|
Assalamualaikum,
Saya ada kemusykilan ni iaitu:
1. Kata cousin saya " setelah perempuan berkahwin, terputuslah hubungan dia dgn ibu bapa dia and dia haya perlu taat kepada suami sebab syurga dibawah tapak kaki suami" Betul ke?
- memang betul syurga isteri dibawah telapak kaki suami. Kalau ambil bulat-bulat kata diatas, ini bermakna isteri tu tak perlu taat kpd parents dia lagi. Dia hanya perlu taat kepada suami dan boleh masuk syurga walaupun dia derhaka kepada parents dia. Betul kah conclusion ni?
Pada saya, selalu ustaz kata suruh taat kepada ibu bapa esp ibu sebab redha Allah tertakluk kepada redha ibu bapa. Takda pulak ustaz kata ini hanya untuk anak lelaki dan perempuan yang belum berkahwin aje. Saya tak berapa setuju dgn cousin saya yang kata isteri hanya perlu taat aje kat suami and bukan ibu bapa.
So, betul ke kenyataan cousin saya diatas?
Terima kasih.
- |
|
|
|
|
|
|
|
uda posted on 15-2-2013 10:03 PM 
Assalamualaikum,
Saya ada kemusykilan ni iaitu:
1. Kata cousin saya " setelah perempuan berkahwin, ...
salam. ikotkan kalau perempuan sblm berkawin, mmg tanggungjawab dia under ayah dan ibu dia terutama ayah dia. so selepas berkawin, takde la putus hubungan langsung. cuma terlepas la tanggungjawab ibubapa terutama ayahnya pada anak perempuannya. sbb tak silap saya, apa2 yg anak perempuan dia buat samada buat buat maksiat ke atau tk menutup aurat ke, ayah nya yg akan menanggung dosa anak perempuannya. tapi bila dia dh berkahwin, automatik segala tanggungjawab ayahnya tadi jatuh pada suaminya. so maknanya suami berhak dan bertanggungjawab seratus peratus pada isterinya dan bukan lagi ayah dia. kalau yg dh kawin, isteri kene la taat pada suami. kalau ikutkan turutan, yg pertama semestinya Allah SWT. yg kedua suami ( selagi tidak ada unsur maksiat seperti suami suh isteri tak semayang ke jd pelacur ke jgn berpuasa ke. tu isteri berhak menolak ) dan yg ketiga baru la ibubapa isteri. pape pun dulukan suami. sbb keredhaan Allah dtg dari keredhaan suami. berkaitan dgn syurga di bawah telapak suami tu, sy tak sure. tp kalau ikutkan selagi isteri taat pada perintah Allah seperti solat, berpuasa dan taat pada suami, maka masuk la isteri mana2 pintu syurga yg dia nak. kalau ada salah/silap tolong la perbetulkan. sy cuma share je apa yg saya fahami.
Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
Last edited by zalish on 18-2-2013 12:35 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
GuaAnakMelaka posted on 31-1-2013 08:12 PM 
1. Sunat :
Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.2. Harus :
...
jzkk ,, sgt terang penjelasannya..
|
|
|
|
|
|
|
|
salam nak tanya......
kalu seseorang tu bertengkar menggunakan perkataan sumpah...contoh mcm ni dialog
" kan aku dah kata jgn buang minyak nasik semua dlm sinki....kalu sumbat sinki tu aku sumpah aku nak kau yg repair sumbat tu balik....tp hanya perkataan sumpah shj...tp bukan sumpah serta kalimah Allah mcm "demi Allah" atau kerana Allah.....
jadi sumpah tu sah ker atau x di ambil kita pon?
minta pjelasan pada yg pakar |
|
|
|
|
|
|
|
berbiznez sambil bkerja?hukum?
waktu kerja sgt lapang sbb tiada kerja pejabat yg nak dibuat.ikut Uszar ,beronline baca paper majlh dibolehkan utk mengisi ruang yang ada,asalkan kerja disiapkan . |
|
|
|
|
|
|
|
adakah dgn berzakat boleh menyucikan harta disebabkan perbuatan di atas.tksh |
|
|
|
|
|
|
|
aqyueetda posted on 28-2-2013 04:46 PM 
berbiznez sambil bkerja?hukum?
waktu kerja sgt lapang sbb tiada kerja pejabat yg nak dibuat.ikut ...
Bekerja perlu mengikut garis panduan bekerja.Contohnya byk agensi kerajaan dan swasta block Facebook kerana ia melalaikan pekerja.
Namun jika benar semua kerja telah disiapkan namun menjalankan bisnes on9,
1.Apakah hukum menggunakan internet majikan?
2.Apakah benar semua kerja telah disiapkan?
3.Adakah seseorang sengaja melewatkan kerja untuk bekerja lebih masa?
4.Adakah mendapat keizinan majikan?
5.Adakah menjalankan bisnes halal?
6.Adakah peraturan syarikat membolehkan seseorang pekerja menjalankan bisnes ketika kerja?
|
|
|
|
|
|
|
|
pisang_goreng posted on 27-2-2013 10:35 AM 
salam nak tanya......
kalu seseorang tu bertengkar menggunakan perkataan sumpah...contoh mcm ni d ...
sumpah dan sesumpah berbeza...
ayat yg kamu gunakan itu SESUMPAH............Wallahua'lam..........
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa sukatan jisim setara dgn segantang Baghdad dan apa piawaian timbangan setaranya?
Mengapa x guna jisim tp diguna isipadu makanan ruji utk zakat fitrah? |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...
Saya perlukan sedikit pandangan atau nasihat yg brguna utk meleraikan kekusutan dlm hati.
Saya dapat tau suami saya merancang untuk pergi melancong ke luar negara dan disamping itu suami saya dgn kawan2 nya akan ke konsert hiburan yg diadakan di negara tersebut. Suami saya tak bgtau perkara ini pd saya, sbb tentu lah saya akn bantah, saya dapat tau pn sbb skali skala sya tengok perbualan suami saya dgn kwn2 dlm sms.
Jadi...mcmana cara terbaik utk saya bincang dgn suami saya mgenai perkara ini...saya nak cuba dptkn hujah2 yg bernas dn menurut ajaran Islam yg betul bgi menghalang niat suami saya ini.
Saya hanya mampu berusaha berdoa memohon pd Allah, ubah keputusan suami saya ini...disamping itu jgk saya nak cuba bgitau suami saya dgn cara yg terbaik tanpa menimbulkn ketegangan nnti...
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
assalam....nk tnyn...
apakah hukumnya jika sesorg membeli mnyk pengasih dr sorg bomoh...mnyk pengasih ni dibuat dr mnyk msk n dicampurkan dgn akar tunjang...dan di bc jampi serapah....tujuan membeli mnyk pengasih agar somi dia x liar n tnduk pd dia....rega mnyk pengasih ni dlm RM1000 lebih...bole cecah rm3000+++
hukum org yg membeli dan menjualnya...
lagi 1 - kalu perubatan islam...dorg ni ada pendamping ke....maksudnya...bila dia nk berubatkan org...dia akn pnggil pendamping msk ke bdnnya...dan perawat ni x penah solat,pose dan x penah ikt perintah Allah...cuma dorg x mnum arak je...bole ke dorg ni di panggil pengamal perubatan islam dan bole ke kita berubat ngn dorg...sbb skrg ni byk sgt kat perubatan islam...tp x tau mana yg betui2 islam dan mana yg x betui...
tima kasih diatas penjelasan...
|
|
|
|
|
|
|
|
kamar22 posted on 15-3-2013 10:36 AM 
Assalamualaikum...
Saya perlukan sedikit pandangan atau nasihat yg brguna utk meleraikan kekusutan ...
bismilllah. alhamdulillah wassholatu wassalam 'ala rosulillah, amma ba'ad;
Bacakan hadits ini kepada suami saudari:
Dari nu'man bin basyir rodhiyallohu anhu dia berkata: Saya mendengar rosululloh shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui orang kebanyakan. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bermakna dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. (riwayat bukhori)
p.s: Jangan berhenti berdo'a dan jangan pernah berhenti berharap kepada ALLOH jalla wa 'ala. Selebihnya berserah dan bertawakkal lah kepada-Nya, wALLOHul musta'an.
Last edited by irbadh on 16-3-2013 12:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
syafiq79 posted on 15-3-2013 03:32 PM 
assalam....nk tnyn...
apakah hukumnya jika sesorg membeli mnyk pengasih dr sorg bomoh...mnyk peng ...
bismillah. alhamdulillah wassholatu wassalam 'ala rosulillah, amma ba'ad;
bagi soalan pertama, hukumnya haram bagi kedua-dua penjual dan pembeli. apa jampi serapah yang dibaca sampai boleh menundukkan suami? jelas sekali ianya mengandungi sihir dan sihir itu jelas haram dalam islam. juga telah datang hadits shohih berkenaan larangan berjumpa bomoh yang mana boleh membawa kepada kekufuran antaranya nabi shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda (maksudnya): barangsiapa yang datang kepada kahin (bomoh / dukun) dan membenarkan apa yang dia (bomoh) katakan, sungguh dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada muhammad (shollallohu 'alaihi wa sallam). kita berlindung kepada ALLOH dari segala bentuk kesyirikan dan kekufuran.
bagi soalan kedua pula ini jelas sekali tentang penyimpangan orang yang kononnya mengaku sebagai pengamal perubatan ini. bagaimana dia boleh mengaku sebagai pengamal perubatan islam sedangkan dia sendiri tidak mengamalkan syari'at islam?! sholat itu wajib! bahkan ada ulama' yang berpendapat jika seseorang mengingkari kewajiban sholat dan meninggalkan sholat dengan sengaja boleh menyebabkan dia kafir.
ketahuilah saudaraku, orang seperti ini disebut sebagai wali syaithon sebagaimana dalam firman ALLOH yang bermaksud:
...Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaithon-syaithon itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. (al-a'raaf: 27)
sebagaimana kata imam syafi'e rohimahulloh: bila kamu melihat seseorang berjalan di atas air atau terbang di udara maka ukurlah amalannya dengan sunnah.
kita memohon kepada ALLOH keselamatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
irbadh posted on 16-3-2013 12:21 PM 
bismillah. alhamdulillah wassholatu wassalam 'ala rosulillah, amma ba'ad;
bagi soalan pertama, ...
tima kasih diatas penjelasan....
|
|
|
|
|
|
|
|
pisang_goreng posted on 27-2-2013 10:35 AM 
salam nak tanya......
kalu seseorang tu bertengkar menggunakan perkataan sumpah...contoh mcm ni d ...
bismillah. alhamdulillah wassholatu wassalam 'ala rosulillah, amma ba'ad;
perbahasan berkenaan sumpah ni perlu perincian sebenarnya, namun begitu dengan memohon pertolongan ALLOH, saya cuba meringkaskan sepertimana yang telah dibahaskan oleh para ulama'.
pertama: harus diketahui bahawa bersumpah dengan selain dari nama ALLOH adalah syirik dan majoriti ulama' berpendapat bahawa haram jika bersumpah dengan nama selain ALLOH.
kedua: ada perincian tentang hukum kaffarah (tebusan) sumpah yang dikenakan bagi orang yang bersumpah dengan nama atau sifat ALLOH bagi yang melanggarnya.
ketiga : perlu diketahui bahawa bersumpah dengan nama ALLOH untuk berbohong adalah dosa yang sangat besar. siapa yang melakukannya hendaklah dia bertaubat dengan taubat nasuha (taubat sebenar-benarnya). tidak ada kewajiban kaffarah sumpah terhadapnya.
bagi kes saudara ni, adalah lebih baik jika saudara tidak mengulangi perkataan bersumpah seperti itu kerana tergantung kerana ini melibatkan masalah hati dan kita tidak tahu apa yang ada di dalam hati saudara melainkan ALLOH ta'ala.
sebuah hadits yang dapat saya kongsikan adalah dari ibn umar secara marfu' (yang bermaksud):
barangsiapa yang mahu bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama ALLOH atau dia diam saja. (riwayat bukhori)
wALLOHu a'lam.
Last edited by irbadh on 16-3-2013 01:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
irbadh posted on 16-3-2013 11:46 AM 
bismilllah. alhamdulillah wassholatu wassalam 'ala rosulillah, amma ba'ad;
Bacakan hadits ini k ...
Terima kasih beri pendapat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Saya nak bertanya adakah dibolehkan menggunakan perkataan Bismillahirrohmanirrahim ditulis dipintu hotel...Hotel New South namanya kalau tak silap saya.. terletak dideretan rumah kedai di jalan Ipoh berhampiran dengan Lea Hin Company (kedai menjual barang elektrik Butterfly). Tidak bolehkah pihak berwajib seperti Jabatan Agaman Islam mengambil tindakan terhadap hotel berkenaan contoh meminta tuan punya hotel supaya menggantikan dengan perkataan selamat datang dan sebagainya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam, untuk memperkuatkan lagi hujah bernas saya berhajat untuk bertanyakan soalan,
Apakah pandangan @ hujah berkaitan dengan sorang kanak2 lelaki yang berusia lebih daripada 2 tahun yang telah makan sepertimana ibu & bapanya makan, sewaktu berhadas kecil ibu bapanya masih lagi menggunakan tisu basah ( baby wipes ) untuk membersihkan segala kotoran yang telah dikeluarkan.. Sekian, wassalam.. |
|
|
|
|
|
|
|
irbadh posted on 16-3-2013 12:53 PM 
bismillah. alhamdulillah wassholatu wassalam 'ala rosulillah, amma ba'ad;
perbahasan berkenaan ...
Salam,
apa maksud "amma ba'ad"? Selalu dengar ustaz2 sebut.
Saya tak reti bahasa arab. TQ..
|
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum..... nak tanya member2 forum berkenaan jual beli emas ni
taukeh emas selalunya dia beli emas secara borong....sp dapatlah harga murah....ada sorang brader ni jual emas, harga sejak sebulan ni dia letak rm145/gram...sbb dia kata naik or turun, dia maintain harga tu....
kalo ikutkan kat kedai emas kat pantai timur ni, kalo pi mau dlm rm165/gram....
skang ni saya nak beli barang kemas, tapi barang tu dia kena amik dr pengilang dulu.... boleh ke saya letak duit deposit dulu? sbb walau camne pon harga emas mmg dia jual dengan harga rm145/gram sejak sekian lama jugak laaa....
dari segi hukum, macam mana ya?
TQ in advance!!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|