|
[Lain-Lain]
WHAT MOVIES HAVE YOU SEEN RECENTLY?
[Copy link]
|
|
exeter
![](http://free-on-line.org/wp-content/uploads/2015/08/exeter-2.jpg)
kisah mngenai sekumpulan remaja ni kerasukan selepas depa perform levitation ritual kt
hospital sakit jiwa yg usang...hospital sakit jiwa tu ada kisah silam hitam..
tipikal cerita kerasukan syaiton, ala2 evil dead....... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
anyone can suggest me something like law abiding citizen, infernal affairs or the Hollywood remake version: the departed?
lame tak layan that kind of movies.... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat lamee dulu aku layan cite nih. ape yg ko bagi review tu kire aku setuju totally.. sbb jalan cerita mamang bagos and pelakon watak jaha tu pandai bwk watak...
cerita tu sbnrnya cara kita bawak diri lah dlm hidup kat dunia ni...tak tahan godaan mengarut le jadinye...
pandai jaga iman, terjaga la akhlaq.... tak kire lah negeri mane pon ko dtg..
|
|
|
|
|
|
|
|
layan inside out atas flight jap aritu...xbleh abes...tetido..hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
bila kau sebut see u in valhalla aku inbatkan citer mad max fury road..hehehhe
|
|
|
|
|
|
|
|
iol da tengok cerita ni. berbeza dengan buku dia. iols lebih prefer buku drp wayang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Predestination (2014)
tak sure la org da cover ke tak crita ni. malas plak nak beklog ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif)
cerita ni sangat2 awesome. plot twist yang betul2 tak sangka. the plot involves time travel yang mana watak ethan hawke ni kena time travel untuk tangkap bomber yg in the future akan letupkan bom yg menyebabkan kematian ramai org. bila da time travel, dia jumpa plak sorg wanita ni kat bar...pastu dorg cerita2 la pasal diri sendiri. pastu ethan bawak la wanita ni time travel sama supaya wanita tu boleh betulkan kesilapan lampau. sekali hujung dia...mak aih! sgt tak disangka. (8/10)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
iyer? i nyampah ending film tu, kinda open ending gitu. so , who fathered the child?
sebab , ingat tak masa Simon ( hubby) pembuli tu belasah mamat tu after he had seen him performed in a bar, tu - awak ingat ke scene tu? sepatutnya si Simon tu mohon maaf balik, kan? then Freido teh weirdo tu cakap : it is too late....u think , itukah hints dia bagi ? yg dia dah avenge?
|
|
|
|
|
|
|
|
a brilliant young mind
mengisahkan budak yang dianugerahkan pandai math sampai masuk IMO International Math Olympiad..
tetapi jadi pelik sebab bapak dia meninggal masa dia kecik.
cerita ni buat aku menyumpah gila...i gave high expectation on this movie...same goes with the theory of everything.
sepanjang jalan cerita dia macam tak suka dengan mak dia..hanya disebabkan satu insiden..yang boleh menyebabkan kebakaran..
masa dia tgh training kat china dia kenal sorang budak cina same jugak yang masuk IMO atas capacity uncle dia yang jadi trainer untuk IMO.
diorang fallin inlove, then kena tangkap dengan uncle amoi tu..flirting2 dalam bilik...
last skali budak tu tak dapat buat math, dia kejar cinta dia..
aaaaa....x bleh hadam dengan ending macam nih...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru tengok fifty shades of grey. pelakon kayu je aku rase.. tapi looking forward to watch fifty shades darker jugak |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru lepas abis tgk citer ni..
dah nak sampai ke ending, aku terkejut...sampai kena repeat byk kali..jadi ethan=unmarried mother=jane=baby tu la kan?? twist sesgtttt..![](static/image/smiley/default/dizzy.gif)
actress baru yg jadi unmarried mother tu muka mcm emma stone....tp aku suka lakonan dia..facial expression dia priceless..nice n subtle acting..dia berjaya bawak dua karakter berlainan...
|
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene replied at 31-1-2015 12:48 PM
Baru tengok kat ASTRO BOX OFFICE ..
SUNK INTO THE WOMB (2013) - filem Jepun
iols pun tgk cite nih kt ABO
pastu ni kt citra baru2 ni ade ulang cite nih kot sbb mcm ternampak kt info.igt nk tgk balik.tp lupa lak nk record.
serius terkedu tgk cite nih mak dia bunuh ank dia yg besar tu kan.
yg kecik tu mati sbb pengabaian kan ditinggal berhari2 ngn si kakak last mati berulat gituh.
mmg kesian tgk hari2 yg dilalui 2 beradik tu, bygkanlah mlm2 bergelap xreti gamaknya pasang lampu jd dia buka tv kan.
gila ahhh sekecil tu dibiar sendirian.
|
|
|
|
|
|
|
|
nota - 3 bintang
alahai stret4ward nyer citer ni..mendatar je storyline takde klimaks, teka teki atau plot twist..lakonan maya terlalu bergantung pd ekspresi muka sgt2 sampai kadang2 iols lost apa yg dia nak sampaikan..arwah ramli hasan tak nampak cam 'berlakon'...hans so so maybe dah watak dia camtu jeh..overall ok jer lah n bako cantikkk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
byknyer movies tak tgk ...... koyak rabak laaa poket den pasneh..
byk review2 menarik tertarik kt sini... harus kene tonton neh... |
|
|
|
|
|
|
|
Vendetta (2015)
![](http://i1299.photobucket.com/albums/ag67/FellyFairlady/Vendetta_Poster_zpsi8kgxbul.jpg)
Dean Cain (Mason) memegang watak sebagai seorang detektif & The Big Show (Victor) pula sebagai penjenayah terkenal (dadah). Setelah Mason berjaya menangkap Vic & adiknya, mereka disoal siasat tetapi Vic & adiknya dibebaskan atas alasan tiada bukti. Sebagai balasan, Vic telah membunuh isteri Mason pada ketika itu baru mengandung & belum diketahui Mason. Vic ditangkap sekali lagi oleh kawan seperjuangan Mason & dimasukkan dalam penjara.
Disebabkan kejadiaan itu, Mason berkeras ingin membalas dendam. Mason segera ke rumah adik Vic & membunuhnya & kawan-kawannya. Disebabkan itu, Mason ditangkap & dimasukkan ke dalam penjara yang sama dengan Vic. Disitulah Mason mengatur strategi. Satu persatu kawan Vic dibunuh oleh Mason. Dalam masa yg sama, Mason telah mengetahui rahsia terbesar yang berlaku dalam penjara itu.
Nak tahu kesudahannya, sila la tonton. Such an awesome movie! 8.5 / 10 ![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://s.gullipics.com/image/r/f/l/jxww9zg-lxxpo9-m4u3/3278330.jpeg)
Tale of Tales
Filem Fantasy Horror, production Italy tapi dalam bahasa Inggeris, antara pelakonnya Selma Hayek..
movie ni berdasarkan koleksi cerita2 dongeng Itali - Pentamerone hasil karya, penyair kurun ke 17, Giambattista Basile...nama dia mungkin tak sefamous Grimm Brothers tp cerita yg menarik...
ada tiga cerita dalam movie nie, semuanya related,
cerita 1, the queen
pasai selma hayek ni yg takdak anak, satu hari ada ahli sihir mai kat dia cakap kalau nk dpt anak dia kena makan jantung, raksasa laut yg dimasak oleh virgin maid...lps dia makan dpt anak...satu anak dia, satu anak virgin maid tu, dua2 rupa sama, mcm kembar.....
cerita 2, the flea
cerita seorang raja ni yg terpesona dgn seekor pepijat, lama2 raja tu bela peijat tu sampai besaq gemok, tapi satu hari pepijat dia mati...dia amiik kulit pepijat tu pastu buat pertandingan suruh rakyat dia teka tu kulit apa...sapa teka betui dpt kawin dgn anak pompuan dia...anak pompua dia dok harap yg meneka dgn betul tu pemuda yg hensem, tgk2 yg dpt teka tu ogre yg hodoh
cerita 3, two old women
cerita psl seorang raja yg terpesona dgn suara dua org pompuan tua yg sedap.raja tu ingt sora tu datangnya daripompuan muda yg cantik, dan cuba mencari suara tu, sementara salah sorang dr pompuan tua tu bila dh taw raja tu ingt dia adalah pompuan muda yg lawa dia pon menyamaq jd pompuan muda.......
mesej yg nk disampaikan melalui cerita2 ni adalah sifat selfishness tu akhirnya membawa kpd kehancuran...bg aku cerita ni menarik jgk, selalu dok biasa dgn cerita2 dongeng snow white, hansel and gretel, beauty and the beast etc..tp cerita ni kita x penah dgr, sedangkan dongeng ni yg lebih awal dan mempengaruhi penulisan cerita2 dongeng grimm brothers, hans christian anderson, charles perrault yg lebih famous..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Santeira at 19-9-2015 07:52 PM
Bukit Kepong HD (2015)-Astro First
Review aku:
Bukit Kepong ialah sebuah filem yang diarahkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin dan ditayangkan di pawagam pada tahun 1981.
Pertama kali saya tonton filem ini, saya tak ingat tahun berapa tapi masih kanak-kanak lagi. Pada masa itu, saya tinggal bersama keluarga di kuarters perumahan tentera berdekatan Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur. Bapa saya seorang anggota tentera.
Saya masih ingat filem ini memberi impak pada kami kanak-kanak kuarters tentera. Kami mengulang-ulang dialog filem ini ketika bermain 'perang-perang' di taman permainan. Kami menganggap pasukan polis dalam filem ini sebagai wira dan kami menyemai kebencian kepada anggota komunis dan memusuhi mereka. Dalam minda kami, komunis ialah orang jahat.
Saya rasa, secara kasarnya pada masa itu, itu ialah telahan yang mampu dibuat oleh seorang kanak-kanak.
Kini saya sudah dewasa, dan minda saya tidak sama dengan minda saya pada zaman kanak-kanak. Tetapi tiap kali filem Bukit Kepong ditayangkan di televisyen, saya tidak pernah melepaskan peluang untuk menyaksikannya. Cuma, kualiti visual filem tersebut menyebabkan saya rasa terganggu untuk menontonnya pada masa kini. Dalam bentuk VCD pun kualiti visualnya tidak memenuhi citarasa saya.
Bersempena Kemerdekaan tahun ini, filem ini ditayangkan semula di pawagam terpilih setelah menjalani proses restorasi digital oleh KRU Productions. Filem ini sedang ditayangkan di Astro First, dan kini tidak ubah seolah-olah baru saja menjalani penggambaran tahun lepas.
Bukit Kepong diterbitkan pada tahun 1981 dengan kos sebanyak RM 1.3 juta. RM 400,000 dari jumlah itu dikeluarkan oleh Jins dari akaun simpanannya manakala selebihnya ditanggung oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Rumah Pasung Bukit Kepong dan Balai Polis telah dibina semula untuk penggambaran filem ini, menelan kos RM 80,000. Nampaknya, dokumentasi peristiwa bersejarah ini sangat penting kepada pihak PDRM kerana mereka telah menyediakan arkitek bagi membina logistik yang berkaitan betul-betul mengikut ciri asal, dan menggunakan kostum yang serupa bagi pasukan polis, polis marin, pasukan polis hutan dan tentera Bintang Tiga (komunis). Menurut Jins, dia juga diberikan seorang setiausaha oleh PDRM untuk mengolah skrip dan memastikan ketepatan fakta untuk filem ini.
Terdapat pihak yang mendakwa filem ini telah mengubah sejarah asal, tetapi saya akan teruskan mempercayai versi filem yang diperakui oleh Ketua Polis Daerah Pagoh pada ketika itu iaitu Dato' Seri JJ Raj.
Sebenarnya, terdapat banyak peristiwa-peristiwa kecil yang kemudiannya membawa kepada klimaks iaitu tragedi Bukit Kepong, namun banyak terpaksa diketepikan kerana sifat filem yang pada masa itu sepanjang 90 minit, serta kekangan bajet. Terpulang pada pengarah untuk membina cerita dan elemen visual yang berpadanan bagi menggarap cerita ini dan memberikan impak kepada penonton.
Saya tidak mengerti tentang 'bahasa filem'. Dahulu, seorang rakan berkata "lihat 'bahasa filem' ini' yang begitu cantik," ketika saya mengkritik sebuah filem, saya kata 'bahasa filem apa'?
Saya tidak fikir sebilangan besar penonton peduli dengan 'bahasa filem' kerana saya fikir mereka juga seperti saya iaitu menggemari CERITA dan mesej. Dan saya hanya mahu tonton/dengar/baca cerita yang menarik. Dan Bukit Kepong, mungkin kerana berlatarkan sejarah penting, ialah sebuah cerita yang sangat menarik.
Ia mengisahkan seorang pegawai polis, Sarjan Jamil yang terpaksa meninggalkan keluarganya kerana ditugaskan mengetuai sebuah balai polis dan rumah pasung (kuarters untuk kakitangan) di sebuah kampung terpencil yang tidak mempunyai pelbagai kemudahan perhubungan bernama Bukit Kepong.
Ini diberitahu kepada kita semasa mesyuarat pihak polis dengan penduduk kampung di awal cerita. Tidak ada wayarles, telefon, mahupun jalan raya. Di sebalik ini, orang kampung bekerjasama dengan polis untuk mengawal keselamatan penduduk walaupun tanpa kemudahan perhubungan dan senjata yang cukup kerana semangat mereka. Pihak British yang diwakili oleh Pegawai Pentadbir Pagoh kemudiannya menubuhkan pasukan AP (polis bantuan) yang terdiri dari penduduk kampung di Bukit Kepong bagi mengekalkan keamanan di kawasan itu dengan syarat penduduk kampung terus menyokong kerajaan British. Pasukan AP dibekalkan dengan senjata bagi membantu pihak polis mengawal keselamatan kampung.
Namun pihak komunis juga mempunyai perancangan mereka sendiri. Untuk memahami cerita ini, saya telah membaca novel Bukit Kepong tulisan Ismail Johari yang menerangkan mengapa pihak komunis menyerang balai polis yang serba kekurangan ini.
Secara logiknya, balai ini kekurangan senjata dan kakitangan juga tidak ramai, tetapi seramai 180 orang anggota komunis telah menyerangnya. Mengapa?
Saya tidak pasti sama ada ia diceritakan, mungkin jua ada dalam dialog tentera komunis dalam bahasa Mandarin yang tidak diterjemah (saya tidak pasti mengapa tidak). Pada masa itu, semangat pasukan komunis mula luntur akibat serangan demi serangan yang menyebabkan sejumlah besar anggota mereka terbunuh di daaerah Pagoh, Muar, Johor.
Mereka menyerang Bukit Kepong, sebenarnya dengan tanggapan bahawa ia kemenangan yang pasti (a winning fight) buat mereka dan akan menaikkan semangat (morale boost) buat tentera komunis yang semakin lemah. Namun apa yang dijangka kemenangan yang bergaya sebenarnya sesuatu yang sukar buat pasukan komunis kerana anggota polis memberikan tentangan hebat kepada mereka walaupun kekurangan kakitangan.
Filem Anggota Pasukan Keselamatan Yang Sejati
Bagi saya, formula kejayaan filem ini ialah kerana Jins menggunakan polis sendiri untuk berlakon sebagai anggota polis dan tentera komunis bagi filem ini, dan atas sebab itu, ia memberi aura yang bertepatan bagi filem berkenaan anggota pasukan keselamatan dan tentera musuh. Apa yang menarik, anggota-anggota polis ini melakonkan watak mereka dengan baik, mungkin kerana ia memang tugas mereka sehari ke sehari.
Saya tidak dapat bayangkan bahawa golongan orang seni akan dapat membawa watak polis sebaik polis yang sebenar. Bentuk fizikal mereka ialah bentuk fizikal anggota keselamatan yang sebenar, dan apa yang terpuji ialah mereka mampu menggambarkan semangat yang tidak luntur, kesakitan dan kekecewaan melalui mimik muka dan gerak geri sewaktu berperang dan sewaktu gugur dalam filem ini. Sekalung tahniah buat anggota-anggota polis yang berdedikasi untuk menjayakan filem ini.
Orang Kampung
Filem ini dilakonkan di kampung sekitar Bukit Kepong. Suasana perkampungan yang ditonjolkan begitu tulen begitu juga beberapa watak yang dilakonkan oleh orang-orang kampung. Mungkin kerana mengetahui dan menghayati peristiwa itu mereka berdedikasi menjayakan filem ini.
Feminisme
Antara yang paling saya ingati tentang filem ini ialah adegan Suhaina Yahya sebagai Timah dan Ayu Rahman sebagai Pon menggunakan rifel suami mereka untuk menuntut bela terhadap anggota komunis yang membunuh suami mereka.
Malah, pada satu tahap, watak Sarjan Jamil yang dilakonkan oleh Jins meminta Timah untuk melindunginya menggunakan rifel walaupun wanita itu tidak mendapat latihan formal peperangan.
Walaupun motifnya ialah membalas dendam, ini menunjukkan terdapat bukti dalam kehidupan sebenar bahawa wanita melayu juga mampu untuk bangkit mempertahankan apa yang disayangi atau dicintai walaupun ia membahayakan nyawa mereka.
Ini sangat kontra dengan apa yang ditonjolkan oleh pengarah masa kini iaitu wanita hanya mampu menangis dan mengharapkan diselamatkan oleh lelaki (masih ingat watak Izzah yang dilakonkan Maya Karin dalam Ombak Rindu?)
Mesej
Dalam filem ini, anggota polis dipaparkan telah berjuang hingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan bangsa, agama dan negara dari ancaman komunis.
Sebagai anak kepada seorang anggota tentera, saya memahami ini sejak kecil. Ada ketikanya, dalam keadaan mendesak bapa saya boleh meninggalkan saya dan keluarga kerana tugasnya yang utama ialah mempertahankan keselamatan kami dan orang lain secara umum dari ancaman musuh. Mengetahui dan memahami sejak awal bagaimanapun, tidak akan meringankan kehilangan dan kesedihan yang dirasai, apatah lagi buat isteri dan anak-anak anggota polis yang terkorban dalam peristiwa ini.
Mungkin atas sebab itu, terdapat individu yang beranggapan polis dalam filem ini bersikap ego membahayakan nyawa sendiri dan juga orang lain serta membelakangkan keluarga hanya kerana mempertahankan 'keegoan' itu, Saya tidak pasti jua mengapa dia beranggapan begitu tetapi nampaknya dia juga meletakkan Muhammad Indera sebagai seorang wira.
Kadangkala terdapat perjuangan yang nilainya menjangkau lebih dari ahli keluarga sendiri. Bagi kesemua anggota polis ini, mempertahankan agama, bangsa dan negara ialah satu keutamaan. Bagi pasukan polis, mereka ialah benteng pertahanan negara. Maruah negara dan maruah seorang anggota keselamatan bergantung kepada keberanian menghadapi musuh, dan mempertahankan maruah itu ke titisan darah terakhir. Apakah mesej yang bakal tersebar kepada musuh dan juga anggota keselamatan lain tentang maruah negara jika pasukan polis Bukit Kepong menyerah kalah?
Komunisme ialah satu ideologi yang membelakangkan agama dan budaya. Contoh terbaik ialah Rejim Pol Pot di Kemboja yang menyiksa dan membunuh kesemua ahli budaya, agama dan golongan bijak pandai sekitar pertengahan 1970-an. Hasilnya, negara itu kini tidak mempunyai budaya dan orang Malaysia pula sering dipanggil ke sana bagi mengajar tentang kepentingan budaya kepada mereka. Di seluruh dunia, ratusan juta orang terbunuh kerana komunisme, satu fahaman yang menghancurkan semangat kemanusiaan.
Justeru, saya tidak faham mengapa sesetengah pihak, yang berbeza ideologi politik dengan Jins yang merupakan seorang ahli UMNO mengangkat pasukan komunis sebagai wira kemerdekaan. Mungkin atas dasar simpati pada Muhammad Indera, seorang berbangsa Melayu yang mengetuai serangan terhadap anggota polis di Bukit Kepong?
Muhammad Indera dikatakan sebenarnya bukanlah seorang anggota komunis. Dia dikatakan pernah menafikan dirinya sebagai anggota komunis, dan abangnya juga menafikan Mat Indera sebagai anggota komunis. Menurut pendapat sesetengah orang, Mat Indera hanya dikambing hitamkan sebagai propaganda kerajaan British bagi meraih sokongan orang Melayu.
Menurut sejarah, Mat Indera telah menghalang pihak komunis dari membunuh dua orang anggota polis setelah balai berjaya ditakluki oleh mereka. Perkara ini disahkan oleh anak salah seorang anggota polis yang terselamat.
Namun menurut JJ Raj dalam satu artikel Utusan Malaysia:
Berdasarkan rekod kita, selepas tiupan trompet kali kedua Mat Indera telah keluar dan meminta polis menyerah diri dengan menggunakan pembesar suara. Orang kata Mat Indera wira, itu saya tidak tahu tetapi setahu saya dia merupakan salah seorang daripada 180 pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Mat Indera beri arahan kepada polis supaya serah diri. Nampaknya Mat Indera ada kuasa seolah-olah seperti pemimpin. Terpulang kepada rakyat untuk membuat pertimbangan. Saya hanya mengemukakan fakta.
Terdapat seorang bayi dan seorang kanak-kanak perempuan yang dibakar oleh pihak komunis hidup-hidup setelah mereka menakluki balai, dan nampaknya Mat Indera juga tidak berbuat apa-apa untuk menghalangnya.
Sudah tentu juga kejayaan filem ini bergantung kepada Jins sebagai seorang pengarah. Sebagai orang lama yang berpengalaman, lakonannya, A Rahim, Hussein Abu Hassan, sudah tentu tidak mengecewakan, begitu juga lakonan mereka yang lebih muda seperti Yusof Haslam, Dali Abdullah, dan Shamsudin Baslah.
Satu shot zoom in dan pan up oleh S. Mohan yang tidak kemas agak mengganggu saya, tetapi secara keseluruhannya dia melakukan kerja dengan baik. Terdapat beberapa shot yang menunjukkan kreavitinya dan mempunyai nilai artistik, maka selayaknya dia memenangi anugerah jurukamera terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 3 untuk hasil kerjanya.
Semua rakyat Malaysia perlu menonton filem ini. Ia satu dokumentasi penting tentang sejarah kita, tentang perjuangan kita dan paling utama, tentang maruah kita. Filem ini bagi saya, antara yang terbaik pernah dihasilkan di Malaysia. Setiap sen yang dilaburkan untuk menonton filem ini sangat berbaloi, walaupun membeli berulang kali untuk ditonton di Astro First. Sekarang saya berharap versi DVD (atau BluRay) akan keluar untuk disimpan sebagai koleksi harta yang tidak ternilai. I just love it that much.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hitman : agent 47
Lama da x tgk wayang.. Bz siot |
|
|
|
|
|
|
|
Chappie 2015
![](http://ecx.images-amazon.com/images/I/61pj78bh0FL._SX258_BO1,204,203,200_.jpg)
Pada asalnya pereka robot iaitu Deon Wilson merekabentuk robot untuk kegunaan polis di sekitar bandar. Deon ingin memasukkan sistem AI tersebut pada kesemua robot ciptaan beliau. Tapi CEO syarikat Deon tidak membenarkan AI diprogramkan pada robot2 polis kerana AI itu dapat menjadikan robot itu mempunyai perasaan. Deon telah membawa lari satu robot polis yang rosak ke dalam van beliau. Semasa perjalanan pulang, Deon telah diculik oleh gangster jalanan Ninja, Yolandi dan Amerika. Di mana Deon telah diugut bunuh melainkan Deon memprogramkan semula polis robot yang rosak itu untuk kegunaan mereka. Selepas diprogramkan AI, robot tu berkelakuan seperti budak kecil. Deon dan Yolandi (gangster perempuan) menamakan robot itu sebagai Chappie. Deon mahu bersama robot tu tetapi dihalau keluar oleh ketua gangster, Ninja dari tempat itu.
Sepanjang Chappie berada di bawah jagaan kumpulan gangster, Yolandi banyak mengajar Chappie dan menganggap Chappie seperti anaknya sendiri. Chappie memanggil Yolandi sebagai mommy. Ninja pula bertindak sebagai daddy telah mengajar Chappie untuk menjadi gangster dan melakukan rompakan besar besaran. Ninja telah menipu Chappie dengan menyatakan beliau ingin membeli bateri baru untuk mengganti bateri robot Chappie yang semakin lemah. Sebenarnya Ninja ingin menggunakan wang tersebut untuk membayar hutang2 beliau. Chappie adalah robot AI, beliau telah mengeksperimentasikan diri sendiri dan merakam memori Yolandi bertujuan untuk menukar robot yang baru. Kerana cas bateri pada robot Chappie semakin lemah.
Pada masa yang sama, rakan sekerja Deon iaitu Vincent juga mempunyai robot tentera yang mempunyai peralatan perang yang kuat. Vincent berdendam dengan Deon kerana robot ciptaan Deon diluluskan untuk kegunaan keselamatan negara. Pada satu malam, Vincent menjumpai Chappie dan mengambil guard key yang ada pada Chappie. Dengan adanya guard key itu, Vincent dapat shut down keseluruhan sistem pada robot2 polis ciptaan Deon kecuali Chappie kerana Chappie diprogramkan dengan sistem AI. Apabila kesemua robot polis tidak berfungsi, kesemua pengganas dan perompak keluar ke bandar melakukan keganasan dan rompakan secara besar besaran.
Perbuatan Chappie merompak berjaya dirakam pemberita. Syarikat Deon telah mengeluarkan arahan dan kebenaran kepada Vincent untuk memusnahkan Chappie. penjenayah dari kumpulan lain juga ingin memliki Chappie. Deon telah mengetahui niat jahat Vincent. Deon segera menyelamatkan dan membawa lari Chappie dan Ninja & Yolandi dari menjadi mangsa robot tentera milik Vincent. Namun belum sempat mereka melarikan diri penjenayah dari kumpulan lain telah sampai ke tempat persembunyian mereka. Berlaku kejadian tembak menembak. Pada masa yang sama, robot tentera Vincent juga telah sampai ke tempat mereka. Deon telah cedera parah dan Yolandi mati dalam kejadian itu. Manakala Chappie berjaya memusnahkan robot tentera Vincent.
Pihak keselamatan ingin menangkap Deon dan Chappie. Chappie segera membawa lari Deon yang hampir mati ke makmal syarikat Deon. Chappie telah menggunakan program yang dapat menyimpan memori Deon dan digantikan ke robot lain. Chappie juga menggunakan program itu untuk menukarkan beliau ke robot lain. Chappie dan Deon selamat keluar dari makmal itu. Selepas beberapa hari Chappie pula mencipta robot yang mirip dengan Yolandi dengan menggunakan memori yang Chappie telah simpan sebelum Yolandi mati.
Komen:
Jalan cerita yang menarik melibatkan robot yang diprogramkan mimik kepada manusia. Cuma ending tu cam pelik sikit kerana Chappie menukarkan Deon dan Yolandi kepada robot. Chappie bukan menggunakan "nyawa" tapi menggunakan memori untuk menghidupkan robot Deon dan Yolandi. Rate: 6/10
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by orangselut at 6-10-2015 07:41 PM
Lost in Hong Kong
baru ni aku ngan bini keboringan so kitorg decide nak tgk wayang kat paradigm mall..tp utk waktu tu xde cerita best .. dah terlepas & next show agak lambat..so kitorg belasah jela pick movie Lost in Hong Kong ni..aku rasa dah berzaman aku x tgk movie cina kat wayang ni..crita ni genre komedi
cerita ni tajuk mcm cerita Hong Kong..tp sebenarnya chinese movie..agak kelakar .. dan biasalah cerita cina selalunya akan ada terselit lawak2 lucah..crita psl kisah cinta yg x kesampaian kat kolej..kawin ngan org lain..jumpa balik awek lama sbb nak cium mulut (haha sblm tu xpenah dpt ada je halangan)..dtg hong kong..terbabit x sengaja jd saksi kes bunuh..dan last skali happy ending..hehe
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|