CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lejen

[Dunia] Sebenarnya tiada konsep zero-interest di perbankan Islam

[Copy link]
Post time 21-6-2013 09:49 AM | Show all posts
Muntz posted on 21-6-2013 07:28 AM
Last2 dia akan suruh kita cari lebih byk ilmu... gittew...

Kenyang makan duit upah bank kot? Sebab tu bila orang argue elok2 pun, dia tetap suka nak angkat2 suara dan marah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2013 09:53 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 21-6-2013 09:30 AM
makna kata, prioriti bank adalah utk bisnes bukannya utk membantu org dalam kesusahan
bank bua ...

tak juga...kalu xsilap bank xleh ada aset yaitu aset kekal(betulkan kalu salah).....kalu buat rumah byk2 nnt jd aset pulak

fungsi bank adalah tabung yg mengurus wang keluar masuk cth bank membantu umah malaysia membeli rumah juta2....beli kereta kerana mustahil umah malaysia akan bole beli rumah kereta yg harga puloh ribu ratus ribu secara direct dari pemaju rumah dan syrkat proton

oleh itu tujuaan utama adalah membantu umah malaysia yg miskin dan kedua adalah bisnes
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 09:58 AM | Show all posts
http://syafiqe.wordpress.com/200 ... lam-secara-ringkas/

DEFINISI SISTEM PERBANKAN ISLAM

Istilah perbankan adalah kata terbitan daripada perkataan ‘bank’. Perkataan bank berasal daripada perkataan Itali iaitu ‘banco‘ yang beerti kepingan papan tempat meletak buku atau sejenis meja iaitu ‘bench‘. Bank juga didefinisikan sebagai institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman dan terimaan bil pertukaran. Qamus al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam pula menyatakan bank sebagai tempat untuk meletakkan harta bagi tujuan pekerjaan tertentu di bawah penyelenggaraan yang khusus.

Manakala perbankan Islam pula boleh didefinisikan sebagai perbankan yang selaras dengan sistem nilai dan etos Islam. Dengan kata lain, ia merupakan institusi yang diwujudkan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bank khususnya kepada umat Islam yang berlandaskan syarak. Ini bermakna, perbankan Islam bermaksud pelaksanaan operasi perbankan yang berlandas prinsip yang ditetapkan Islam. Ia juga merupakan instisusi kewangan yang berobjektif untuk mengimplementasikan prinsip ekonomi dan kewangan Islam dalam arena perbankan.

Sistem perbankan Islam pula bermaksud satu rangka kerja institusi perbankan dan kewangan yang prinsip perjalanan dan amalannya berdasarkan kepada Syariah untuk merealisasikan keadilan dalam pengagihan kekayaan dan pendapatan. Secara lebih ditil, ia sebagai suatu sistem perbankan yang prinsip perjalanan dan amalannya berlandaskan hukum Islam atau di dalam bahasa Arab disebut sebagai Syariah. Ini bererti segala operasi yang terdapat di dalam bank samaada penyimpanan wang mahupun urusan pinjaman dilakukan berlandaskan hukum Syariah. Penggunaan prinsip ini juga meliputi transaksi bank yang lain seperti urusan kiriman wang, surat jaminan, surat kredit, tukaran wang asing dan sebagainya.

KONSEP ASAS SISTEM PERBANKAN ISLAM

Meskipun di dalam Islam istilah bank tidak wujud, tetapi ini tidak bermakna institusi perbankan tidak diiktiraf di dalam Islam. Prinsipnya bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telahpun dijelaskan secara umum di dalam al-Quran dan Sunnah lebih daripada 1400 tahun yang lalu iaitu melalui pengharaman riba’. Penulis berpandangan, Islam telahpun memberi satu panduan khusus berkaitan dengan sistem perbankan Islam meskipun tidak secara khusus. Jika diamati, dengan turunnya ayat tentang pengharaman riba’, ia merupakan perintis bagi membolehkan perbankan Islam lebih berkembang dari masa ke semasa sehingga membawa pembaharuan hasil daripada modifikasi yang lebih dinamik dan tersusun.

Malah ketika zaman perkembangan Islam, Baitulmal telah dijadikan sebagai satu institusi yang mengurus harta dan kewangan masyarakat ketika itu. Sejarah Islam juga membuktikan bahawa Rasullulah s.a.w telah dianggap sebagai di kalangan masyarakat ketika itu dengan mempraktikkan amalan al-Wadiah. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w sebelum diutus menjadi Rasul dikatakan sebagai seorang yang terkenal dengan kejujurannya (al-Amin). Oleh itu, Baginda masih menyimpan segala harta yang diberi orang ramai sehinggalah saat akhir sebelum berangkat dari Makkah ke Madinah dan melantik Saidina Ali untuk memulangkan segala simpanan itu pada tuannya.

Namun yang jelas, konsep sistem perbankan Islam adalah merupakan suatu penglibatan secara langsung dengan amalan kewangan tetapi ia adalah berdasarkan Syariah Islam dan menggunakan kaedah-kaedah Fiqh. Secara mudah, antara prinsip Islam yang perlu dipatuhi ialah penghapusan riba, larangan sebarang bentuk gharar, larangan perjudian, fokus kepada aktiviti dan komoditi yang halal dan menumpukan kepada konsep keadilan. Sobri Salamon pula menggariskan tujuh prinsip dan konsep utama sistem perbankan Islam iaitu Allah sebagai pemilik mutlak, manusia sebagai khalifah, integrasi nilai akhlak, penghapusan riba, perkongsian untung, bersikap positif terhadap ekonomi dan mengeluarkan zakat.

Oleh itu, meskipun sistem perbankan Islam dikatakan terikat dengan konsep-konsep seperti disebut di atas, namun ia masih lagi menawarkan servis-servis seperti ditawarkan perbankan konvensional seperti deposit, kemudahan kredit (credit facilities), pindahan wang (fund transfer) dan sebagainya. Namun apa yang membezakan ialah sistem perkongsian untung rugi menjadi alternatif kepada sistem perbankan konvensional yang berasaskan kepada riba’.

Secara teorinya, mekanisme utama dalam sistem perbankan Islam yang berasaskan perkongsian untung rugi tersebut ialah mudarabah (profit sharing) dan syarikah atau musyarakah (partnership) yang merupakan dua bentuk akad usahasama. Selain itu, metode lain bagi menggantikan riba’ dalam sistem perbankan Islam antara lain ialah seperti al-Ijarah (leasing), sewa beli (al-Ijarah thumma al-Bay’), al-Bay’ Bithaman Ajil (BBA) dan al-Murabahah (mark-up).

Oleh itu jika diamati, sekiranya kemudahan dan servis perbankan konvensional menghasilkan hubungan ‘pemiutang-penghutang’ (lender-borrower), namun dalam perbankan Islam hubungan antara bank dan pelanggan adalah sama ada ‘penjual-pembeli’(seller-buyer), ‘penyewa-menyewa’ (lessor-lesse) dan ‘pembiaya-pengusaha’ (financier-entrepreneur).

Oleh demikian, penggantian sistem urusan bank dan kewangan konvensional yang berasaskan kepada riba kepada sistem berasaskan perkongsian untung rugi bukan sahaja menggantikannya daripada sudut teknikal tetapi ia juga menggunakan mekanisme pembiayaan yang sesuai dengan keperluan Syariah dan masyarakat Islam. Ini kerana penubuhan bank konventional hanyalah semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan sedangkan konsep dan objektif penubuhan perbankan Islam berdasarkan dua faktor utama iaitu faktor agama dan faktor keuntungan.

Oleh itu, sistem perbankan Islam yang komprehensif bukan sahaja menumpukan kepada aspek larangan riba tetapi ia juga perlu meliputi aspek perundangan, prosedur dan instrumen yang akan menjadi asas untuk mencapai keadilan dan kesaksamaan. Dengan kata lain, sistem perbankan Islam akan menjadi satu sistem yang lengkap hanya apabila ia memiliki undang-undang Syariahnya yang tersendiri meliputi seluruh spektrum dalam perbankan.

~ agak2nya menepati tak ciri2 perbankan Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 09:59 AM | Show all posts
menumpukan kepada konsep keadilan.


hat ni yg banyak dilupakan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 10:03 AM | Show all posts
tamarSusu posted on 21-6-2013 09:53 AM
tak juga...kalu xsilap bank xleh ada aset yaitu aset kekal(betulkan kalu salah).....kalu ...
oleh itu tujuaan utama adalah membantu umah malaysia yg miskin dan kedua adalah bisnes

masalahnya sekarang ni, bisnes dulu baru tolong
tabung haji lain ek?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 11:51 AM | Show all posts
dah sampai masa bank gunakan emas sebagai sebahagian dr pembiayaan bukannya jual emas secara maya

drpd dok kira harga rumah berapa lagi 5 tahun

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2013 09:24 PM | Show all posts
Nampak sangat geng2 punaisiat ni macam nak menipu tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 09:56 PM | Show all posts
Bila baca thread ni, tetiba teringat forumer Gemukkkkkk.

Mana la dia pi.. Lama menyepi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2013 10:11 PM | Show all posts
@chenta_dewi  
kalau rumah dikatakan kadar keuntungan yang tinggi kena faham...

katakan rumah tu sekarang rm200,000.00

perlu sedar harga rumah semakin hari semaking meningkat...katakan 20 tahun lagi rumah tu jadi 400,000.00.. jadi perbankan islam takkan ba
gi end of 20th year nilai lum sum tu 200,000 sebaliknya 400,000...bank ni besar pekerja banyak ..ada la cara standard depa kaji berapa harga rumah tu 20 tahun akan datang..so loan dia adalah 400,000 sbb harga rumah pada 20 tahun akan datang

so kebanyakan rungutan ni datang dr pembeli rumah sebenarnya...

at least kadarnya tetap...tak berubah2 macam bank konvensional

Keta Prevayyfrghttt masa beli rege RM70K.
Jika kira secara logiknya, nilai semasa keta Prevayyfrghttt untuk 9 tahun kehadapan.... mesti naik mencanak-canak kann? kann? kann?

Sebab bila kita himpun balik, rupanya kita dah bayar lebih dari RM70K kat bank.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 10:15 PM | Show all posts
tigapersen posted on 21-6-2013 09:56 PM
Bila baca thread ni, tetiba teringat forumer Gemukkkkkk.

Mana la dia pi.. Lama menyepi..

Tak penah dengar pun nick tu. Zaman bila punya member tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tamarSusu posted on 19-6-2013 04:56 AM
seblum nk jawab soklan senang ko.....jwb soklan aku dulu

1)hadis soheh mana melarang amik unt ...

Dan hadis soheh yg lobai perbankan isele dok gunapakai konsep time value of money ciptaan yehudi laknatullah ialah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai posted on 20-6-2013 11:44 PM
Tau takpe. Taktik menipu tuhan ni bukan orang syiah je yang pandai, orang punaisiat syariah pun pa ...

Contoh:
kadar untung 10% setahun.

org persoalkan kenapa kadar untung itu dipaksikan kepada 'setahun'....

dia dok konar pada kadar 10%...  Punai sunggoh
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 10:53 PM | Show all posts
dragger posted on 18-6-2013 12:46 PM
dah dari mane bank tu nak dptkan keuntungan kalau bukan daripada interest ni?

takpun bank ada buk ...

tahu xpe...kalau xpuas hati jgn meminjam...buat or beli guna cash...tu pun kalau mampu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 11:28 PM | Show all posts
ada la cara standard depa kaji berapa harga rumah tu 20 tahun akan datang..so loan dia adalah 400,000 sbb harga rumah pada 20 tahun akan datang


Kiranya penetapan harga itu hanyalah spekulatif?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2013 08:33 AM | Show all posts
kasibiman posted on 21-6-2013 10:22 PM
Dan hadis soheh yg lobai perbankan isele dok gunapakai konsep time value of money ciptaan yehudi l ...

konsep haul/tahunan dlm pengiraan zakat utk umat islem
bukan yehudi sajo yg guna konsep time value of money......

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2013 08:46 AM | Show all posts
tamarSusu posted on 22-6-2013 08:33 AM
konsep haul/tahunan dlm pengiraan zakat utk umat islem
bukan yehudi sajo yg guna konsep time valu ...

bukan pengiraan berdasarkan kewangan tahunan ka?
yg ni siap2 dah anggap kenaikan 10% setahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2013 09:14 AM | Show all posts
pada asasnya, ia merupakan tolong menolong antara satu sama lain.

umah tidak cukup cash untuk membeli harta/barang yang berpuluh2/ratus/juta ringgit.

untuk merealisasikannya, badan dana/bank diwujudkan.

dalam masa yg sama bank juga perlu keuntungan untuk terus beroperasi.

pada prinsipnya, bank perlu adil, tidak menindas dan tidak mengambil keuntungan berlebihan.

masalahnya, adakah perbankan islam ni betul2 mngikut  prinsip syariah yang ditetapakn dalam Islam? ni yg meragukan bnyak pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2013 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
tamarSusu posted on 22-6-2013 08:33 AM
konsep haul/tahunan dlm pengiraan zakat utk umat islem
bukan yehudi sajo yg guna konsep time valu ...

Ohhh...
terima kasih utk pencerahan.

fiqh utk zakat tetiba asas utk perbankan isele?

takbirrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2013 12:33 PM | Show all posts
airfilterkotor posted on 21-6-2013 10:11 PM
@chenta_dewi  

Keta Prevayyfrghttt masa beli rege RM70K.

ambil kes rumah kat bukit beruntung dah.........

beli RM200K, skrg harga lelong RM50K..........
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2013 12:49 PM | Show all posts
satu pertanyaan kpd ustaz-ustaz yg cari makan dgn bank.

Bank-bank milik bukan Islam melalui Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong) dan Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) berlumba-lumba mempromosikan produk ‘islamik’ mereka kepada umat Islam. adakah Tan Sri Quek & Tan Sri Teh memikirkan soal roh kewangan Islam? sudah pasti tidak.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.055200 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list