan kepada dia dan keluarga serta menjejaskan maruahnya.
“Saya tidak buat perkara tersebut tapi macam-macam cerita saya dengar tentang saya. Sebagai perempuan sudah tentu saya tidak mahu dilabel sebagai perempuan murahan.
“Saya juga ingin kahwin satu hari nanti, saya tak mahu nanti keluarga suami saya berfikir yang tidak baik tentang saya,” katanya.
Julia memberitahu, Didie yang bertugas sebagai Pengurus Produksi untuk projek drama berkenaan juga gagal menjelaskan bayaran sewa kereta miliknya yang digunakan untuk penggambaran drama berkenaan.
Katanya sebagai Pengurus Produksi Didie telah dipertanggungjawab dalam urusan tersebut tetapi dia tidak menjelaskan bayaran sebagai mana yang dijanjikan walaupun puas diminta.
“Saya dah banyak kali hubungi dia dan suaminya untuk selesaikan perkara ini, namun tidak ada sebarang respons daripada mereka,” katanya kesal.
Tidak akan mohon maaf – Didie Alias
Sementara itu, Didie Alias yang dihubungi berkata tidak sesekali akan memohon maaf kepada aktres tersebut.
Ini kerana menurut Didie dia tidak langsung ada kaitan dengan isu fitnah berkenaan dan enggan terkait dengan sebarang kontroversi murahan yang dicipta oleh pelakon Jangan Tegur itu.
"Kenapa saya perlu minta maaf kepada dia atas perkara tersebut dan siapa dia untuk saya minta maaf?,
"Apa yang dia cakap semua tidak betul langsung. Kalau betul pun hanya dia sahaja yang tahu sebab setahu saya, cerita itu tidak pernah dikecohkan orang pun sebelum ini," katanya.
Tambah Didie, dia kesal dengan tuduhan tersebut yang seperti cuba mencalarkan imejnya sebagai pengacara popular.
"Kenapa baru sekarang dia ingin timbulkan kontroversi ini di saat saya berada di tempat yang selesa dalam industri ini?
"Kenapa tidak beberapa tahun dulu ketika saya susah dan tiada kepentingan langsung dalam industri, dia bagai cuba meraih publisiti murahan," tuturnya.
Dalam pada itu, Didie turut menafikan dakwaan mempunyai hutang tertunggak dengan pelakon tersebut.
"Bila masa saya berhutang dengan dia? Hutang yang dia tuntut itu adalah hutang dia bersama pihak produksi drama tersebut dan bukan dengan saya," katanya.
Credit to : Mstar.com.my
p/s makin hangat!!! Panas!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam cit-cat azwan ke Cerita Artis Malaysia ke ntah..terbongkar citer eksiden ni..rasanya dia eksiden kat MRR2 (hulu kelang dkt2 dgn zoo ke manatah..tp area h.kelang..aku pn igt2 lupa!!!) kiranya dulu dia nih kaki bersosial gak lar!!!lepas eksiden tu dia terus brubah jadi baik a.k.a tobat kut. Tapi tu la kesan dr insiden tu dia ada ting tong sikit...kesiankan!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Julia Ziegler Tuntut Didie Alias Mohon Maaf
Oleh KEMALIA OTHMAN Julia Zie ...
xanderz Post at 29-9-2011 15:03
mak aii..rambut didie masih terpacak ke? mau berdarah jari aku kalau sentuh rambut dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
alahhhh...maaf memaafkan jelah..cam sengaja nak panjang2kan...hebatkan lakonan dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Haku admire Didie ni. Mak yg sgt2 bekerja keras untuk menyara anak. I salute you kak Didie. Semoga masa depanmu lebih bersinar2. Ignore jah artis2 tempelan yg duk bukak citer yg mengaibkan diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
so sapa yang benar? sapa yang berdusta? |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu...tak yah gaduh gaduh la ..tak best la macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Jia ni baik je org dia..peramah..jenis x pilih bulu kalau berkawan..family pun jenis ramah..tp now x sure die mcm mane..dah tak jumpe lps die accident..hope semua nye ok la..coz she's really nice n cantik sgt
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
popular sgt ke didie ni as pengacara?aku tertgk dia jadi pengacara kalau berani gameshow bodoh kat asteruk tu cam ntah pape je :re: |
|
|
|
|
|
|
|
lepas satu satu . bukan benci malah bukan kipas susah mati DD mahupun JZ. haha. |
|
|
|
|
|
|
|
pemes la kot dari dira kt melodi
chewan Post at 29-9-2011 23:03
so?ada masalah ke kalo dira tak popular?:re: |
|
|
|
|
|
|
|
so?ada masalah ke kalo dira tak popular?
UnaHusna Post at 29-9-2011 23:06
xde la masalah...ada nmpk mslh ker |
|
|
|
|
|
|
|
O rupenye Julia Ziegler ni mmg mental sikit ke?...baru aku tahu...{:1_126:} |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by eyradanira at 30-9-2011 08:10
Lanjutan daripada penjelasan Julia Ziegler semalam, OHBULAN! telah menghubungi Didie Alias bagi mendapatkan kepastian mengenai artikel “Didie Alias Tak Hargai Saya” – Julia Ziegler.
“Apa yang saya tahu, pada waktu itu sudah lewat malam dan saya tidak membenarkan dia keluar seorang diri. Sebagai pengurus produksi, saya tidak mahu ada apa-apa yang berlaku pada Julia kerana saya adalah orang yang bertanggungjawab terhadap semua kru yang berada di set penggambaran.”
Didie turut menjelaskan bagaimana isu ini boleh tercetus.
“Dia yang menjaja cerita sendiri, saya tidak pernah menyebarkan fitnah tentang dia. Dan pada waktu itu, dia berkata dia mahu berjumpa dengan kawannya, bukan ibunya yang sedang sakit seperti yang diberitahu.”
“Kalau betul dia mahu melawat ibunya yang sedang sakit, saya akan benarkan. Saya sendiri ada ibu dan saya tahu perasaannya. Takkanlah saya tidak benarkan dia keluar semata-mata untuk penggambaran.” ujar hos rancangan “1 VS 0″ itu.
Ditanya jika dia akan meminta maaf pada Julia Ziegler, Didie menjawab,
“Kenapa saya perlu minta maaf pada Julia? Sedangkan saya sendiri tidak tahu menahu mengenai isu ini sehinggalah tersebar cerita melalui rancangan hiburan yang disiarkan minggu lepas.” |
|
|
|
|
|
|
|
jap2..
aritu ada JZ nih dalam game show 1 vs 0 kan.. rasanya game tu dalam tahun lps kot.. ke taun nih.. pastu shooting drama tu plak dah2 thn lps, means masa JZ jumpa DD kat game tu derang baik jelah kan, klo tak, takkan la JZ nak join game tu
so klo betul la cite tu betul, DD maybe tercite kat sesapa.. JZ yg terdengar pon naik giler laaa, teros la bukak pekung sendiri kat sume org
camtu kot ekk citenyee... |
|
|
|
|
|
|
| |
|