CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8505|Reply: 8

Ziana Zain tak nak komen bakal dipanggil SPRM

[Copy link]
Post time 3-2-2025 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Ziana Zain enggan mengulas mengenai namanya dikaitkan sebagai penyanyi yang bakal dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu sebuah syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.

Ziana atau Siti Roziana Zain, 57, berkata, dia tiada sebarang kenyataan hendak diberikan dan tugasnya hanyalah menyanyi.



“Tiada komenlah sayang, saya hanya menyanyi sahaja,” katanya.

Ziana juga dilihat terus bergegas pulang sejurus selasai menjurikan program One In A Million (OIAM) yang berlangsung pada malam Ahad.

Sebelum ini, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan memaklumkan setakat ini dia tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak SPRM berkaitan kes tersebut.

Jalaluddin menjelaskan dia hanya menjalankan tugas membuat promosi syarikat perunding kewangan berkenaan sebagau duta dan tidak terbabit dengan perkara lain.

Pada Ahad, media melaporkan pihak SPRM akan memanggil beberapa selebriti yang didakwa mempunyai kaitan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.

Difahamkan selebriti yang menjadi duta dilaporkan menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 daripada syarikat terbabit.

Siasatan terhadap selebriti berkenaan dilakukan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).

Lebih mengejutkan apabila hasil siasatan SPRM turut mendapati sindiket itu turut melabur sejumlah wang yang besar bagi penciptaan lagu membabitkan penyanyi tersohor negara.

Pihak SPRM juga mendedahkan sejumlah wang sebanyak RM700 juta pinjaman bank diluluskan kepada peminjam yang kemudian terjerat dengan sindiket kononnya menawarkan bantuan kewangan, tetapi mengaut sekurang-kurangnya 35 peratus daripada jumlah pinjaman diluluskan bank-bank pada satu masa.

Sejak tiga minggu lalu, SPRM berjaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan bersama pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta dibekukan SPRM berhubung sindiket pengubahan wang haram yang dipercayai didalangi syarikat perunding kewangan.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 02:44 PM | Show all posts
Harap acik ziana tak gunakan kuasa vokalnya untuk menjawab soalan pihak berkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 04:04 PM | Show all posts
artis2 ni dorg duta je kan? dorg tau ke tu company scammer?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun akaq ialah pemenat sheols tp ingin akaq padankan aje muka nek jenna inilah balasannya bila berjanji setiap tahun ckp nk kluar album tp habuk pun x dak balik2 lagu duet sampah. Tersampah lagu Teman sheols duet dgn Alyph tu jijikk yacch.. geli geleman akaq mendengorrrnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 05:00 PM | Show all posts
takpe nek ziana boleh jawab sheols pun kene scam... manalah sheols tau modus operandi pegawai2 bank yg luluskan loan scammer2 tu...

berbeza dengan company yg sponsor konsert nek ani dengan skim rumah rm10 yang obviously too good to be true ittew
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 05:07 PM | Show all posts
sorang lagi duta Sheikh Muzaffar kan?  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2025 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Melabur utk penghasilan lagu Semangat Wira (lagu tema company) tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
forex replied at 3-2-2025 09:07 AM
sorang lagi duta Sheikh Muzaffar kan?

aikkk?lokter terpaling penceramah parenting pun kena scammed ke???takkan la heolllsss bongok sngat sanggup diri dipergunakan company scam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 3-2-2025 07:09 PM
aikkk?lokter terpaling penceramah parenting pun kena scammed ke???takkan la heolllsss bongok sngat ...

Ank2 nye bpa ramai pulak… ingat murah ke zaman skg inehh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.045337 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list