|
'Pasukan kami tidak konsisten'
LONDON - Selepas beberapa kali memuji anak buahnya, pengurus Arsenal, Arsene Wenger akhirnya mengakui akan kelema- han yang dimiliki skuad The Gunners.
Menurut Wenger, Arsenal menampilkan persembahan kurang konsisten sebagai sebuah pasukan terbaik.
Kenyataan pengendali Perancis itu merujuk kepada kekalahan mengejut 0-2 yang dialami Arsenal kepada Aston Villa pada aksi Liga Perdana England.
Dengan kekalahan itu, skuad The Gunners ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Chelsea dan Liverpool selepas bolos dua gol
Ia adalah kekalahan keempat liga untuk Arsenal musim ini, lebih satu daripada apa yang dialami mereka musim lalu.
Selain itu, peluang mereka untuk memenangi gelaran liga juga sedikit terjejas dan ketika ini kebimbangan utama Wenger adalah mengenai kemampuan mereka untuk meneruskan caba- ran dalam kempen Liga Juara-Juara.
"Persembahan yang terbaik adalah mengenai konsistensi dan buat masa ini kami tidak cukup konsisten," kata Wenger.
"Kini saya tidak yakin kamu boleh bercakap mengenai kejuaraan, tetapi buat masa ini kami kurang konsistensi.
"Persembahan tidak cukup baik, tetapi ia adalah perlawanan yang sepatutnya kami menang 1-0. Kami sepatutnya memperoleh jaringan itu pada separuh masa pertama, tetapi kami gagal melakukannya dan ia menjadi satu perlawanan yang kami mungkin boleh menang. Sebaliknya, kami telah dihukum kerana melakukan kesilapan.
"Semua orang dalam bilik persalinan sangat kecewa kerana ia adalah satu kekecewaan yang besar bagi kami semua. Kami tidak bernasib baik kerana Sagna mengalami kecederaan pada gol pertama dan terang-terangan berlaku kekasaran dalam kotak penalti untuk gol kedua. Tetapi Villa berhak untuk menang." - AFP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|