CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Antologi Warga Tinta Hati Menitip Kata

[Copy link]
 Author| Post time 5-12-2013 09:49 AM | Show all posts
Darah Merah Kita

Ketawa riang
keseronokan dan kedamaian
lembut bayu mengiring petang
sebuah perjuangan cerita semalam

gentar tiada bermakna
abang sakit adik menangis
bersama menongkah masa
mengejar cita ciptaan kita bersama

masa memain peranan
tidak kukenal kampung halaman
semua berubah menjadi medan
rakus manusia tiada sempadan

kita masih rakan
kampung halaman sekadar kenangan
biar bendang menjadi taman
darah kita tiada sempadan
kerana engkau teman

a.k
2501271213
sg petani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2013 09:51 AM | Show all posts
MENJEJAK PERMATANG
Menjejak permatang
lapang nan panjang
indah dipandang
sawahnya luas terbentang
berlari riang

Indah saujana
luas panorama
awan berarak manja
mengusik gunung perkasa
melatari kehijauan desa

Menyubur daun padi
damai sekali
dipuput bayu pagi

Nostalgia tetap bersemi
kekal dalam nubari
mengail di kali
tewas sang keli

Suburnya bumi pertiwi
lambang sejati
menghayati ciptaan Ilahi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2014 12:52 PM | Show all posts
HINAKAH PEREMPUAN ITU?

Hidup bergelumang maksiat
menjaja tubuh kelangkang berkeringat
segala dosa dibuat-buat tak ingat
berwajah lesu-bermuka pucat
mengharapkan wang di atas khidmat
hinakah perempuan itu?

Seorang perempuan-juga seorang ibu
sanggup berbuat apa sahaja termampu
agar anaknya tidak kebulur-kaku
demi sebotol susu
untuk mengisi tembolok lesu
sanggupkah kita menghina perempuan itu?

Seandainya perempuan itu ibu kita!
... ,
ya! Ibu kita
ibu yang pernah menghuni lorong hina
demi kita yang dia cinta
sanggup lakukan apa sahaja termampu olehnya
walaupun hakikatnya; kerja itu dosa.

Sanggupkah kita?
Setelah kita meningkat dewasa
berjaya dan berkerjaya
memacu kereta termahal di lebuhraya
punya isteri bak ratu cantik dunia
rumah tersergam bagai sebuah istana.

Tegakah kita menghina mereka?
Dari mana asalnya kita?
Kalau tidak kerana pengorbanan dia
...ibu kita.

Jangan!
Jangan sesekali menghina perempuan itu
yang hina adalah pekerjaannya
bukannya dia
dia juga manusia
seperti kita.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
03/01/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2014 12:53 PM | Show all posts
HINAKAH PEREMPUAN ITU?
:Situasi berbeza.

Seorang ibu muda
banyak tanggungan
memilih orang tua
sebagai suami
bukan kerana cinta
walau dikatakan ikhlas menerima
tapi kerana harta
senang masa hadapannya
anak-anak terbela.

Di kamar tidur tak jadi halnya
tak puas tak mengapa
sekali batuk terkulailah si tua
ayam berkokok baru tersedar lenanya
solat subuh berjemaah bersama
sarapan pagi dihidangkan juga
si tua ke kantor
dia ke belakang menyambung selera
semalam tak sempat sendawa.

Yang mana lebih hina?
... ,
si pelacur yang mengangkang kerana anaknya
atau si ibu muda yang mengangkang kerana harta
atau
lebih kurangkah mereka
tiada perbezaannya.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
03/01/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2014 12:53 PM | Show all posts
HINAKAH PEREMPUAN ITU?
:Situasi ketiga.

Seorang perempuan
terpelajar
pendidikan sempurna
belajar di luar negara
mengambil PHD
dan ijazah sejawatannya.

Bila pulang
sudah ada jawatan menantinya
di sebuah syarikat koprat ternama
setiausaha di siang hari
setiausaha juga di malam hari
asalkan bos meminta.

Kerana buta dan nafsu
serta tuntutan kewangan
ingin bersenang lenang
tidak mahu; nasib malang keluarga berulang
sanggup menjadi perempuan simpanan
kangkang dihidang.

Arak diteguk-ranjang dipeluk
bunting disorok
gugur; klinik masuk
bos tak mahu namanya busuk
wang disogok-poket gemuk
hukum agama diperolok.

... .

Tidakkah sama
dirinya dengan pelacur di lorong hina
ataupun dia lebih hina
dari pelacur yang mengangkang
demi anaknya
kerana dia bukannya dipaksa.

Tepuk dada tanya selera.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
04/01/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2014 12:54 PM | Show all posts
HINAKAH PEREMPUAN ITU?
:Situasi empat.

Perempuan itu dari seberang
datang bertandang mencari makan
demi keluarga yang tersayang
sanggup berdagang demi kewangan.

Mencari makan siang dan malam
asal ada peluang, akan digenggam
biar pun penat badannya legam
rela dikerjakan demi rezeki segengam.

Majikan memandang dendam terpendam
seludang pinang nafsunya geram
kerana keletihan di kamar terbungkam
ikan terhidang kucing menerkam.

Kudrat perempuan apalah sahaja
hendak dicerita ditutup mulutnya
hendak tak hendak diikut rentaknya
siang dan malam jadi pacarnya.

Wang dilimpah rezeki bertambah
kerja yang susah bertukar rencah
tugas harian tetap digagah
nafsu malaman tetap berjamah.

Setahun lamanya melayan kerenah
keluarga di kampung tidak menyanggah
ongkos bulanan tetap dilimpah
pondok yang buruk bertukar sudah.

Asalnya ikhlas menyara keluarga
rezeki yang halal itu hajatnya
kini bertukar agenda cerita
kerana noda, dia mengikis harta.

Salahkah caranya?
atau!
Hinakah perempuan itu, di mata kita?

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
04/01/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-1-2014 12:54 PM | Show all posts
HINAKAH PEREMPUAN ITU?
:Situasi lima.

Perempuan itu kematian suami
anaknya masih lagi bayi
tinggal di rumah setinggan Kerinci
wang tiada harta jauh sekali.

Ambil upah berkerja di warung Pak Ali
cuci pinggan cuci juga kuali
gaji kecil halal dicari
menyuap si bayi perutnya sendiri dikunci.

Tarafnya janda dipandang hina
seolah maruahnya telah tiada
memanglah jejaka tergila-gila
masih bergetah masih lagi manja.

Para isteri memandang curiga
takut suami terperangkap dengannya
bukan sahaja manja tapi jelita
Pak Haji yang lalu, pasti menjeling juga.

Habis dinista juga dicaci
mulut yang becok tidak berkunci
hajat di hati mahukan janda pergi dari sini
habis agenda fitnah digali.

Kerana tak tahan si janda pun lari
pergi ke kota bertemankan tangisan sepi
kerana tarafnya janda, seringlah dimaki
nak cari kerja memang susah sekali.

Duduk di kolong, hanyir dan kotor
tiada wang tangan dijulur
anak berdendang makin kebulur
masyarakat memandang tidak menghulur.

Sedang terduduk seakan bertafakur
anak menangis panas berjemur
puas bergelumang di kolong kelemumur
pelayan kelab malam kerja dikumur.

Kerana hinaan si janda terlanjur
dan akhirnya jatuh tersungkur.

Siapa yang hina di sini?

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
04/01/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 08:55 AM | Show all posts
2b7k

Nahas mengundang cemas
mudahan selamat penumpang MAS.

CNM, 8/3/14
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2014 08:56 AM | Show all posts
JAUHI SPEKULASI MH 370

Orang kita baik hati
penuh budi tinggi pekerti
segala perit kita kongsi
cubit kanan terasa kiri

aku bermohon kepada saudara saudari
dan juga semua yang dihormati
spekulasi pinta jauhi
kerana ada hati harus dijagai

keluarga mangsa yang menanti
penuh debaran kerunsingan di hati
jadi usahlah kita tambahi
bebanan jiwa yang mereka tanggungi

harus bersama kita harungi
kita galasi.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
09/03/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 08:57 AM | Show all posts
SPEKULASI MH 370

Apabila kita sebut pasal spekulasi
yang dapat aku gambarkan
adalah daya imaginasi yang dibawa
oleh HOKa
setelah HOKi merumuskan situasi
ke dalam otak.

Tetapi di dalam imaginasi
spekulasi bukanlah sesuatu yang hebat
kerana spekulasi
boleh membuat orang terkulat
seandainya bicara tak tepat
mampu meruntun hati yang kelat.
Jadi hentikanlah segala spekulasi
yang boleh membawa akibat
huru hara tidak sehat
di hati keluarga mereka yang terlibat
di jiwa sahabat-sahabat
yang menanti berita julat lagi tepat.

Dan... , apabila kita mahu spekulasi dihentikan
seharusnya kita sendiri menghentikan spekulasi
yang dibuat melalui berita dan akhbar
tohmahan dan andaian yang diperkatakan
dipersampaikan, hanya membawa kata-kata
'Cakap yang tidak serupa bikin'
hanya menambahkan situasi yang ketat.

Maka haruslah kita bermuhasabah diri
tunggulah berita yang akan diberi
bukan hanya menambah sensasi
bahan berita untuk menambahkan rating
penonton menyaksikan siaran terkini
di saluran tv.

Semoga kita bersimpati
bukan mencari dan menambah publisiti.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
10/03/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 08:58 AM | Show all posts
Ya Allah

Ampunilah kami!
Ampunilah kami!
Ampunilah kami!
Sesungguhnya;
yang di darat
yang di langit
yang di dasar
dalam pengetahuan-Mu
andai saudara kami;
ada di dasar, timbulkanlah
ada di udara, turunkanlah
ada di darat, tunjukkanlah
pada-Mu kami berserah.

CNM, 9/3/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 08:58 AM | Show all posts
MH370

Ramai tetiba jadi pakar
memberi komen kelakar
yang boleh jadi bahan bakar
lebih baik diam dari mencakar bercakar
perbanyakkan istighfar
tabahkan hati terus bersabar
mudahan dilindungi Allahuakbar.

CNM, 9/3/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 08:59 AM | Show all posts
TIMBULLAH

Dua hari berlalu
meninggalkan detik-detik
tidak terkesan
seluruh lorong kedap udara
tertanya-tanya
rahsia Allah
tak terungkaikan
maya terpenjara
di manakah MH370?
timbullah...
lelah menanti

CMA
11.43pagi/100314
BILIK
GURU
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 09:00 AM | Show all posts
2b7k

Misteri MH370 belum tersingkap
semoga dipermudahkan Allah.

CNM, 10/3/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 09:00 AM | Show all posts
Menanti Khabar Laut China Selatan
MAS MH370

Usai melewati dilema sore
ombak laut tersenyum sinis
Putaran angin beralun guruh
bingkas menyapa alam raya
Gelombang batu nautika
mengheret dan melontar
menghempas ratusan nyawa
spekulasi mulai mengusung benua
Kini melewati putaran waktu
titis sebak membelenggu ratusan jiwa
menanti bersama doa
MH 3 7
Kosong
Spekulasi meraung kembali

Hanne DZ /10 Mac 214
14:50 petang
WP Putrajaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 09:01 AM | Show all posts
MONOLOG: MH370

Anakku berkata:
"MH37O mungkin kena culik dengan alien tak ayah"
Aku katakan:
"Jangan membuat spekulasi anakku. Kita tak tahu, biarkanlah yang berkuasa menjalankan tugas mereka. Jangan kita berandai-andaian. Tv pun dah menyeru jagalah hati keluarga mangsa"
Kata anakku semula:
"Habis tu kenapa pula tv panggil wawancara. Habis semua orang dipanggil mereka. Dato-datolah, profesor-profesorlah. Siap mencari keluarga mangsa untuk diwawancara dalam memperkatakan kemungkinan situasi yang menimpa. Itu bukan spekulasi ke ayah?"
Kataku pula:
"Mereka berkata tak serupa bikin, semua nak naikkan rating"

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
10/03/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2014 09:02 AM | Show all posts
Misteri

Apa yang terjadi?
hanya Allah maha mengetahui
teori dan spekulasi
sebagai jalan mencari
semoga dipermudahkan menemui
MH370 dalam tragedi.

Mari berdoa pada Ilahi
agar petunjuk diperolehi
mudahan mereka selamat kembali
ke pangkuan keluarga menanti
hentikan lawak tak menjadi
yang mengguris banyak hati.

MH370 mohon kembali
dikembali.

CNM, 10/3/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 09:03 AM | Show all posts
~Sama~

Siapapun kita
agama apapun kita
bangsa apapun kita
semuanya mahukan kedamaian
semuanya cintakan keharmonian
semuanya idamkan kesejahteraan.

Mari sama-sama doakan keselamatan MH370
apa-apapun takdir daripada-Mu
pulangkan saudara kami.

CNM, 10/3/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 09:03 AM | Show all posts
MISTERI

Sudah puas meneka
hati berdebar menunggu berita bercanggah cerita
ada yang sengaja direka
menyampai khabar
sesedap rasa
menjadi pelbagai tanda
satu tragedi
kehilangan misteri
ada yang menuding jari
menyalah sana sini
berbagai spekulasi
dalam misi mencari
biarpun punca tidak diketahui
bersamalah kita menanti
selagi tiada bukti
persoalan ini
tetap menjadi misteri

Nazz othman
10/3/2014
Smbtg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 09:04 AM | Show all posts
DOA BUAT MH 370

empat hari berlalu sudah..
MH370 hilang ke mana entah..
apa cerita apa masalah..
satu dunia menjadi lelah..
lautan, daratan juga udara..
setiap pelusuk dicari merata..
andai ada muncullah muka..
andai tiada tinggalkan tanda..
hilangmu masih jadi misteri..
pelbagai andaian juga spekulasi..
tiada petanda sehingga kini..
setiap jiwa terus menanti..

eyeyou~11.3.2014

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.561507 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list