CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Siti_ViPs

[HIJAB]Sixth Sense - Misteri Deria Ke-Enam

[Copy link]
Post time 3-4-2013 05:51 PM | Show all posts
Siti,
Tak sabar makcik nak tunggu citer selanjutnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 05:53 PM | Show all posts
Seronok juga baca pengalaman TT nie..tapi apa yang saya heran ialah..majoriti orang pompuan yang banyak kelebihan "six sense" ni kan? Orang lelaki jarang ada..... Dulu saya ada sedikit kelebihan tapi saya dah tak ambil pot langsung dah sekarang nih....Tenang hidup...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2013 06:29 PM | Show all posts
ini link ke fb sy..sb sy private kan fb. nnt bgtau sy dulu sblum sy app..tq

http://www.facebook.com/siti.vips?fref=ts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2013 06:32 PM | Show all posts
haritu aku ade pergi join paranormal aktiviti kan?? so aku copy paste je la apa ulasan aku time tu.. meh baca kat bawah ni

ini ulasan aku atas aktiviti sabtu minggu lepas. ok, mula-mula pergi ke kawasan rumah tu aku explore la. tak ada rasa apa yang pelik kat dalam tu. tapi kat luar tu dah start rasa pelik. time kmpul ramai-ramai kat luar tu husaini de tanya aku ape yang aku nmpak. time tu aku membelakangi rumah tu. sebelah kiri aku gelap. gelap penuh asap hitam & ada cahaya-cahaya. kalau sebelah kanan tu malam yang biasa. aku bagitau dia sebelah kiri ada sesuatu tapi tak tahu apa.

malam tu aku diberi parabolic sound (macamni ke eja? tak tau..hahahaha) so berbekal kan benda ni aku masuk dalam tu buat kajian bersama kak anna dan vierra. kak anna pegang cam 3 tak silap vierra pegang cam 2. kami berpecah check. aku tak nampak apa-apa yang pelik. sebelum masuk aku dimaklumkan pihak WPT sudah nampak kemunculan makhluk-makhluk tersebut. yang aku rimas pakai parabolic ni sb benda bising. bising tu setakat bunyi cengkerik boleh tahan lagi. tp bunyi macam rosak smpai sakit telinga. mula-mula tu ok je tp dah masuk kat bilik first yang ada tilam tu telinga aku sakit dengar guna parabolic tu. aku off kejap. tiba-tiba kat bilik tu aku sendawa. if aku sendawa ada maksud
1) ada angin dlm badan
2) ada makhluk lain

pastu aku dengar suara orang menangis sayu. ikut keadaan bilik tu rasa macam dihuni oleh seseorang yg ada masalah. tp aku tak pasti bunyi tu betul ke tak sb satu masalah pada haritu.. bising. tak tahu ade konsert ke ceramah ke malam tu. pastu kat tengah-tengah tu bau hamis & macam nak muntah.

lagi satu, aku ade bagitau RB yang aku nampak rumah kat belakang tu. dia cakap mana ada rumah kat situ. tapi aku betul-betul mmg boleh nmpak. macam perkampungan. ada rumah kat sebelah sana. bila vierra jumpa pintu belakang tu kami pergi apa yang ada semua hutan dengan tanah yang macam dicangkul. mungkin tempat kubur lama tu. kat dalam tu memang dah meremang. tp tak ada pulak rumah tu. Mungkin semua orang tak percaya apa yang aku nampak. aku ade bagitau Wong ape yang aku nampak & dia pun nampak kawasan tu. means apa yang aku nampak tu betul la. tak tau la orang lain pun ada nampak ke tak.

aku difahamkan mereka nampak nenek kat situ. buat pengetahuan, malam tu on the way balik aku macam nmpak kelibat tu. tp aku abaikan je la.. pastu besok tu aku kene ganggu dlm KTM.. aku asyik pergi 2 kali stesen yg sama. mmg tempat yg sama. cuma org yg berlainan turun.. smpai seremban aku call family suruh ambil. biasa perjalanan dari KL ke seremban sejam lebih. haritu jadi 3 jam kot. sb asyik pergi stesen yg sama. terima kasih pada kawan-kawan yang sudi temankan aku sepanjang perjalanan balik tu. tak bagi aku leka. thanks to my family sb datang ambil. kalau tak, aku tak tau akan balik ke tak.

alhamdulillah harini ni rasa gatal-gatal kat badan tu dah hilang. tapi apa yang aku boleh cakap mmg seronok la. cuma kalau tak biasa macam aku ni kena la tahan dgn gangguan..huhuhu.. thanks to WPT coz sudi pelawa..hehehe.. ada masa boleh la join lagi. ni ape pengalaman aku malam tu. TQ



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2013 06:36 PM | Show all posts
satu lagi pengalaman aku yang aku tak faham.. sejak dua menjak ni.. first haritu aku boleh nampak orang yang dah meninggal dunia depan mata aku.. dia jalan melalui aku. terperanjat aku.. dua ke tiga hari jugak aku nampak. dia asyik lalu-lalu je depan aku. setahu aku orang dah meninggal mana boleh balik sini semula.. tu ape yang aku faham. rupa-rupanya ada orang nak menyewa rumah dia yang dah ditinggal lama..

dua hari yang lepas aku pergi la rumah orang tu. tengok-tengok. belum ada orang duduk lagi. tiba-tiba aku dengar suara macam perempuan punya suara. cakap camni..

"jangan.. jangan.. jangan... )&(#&&("

aku tak tau jangan apa sebab aku tak dengar. aku terus larikan diri dari rumah tu. aku takut mereka tak bagi aku dekat.. aku suruh ayah ku bukak lampu kat rumah tu malam-malam. sebab rumah tu dekat dengan rumah aku kan.. so, kebetulan pulak tu saudara jauh. jadi ayah aku ade pegang kunci rumah dia.. so, stp malam bukak lampu kat rumah tu. bagi terang. lepastu dah tak ada gangguan lagi dah. aku pelik betul. tapi kehidupan mesti dijalankan seperti biasa kan.



Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 06:38 PM | Show all posts
best cite engko nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-4-2013 06:52 PM | Show all posts
ada lagi beberapa pengalaman yang pelik yang akan dikongsi..tunggu ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka bc citer adik TT...akak mmg minat bc citer mistik...tp, penakut tuu ada jg ...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Psstt....akak ada add fb siti tau...akak pny profile name, Sha Lee..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 09:44 PM | Show all posts
Siti_ViPs posted on 3-4-2013 06:52 PM
ada lagi beberapa pengalaman yang pelik yang akan dikongsi..tunggu ye

Memandangkan PR dah  dekat, mohon scan Pak Najib, Nik Aziz, Lim Guan Eng dan Pak Anwar.
Pas tu wat ranking sapa paling bagus aura nya.
Aku pegundi atas pagar, tatau nak undi sapa nih....tolong weii
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum..tt,toet ade add fb tt..name aini_nabihah..nk bkwn blh kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 10:21 PM | Show all posts
Siti_ViPs posted on 2-4-2013 06:58 PM
Degree in Office System Management

la tt kos OS rupanya. kos lama sy dulu. huhu.

tapi sekarang dah tukar lahhh.. sebab tak nak duduk puncak alam punya pasal.  and masih merangkap junior/student kat main campus.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 10:31 PM | Show all posts
Siti_ViPs posted on 3-4-2013 12:37 AM
hehehehe.. kene kuatkan iman..tu yg org bgtau pada sy..

high five gak..ehehehehe...

hehe. betol betol. tapi mungkin saya yang makin lama makin taknak amik kesah tentang benda benda cenggini. dah jadi malas. tapi certain masa tu ada jugak ter'encounter' benda benda pelik. but most of the time buat bodo dan tak pedulik dah. sampai satu saat bile terfikir lik, eh eh, aku masih available ke ngan sumer tu? haha. hidup...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2013 11:05 PM | Show all posts
ok, kalini aku nak bercerita dengan satu mimpi pelik.. mimpi ni memang pelik la.. aku tak tau maksud mimpi ni..sape2 boleh tolong, nanti tolong bagitau aku ape maksud mimpi yang aku nak cite jap lagi ni..terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 11:52 PM | Show all posts
Siti_ViPs posted on 3-4-2013 11:05 PM
ok, kalini aku nak bercerita dengan satu mimpi pelik.. mimpi ni memang pelik la.. aku tak tau maksud ...

TT, awakkalau tengok gambar boleh scan kan?...cube scan gambar dalam profile saya tuh..Gambar kawan tu....ambik gambar dia....bagi tau jer dalam  forum nie, tak der hal nyer....Boleh ek?...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2013 12:10 AM | Show all posts
Luckman posted on 3-4-2013 11:52 PM
TT, awakkalau tengok gambar boleh scan kan?...cube scan gambar dalam profile saya tuh..Gambar kawa ...

profile yang mana/?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2013 12:29 AM | Show all posts
Mimpi ni aku dapat dari umur 8 tahun.. mimpi ni macam ni.. aku dulu kecik-kecik bukan family yang jaga.. arwah atuk & nenek yang jaga. jadi aku sangat dahagakan kasih syg family.. mak, ayah, adik-adik. aku anak sulung. mana tahu kehadiran aku kurang diterima. aku dianggap macam orang luar.. sangat teruk. kadang-kadang aku rasa aku ni anak pungut.. aku dipukul, dicekik, tumbuk, kena angkat hempas kat dinding, cakakp je ape, lastik, batu, tali pinggang, hanger, rotan, tongkat semua aku pernah kena.. setiap hari aku nangis, nangis & nangis. bagi aku, kebahagiaan tu memang dah tak ada. setiap hari aku habiskan masa aku menangis berharap akan ada sinar dalam hidup ini.

tak lama lepastu atuk meninggal. lagi la aku rasa hidup sengsara.. aku dah hilang orang yang sayang aku.. sangat sedih. aku menangis, menangis dan terus menangis. aku start mula hidup dengan family. tapi tu umpama mimpi buruk dekat aku. sampai lah aku dapat satu mimpi. mimpi tu macamni:

ada suara bercakap dengan aku.. "jangan menangis, jangan sedih, berhenti. kesedihan akan hilang. ingat ni...." lepas tu muncul no 26..byk kali muncul 26 tu.. tp aku wat hirau tak hirau.. esoknya aku mimpi lagi..  mimpi yang sama. aku dah rasa pelik sikit tapi mimpi mainan tido. so, aku abaikan nya. sekali lagi aku dapat mimpi tu. hurmmmmm aku dah mula berfikir, ada yang tak kena ke dengan no 26 tu. lepastu mimpi tu stop sekejap je, ade sambungan mimpi tu.

beberapa hari lepastu aku dapat mimpi lain pulak, dengar suara lagi:

akan ada seorang lelaki, dia luaran nampak biasa saja. tapi dalaman dia sangat baik. bukan macam orang biasa. .then nombor 26 tu muncul lagi. muncul dan terus muncul... suara tu bersuara lagi:
"hari lahirmu dibahagi dua" carilah.. carilah...
pastu aku terbangun dari tidur. aku terus duduk dan berfikir.. 26... harilahir ku dibahagi dua. aku mula mengkaji.. tarikh lahirku 26/8 jadi 8 tu aku bahagi dua.. sama dengan 4.. jadi itu adalah tarikh. 26/4.. aku terus termenung lagi.. kalau no 8 kita bahagi dua means potong dua sama dengan 3.. mungkin jugak 26/3... sape orang tu?? kenapa kena cari????  lepastu ada satu situasi muncul. macam satu tempat makan. sorang laki, senyuman & suara dia. aku sangat ingat. esoknya aku anggap tu sekali lagi mainan tidur.

lepas daritu aku dah tak mimpi lagi. aku pun dah lupa macam mana rupa orang tu. aku pun dah tak ingat apa-apa lagi. lama jugak la. lepastu aku ada baca horoskop. sebab aku virgo. masa tu horoskop tu tulis aku sesuai dengan orang yang berbintang Taurus. tiba-tiba aku teringat tarikh 26/3 & 26/4 tu. bila tengok balik tarikh 26/4 tu jatuh dalam bintang Taurus. tau bila aku dapat tau badan aku menggigil. aku dah tak ingat rupa tu. mimpi tu suruh aku cari orang macamni. sejak dari haritu aku mencari pemilik mimpi ni. kenapa dia datang.. lepastu aku ade mimpi lagi tapi kalini babak2 aneh..

nanti aku sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 01:37 AM | Show all posts
Siti_ViPs posted on 3-4-2013 06:29 PM
ini link ke fb sy..sb sy private kan fb. nnt bgtau sy dulu sblum sy app..tq

http://www.facebook.c ...

minat aku baca cite ko... aku baru je add ko...  nanti aku PM nama facebook aku...

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Misteri tul laa mimpi siti...
Agaknya tu jodoh siti kot...ehhh..!!! Siti dah kawen blom...???
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 09:40 AM | Show all posts
actually klu uols obses sgt nak tgk aura2 nih tak payahlah sesusah sgt .. pg jer national science ctre kat bukit kiara nun, mmg ada alatnyalah utk tgk ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.111720 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list